Chapter 12

Call Me Monster

Jisoo memeluk Jongin erat-erat merasa begitu bahagia hingga dia ingin ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sementara Jongin membalas pelukannya dengan lembut, berusaha melepaskan kerinduannya pada gadis itu. Lama kemudian mereka bertatapan kembali, ada kerutan di dahi Jongin, "Kenapa badan kau panas?" Jongin menyedari panas tubuh Jisoo yang membakar ketika menyentuh kulitnya. "Jisoo, kau sakit?"

Jisoo mengangguk lemah pada Jongin dan lelaki itu nampak terkejut dan risau. Mungkin juga demamnya belum beransur pulih kerana dia menolak meminum ubat yang diberikan Kai padanya. "Saya cuma demam... mungkin sebab saya tak minum ubat."

Dahi Jongin berkerut risau."Kau mesti minum ubat. Mari aku akan bantu kau minum ubat." Dengan segera Jongin menyarungkan pakaiannya lalu keluar daripada selimut. Dia membantu Jisoo duduk, beberapa kali selimut melorot dari dada Jisoo hingga gadis itu harus mencengkamnya, tapi Jongin mengabaikannya, sama sekali tidak melirik pada tubuh Jisoo yang terdedah. Dan ketika Jongin menyuakan pil dan air di dalam mulut Jisoo, dengan mudahnya dia membuka mulut, bukan seperti ketika Kai memaksanya minum ubat.

Setelah itu, Jongin menyentuh dahi Jisoo dengan lembut dan badannya terasa sangat panas, pandangan Jongin lalu bertukar serius, sama seperti lelaki dingin yang berkarisma ketika di awal pertemuan mereka yang pertama kali, "Adakah Kai berkelakuan kasar dengan kau selama ni? Bekas-bekas ni..." Jongin menyentuh bahu Jisoo yang terluka dengan bersalah.

"Tak, bukan Kai yang lakukannya," Jisoo menggelengkan kepalanya, kemudian dia mula menceritakan kepada Jongin tentang rancangan Takuya, tentang Tao, bagaimana Kai kemudian menemuinya tepat di saat Tao ingin memperkosanya dan kemudian bagaimana Kai memaksanya tidur dengannya. "Saya tak tahu apa yang terjadi dengan bekas-bekas merah ni. Saya–" Bibir Jisoo bergetar dan matanya terasa panas. Dia merasa malu, sungguh malu kepada Jongin. Tetapi lelaki itu tersenyum dan menyentuhkan telunjuknya ke bibir Jisoo, menahannya untuk berbicara. "Shhh... tak apa, aku faham. Walau apa pun juga, aku dan Kai adalah satu tubuh yang sama." Jongin berbisik lembut dan meraih Jisoo dalam pelukannya, "Maafkan aku buat kau terpaksa mengalami semua ni..."

Jisoo membalas pelukan Jongin, menenggelamkan kepalanya di bahu lelaki itu dan mula menangis, "Saya cintakan awak, Jongin."

Jongin menghelah nafas panjang. "Aku juga Jisoo, aku juga. Aku dah lama tertidur dalam tubuh ni tapi kemudian aku dapat rasakan kehadiran kau, keberadaan kaulah yang buat aku bangkit semula. Kalau boleh aku nak sentiasa berada di sisi kau, mencintai kau sepenuh hati aku, memeluk kau setiap masa, jadikan kau milik aku–" Jongin nampak sedih, "Tapi selalu ada Kai. Kami ni dua yang menjadi satu. Satu yang terdiri dari dua. Aku tak sanggup biarkan kau mencintai aku, sebab dengan itu kau terpaksa mencintai sisi jahat aku, dan sisi jahat aku sangat sulit untuk dicintai."

Mencintai Kai? Jisoo terdiam. Jongin benar. Kai sangat sulit untuk dicintai. Jongin tersenyum melihat Jisoo kehilangan kata-kata, "Kau dah tahu semua dari Takuya? Pembunuhan-pembunuhan tu... Aku menyesal, Jisoo. Aku tak berdaya cegah Kai lakukan semua tu. Bila aku tersedar, kemalangan yang mengorbankan keluarga angkat aku telah pun terjadi termasuk Jisung, appa kau. Kai dah bertindak terlalu jauh dan itu sama saja seperti aku yang melakukannya dengan tangan aku sendiri."

Jisoo menggenggam kedua-dua tangan Jongin erat-erat, "Tak Jongin, awak tak bersalah. Awak tak sedar bila semua kejahatan tu terjadi."

Jongin menghelah nafas, "Kadang-kadang aku rasa Kai membunuh cuma untuk ganggu aku. Entah kenapa dia benci aku setengah mati. Tangan ni, entah berapa nyawa yang diragut oleh tangan ni, dan aku tak boleh hentikannya. Mungkin satu-satunya jalan adalah aku terpaksa mati... supaya Kai juga akan mati."

"Tak Jongin, jangan pernah fikir benda bodoh, masih ada cara lain. Mungkin awak boleh berdamai dengan Kai." Tiba-tiba fikiran itu terlintas di benak Jisoo, kalau Jongin dan Kai tidak boleh saling menghancurkan, bukankah satu-satunya jalan adalah berdamai? Dan Jisoo tahu saat ini Kai ada di dalam, mendengar dan mengamati mereka dari sudut yang paling gelap. "Awak berdua boleh hidup tanpa saling menyakiti."

"Tak mungkin, Jisoo." Jongin nampak kecewa, "Tubuh ni cuma ada satu dan kami dua keperibadian yang jauh berbeza. Perkataan 'damai' adalah satu-satunya hal yang tak mungkin kami lakukan."

Jisoo menghelah nafas panjang, mungkin memang nampak sulit tapi tidak boleh menutup kemungkinan bahawa itu mampu dilakukan. Satu-satunya masalah adalah Kai sangat kejam, dengan aura membunuhnya yang luar biasa. Ketika dia meledak maka akibatnya sangat menggerunkan. Seandainya saja Jongin boleh menidurkan Kai.

Jisoo mengerutkan keningnya, teringat akan kata-kata Kai kepada Jongin. "Dia menanggung seluruh pukulan untuk awak."

"Deh?"

"Kai, dia kata dia yang tanggung seluruh pukulan untuk awak."

"Maksudnya— waktu aku kecil?" kenangan itu muncul lagi di benak Jongin, kenangan samar-samar tapi menyakitkan yang berusaha dimusnahkannya. Kenangan tentang ayah tirinya yang sangat panas baran dan terlalu disiplin. Jongin terpaksa memenuhi semua keinginannya, boleh menunggang kuda, boleh memanah, boleh berenang, melakukan semua perkara yang disebutnya sebagai 'kegiatan lelaki' tanpa mempedulikan bahawa Jongin hanyalah seorang anak kecil.

"Kai kata appa awak selalu memukul awak dengan tongkat tapi omma awak tak membela awak."

"Aku tak ada ingatan tentang kenangan tu," Jongin mengerutkan kening, "—yang aku ingat cuma setiap kali aku bangun di tempat tidur, belakang aku mesti sakit dan terdapat bekas-bekas pukulan . Aku selalu fikir yang aku hilang ingatan."

"Itu sebab Kai mengambil alih tubuh awak. Waktu awak dipukul, Kai muncul dan menjadi pertahan awak, membuatkan awak terlindung dari keseksaan tu dan tak sedarkan diri," Jisoo menghelah nafas panjang, "Kai kata dia tumbuh makin kuat seiring dengan kemarahan dan kebencian terpendam awak yang semakin bertambah." Jisoo menatap Jongin dengan serius, "Mungkin awak harus maafkan appa awak supaya Kai akan lenyap."

"Tapi aku sendiri tak pernah memikirkan appa aku lagi." Memikirkan tentang appanya hanya menimbulkan kenangan buruk untuknya. Sebab itulah Jongin menghindarinya tapi mungkin betul, kemarahan dan kebenciannya ketika kecil atas sikap jahat appanya yang terpendam dan tumbuh semakin dalam yang menjadi bahan bakar untuk Kai agar semakin kuat. "Tapi ada betulnya juga..." Jongin menghelah nafas panjang."Berehatlah Jisoo. Besok pagi aku akan cari Takuya."

"Takuya–" Jisoo menelan airnya. "Dia bantu saya larikan diri tapi Kai dah tahu semuanya. Dan saya tak pernah lagi nampak Takuya di rumah ni, tapi saya tak pasti, mungkin sebab saya dikurung di bilik ni." Wajah Jisoo nampak ragu, "Awak rasa... Kai dah bunuh Takuya?"

Jongin terkaku. Takuya adalah satu-satunya orang yang menghubungkannya dengan ikatan masa lalunya. Takuya adalah sahabat baiknya sejak kecil sebelum dia diambil oleh keluarga Jisung lagi. Kalau Kai membunuh Takuya... Jongin mengusap rambut Jisoo lembut, "Aku akan segera cari maklumat. Jangan cemas okay. Dan satu lagi, kau tak akan dikurung dalam bilik ni lagi—"

*

*

Jongin melawat Takuya segera setelah mengetahui bahawa pelayan setianya itu berada di rumah sakit. Dia melangkah menuju ke bilik tempat Takuya ditempatkan. Kelihatan beberapa pengawal berjaga di sana dan mengerutkan dahinya tidak suka. "Kamu semua tak diperlukan lagi di sini. Pergilah."

Para pengawal itu pada mulanya nampak ragu dan saling berpandangan. Bukankah Tuan Jongin sendiri yang memberi arahan bahawa mereka tidak boleh pergi dari sini walau apa pun yang terjadi? Kenapa Tuan Jongin berubah fikiran secepat itu?

Jongin memasang ekspresinya yang paling dingin. "Pergilah. Jangan sampai aku ulang perintah aku untuk kali yang ketiga." Para pengawal itu segera pergi dengan patuh. Jongin membuka pintu bilik Takuya dan mendapati Yongguk ada di dalam sana, duduk dalam keheningan dan mengawasi Takuya yang sedang terbaring tidur di atas katil rumah sakit.

Yongguk berdiri ketika melihatnya.

"Pergilah, Yongguk." Jongin memerintah dengan dingin, tahu benar bahawa penolongnya yang satu ini lebih setia kepada Kai dibandingkan dirinya. Ketika Yongguk tidak berganjak, Jongin menatapnya tajam, "Aku memang Jongin, bukan Kai, tapi aku tetap tuan kau. Pergilah, Yongguk."

Yongguk hanya menganggukkan kepalanya, dalam hening dan melangkah dengan hampir tidakk terdengar bunyinya, lelaki itu melangkah pergi meninggalkan bilik Takuya. Setelah bilik itu sepi, Jongin melangkah mendekati katil tempat Takuya terbaring tidur, mengamati dengan sedih kedua-dua lengan Takuya yang di gips. Kai telah mematahkan kedua-dua tangan Takuya tanpa belas. Lelaki itu benar-benar iblis. Jongin mengetapkan bibirnya marah tetapi setidaknya Kai tidak membunuh Takuya dan tidak menyakiti keluarganya. Jongin sudah memeriksa tadi, keluarga Takuya baik-baik saja, Kai sama sekali tidak pernah menyentuh mereka.

Ternyata Takuya menyedari bahawa dia sedang diawasi, lelaki itu membuka matanya dan terus waspada melihat siapa yang sedang berdiri di tepi katilnya. "Aku Jongin," Jongin bergumam tenang, menyedari bahawa Takuya masih menyangka bahawa dia adalah Kai, "Aku kembali, Takuya."

Bibir Takuya mengangah terkejut, tapi dia masih menatap Jongin dengan curiga. Boleh saja lelaki yang ada di depannya ini adalah Kai yang sedang berpura-pura, bukankah selalunya begitu?

Jongin menyedari tatapan curiga Takuya dan tersenyum, "Kau boleh curiga, Takuya, tapi aku benar-benar Jongin, lagi pun apa untung yang Kai dapat menyamar sebagai aku? Tak ada untung buat dia."

Benar juga... Takuya membatin. "Tuan dah kembali? Macam mana dengan Tuan Kai?"

Jongin menganggukkan kepalanya, "Dia masih terasa kuat di dalam sini." Ditatapnya Takuya dengan pandangan sedih, "Maafkan aku Takuya, sebab dah buat kau alami semua kesengsaraan ni."

"Tak apa tuan, lagi pun saya layak terima semua ni, rancangan saya untuk menyelamatkan cik Jisoo ternyata hanya membahayakan diri dia, saya salah memilih orang, tak dapat saya bayangkan kalau Tuan Kai tak datang dan menyelamatkan Jisoo waktu itu."

"Tapi Kai tetap tak berhak mematahkan tangan kau macam ni," Jongin menghelah nafas panjang, "Keluarga kau semuanya selamat."

"Saya tahu, Tuan Kai dah bagitahu saya. Sebelum tu dia kata dia telah membakar isteri dan anak saya hidup-hidup. Saya… saya kira waktu tu dah tak ada gunanya lagi saya hidup." Takuya menitiskan air mata, "Tapi baru-baru ni Tuan Kai bagitahu yang dia sama sekali tak sentuh keluarga saya, apa yang dia katakan waktu tu hanya untuk mempermainkan saya."

"Sebab kita berkawan sejak kecil, aku tahu. Kau satu-satunya orang yang sangat rapat dengan aku dan Kai sejak kecil. Tapi Kai memang kejam, dia suka sangat mempermainkan emosi orang lain," Jongin mengerutkan keningnya, "Jisoo kata Kai terbentuk dari emosi dan kebencian aku di masa lalu sebab kekejaman yang appa aku lakukan."

Takuya mengenang masa lalu. Ayah tiri Jongin memang sangat kejam sebelum dia diambil oleh keluarga Tuan Jisung. Dia tidak ragu-ragu memukul sesiapa pun yang tidak boleh melakukan apa yang dia inginkan, tidak terkecuali anaknya yang masih kecil.

"Jisoo kata Kai yang menanggung semua pukulan-pukulan appa dekat aku. Betulkah, Takuya? Yang ada di ingatan aku hanyalah ingatan samar-samar. Setiap kali aku tersedar, kau selalu ada disamping aku."

Takuya menganggukkan kepalanya, "Pertama kali saya rasa ada sesuatu yang berbeza ialah bila saya menatap mata tuan, waktu tu ahjussi tengah memukul tuan dengan tongkat. Kanak-kanak lain atau saya sendiri pasti akan menangis dan menjerit bila dipukul macam tu tapi tuan hanya diam dan melawan matanya, dan itu membuatkan appa tuan semakin marah dan semakin kuat memukul tuan. Saya perasan ada sinar berbeza di mata tuan, sinar yang saya tak kenali. Kemudian bila ahjussi selesai, pengasuh tuan akan bawa tuan ke bilik dan mengubati tuan, tapi tuan masih tetap diam. Sehingga saya yang mengintip di depan pintu risau tuan terlalu terkejut untuk bersuara, jadi saya memanggil nama tuan. Kemudian tuan menjawab dengan dingin, tuan kata tuan tak mahu dipanggil dengan nama Jongin, tuan mahu dipanggil dengan nama Kai," Takuya menatap Jongin, "Saya ingat waktu tu tuan cuma main-main... tapi kemudian banyak kejadian pelik berlaku, haiwan-haiwan mula mati, sehinggalah satu masa saya sendiri melihat tuan sedang mencungkil mata arnab dari tubuhnya. Saya sangat terkejut dan berusaha memanggil tuan untuk menghentikan perbuatan tu tapi tuan menolehkan kepala dan tersenyum yang bagi saya cukup menakutkan, padahal waktu tu tuan hanyalah seorang kanak-kanak sama seperti saya. Tuan kata 'Hai Takuya, kita berjumpa lagi' dan saya terus sedar yang tuan telah berubah menjadi Tuan Kai, sedar yang keperibadian bernama Kai itu benar-benar ada dalam diri tuan."

Jongin menatap Takuya dalam-dalam, sedikit terkejut. Takuya tidak pernah menceritakan semua ini kepadanya sebelumnya. Ternyata Kai menjadi begitu jahat kerana seluruh dendam, ketakutan, kemarahan dirinya waktu kecil yang ditenggelamkannya dalam-dalam. Kemudian semua itu ternyata memisahkan dirinya dan membentuk keperibadian sendiri bernama Kai.

"Jisoo kata kalau aku boleh buang kemarahan aku terhadap appa, maka Kai akan jadi lemah. Masalahnya aku sendiri tak ingat perlakukan buruk appa dekat aku. Aku memang benci dia, tapi aku tak menyimpan dendam dan kemarahan dekat appa."

Takuya menganggukkan kepalanya, "Yang paling menerima perlakuan buruk appa tuan ialah Tuan Kai sendiri. Kalau ada yang harus menghilangkan dendam dan kemarahan, itu adalah Tuan Kai."

"Dan dia tak akan mahu hilangkan kemarahan dia. Kemarahan, kebencian, dan dendam dah jadi kekuatan dia. Aku memang tak akan mampu melenyapkan Kai dari dalam diri aku." Jongin meramas rambutnya kecewa, "Adakah menurut kau aku gila, Takuya? Patutkah aku masuk ke rumah sakit jiwa?"

"Jangan cakap macam tu tuan. Tuan Kai mungkin sakit jiwa tapi tuan tak."

"Tapi kami adalah satu," Jongin menghembuskan nafasnya, "Dia gila maka aku gila. Dia membunuh maka tangan aku juga berdarah." Mata Jongin memancarkan tekad, "Kalau aku lenyap, maka Kai juga akan lenyap. Mungkin itu satu-satunya cara."

"Apa maksud tuan?" Takuya menatap Jongin cemas, "Tuan tak akan mencederakan diri tuan sendiri, kan? Tolong katakan tuan tak akan buat benda bodoh?"

"Aku muak hidup dengan membawa darah orang-orang tak bersalah yang menjadi korban Kai di tangan aku." Jongin menatap tangannya sendiri, "Mungkin lebih baik untuk semua orang kalau kami berdua lenyap. Saat ni aku tengah kuat, jadi aku boleh mengambil keputusan tanpa Kai boleh berbuat apa-apa. Kalau Kai dah ambil alih tubuh ni nanti, semuanya akan terlambat."

"Tuan tak boleh melakukannya. Bagaimana dengan cik Jisoo?"

"Jisoo akan selamat tanpa aku. Hidup dia lebih berbahaya kalau aku ada di samping dia, Kai boleh muncul bila-bila masa saja dan tiada siapa tahu apa yang Kai akan lakukan pada Jisoo nanti." Jongin menatap Takuya dengan pandangan lurus, "Walau apa pun yang terjadi dekat aku nanti, aku nak kau jadi pelayan Jisoo yang setia dan menjaga dia macam mana kau jaga aku selama ni."

"Tuan Jongin–"

"Semoga kau cepat sembuh, Takuya. Aku akan menghubungi doktor, kau akan mendapatkan kemudahan dan layanan yang terbaik sehingga kau betul-betul pulih." Jongin beranjak pergi meninggalkan ruang itu, tidak mempedulikan Takuya yang memanggil-manggilnya, mencuba membuatnya mencegah fikirannya.

Jongin terus melangkah menuju koridor dengan tekad yang bulat. Dia harus melenyapkan dirinya sendiri. Itulah satu-satunya cara dia boleh melenyapkan Kai. Bayangan Jisoo muncul di benaknya, membuat dadanya sakit. Seandainya saja keadaan normal, Jongin mungkin boleh bersama dengan Jisoo, menjadi pasangan bahagia. Sayangnya keadaan mereka berbeza. 

*

*

"Kau terlalu pengecut untuk bunuh diri." Kai bergumam mengejek niat Jongin. Tentu saja dia tahu apa yang ada di benak Jongin.

"Diam." Jongin mencuba menghentikan bisikan Kai yang mengganggunya. Dia harus membulatkan tekad.

"Kau fikir kau nak bunuh diri pakai apa? Tikam diri kau dengan pisau? Tembak kepala kau? Atau memilih cara pengecut dengan meminum ubat?" Kai tidak mahu menyerah. Dia berterusan mencabar Jongin. "Kau akan rugi kalau bunuh diri dan mematikan kita berdua, Jongin."

"Uh! Aku tak rugi apa-apa. Kau takut, bukan?" Jongin terkekeh. "Kau takut aku bunuh diri dan bunuh kau juga dan kau sekarang ni tiada kekuatan apa-apa untuk cegah aku."

"Macam mana dengan Jisoo?" Kai mengeluarkan senjatanya. "Dia mencintai kau."

"Dia akan lebih baik tanpa aku." Jongin bergumam tegas. "Kalau dia ada dekat aku, dia juga ada dekat kau, aku tak akan membahayakan Jisoo dengan kehadiran kau—" 

Tiba-tiba pintu ruang kerjanya diketuk. Jongin mengerutkan dahinya. "Masuk."

Pintu terbuka sedikit, dan Jisoo menghendapkan kepalanya sedikit, "Jongin? Awak sibuk? Boleh saya masuk?"

"Masuklah, Jisoo." Jongin tersenyum, "Ada apa, Jisoo? Aku ingat kau masih tidur dekat bilik. Aku tak nak ganggu," Jongin berkerut melihat ekspresi Jisoo, gadis itu kelihatan pucat lesi, "Kenapa sayang? Kau masih sakit?"

Jisoo menatap Jongin gelisah, hatinya berdebar-debar. "Saya... saya takut nak bagitahu awak..."

Dahi Jongin berkerut. Dia segera berdiri dan menghampiri Jisoo yang berdiri resah di depan meja, lalu tangan Jongin merangkul pinggang Jisoo dari sisi dan menatapnya dengan tulus. "Tak ada yang perlu ditakutkan Jisoo. Ada apa? Malhaeba..."

Jisoo mendongakkan kepalanya menatap Jongin yang lebih tinggi darinya, "Saya takut nak bagitau awak atau tak, tapi saya juga tak boleh simpan sendiri. Saya—" Jisoo menghelah nafas panjang, "Maafkan saya Jongin. Saya rasa... saya rasa saya mengandung."

"Mengandung?" Jongin membeku. Sejenak dia termenung bingung, tapi kemudian dia tersenyum, "Mengandung?"

"Haid saya tak datang bulan ini... dan ia tak pernah terjadi lagi sebelum ni." Jisoo menatap Jongin penuh rasa bersalah, "Maafkan saya, Jongin."

"Kenapa kau perlu minta maaf," Wajah Jongin bertukar sedih. Tangannya mengusap-ngusap anak rambut Jisoo dengan lembut, "Sepatutnya aku yang minta maaf. Aku dah mengandungkan kau sebelum ada ikatan yang sah. Aku minta maaf Jisoo... Aku akan telefon doktor sekarang. Kita pastikan, kalau memang betul kau mengandung, aku akan jaga kau dengan hati-hati dan kita akan segera bernikah."

"Bernikah?" Jisoo menatap ragu ke arah Jongin yang sudah mula menekan nombor di telefonnya.

"Ya. Anak tu mesti mempunyai appa sebelum dilahirkan." Jongin menatap Jisoo lembut dan cemas, "Macam mana dengan keadaan kau? Kau tak rasa pening? Mungkin kau patut berehat dan jangan banyak berjalan."

Jisoo tersenyum geli, "Saya tak apa-apa, Jongin."

Lelaki itu menelefon doktor peribadinya dan berkata sesuatu agar doktor itu segera datang. Kemudian Jongin meletakkan telefonnya dan menatap Jisoo kagum. "Aku tak pernah bayangkan benda ni akan berlaku. Kau mengandung, mengandung anak aku."

Jisoo tersenyum, "Saya kata saya mungkin mengandung sebab haid saya datang lambat, belum tentu saya mengandung, Jongin."

Jongin menatap Jisoo dengan lembut, "Kau pasti mengandung, sebab kau nampak sangat cantik."

Jisoo tersipu malu. Kemudian Jongin memeluk Jisoo dan merehatkan dagunya di atas kepala gadis itu sambil termenung jauh. Jisoo mengandung dan itu bererti seluruh rancangannya untuk mengakhiri kehidupannya agar boleh melenyapkan Kai tidak boleh dilakukan. Jongin selalu menjadi anak tunggal, appanya kejam dan eommanya tidak rapat dengannya. Keluarga angkatnya sempat mengisi kekosongan di dalam dirinya tetapi itupun tidak berlaku lama. Kandungan itu, kalau benar Jisoo mengandung, dia harus menjaga anak di dalam kandungan Jisoo. Jongin harus menenggelamkan Kai semakin dalam agar dia tidak terbangun dan menguasainya lagi. "Aku akan bertanggungjawab Jisoo, aku akan berusaha supaya Kai tak bangun dan berbuat jahat."

Jisoo mengalihkan pandangannya cemas ke arah Jongin, "Bolehkah awak lakukannya, Jongin? Saya takut Kai mendesak awak lagi hingga awak tenggelam dan dia menguasai tubuh ni."

Jongin menyentuh lembut perut Jisoo dan mengusapnya penuh sayang. "Aku sebenarnya dah putus asa, tak ada cara lain lagi untuk mengalahkan Kai tapi semuanya berbeza dengan adanya anak ni. Aku perlu kuat untuk menjaga kau dan anak ni."

Jisoo mengenggam tangan Jongin yang sedang memegang perutnya. "Terima kasih, Jongin."

*

*

"Ya, she's pregnant." Doktor itu sudah selesai memeriksa Jisoo. "Hasil urine test menyatakan positif dan dari USG saya sudah boleh melihat janin kandungannya walaupun masih kecil."

Jongin menerima khabar itu dengan gembira, dia berusaha menyoal soalan detail yang sekecil-kecilnya kepada doktor itu. Setelah doktor itu pergi, Jongin duduk di sebelah katil dan menggenggam erat tangan Jisoo yang sedang berbaring. "Mulai sekarang, kau mesti jaga diri kau dengan baik, jangan sampai terlalu lelah."

Jisoo terkekeh, "Jongin, saya cuma mengandung, bukan sakit."

Lelaki itu tersenyum malu, "Aku tak pernah dekat dengan perempuan mengandung sebelum ni. Maafkan aku."

Jisoo ketawa, "Tapi kenapa?"

Jongin menggelengkan kepalanya, "Aku selalu menjauhkan diri dari perempuan mengandung dan budak-budak, bukan sebab aku tak suka. Aku... aku takut Kai tiba-tiba muncul dan mencederakan mereka."

Kehadiran Kai ternyata telah membatasi segala kemahuan Jongin. Jisoo yakin dengan kelembutan Jongin, lelaki itu pasti menyukai anak-anak kecil. Dia cuma tidak boleh mendekati dan berinteraksi dengan mereka.

"Apa yang Kai lakukan kadang-kadang sangat menakutkan. Dia benci haiwan peliharaan. Dia selalu terdorong untuk membunuh, entah untuk bersuka-suka atau memang dia sengaja ganggu aku, sebab tu lah aku tak berani ambil risiko membiarkan Kai mendekati budak-budak. Kai, sama macam aku, tak ada pengalaman sama sekali tentang budak-budak."

Jisoo mengerutkan keningnya. Kalau sesuatu perkara terburuk terjadi dan Kai menguasai tubuh Jongin semula, adakah Kai akan melukai anaknya? Walau apapun juga, anak yang berada di dalam kandungan Jisoo adalah hasil dari benih tubuh yang sama. Anak ini anak Kai juga bukan?

*

*

Jongin menatap ke arah cermin di ruang kerjanya. Menatap bayangan yang membalas tatapannya dengan dingin. "Aku akan semakin kuat dengan adanya anak aku di kandungan Jisoo dan aku akan segera menikahi dia." Jongin mengucapkan kata-katanya kepada Kai dengan tegas. Ekspresi Kai tidak dapat dibaca, tentu saja dia sudah tahu bahawa Jisoo mengandung. Dia selalu sedar dan mengawasi dari sudut yang gelap, cuma sekarang ini dia terbelenggu. Jongin benar-benar dalam kondisi yang kuat dan waspada sehingga Kai tidak mampu bangun dan menguasai tubuh itu.

"Anak aku juga, Jongin. Jangan lupa. Anak tu anak aku juga."

"Tapi tak bererti kau tak akan melukai dia, bukan?"

Kai memasang wajah datar, "Aku tak tahu. Aku tak pernah dekat dengan anak kecil sebelum ni. Kau yang selalu menjauhkan aku dari budak-budak."

"Sebab kau kejam terhadap haiwan peliharaan, kau bunuh haiwan-haiwan lain yang kau anggap mengganggu kau."

"Aku buat semua tu untuk menyusahkan kau." Kai ketawa sinis. "Bukan bererti aku akan melakukannya kepada budak-budak."

Jongin mendengus, "Aku tak akan biarkan kau bangun, Kai. Aku akan menekan kau kuat-kuat hingga tiada sedikit kesempatan pun untuk kau mencederakan Jisoo dan anak aku."

"Anak aku juga." Kai kembali membetulkan, senyumnya nampak malas dan mengejek, "Jadi maksudnya kau batalkan niat kau untuk membunuh kita berdua?"

"Ya." Jongin menatap Kai dengan dingin, "–tapi bukan bererti aku membatalkan niat untuk melenyapkan kau."

Kai terkekeh, "Kau tak akan mampu, Jongin. Kau dah cuba sebelum ni dan tak pernah berjaya, bukan? Semakin kau mencuba melenyapkan aku, semakin aku bertambah kuat."

Mata Jongin mengecil tajam, "Sebab sebelum ni aku tak ada perempuan yang aku cintai dan anak yang aku nak lindungi."

Kata-kata Jongin sedikit mengubah ekspresi Kai tetapi lelaki itu tetap tersenyum dan sedikit mengejek, "Kita lihat saja nanti."

*

*

Akhirnya Takuya pulang ke rumah. Kedua-dua tangannya masih di gips tapi keadaannya semakin baik. Jongin dan Jisoo menyambutnya. Jisoo sangat bersyukur ketika Jongin mengatakan bahawa Kai hanya mencederakan Takuya dan tidak membunuhnya, bahawa Takuya sedang menjalani rawatan di hospital tapi Jisoo tidak tahu bagaimana cara Kai mencederakan Takuya, oleh sebab itu ketika dia melihat kedua-dua tangan Takuya di gips, Jisoo menoleh ke arah Jongin dan mengerutkan keningnya. "Adakah Kai–"

"Ya." Jongin nampak begitu menyesal, "Kai mematahkan kedua-dua tangan Takuya."

Jisoo berkerut ketika membayangkan kekejaman Kai, membayangkan betapa sakitnya Takuya ketika itu. Didekatinya Takuya dengan mata berkaca-kaca. "Maafkan saya," Bisiknya, sungguh menyesal. Bagaimanapun Takuya tercedera kerana membantunya melepaskan diri tapi Takuya membalas tatapannya dengan tatapan malu dan penuh penyesalan.

"Saya yang minta maaf, cik Jisoo." Suaranya serak, "Saya fikir saya menolong cik tapi saya menempatkan cik ke dalam bahaya."

Jisoo cuba tersenyum kepada Takuya,"Gwaenchana, yang penting kita semua boleh berkumpul di sini dalam keadaan baik."

"Bersama bayi cik." Takuya tersenyum, "Tuan Jongin dah ceritakan semuanya kepada saya." Lelaki itu melirik Jongin, "Tahniah Tuan Jongin, saya yakin tuan pasti sangat bahagia."

"Sangat." Jongin bergumam tulus. Dirangkulnya Jisoo erat-erat ke dalam pelukannya.

*

*

Tengah malam. Kai terbangun. Dia terus terduduk, terkesiap terkejut kerana dia terbangun begitu saja. Lelaki itu menggerakkan tangannya. Nampaknya, tubuh ini ternyata berhasil dia kuasai lagi. Jongin terlalu letih sehingga dia lemah dan terleka, dan Kai mengambil alih begitu saja. Kai tersenyum. Dia sudah lebih kuat, waktu itu dia memandang remeh terhadap Jongin dan tidak waspada sehingga Jongin mampu mengambil alih.

Kai menoleh dan menatap Jisoo yang tertidur di sebelahnya. Gadis itu meringkuk ke arahnya dengan posisi seperti janin di dalam kandungan, nampak begitu lemah dan tidak berdaya. Kai membayangkan betapa terkejutnya Jisoo nanti ketika bangun dan menemui Kai yang berada di sampingnya.

Kai menyentuhkan jemarinya ke pipi Jisoo. Kemudian pandangannya terarah ke perut Jisoo dan dia termenung jauh. Jisoo sedang mengandung.

Mengandung...

Sama seperti Jongin, Kai sama sekali tiada pengalaman dengan perempuan hamil. Dan kali ini, gadis yang ada di depannya sedang mengandung anak Jongin, anaknya juga, anak mereka berdua. Apa yang boleh dia lakukan kepada perempuan hamil? Adakah emosi mampu membuatkan Jisoo keguguran?

Kehamilan Jisoo sebenarnya lebih membuatkan Kai ingin tahu. Bagaimana rasanya memiliki seorang anak? Kai termenung dan memutuskan bahawa dia ingin memiliki seorang anak. Seorang anak yang akan dia besarkan dengan baik. Bukan dengan ancaman dan kekerasan seperti yang dilakukan ayah tirinya kepadanya. Kai mengerutkan keningnya. Kalau begitu dia harus berhati-hati agar kandungan Jisoo baik-baik saja. Dia akan berpura-pura menjadi Jongin.

*

*

"Kenapa kau cuma sarapan itu?" Kai mengerutkan kening menatap Jisoo yang hanya menyentuh beberapa keping biskuit dan teh panas. Dia sendiri sedang bersarapan sehiris besar pancake hangat bersama madu. Setahu Kai, perempuan mengandung harus makan banyak bukan?

Kai sepertinya berhasil mengaburi mata Jisoo. Jisoo sedikit pun tidak menyedari bahawa lelaki yang bersamanya ini adalah Kai. Kali ini Kai bertekad agar Jisoo selamat sehingga melahirkan anaknya. Dia menginginkan anak itu. Dia ingin merasakan menjadi seorang appa. Dengan segera dia mengiris sehiris besar pancake dan meletakkannya di piring dan mendorongnya kepada Jisoo. "Makan ni."

Jisoo menatap Kai dengan memprotes, "Jongin bukannya saya tak nak makan, saya rasa sedikit mual pagi ni. Kalau saya paksa juga, saya akan muntah."

Kai mengamati Jisoo dalam-dalam. Dia pernah mendengar perempuan hamil muntah-muntah di awal kehamilan, dia tidak menyangka Jisoo juga merasakannya. "Kau tak apa-apa? Adakah kau perlu minum ubat?"

Jisoo menggelengkan kepalanya dan mengusap perutnya dengan lembut, "Tak ada ubat Jongin, saya mesti mengalaminya sendiri. Ini bukan penyakit."

Kai mengikuti arah pandangan Jisoo, menatap perut yang sedang diusap oleh jemari Jisoo. Dia berdehem dan mengalihkan pandangannya, "Mungkin dah sampai waktunya untuk kita bercakap tentang pernikahan." Kai sangat setuju dengan rancangan pernikahan yang dirancang oleh Jongin. Dengan adanya pernikahan, Jisoo dan anak itu akan terikat kepadanya.

Jisoo mengangkat kepalanya dan menatap Kai sambil tersenyum, "Saya akan ikut apa saja rancangan awak Jongin, bila kita akan bernikah?"

"Secepatnya." Kai tersenyum.

*

*

Ketika Takuya sedang berjalan menuju ke halaman depan, dia bertembung dengan Kai. Lelaki itu sedang berbual di telefon, sepertinya membahas tentang pernikahan.

"Takuya." Kai tersenyum, "Nampaknya kau dah makin baik."

Takuya menganggukkan kepalanya, "Tak lama lagi gips saya akan dibuka."

"Kai pasti mematahkan tangan kau dengan sangat kuat?" Padahal di dalam hatinya dia sedang tersenyum, dia ingin menilai reaksi Takuya, ingin tahu apakah Takuya akan menyedari penyamarannya sebagai Jongin atau tidak. Dari dulu Kai suka bermain-main, menyamar sebagai Jongin dan melihat reaksi orang-orang.

Takuya sendiri nampak ngeri membayangkan ketika tangannya dipatahkan oleh Kai dengan kejam. Dia menatap tuannya dan menghelah nafas panjang, "Saya layak menerimanya."

Kai tidak dapat menahan diri lagi, dia ketawa sinis menunjukkan senyuman kejamnya seperti selalu, "—dan aku akan mengulanginya lagi, bila-bila masa kalau aku rasa perlu menghukum kau."

Seketika itu juga Takuya mengundur, menyedari bahawa yang ada di depannya adalah Tuan Kai, bukan Tuan Jongin. Ya Tuhan, bagaimana Tuan Kai boleh kembali mengambil alih? Bukankah Tuan Jongin sudah semakin kuat?

"Oh lain waktu, aku bukan hanya akan mematahkan tangan kau," Kai terkekeh, "Aku pernah cakap dekat kau, kan? Aku boleh mematahkan kedua-dua kaki kau juga. Bunyi tulang patah membuatkan aku senang."

"T-tuan Kai?" Takuya makin gementar menatap mata dingin yang penuh hasrat membunuh itu.

"Ya, aku Kai. Tapi kau tak boleh bagitahu sesiapa pun atau aku tak akan teragak-agak melaksanakan ancaman aku." Kai mendekatkan dirinya kepada Takuya, membuatkan lelaki itu mengundur dan akhirnya terperangkap di tembok, "Aku sedang menyamar menjadi Jongin dan itu demi kebaikan Jisoo dan anak dia. Kita tak tahu apa yang akan Jisoo lakukan kalau dia tahu bahawa aku adalah Kai, mungkin dia akan sangat ketakutan sampai keguguran. Kau tak nak Jisoo keguguran, kan?"

Takuya segera menggelengkan kepalanya, wajahnya nampak waspada. "Tuan... " Dia memberanikan diri untuk bersuara, "Tuan tak akan mencederakan cik Jisoo dan bayinya, kan?"

"Tergantung." Suara Kai terdengar kejam, membuat Takuya semakin gerun, "Tergantung dengan hati aku. Kalau aku senang aku tak akan melukakan sesiapa. Kau faham maksud aku, Takuya."

"Saya faham..." Dia akan melakukan apa saja agar Kai tidak mampu mencederakan Jisoo. Dia pernah bersalah kepada gadis itu dan menjatuhkannya ke dalam bahaya, sekarang dia akan menebus kesalahannya.

"Bagus. Sekarang aku nak kau bantu aku. Aku nak laksanakan pernikahan."

*

*

Pernikahan itu dilaksanakan secara sederhana dan sepantas kilat di jabatan pendaftaran perkahwinan. Surat-surat ditandatangani dan sekelip mata saja dia dan Jisoo telah menjadi suami isteri. Tentu saja surat-surat untuk mempelai lelaki semuanya atas nama Kim Jongin, Kai sempat mengerutkan keningnya tidak suka tapi kemudian menerimanya sebagai keuntungan sendiri, lagi pula tubuh ini sejak awal memang tercatat nama Kim Jongin.

Kai kagum dengan betapa cepatnya dan betapa mudahnya proses pernikahan itu. Dengan sedikit wang di sana sini, semuanya menjadi mudah. Hatinya terasa puas, Jisoo sudah terikat dengannya dan menjadi isterinya.

"How do you feel, Miss Kim?" 

Jisoo yang bergaun putih nampak cantik dan segar, dia tersenyum lebar ketika melihat Jongin, "Saya bahagia..."

"Aku senang kau bahagia." Kai mendekati Jisoo dan meraih gadis itu ke dalam pelukannya, menikmati betapa mudahnya Jisoo tenggelam ke dalam pelukannya kalau dia berperanan sebagai Jongin, sama sekali tidak ada penolakan. Sementara itu, Takuya memasuki ruang itu dan terkedu melihat Kai sedang memeluk Jisoo. Jisoo nampak pasrah dan bahagia dalam pelukan Kai.

Takuya membatin, tentu saja kerana cik Jisoo tidak menyedari bahawa yang sedang memeluknya bukanlah Tuan Jongin. Dia tidak boleh memberitahu Jisoo meskipun dia sangat ingin. Kai telah mengancamnya, lagi pun Kai mengatakan kalau emosi Jisoo terganggu, mungkin boleh membahayakan kandungan Jisoo.

Takuya menatap kedua pasangan yang berpelukan itu dengan resah. Bagaimana dia boleh menyelamatkan Jisoo dari cengkeraman Tuan Kai? Dan kenapa Tuan Jongin boleh kalah dan tak sedarkan diri sekali lagi?

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

; Sorry guys, chapter ni sangat bosan (╥_╥)

Dan satu lagi, mengapakah dan kenapakah ramai yg ship Jisoo dgn Kai?? Ahh i see, mesti ideal type korang yg jenis badboy kan kan~ Hahaha ok kidding XD 

So sy dah munculkan Kai balik. Welcome back Kai! Kau jgn buat perangai lagi, atau aku akan lenyapkan kau balik. Muahahaha—

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!