Chapter 3

Call Me Monster

Di tengah malam dan ruangan itu gelap gelita. Jongin memasuki ruang kerjanya dan menghempaskan blazernya di kerusi dengan jengkel. Rancangannya telah berhasil. Dia telah berhasil memujuk Chaewon dan Jisoo menginap di rumahnya dalam seminggu ini.

Yang dia tidak sangka ialah sikap pantang menyerah Chaewon. Apabila Jisoo meminta diri untuk tidur di biliknya, Chaewon terus berusaha bermati-matian untuk menggodanya, perempuan itu terang-terang menunjukkan kalau dia tidak keberatan tidur bersama Jongin sebelum berkahwin.

Sudah tentu Jongin tidak menggunakan alasan penat untuk menghalau Chaewon supaya pulang ke biliknya sendiri. Dia memang penat, tapi kalau dia tidak penat sekali pun, dia tidak pernah berminat tidur dengan Chaewon. Bukan Chaewon yang diinginkannya.

"Sampai bila kau harus bertahan dengan perempuan murahan tu?" Suara itu terdengar begitu sinis, penuh ejekan, dan Jongin lantas menghadap susuk di kegelapan yang menatapnya.

"Bukan masalah kau." Balas Jongin dingin, "Lagi pun ni bukan masa untuk membahas tentang Chaewon, aku minta kau jelaskan dekat aku tentang apa yang kau dah lakukan pada Jisoo siang tadi."

Susuk di kegelapan itu ketawa mengejek, sengaja membuat Jongin marah.

"Kau tak boleh salahkan aku, aku sudah menanti sangat lama untuk melihat dia." Sanggahnya tidak peduli.

"Kau bukan hanya melihat dia, kau mencium dia!" Geram Jongin marah, "Kau betul-betul tak ada otak, kan?!"

"Aku memang tak ada otak. Kau selalu cakap aku lebih mirip binatang," Susuk di kegelapan itu menaikkan kemarahan Jongin, "Aku menginginkan Jisoo, jadi aku akan memilikinya, semudah itu."

"Kau harus tunggu sehingga rancangan aku membuahkan hasil!" Potong Jongin hilang sabar.

Lagi, sebuah ketawa mengejek bergema di ruang yang gelap pekat itu. "Kau kata itu rancangan? Menggoda kakak gadis tu untuk kau kahwini? Kau kata itu rancangan? Kau tahu tak, aku harus menahan jijik ketika melihat kau terpaksa mencium perempuan murahan tu, berpura-pura menikmati ciuman dia." Susuk di kegelapan itu menyeringai marah. "Chaewon adalah perempuan murahan yang menjijikkan, membayangkan dia ada di rumah ni membuatkan aku muak."

"Kau mesti bersabar. Rancangan aku dah berjaya mengumpan Jisoo masuk ke rumah ni."

"Jadi macam mana cara kau menyingkirkan Chaewon? Kau harus segera melakukan sesuatu Jongin sebelum aku mula hilang sabar, cara Chaewon meremehkan dan menghina Jisoo secara tersirat seharian tadi sangat mengusik kemarahan aku, dan kau tahu kan macam mana kalau aku marah?" Susuk di kegelapan itu mula kelihatan mengancam.

Jongin mengerutkan kening. "Aku tak izinkan kau bertindak sesuka hati kau."

"Kalau macam tu, lebih baik rancangan kau segera membuahkan hasil! Kau tahu sendiri kan akibatnya kalau aku sampai turun tangan? Aku tak suka ada yang menyakiti kekasih aku, aku sanggup lakukan apa saja untuk membalasnya."

"Jisoo bukan kekasih kau."

"Dia akan menjadi kekasih aku, milik aku. Aku sudah katakan janji itu. Jisoo adalah milik aku." Susuk di kegelapan itu berkata penuh yakin.

Jongin bertambah geram dan marah. "Kau mesti bersabar. Aku tak nak kau ulang lagi macam siang tadi, mendekati Jisoo dan mencium dia, mencium dia! Kau sedar tak semuanya akan kacau kalau masa tu Jisoo terbangun?"

Susuk di kegelapan itu terkekeh. "Aku cuma mengucapkan selamat datang."

"Kalau macam tu jangan sampai kau ulang sekali lagi. Biar aku selesaikan semuanya dulu. Setiap kali kau masuk campur, mesti semuanya akan kacau sebab kau makhluk kejam yang tak pernah ada perasaan. Aku tak nak terpaksa menyembunyikan kejahatan kau lagi, Faham? Jadi tahan diri kau sikit." Geram Jongin memberi amaran.

Susuk di kegelapan itu mengangkat bahu. " Fine. Aku akan kembali ke tempat aku, duduk di kegelapan dan memerhati semuanya dalam diam. Tapi kesabaran aku ada batasnya Jongin, kau tahu itu kan? Kau sendiri tahu apa yang akan terjadi kalau aku hilang sabar."

Jongin berkerut mendengar kekejaman yang tidak disembunyikan itu, lalu memegang batang hidungnya yang terasa berdenyut.

Hal ini harus diselesaikan dengan segera. Segera! Sebelum dia, mahluk kejam itu, turun tangan dan menganggu semuanya.

Walaupun sudah berjanji pada Jongin untuk menahan dirinya, dia masih tetap menghampiri Jisoo di biliknya. Jongin boleh marah kemudian. Dia tidak peduli. Bagaimana mungkin dia tahan berdiam diri begitu saja saat gadis yang sudah ditunggu-tunggunya sekian lama sekarang ada di rumah yang sama dengannya?

Dia berdiri di sudut katil, memerhati Jisoo yang tertidur lena seperti bayi. Sejenak kemarahan menyelimuti hatinya. Sampai bila dia hanya boleh melihat Jisoo di saat gadis itu sedang tertidur?

Jongin harus pantas. Mereka telah bersepakat tentang Jisoo, padahal jarang sekali mereka berdua bekerjasama. Dia dan Jongin sangat berbeza dalam semua hal.

Jongin baik hati, cenderung menggunakan cara-cara bijak untuk mendapatkan keinginannya, sedangkan dia selalu menggunakan cara-cara licik untuk mendapatkan apa saja yang dia inginkan. Dan seperti yang Jongin katakan tadi, dia sangat kejam.

Tapi Jisoo ialah gadis yang sudah menyentuh perasaannya. Mungkin gadis itu sudah melupakannya, dan mungkin juga gadis itu tidak menyedarinya, tapi kejadian dua belas tahun lalu itu tidak akan pernah dilupakannya, pertemuan pertamanya dengan Jisoo sekali gus hari di mana dia memutuskan akan memiliki Jisoo.

Jongin harus faham ketidaksabarannya, dia sudah menunggu selama dua belas tahun. Menunggu dan menunggu sampai Jisoo bersedia menjadi miliknya. Dan sekarang gadis itu ada di depan matanya.

Dia menghampiri gadis itu. Tangannya menyentuh pipi Jisoo dengan lembut. Jisoo menarik nafas, masih lena, tidak menyedari ada figura yang memerhatinya dengan dekat di tepi katilnya.

"Kau milik aku Jisoo, jangan lupakan itu."


 

Jisoo bermimpi. Dia berada di sebuah taman tema yang sangat ramai. Penuh dengan manusia yang membawa anak-anak mereka. Bunyi muzik dari pelbagai booth permainan dan suara-suara manusia terdengar bercampur menjadi satu, riuh rendah di telinganya.

"Jisoo, jangan ke sana." Suara halmeoninya kedengaran.

Jisoo berkerut. Halmeoninya masih hidup? Dia menolehkan kepalanya dan mendapati halmeoninya berdiri di belakangnya, halmeoninya benar-benar masih hidup. Hidup dan nampak lebih muda.

Dengan bingung Jisoo memerhati sekeliling, dan menyedari kalau bukan dia yang dipanggil halmeoninya, terdapat seorang kanak-kanak berdiri di situ, mungkin lingkungan 6-8 tahun, kurus dan agak cengkung, itu adalah dirinya yang masih berumur lapan tahun!

"Jangan bermain terlalu jauh Jisoo, halmeoni tak nak kamu tersesat, dekat sini sangat sesak." Halmeoni memimpin tangan si kecil Jisoo, lalu membawanya ke sebuah kerusi kosong yang terletak di hujung taman.

"Duduk sini dulu, halmeoni akan belikan kamu aiskrim." Ujar halmeoninya sambil menunjuk gerai aiskrim dengan barisan pengunjung yang panjang, yang terletak kurang dari seratus meter dari tempat mereka, "Jangan lari dan jangan bercakap dengan orang yang kamu tak kenal, kalau ada apa-apa jerit, okay? Halmeoni pasti akan dengar."

Si kecil Jisoo mengangguk tapi matanya memandang sekeliling dengan penuh teruja.

Jisoo tetap memerhati dari jauh, kenangan ini masih tersemat samar-samar di benaknya, kenangan saat pertama kali dia diajak ke taman tema.

Tiba-tiba si kecil Jisoo melangkah turun dari kerusi, dan mula berjalan jauh.

Jisoo terus panik.

Yah... jangan lari, nanti kamu tersesat!

Dengan gugup Jisoo menoleh ke arah halmeoninya yang sedang berbaris di gerai ais krim, dia ingin menjerit tapi entah kenapa suaranya tidak keluar, setelah beberapa kali berusaha tetapi sia-sia, akhirnya Jisoo memutuskan untuk mengikuti si kecil Jisoo.

Kanak-kanak itu terus berjalan sambil mengamati sekelilingnya dengan penuh rasa tertarik, tidak menyedari bahawa dia makin tersesat di dalam keramaian. Dengan susah payah Jisoo berusaha mengikuti sehingga satu masa mereka berdua tiba di hujung taman, bertempat di bahagian belakang booth yang sepi.

Jisoo berubah pucat ketika menyedari pemandangan yang ada di depan mereka sungguh mengejutkan, di sana ada susuk lelaki tinggi dengan pakaian kemas, sedikit kotor kerana baru saja berkelahi, rambutnya yang sedikit panjang menutupi sisi wajahnya, lelaki itu cedera di bahunya, darahnya mengalir menembusi kemeja putihnya. Tangan lelaki itu memegang pisau yang penuh darah. Dan di depannya, di depannya terbaring susuk tubuh lelaki yang berumuran dan berpakaian kusam, dengan perut cedera parah oleh tusukan pisau, sekujur tubuh itu tidak bergerak. Mati.

Lelaki tampan itu menoleh dan melihat si kecil Jisoo yang terpaku menatapnya. Seperti halmeoninya tadi, lelaki itu sepertinya tidak menyedari kehadiran Jisoo, dan entah bagaimana Jisoo seolah-olah terpaku, hanya mampu melihat, tidak boleh berbuat apa-apa.

"Well , anyeong~ " Sapa lelaki itu sambil tersenyum mempersona, "Kamu tersesat ke?" Dengan selamba lelaki itu melipat pisau penuh darah di tangannya dan memasukkannya ke poket.

Si kecil Jisoo mengerutkan keningnya. "Saya bersama halmeoni tadi. Oppa yang bunuh lelaki tu?" Soalnya dengan suara keanak-anakan.

Lelaki itu melirik mayat di kakinya, lalu mengangkat bahunya tidak peduli. "Dia patut mati, tadi dia cuba merompak aku dengan pisau, jadi aku bunuh dia dengan pisau dia sendiri, manusia seperti dia tak layak hidup."

Si kecil Jisoo menatap lelaki itu tanpa gentar. "Oppa tak laporkan dekat polis?" Tanyanya telus.

Lelaki itu terus ketawa. "Polis? Apa yang polis boleh lakukan dekat sini? Aku dah cukup beruntung sebab tak ada yang melihat kejadian ni, sehinggalah kau datang." Ekspresinya berubah kejam. Lalu lelaki itu mendekati si kecil Jisoo.

Lari! Cepat lari! Palli!

Jisoo berusaha menjerit, memberi amaran kepada si kecil Jisoo, tapi suaranya tidak mampu keluar, kakinya seolah-olah terpaku.

Lelaki itu lalu melutut di depan si kecil Jisoo. "Mianhe, kau berada di tempat yang salah, tapi nampaknya aku terpaksa menyingkirkan kau juga."

Si kecil Jisoo sama sekali tidak mengendahkan ucapan lelaki itu, pandangannya terarah pada darah di bahunya. "Oppa cedera." Gumamnya.

"Mworagu?" Lelaki itu mengerutkan keningnya, lalu melirik ke bahunya yang penuh darah. "Oh, ni cuma luka kecil, nanti aku tutup dengan jaket." Sambungnya sambil melirik jaket coklatnya yang terhampar di tanah.

Tanpa di duga si kecil Jisoo mengeluarkan plaster yang selalu dibawanya di poket.

"Boleh ubat dengan ini tak? Halmeoni selalu menutup luka saya yang berdarah dengan ni."

Lelaki itu membatu, lalu ketawa terbahak-bahak.

"Tentulah boleh, gomawo." Bersisakan senyumannya, dia mengambil plaster itu dari tangan Jisoo dan memasukkannya ke poket. "Ireumi mwoeyo?"

"Jisoo," Jawab Jisoo telus.

Dengan perlahan lelaki itu berdiri, mengambil jaketnya dari tanah dan memakainya, lalu mengulurkan tangannya kepada si kecil Jisoo.

"Jisoo-yah, kau kata kau bersama halmeoni tadi, kan? Satu kebetulan sebab aku datang sini untuk mencari kau." Lelaki itu mengamati Jisoo kecil dengan teliti, nampak puas dengan apa yang ditemuinya. "Hmm, nampknya kau dah tersesat. Kajja, aku akan hantar kau ke bahagian informasi supaya halmeoni boleh menemui kau di sana."

Jisoo menarik nafas lega kerana lelaki itu nampaknya sudah membatalkan niatnya untuk membunuh si kecil Jisoo seperti yang dikatakannya tadi.

Tangan si kecil Jisoo menerima huluran lelaki itu, dan mereka bergandingan menuju ke kawasan yang lebih ramai. Jisoo terburu-buru mengikuti mereka berdua.

Mereka sampai di bahagian informasi dan lelaki itu menyerahkan si kecil Jisoo kepada petugas yang berjaga di sana, sebelum pergi dia melutut lagi di depan kanak-kanak itu. "Kau tak akan bagitahu apa yang kau nampak tadi kepada sesiapa, kan?" Soalnya sambil tersenyum.

Si kecil Jisoo menganggukkan kepalanya.

Lelaki itu menghulurkan kelingkingnya. "Yaksok?"

Si kecil Jisoo tersenyum, dan memautkan kelingkingnya di jari lelaki itu. "Yaksok!"

Dengan senyumnya yang sedikit berbahaya, lelaki itu berdiri dan melambaikan tangan. "Kalau macam tu selamat tinggal Jisoo. Tapi aku janji kita akan berjumpa lagi, dan saat kita berjumpa, kau akan menjadi milik aku, jangan lupakan itu." Gumamnya sambil melangkah jauh.

Tiba-tiba lelaki itu berhenti dan memalingkan tubuhnya, berhadapan terus-menerus dengan Jisoo. Jisoo memucat serta merta, lelaki tampan itu menatap terus ke arahnya!

Adakah dia menyedari kehadirannya ?

Pandangan mata Jisoo menyelusuri lelaki itu. Kali ini wajah lelaki itu benar-benar jelas. Dan sebuah kesedaran menyentaknya, rambut coklat dengan sedikit keemasan itu. Wajah putih itu. Semuanya kelihatan lebih muda, dan Jisoo mengenali wajah itu.

"Jongin...?" Gumamnya ragu.

Lelaki itu tersenyum, tersenyum puas yang sedikit keji, senyuman yang tidak mungkin ditampilkan Jongin yang sangat dingin. "Bukan sayang, panggil aku Kai."

 

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!