Chapter 4

Call Me Monster

Jisoo tersentak dan membuka matanya. Peluh dingin mengalir di dahinya, dan matanya melilar ke sekeliling. Jisoo kehilangan daya tumpuan dan kelihatan bingung kerana dia tidak tahu bilik ini.

Tapi apabila dia benar-benar sedar, rupa-rupanya dia berada di bilik tetamu rumah Jongin, calon abang iparnya.

Dengan gugup Jisoo mengesat peluh di dahinya. Mimpi itu terasa begitu nyata dan aneh, tapi Jisoo tidak pasti sama ada itu kenangannya semasa kanak-kanak atau cuma mimpi.

Jisoo duduk di tepi katil lalu menuang air ke dalam gelas dari teko yang terletak di meja sisi katil. Setelah meminum seteguk air dia memejamkan mata.

Perasaannya tidak sedap. Seperti ada sentiasa mengawasinya di dalam kegelapan, menunggu sesuatu terjadi. Tetapi sesuatu apa?

Dahi Jisoo berkerut mengingatkan mimpi anehnya tadi. Benar-benar mimpi yang aneh.

Setelah melilarkan pandangannya ke sekeliling dan yakin bahawa dia bersendirian di bilik ini, Jisoo membaringkan tubuhnya dan mencuba memejamkan matanya.

Ia pasti cuma mimpi kerana dia tidak biasa tidur di bilik yang bukan biliknya sendiri. Ia cuma mimpi.

Tetapi kata-kata itu tetap terngiang-ngiang di benaknya.


 

"Kau milik aku Jisoo, jangan lupakan itu..."

Jisoo terbangun di pagi hari yang terang, dan cahaya matahari sudah mula menembusi jendela-jendela yang ditutupi oleh langsir putih yang mewah.

Bilik ini sangat cantik... Jisoo baru saja menyedarinya, kemarin dia terlalu letih sehingga tidak sempat melihat ke sekeliling.

Bilik ini bertemakan putih krim, semua dekorasi bermula dari karpet buluh yang tebal, langsir dan tempat tidur semuanya bertemakan putih. Malahan dinding-dinding dan jendela serta atapnya semuanya berwarna putih.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk." Ujar Jisoo sambil mengerutkankan kening. Siapa? Rasa-rasanya siapa yang mengetuk pintu di pagi buta sebegini?

Ternyata yang masuk adalah seorang pelayan, masih muda sebayanya dan kelihatan agak gugup.

"Jisoo-shi, saya diperintahkan untuk melayani awak."

Jisoo kehairanan. Melayaninya? Seumur hidupnya dia tidak pernah dilayan oleh sesiapa pun, apa lagi oleh pelayan. Konsep ini terasa sangat baru baginya.

"Aniya, saya boleh lakukan semuanya sendiri." Jisoo mengalihkankan pandangannya ke sekeliling, mencari-cari bagasinya. Nasib baik dia membawa pakaian lebih, kerana Chaewoon sudah mengingatkannya akan kemungkinan mereka menginap selama seminggu.

Tapi di mana bagasinya?

Pelayan gadis itu seolah-olah tidak peduli dengan apa yang dikatakan Jisoo, dia melangkah menuju ke almari pakaian yang mewah yang juga berwarna putih.

"Saya akan menyiapkan kelengkapan mandi cik, dan ini... semua pakaian cik sudah disediakan di sini." Pelayan itu lantas membuka pintu almari.

Jisoo terngangah. Di dalam almari itu terdapat banyak gaun dan pakaian, mungkin puluhan dan semuanya digantung dengan rapi disebalik plastik pembungkus yang masih baru. Tidak mungkin kan pakaian itu untuknya?

"Tak...tak mungkin pakaian-pakaian ni untuk saya. Awak mesti dah salah." Jisoo berusaha mengatasi rasa gugupnya, "Mungkin... mungkin ini untuk unni saya?"

Dengan tegas pelayan itu menggeleng. "Saya mendapat arahan langsung dari ketua pelayan. Mari, saya akan menyiapkan air dan peralatan mandi cik."

Jisoo sebenarnya ingin membantah. Tak mungkin Jongin menyiapkan pakaian baru sebegitu banyak untuknya. Dia hanya akan tinggal di sini selama satu minggu. Adakah Jongin tetap berfikiran bahawa Jisoo akan tinggal bersama mereka setelah perkahwinannya dengan Chaewon? Tapi, walaupun Jongin berpendapat demikian, lelaki itu tetap saja tidak perlu menyiapkan baju sebanyak itu.

Pelayan tu mesti dah salah, Jisoo membuat keputusan sendiri. Semua baju itu pasti untuk Chaewon. Jisoo berkerut ketika membayangkan kemarahan Chaewon atas kesalahan ini. Unninya itu sangat egois dan taksub, Chaewon pasti tidak akan suka jika Jisoo memakai salah satu baju yang disediakan untuknya.

"Saya...saya nak pakai baju saya sendiri, awak ada nampak tak di mana bagasi saya yang berwarna coklat? Seingat saya, kelmarin saya letak di atas meja."

Pelayan itu menggeleng.

"Maaf, saya tak nampak." Jawabnya mendatar lalu meninggalkan Jisoo untuk masuk ke bilik mandi dan menyiapkan air mandi untuknya.

Jisoo termenguh, matanya masih mencari-cari dan dia masih belum berputus asa mencari sehingga pelayan itu muncul semula dari bilik mandi.

"Mari, air dah siap, saya akan mengemaskan tempat tidur dan menyiapkan pakaian cik."

Mahu tidak mahu, walau pun dengan dahi berkerut Jisoo melangkah masuk ke ruang mandi. Dia tidak biasa dilayan, dan tidak suka di layan.

Macam zaman feudal, gerutunya dalam hati.

Tapi segala keberatan yang ada di dalam hatinya itu terus hilang ketika melihat keindahan ruang mandi di hadapannya.

Bilik mandi itu dipenuhi kaca, di dinding dan di atap, dengan bingkai-bingkai putih di sekelilingnya, kaca itu berwap kerana air panas dari bath-tub yang penuh buih dan mengeluarkan aroma wangi campuran mawar dengan susu.

Tiba-tiba saja Jisoo merasakan mandian hangat itu sangat menggodanya.Perlahan-lahan dia mencelupkan tangannya ke dalam air hangat dalam bath tub itu, kehangatannya sangat sempurna, pelayan tadi benar-benar menyediakannya dengan baik.

Jisoo lalu berendam dan memejamkan matanya. Rasanya nikmat sekali seperti otot-ototnya yang kaku diregangkan perlahan-lahan.

Rasanya sangat nyaman hingga Jisoo hampir tertidur. Perasaannya tenang sehingga semakin lama Jisoo semakin tenggelam di alam mimpi.

"Dari apa yang aku dengar, banyak orang mati lemas sebab tertidur di bathtub."

Suara itu sangat mengejutkan Jisoo dari tidurnya, dia terlonjak terkejut dan setelah menyedari siapa yang berdiri sambil bersandar santai di pintu bilik mandi itu, wajahnya langsung merah padam. Sepantas kilat Jisoo menenggelamkan tubuhnya sampai ke leher, menyembunyikannya di sebalik buih.

Jongin, yang bersandar di pintu kelihatan tidak terpengaruh dengan rasa malu Jisoo, lelaki itu malah tersenyum sinis yang sedikit mengejek.

"Aku bertanya-tanya kenapa kau tak keluar sarapan, pelayan aku kata kau tengah mandi dan dia tak berani nak ganggu kau."

Rona merah di wajah Jisoo mula tersebar ke seluruh tubuhnya, dia sangat malu! Tapi kenapa lelaki ini seolah-olah tidak peduli? Sangat tidak sopan kan masuk ke bilik mandi di mana ada gadis sedang mandi.

Tetapi Jongin kelihatan tidak peduli dengan etika atau pun kesopanan, mata tajamnya menyelusuri wajah dan leher Jisoo yang merona, ada api memancar di matanya, dan ekpresinya berubah, sedikit liar tapi menakutkan. Bukan seperti ekspresi yang akan muncul di wajah lelaki sedingin Jongin. Jisoo terasa sangat aneh kerana ketika menatap mata Jongin, ada nyalahan api yang sedikit menakutkan di dalam mata hitam itu.

"Aku dah selamatkan nyawa kau tadi, kalau terlambat kau mungkin dah mati tenggelam di bilik mandi, tidakkah kau ingin mengucapkan terima kasih?"

Suara itu separa berbisik, diucapkan dengan nada malas, tapi mampu membuatkan buluh tengkuk Jisoo terus berdiri.

Dia menatap Jongin dan menyedari lelaki itu masih berdiri di sana, menunggu.

"Ka... kamsahamnida." Gumamnya perlahan entah kenapa walau pun tidak yakin mengapa harus berterima kasih, dia terasa terdorong untuk melakukannya. Lelaki ini begitu menakutkan dan sepertinya kalau keinginannya tidak dituruti dia akan melakukan sesuatu yang tidak diduga.

Senyuman yang muncul perlahan-lahan di bibir lelaki itu malah membuatkan Jisoo sedikit takut dan gelisah. Adakah lelaki bersamanya ini orang yang sama dengan calon abang iparnya yang berkenalan dengannya kelmarin? Mengapa auranya begitu berbeza?

"Bagus. Tapi lebih bagus lagi kalau kau hilangkan cara percakapan kau yang formal tu dekat aku." Gumam Jongin perlahan, lalu berundur ke belakang. "Cepat selesaikan mandian kau, aku tunggu di ruang makan. Oh ya, aku dah sediakan baju kau dekat atas katil. Aku yang pilih sendiri dari almari."

Jongin menyiapkan bajunya? Jisoo berkerut dan bertanya-tanya. Jadi pakaian-pakaian tu memang disediakan untuknya? Tapi kenapa? Lagi pun kenapa Jongin menyediakan bajunya?

Dia menoleh untuk bertanya, tapi susuk Jongin sudah lenyap. Dengan gugup Jisoo menyelesaikan mandiannya dan melangkah keluar dari bilik mandi.

Pelayan gadis itu masih di sana, tapi kelihatan lebih pucat. "Gwenchana?" Jisoo tidak dapat menahan diri untuk tidak bertanya. Pelayan itu mengangguk dan sedikit gementar.

"Maafkan saya." Ucapnya gugup. "Tuan Jongin memarahi kecuaian saya tadi sebab tak periksa keadaan awak di bilik mandi. Dia...dia sangat menakutkan kalau tengah marah." Ujar pelayan itu separa berbisik kerana ketakutan.

Sekali lagi Jisoo berkerut. Menakutkan kalau marah? Dalam majalah-majalah perniagaan dan gosip mengenai Jongin yang dibacanya kerana ingin tahu, calon abang iparnya itu terkenal dengan sangat pandai mengendalikan emosi, malah ada yang menggelarnya tidak mempunyai emosi. Adakah selama ini Jongin menyembunyikan sifat sebenarya?

"Baju cik sudah disediakan."

Jisoo menoleh ke katil, tempat bajunya dihamparkan dan sekali lagi terpampan.

Sangat cantik.

Itulah yang difikirkan Jisoo saat pertama kali melihat gaun itu. Gaun itu panjang paras lutut, berpotongan sederhana tetapi sangat cantik. Warnanya merah terang, dan materialnya daripada lace serta chifon, berdesir setiap kali kain itu digerakkan.

Masih termenguh, Jisoo membiarkan pelayan itu membantunya mengenakan pakaiannya, lalu membiarkan lagi dirinya dipimpin untuk duduk di depan meja rias.

Seperti sudah biasa melakukannya, pelayan itu terus menyisir rambut panjang Jisoo yang terurai. Sementara Jisoo menatap bayangan dirinya di cermin.

Betapa sebuah gaun mampu mengubah penampilan seseorang. Yang terpantul di sana bukanlah Jisoo yang kuno dan berpenampilan seperti kutu buku. Bayangan yang muncul di cermin di hadapannya itu adalah bayangan gadis muda yang cantik, dengan pipi kemerahan dan rambut panjang beralun sampai bahu. "Rambut awak sangat lembut." Gumam pelayan itu sambil terus menyisir.

Jisoo tersentak, menyedari bahawa dari tadi dia mengelamun sambil menatap bayangannya sendiri. "Oh, aku nak ikat rambut." Matanya mencari-cari, ahkirnya menyedari bahawa ikat rambutnya sama ghaib dengan bagasi pakaiannya.

"Awak jangan ikat rambut lagi, itu pesan Tuan Jongin dekat saya tadi. Okay?"

Kali ini Jisoo tidak dapat menahan dari menunjukkan ekspresi terkejut. Tetapi pelayan gadis itu tidak memberi apa-apa reaksi, setelah siap menguruskan semuanya, dia meminta diri dan melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan Jisoo sendirian di bilik ini.

Sejenak Jisoo termenguh, lalu teringat pesan Jongin tadi. Sarapan. Tadi Jongin kata begitu kan? Mungkin Jongin dan unninya sudah menunggu di sana. Dengan bergegas, Jisoo melangkah ke ruang makan.


 

Lelaki itu menatap Takuya lalu mengalihkan pandangannya ke arah api yang menyalah, membakar tompokan dedaun kering yang sudah dikumpulkan oleh tukang kebun. Di sebalik tompokan daun-daun itu, ada bagasi milik Jisoo yang berisi pakaiannya.

"Pastikan tiada satu pun yang tertinggal." Gumamnya tegas.

Takuya menganggukkan kepalanya. "Baik, tuan Kai."

Lelaki itu berkerut mendengar panggilan itu, lalu ketawa terbahak-bahak. "Betapa aku rindukan panggilan itu, dan cuma kau seorang saja pembantu aku yang setia dan berani memanggil aku dengan nama tu."

"Saya selalu setia kepada anda berdua." Jawab Takuya, suaranya masih mendatar.

Kai tersenyum perlahan, seperti yang dia biasa lakukan kalau dia ingin memerangkap seseorang. "Jinja? Mungkin kau memang setia pada Jongin. Tapi pada aku?" Dengan perlahan Kai beranjak tepat di hadapan Takuya yang mula kehilangan topeng mendatarnya, pelayan muda itu mula kelihatan gelisah.

"Saya setia kepada anda berdua, saya pastikan itu." Jawab Takuya dengan pantas.

"Kau memang harus setia kepada aku." Gumam Kai dengan nada malasnya. "...kerana kalau tidak, aku akan marah. Dan kalau aku marah... ah, aku tak perlu jelaskan, kau sudah tahu bukan?" Kai tersenyum sangat manis.

Wajah Takuya pucat lesi, peluh dingin mula mengalir di dahinya. Dia tidak suka jika harus berterusan mendampingi dan berbicara dengan tuannya yang satu ini. Rasanya seperti berhadapan dengan serigala buas, yang memutuskan untuk bermain-main dahulu sebelum menjadikan mangsa korbannya.

Ah... Kenapa tuan Jongin tidak muncul-muncul?

"Saya bersumpah tidak akan mengkhianati tuan." Gumam Takuya akhirnya.

Kai terkekeh. "Geurae. Sebab kalau tak, aku akan pastikan tiada seorang pun yang terselamat dari kemalangan untuk kali kedua." Kai menoleh, senyumnya hilang, dan menatap Takuya tajam. "Kemalangan yang pertama itu hanyalah peringatan. Menunjukkan apa yang aku mampu lakukan kepada keluarga kau, dan kalau kau berani buat hal lagi, aku tak akan bermain-main pada kemalangan yang kedua, kau tentu faham kan?"

Dahi Takuya berkerut, lalu cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Kedua-dua orang tuanya dan isterinya mengalami kemalangan teruk di jalan raya ketika menuju ke rumah mereka pada tiga tahun lalu. Sebuah teksi dengan sengaja melanggar kereta mereka. Pemandu teksi itu mati, tetapi keluarganya dapat diselamatkan meski pun cedera parah, dan semua itu terjadi setelah Takuya cuba mengingatkan harabeoji Jisoo bahawa ada bahaya yang mengawasi cucu mereka.

Senyuman Kai muncul lagi apabila melihat kerutan di dahi Takuya, lalu dia menatap Takuya dengan ramah. "Bukankah kau seharusnya berterima kasih dekat aku sebab kebaikan hati aku?" Gumamnya ramah.

Takuya segera menganggukkan kepalanya, takut kalau dia tidak segera menjawab, nanti tuannya yang menakutkan ini akan marah. "Kamsahamnida, Tuan Kai."

Kai terkekeh mendengarnya, nampak puas.

"Dan aku dengar Arisa baru saja melahirkan seorang bayi lelaki? Anak pertama kamu berdua setelah tiga tahun?"

Takuya memucat serta merta sebaik saja Kai mengucapkan hal itu di depannya. Tidak mungkin kan tuannya ini sanggup menyakiti bayi kecil yang tidak berdaya? Tapi apabila Takuya menatap mata yang bersinar keji itu, dia menyedari bahawa Kai pasti mampu.

Lelaki ini tidak ada setitik pun belas kasihan di hatinya.

"Saya bersumpah akan setia kepada anda Tuan Kai, tapi saya merayu, jangan apa-apakan anak saya. Dia masih kecil..."

"Yah, kau menghina aku." Kai terkekeh. "Aku cuma sedang berfikir untuk mengirimkan kad ucapan dan hadiah untuk Arisa dan anak kau, lagi pun kau tak berfikir kan aku tergamak menyakiti seorang bayi"

Takuya menatap Kai dan buluh romanya berdiri.

Kai mampu, dan dengan kata-katanya yang tersirat itu, Kai memastikan kalau Takuya tahu bahawa dia sanggup mencederakan bayi kecil yang tidak berdosa sekali pun.

"Bagus." Kai kelihatan puas dengan sikap diam Takuya. "Aku nak kau setia kepada aku, bukan kepada Jongin." Kai merenung lalu menatap bagasi pakaian Jisoo yang terbakar habis. "Semua pakaian tu sangat menjijikkan. Pakaian murah yang telah menyembunyikan kecantikan kekasih aku selama ni." Tiba-tiba Kai menoleh ke arah Takuya "Kau juga berpendapat begitu bukan?" Takuya mengangguk serta merta. "Chaewon, perempuan murahan tu memperlakukan adiknya dengan sangat buruk, kakak paling keji yang pernah aku kenal setakat ni, dan menurut aku—" Api di mata Kai menyalah. "...kakak seperti itu sebaiknya tidak wujud di dunia ni."

Takuya bertambah pucat ketika melihat api di mata itu. Itu api yang sama yang muncul ketika Kai memerintahkan untuk melenyapkan orang-orang yang tidak diingininya.

Takuya berdoa untuk Chaewon. Apapun yang Kai rancangkan, Takuya berharap agar Jongin mampu memujuk Kai untuk membatalkan niatnya. Kalau tidak berhasil sekali pun… semoga Tuhan melindungi Chaewon.


 

Ruang makan itu kosong. Sarapan hangat sudah disediakan di meja, malah belum tersentuh sedikit pun. Jisoo mengerutkan dahinya, tadi Jongin kata dia akan menunggunya sarapan, tapi kenapa ruang makan ini kosong? Lagi pula di mana unninya?

"Sangat cantik."

Sekali lagi, suara itu mengejutkan Jisoo sehingga Jisoo memalingkan badannya serta merta, berhadapan dengan Jongin yang baru memasuki ruang makan. Jongin berhenti dan menatap tepat ke arah Jisoo, dari hujung kepala hingga ke hujung kakinya.

"Ah, mian, aku dah buat kau terkejut sekali lagi." Jongin tersenyum. "Anyway, gaun ni sangat sesuai dengan kau. Perfect." Sambungnya.

Jisoo menundukkan kepalanya. "Kamsahamnida." Gumamnya perlahan lalu menoleh ke arah pintu. Tidak ada tanda-tanda kehadiran Chaewon di sana.

"Chaewon tak pernah sarapan, dia dah biasa bangun lewat pagi. kesibukan dia sebagai artis telah mengubah pola tidur dia selama ni." Gumam Jongin tenang. Lalu mendahului Jisoo ke meja makan. "Duduklah, kita sarapan, banyak perkara yang aku nak tanya."

Dengan patuh Jisoo duduk, aura lelaki ini berubah. Kali ini aura berwibawa dan penuh kharisma, bukan aura menakutkan seperti pagi tadi.

Mereka menyantap sarapan dalam diam sehinggalah Jongin memulakan percakapan. "Selama ni kau dijaga oleh harabeoji dan halmeoni kan?"

Jisoo tercegat mendengar pertanyan itu, "Neh, omma dan appa meninggal sejak kami kecil lagi. Bila kami beranjak dewasa, Chaewon pula meninggalkan rumah. Jadi harabeoji dan halmeoni saya lah yang mengambil alih tugas menjaga saya." Jisoo tersenyum, membayangkan harabeoji dan halmeoninya. "Saya tak pernah menyesal, mereka pengganti orang tua yang terbaik."

Jongin turut tersenyum lembut melihat ekspresi Jisoo. "Nampaknya kau sangat menyayangi mereka."

Jisoo mengangguk. "Sudah tentu."

"Tapi kenapa kau panggil Chaewon dengan nama? Kenapa bukan unni?" Jongin bertanya dengan meluluh, membuatkan tangan Jisoo yang sedang mengarahkan sudu ke mulutnya membeku, perubahan topik perbualan secara mendadak itu sejenak membuat Jisoo terpaku dan bingung, tetapi dia segera menemukan jawapan.

"Ah... Mungkin sebab saya tak rapat sangat dengan Chaewon. Awak tahu, kami jarang bertemu, dan usia kami sangat dekat sehingga saya rasa janggal kalau memanggil Chaewon dengan gelaran unni." Jisoo berbohong, dan entah kenapa dia merasa kalau Jongin tahu bahawa dirinya berbohong.

"Anak baik." Gumam Jongin sambil menghirup kopinya, tapi matanya menatap tepat ke arah Jisoo. "Kau menyebelahi Chaewon walau pun Chaewon sama sekali tak pedulikan kau. Aku tahu kalau Chaewon tak nak dipanggil unni oleh adiknya sendiri, sebab dia tak nak orang tahu yang dia mempunyai adik kandung. Kau sendiri tahukan Chaewon menukar nama keluarganya kepada Moon. Moon Chaewon. Dan dia sendiri mengaku bahawa dia berasal dari keluarga kaya raya." Jongin terus melemparkan kebenaran itu di hadapan Jisoo tanpa berlapik membuatkan gadis itu tidak mampu berkata apa-apa.

"Malhaeba." Sambung Jongin sambil meletakkan cangkir kopinya. "Apakah kau masih tetap menyayangi Chaewon walaupun dia telah membuang keluarganya sendiri?"

Jisoo mengangguk tanpa was-was. "Neh, walau pun kami tak terlalu akrab, dia tetap unni saya."

Wajah Jongin mendatar saja mendengar jawapan itu. "Katakan, kalau misalnya terjadi sesuatu pada Chaewon, adakah kau turut merasa sedih?"

Dahi Jisoo berkerut. Sekali lagi lelaki di hadapannya ini melemparkan pertanyaan yang sangat pelik.

"Sudah tentu." Jawabnya yakin.

Jongin terdiam, kelihatan sedang berfikir, lalu menarik nafas. "Apa pun yang terjadi nanti, kau harus tahu bahawa kesedihan kau adalah perkara terahkir yang aku inginkan." Gumamnya perlahan. Lalu melanjutkan menyantap sarapannya dalam keheningan.

Sementara itu di hujung meja berhadapan dengan Jongin, Jisoo sibuk berfikir, menelaah semuanya, pertanyaan-pertanyaan Jongin benar-benar membuatnya kebingungan, dan kalimat terakhir Jongin tadi... apa maksud lelaki itu?


 

Chaewon  terbangun ketika subuh menjelang pagi, dia segera mandi dan berdandan secantik mungkin. Hatinya berbunga-bunga. Matanya memandang sekeliling biliknya, bilik ini mewah, tapi bukan yang terbaik, Chaewon mendengus, kemudian tersenyum semula. Sebentar lagi. Dia hanya harus bersabar sebentar lagi, lalu dia akan memiliki bilik tidur yang terbaik di rumah ini: bilik Jongin.

Seulas senyuman puas terukir di bibirnya, membayangkan masa depannya nanti. Hidupnya akan dipenuhi kemewahan, dan suaminya nanti...Chaewon tersengih di cermin, suaminya adalah lelaki yang akan membuat perempuan-perempuan lain mati kerana cemburu pada kemewahannya.

Jongin adalah calon suami paling potensial untuknya, dia bertemu dengan lelaki itu dalam majlis amal yang kebetulan mengundang Chaewon sebagai artis undangan di sana. Saat pertama kali melihat Jongin, Chaewon terpesona dan memutuskan untuk mencuba menggodanya.Ternyata perasaannya tidak bertepuk sebelah tangan, Jongin juga tertarik kepadanya, dan tiga bulan setelah mereka menjalinkan hubungan, lelaki itu melamarnya. Tentu saja Chaewon tidak menolak. Hanya perempuan bodoh yang akan menolak lamaran lelaki seperti Jongin.

Well, cuma ada satu saja masalah, Jongin selalu menolak tidur dengannya, padahal Chaewon sudah terang-terangan memberikan isyarat bersedia lebih dari sekedar bercumbu secara panas. Lagi pun, bagi Chaewon, jika mereka tidur bersama, ikatan mereka akan lebih erat. Chaewon perlu memastikan bahawa Jongin tidak akan meninggalkannya sehingga ikatan mereka benar-benar sah dalam pernikahan nanti. Tapi Jongin benar-benar tidak mudah terpedaya, lelaki itu hanya mencium Chaewon dengan pengalamannya yang hampir membuatkan Chaewon gila, tetapi lelaki itu selalu berhenti di tengah jalan ketika mereka hampir melewati batas.

Malam ini aku harus berhasil mengajaknya tidur dengan aku.
Chaewon bukan orang suci, dan dia tidak pernah berpura-pura sebagai orang suci. Reputasinya sebagai pelakon sudah penuh dengan pelbagai skandal dan gosip dengan lelaki lain. Dahulu dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki kaya, namun diceraikan setelah dua tahun perkahwinan. Perceraian yang menghebohkan kerana penuh dengan spekulasi skandal dan tuduhan-tuduhan lain. Chaewon mengaku dia memang bermain kayu tiga. Ya, suaminya waktu itu sudah tua sedangkan dia masih muda dan cantik, jadi wajar kan kalau dia selingkuh? Setelah perceraiannya itu, dia hidup dengan bebas dan bahagia, sehingga dia bertemu Jongin, lelaki yang akan merealisasikan seluruh impiannya untuk menjadi ratu yang akan membuatkan semua perempuan iri hati.

Setelah mengenakan gaun merahnya yang paling seksi, Chaewon melangkah keluar dari bilik dan berjalan di lorong yang sepi untuk mencari Jongin.

Jongin pasti akan terpesona dengan kecantikan aku. Senyuman Chaewon semakin meleret. Dengan langkahnya yang menggoda, dia melewati lorong demi lorong rumah mewah itu menuju ruang kerja Jongin.

"…mesti lakukan yang terbaik untuk cik Jisoo."

Langkah Chaewon terhenti mendengar suara itu.

"Ini arahan dari Tuan Jongin, semuanya mesti terbaik untuk cik Jisoo. Kasut-kasut dan aksesori yang dipesan kelmarin sudah sampai atau belum?"

Suara itu... Dahi Chaewon berkerut, itu suara Takuya, ketua pelayan di rumah ini. Tapi adakah dia tidak salah dengar? Yang terbaik untuk Jisoo? Apa?! Jisoo?! Atau jangan-jangan ketua pelayan ini keliru antara nama dia dengan Jisoo?

Huh! Kalau begitu ketua pelayan bodoh ini harus menerima ganjarannya. Dia akan melaporkan hal ini pada Jongin dan akan pastikan Takuya dipecat! Suka hati saja menyebut dirinya dengan nama Jisoo. Dan apa yang dia dengar tadi? Kasut-kasut dan aksesori? Chaewon tersenyum lebar, lupa akan rancangannya untuk mengadukan Takuya kepada Jongin, calon suaminya pasti berniat untuk memberinya kejutan! Ah! Jongin memang benar-benar mencintainya.

Dengan senyuman lebar, niat Chaewon berubah. Dia ada rancangan. Dia harus membuatkan Jongin lebih mencintainya sehingga tidak mampu hidup tanpanya, malam nanti, dia akan menyusup ke bilik Jongin dengan gaun tidur seksi dan menyerahkan dirinya. Jongin pasti tidak akan menolak lagi. Tidak pernah ada yang menolak godaan Chaewon sebelum ini.


 

Chaewon membelek dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum keluar bilik, mahu tidak mahu, dia mengagumi kecantikannya sendiri, rambutnya yang diwarnai kemerahan oleh salon ternama, terurai panjang dan indah berkilauan, kulitnya yang sangat halus bagai sutera hasil rawatan salon ternama—kelihatan bercahaya dan lembut.

Wajahnya sangat cantik, semua orang mengakuinya. Chaewon telah mencapai puncak sebagai perempuan matang. Dia sudah berpengalaman menakhluki hati lelaki dan malam ini dia bertekad menakhluki Jongin.

Setelah mengenakan jubah mandi sebagai penutup gaun tidurnya yang seksi, Chaewon keluar bilik dengan senyap. Di tengah malam, lorong itu bercahaya terang dan Chaewon tersenyum ghairah membayangkan apa yang akan terjadi nanti. Chaewon melangkah menuju ke bilik tidur Jongin.

Diketuknya bilik itu perlahan, tidak ada jawapan. Dengan ragu Chaewon memegang handle pintu dan mencuba membukanya. Tidak dikunci.

Adakah Jongin masih di ruang kerjanya?

Fikiran itu membuatkan Chaewon tersenyum. Kalau begitu, kejutannya akan berjalan dengan sempurna. Dia akan baring di atas katil dengan posisi menggoda dan ketika Jongin membuka pintu, dia pasti akan tergoda melihatnya. Chaewon masuk ke dalam bilik Jongin, lalu menutup pintu di belakangnya. Bilik itu gelap dan suram, Chaewon berkerut menyedari bahawa ini kali pertama dia masuk ke bilik calon suaminya itu.

Dialihkan pandangannya ke sekeliling ruang. Bilik ini luas, mewah dan indah. Tetapi terlalu kelelakian. Chaewon tersengih sinis, apabila mereka berkahwin nanti, hal pertama yang harus dilakukannya adalah mendekorasi semula bilik ini. 

Dengan puas Chaewon melangkah mengelilingi ruang bilik, memikirkan perubahan-perubahan apa yang akan dilakukannya nanti. Sehingga satu masa, ketika dia melangkah ke meja kayu di samping katil Jongin. Langkahnya terhenti.

Timbunan album gambar?

Tertarik, Chaewon membuka album gambar yang sangat tebal itu. Kira-kira ada sepuluh sampul gambar di sana, sampul yang sangat tebal dan berukuran besar. Ternyata gambar-gambar yang ada di dalam sampul itu membuatkan Chaewon terngangah.

Sampul itu penuh dengan gambar-gambar Jisoo! Ada Jisoo yang sedang berjalan di pasar sambil membawa bakul, Jisoo yang sedang duduk dan minum di sebuah gerai pasar malam, Jisoo yang sedang menyapu di depan rumah, Jisoo yang sedang berbual-bual dengan seorang ahjumma di tepi katil di hospital.

Chaewon membuka semua album gambar itu dan wajahnya memucat serta merta. Di dalam album gambar itu, semuanya terkandung gambar Jisoo sejak dia masih kanak-kanak lagi sampai sekarang!

Heol! Kenapa Jongin mempunyai album gambar seperti ini? Tangan Chaewon mula menggigil.

Dan tiba-tiba saja suara sinis kedengaran dari belakangnya. "Ada yang kata, kalau kau berani masuk bilik terlarang seseorang kerana rasa ingin tahu yang berlebihan, maka keinginannya itu mampu membunuh dirinya sendiri."

Suara itu begitu dingin, separa berbisik seperti dihembuskan angin tapi seperti petir di telinga Chaewon. Dia begitu terperanjat sehingga menjatuhkan salah satu album gambar itu ke lantai dengan bunyi keras yang sangat kuat.

 

Bersambung...

 


 

Fuh! Panjangkan chapter kali ni? Hahaha taniah sekali lagi, sanggup baca sampai bawah. 

P/s: Maybe ada yang keliru dgn watak Jongin dan Kai. Mereka org yg berbeza ke? Sebenarnya mereka org yg sama, tinggal dlm tubuh yg sama, cuma perwatakan saja yg berbeza. Ia dinamakan alter ego. [Rujuk bawah]

An alter ego (Latin , "the other I") is a second self , which is believed to be distinct from a person's normal or original personality. A person who has an alter ego is said to lead a double life.

Dr Jekyll and Mr Hyde represent an exploration of the concept that good and evil exist within one person, constantly at war.

So yeah, itu saja. Bye!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!