Chapter 7

Call Me Monster

Ketukan di pintu biliknya membuat Jisoo terbangun dari tidur lelapnya. Dia membuka matanya dan terasa pedih apabila pancaran sinaran matahari menyilaukannya. Ah...sekarang pukul berapa?

Nampaknya oleh kerana dia tidak dapat melelapkan matanya semalam, Jisoo telah terlewat bangun. Dengan gugup dia duduk di katilnya.

Ketukan pintu itu terdengar lagi, membuatkan Jisoo gemuruh. Dia memang sengaja mengunci pintunya, hanya sekadar berjaga-jaga atas ketakutan yang tidak mampu dijelaskannya.

"Nugu?"

"Saya Takuya." Suara Takuya, ketua pelayan terdengar di luar, "Tuan Jongin meminta saya memastikan Cik dalam keadaan baik kerana Cik tak turun untuk sarapan."

"Saya...saya baik-baik saja." Jisoo merapikan rambutnya dan memastikan baju tidurnya kemas lalu melangkah turun dari katil dan membuka kunci pintu. Takuya sedang berdiri di luar dengan ekspresinya yang mendatar. "Saya terlewat bangun, mungkin sebab pengaruh ubat dari doktor. Maaf kalau saya tak turun untuk makan malam." Jisoo tersenyum meminta maaf kepada Takuya. Ada seulas senyuman kecil yang muncul di wajah Takuya yang datar. Tetapi hanya sekelip mata dan menghilang hingga Jisoo sendiri tidak yakin dengan penglihatannya.

"Tak apa Cik. Saya lega Cik baik-baik saja. Oh ya, kalau Cik dah siap, Tuan Jongin nak berjumpa dengan Cik di bilik kerjanya." Takuya sedikit membongkokkan badannya, "Kalau macam tu saya minta izin dulu."

Jisoo termenguh. Mengapa Jongin ingin bertemu dengannya? Dapat Jisoo bayangkan suasana makan malamnya semalam yang menakutkan, membuatnya berasa tidak ingin pergi bertemu Jongin. Sementara itu, langkah Takuya nampak ragu-ragu kemudian dia berhenti melangkah dan menoleh, menatap ke arah Jisoo yang masih berdiri di ambang pintu.

"Cik mengunci pintu bilik?" Takuya menatap Jisoo dengan tatapan tajam. "Ah ne...," Jisoo mengalihkan pandangannya gugup, tidak tahan dipandang setajam itu. Benaknya berputar mencari alasan,

"Saya dah biasa mengunci pintu bilik di rumah, maafkan saya membawa tabiat tu di sini."

"Tak apa-apa." Takuya menggelengkan kepalanya. "Saya harap Cik lakukannya kerap."

"Melakukan apa?" Jisoo menatap Takuya dengan bingung.

"Mengunci pintu bilik Cik setiap malam." Takuya berucap misteri lalu menolehkan tubuhnya dan melangkah meninggalkan Jisoo yang masih terpaku bingung di ambang pintu, memikirkan maksud kata-kata Takuya. Lelaki itu menyuruhnya mengunci pintu setiap malam. Seakan-akan ada bahaya yang mengintainya kalau dia tidak mengunci pintu bilik. Tiba-tiba Jisoo merasakan bulu tengkuknya berdiri. Bahaya apa yang mengintainya di rumah ini?


"Mian aku panggil kau ke sini." Lelaki itu sedang menghadap kertas kerjanya yang nampak rumit di atas meja kerjanya. Ketika dia melihat Jisoo melirik kertas-kertas itu, Jongin tersenyum, "Oh... aku tengah periksa beberapa kertas kerja, kau nampakkan wartawan-wartawan di depan tu...aku tak dapat keluar rumah, jadi aku buat kerja aku dari dalam rumah. Nasib baik teknologi cukup canggih sekarang ni, jadi syarikat tetap dapat diuruskan dengan baik. Silakan duduk Jisoo, aku nak bagitahu kau sesuatu."

Jisoo mengikuti permintaan Jongin dan duduk di hadapan meja kerja Jongin, mengamati wajahnya ketika lelaki itu merenung dengan kedua-dua tangan ditumpuhkan di dagunya. Lalu lelaki itu menghelah nafas, "Mungkin apa yang akan aku katakan lepas ni akan sangat mengejutkan." Tatapannya berubah lembut, penuh permintaan maaf, "Sebelum tu aku minta maaf atas tingkah laku aku semalam, aku tahu ia sangat keterlaluan dan tak dapat dimaafkan. Tapi aku harap kau faham, mungkin malam tu aku tengah mabuk. Sedangkan aku sendiri tak berapa ingat apa yang aku buat dan katakan tapi aku tahu ianya kurang sopan...dan aku menyesal."

Ini Jongin yang normal. Jisoo menyimpulkan di dalam hatinya, lelaki ini kembali menjadi Jongin yang berwibawa dengan auranya yang ikhlas. Tidak menakutkan seperti semalam. Jisoo masih gemuruh mengingati kejadian semalam... Dan Jongin mengatakan dia mabuk, mungkin jauh di sudut hatinya lelaki itu masih bersedih atas kematian unninya. Walau apapun, mereka tetap pasangan kekasih bukan? Mungkin kelakuan Jongin yang menakutkan itu masih boleh difahami.

"Gwaenchana. Saya faham..."

Jongin tersenyum lalu matanya berubah serius, "Well , ini mengenai apa yang akan nak sampaikan dekat kau. Aku minta maaf kalau aku tak menghubungi kau sebelumnya. Aku cuma nak pastikan sebelum mengatakan semua ni dekat kau..." Lelaki itu mengambil album gambar yang pernah dilihat Jisoo sebelum ni. Di situ terdapat gambar kedua-dua orang tua angkat Jongin dan hyungnya yang lebih tua.

"Tengok ni, mereka ialah orang tua dan abang angkat aku, nama dia Kim Jisung." Mata Jongin kelihatan sedih, "Mereka semua meninggal sebab kemalangan. Kedua-dua orang tua angkat aku meninggal di tempat kejadian, begitu juga dengan Jisung yang sempat ditahan di hospital. Tapi sebelum Jisung meninggal, dia sempat meninggalkan sebuah rahsia dekat aku..."

Jisoo menatap gambar Jisung di sana. Lelaki yang tampan. Dengan senyumnya yang hangat, sayang sekali dia harus meninggal di usia muda.

"Jisung pernah cerita, waktu muda dia pernah melakukan perbuatan tak bertanggungjawab. Dia telah menghamilkan bekas kekasihnya, Hyejin, yang telah pun menjadi isteri orang waktu tu, tapi hubungan mereka tak berjalan baik. Akhirnya, Jisung terpaksa berikan duit kepada wanita tu untuk menggugurkan kandungannya dan kemudian dia pergi dan meninggalkan wanita tu." Jongin menatap Jisoo dalam-dalam. "Tapi kemudian dia menyedari bahawa ternyata Hyejin tak pernah mengugurkan kandungannya di masa lalu. Ternyata dia mempunyai dua puteri dan salah satu daripadanya sudah berumur satu tahun. Seorang ialah hasil dari perkahwinan sahnya, dan seorang lagi... "

Jisoo mula menangkap maksud tersirat itu. Benaknya menarik kesimpulan tetapi fikiran logiknya tidak ingin percaya. Adakah itu benar? Mungkinkah itu? Bagaimana mungkin semuanya boleh begitu kebetulan? Hyejin? Itu nama ommanya, dan Jisoo sendiri tahu yang dia dan Chaewon hanya adik-beradik tiri.

"Ya Jisoo, puteri Jisung yang aku maksudkan ialah kau." Jongin melemparkan jawapan itu, menghapuskan semua keraguan di fikiran Jisoo, "Perhatikan gambar tu, dia sangat mirip dengan kau." Jisoo menatap gambar itu. Kali ini tangannya bergetar begitu juga hatinya, ikut bergetar. Ya Tuhan, lelaki ini, yang sedang membalas senyumannya di gambar ini adalah appanya? Appanya yang selama ini dia anggap tidak pernah wujud? Appanya yang selama ini dia tidak ketahui di mana dia berada, tidak berani disoalkannya kepada harabeoji dan halmoninya walaupun hatinya bertanya-tanya?

Jisoo mengakui mereka sangat mirip. Warna kulit itu, warna rambut yang pekat, bentuk kening dan bibir mereka malahan mata bulat mereka juga mirip. Ya, tidak dinafikan lagi. Jisoo mempercayai kata-kata Jongin. Jisung adalah appanya. Tetapi appanya sudah mengetahui tentang dirinya sejak dia berumur satu tahun, kenapa appanya tidak pernah menemuinya? Adakah appanya tidak mengakui dirinya sebagai anak? Menganggapnya seperti aib di masa lalu yang harus diendahkan?

Jisoo mendongakkan kepalanya dari gambar itu, menatap Jongin dengan tatapan ragu dan takut, ragu akan jawapan yang diberikan oleh Jongin, "Benarkah...benarkah appa... dia menolak saya?"

"Jangan menggunakan kata 'saya' Jisoo, ia terlalu formal." Jongin menggelengkan kepalanya, "..and of course not, tak Jisoo, Jisung sangat menyayangi anaknya. Dia serta merta berjumpa dengan harabeoji dan halmeoni bila dia dapat tahu Hyejin meninggal dalam kemalangan, tapi harabeoji dan halmeoni risau jika Jisung akan merebut kau dari mereka. Mereka mengugut Jisung jika dia berani mendekati kau, mereka akan menuntut Jisung kerana telah memperkosa Hyejin. Ancaman yang bodoh... tetapi Jisung sangat menyayangi kau sehingga dia takut pertikaian itu akan mempengaruhi kau, dan disebabkan itu jugalah dia menerima kesepakatan dengan harabeoji dan halmeoni."

"Kesepakatan apa?"

"Kesepakatan yang Jisung tak boleh menemui kau. Tak boleh berinteraksi dengan kau, setidaknya sahingga kau berusia tujuh belas tahun dan dewasa serta mampu menerima penjelasan. Sebagai gantinya, harabeoji dan halmeoni akan mengirimkan laporan perkembangan kau." Jongin mengeluarkan dua album gambar besar dari laci meja kerjanya, "Harabeoji dan halmeoni mengirimkan gambar perkembangan kau pada Jisung secara berselang dan Jisung menyimpannya di sini." Jongin mendorong album gambar itu kepada Jisoo. Di dalamnya berisi gambar-gambar Jisoo ketika masih kanak-kanak. Tentu saja Jongin tidak mengatakan bahawa dia memiliki enam album besar lain yang berisi gambar Jisoo ketika dewasa, yang dikirim oleh anak-anak buahnya yang mengikuti Jisoo secara diam-diam dan mengambil gambarnya secara rahasia setiap saat.

Jisoo membuka album-album gambar itu. Jongin benar. Isinya adalah gambarnya dari bayi sehingga kanak-kanak. Jadi selama ini appanya mengawasinya dari jauh, menyayanginya diam-diam? Matanya terasa panas, mula berkaca-kaca.

"Aku nak kau tahu dia sangat menyayangi kau Jisoo. Dia hanya menceritakan tentang kau dekat aku sebab aku adik yang dia sangat percaya. Walaupun aku hanya adik angkat, kami sangat rapat..." Mata Jongin menatap lembut, "Dia selalu menunjukkan gambar-gambar kau dengan bangga, menyimpannya dengan hati-hati dan berkata dia tak sabar untuk menunggu kau berusia tujuh belas tahun lalu menemui kau, mengatakan siapa sebenarnya dirinya..." Jongin menghelah nafas panjang, "Sayangnya dia tak mampu mencapai saat tu. Sebelum kau berusia tujuh belas, dia telah pun pergi disebabkan kemalangan tragik tu."

Air mata Jisoo menitis di pipinya tanpa disedarinya. Appanya ternyata begitu menyayanginya. Album gambar itu basah oleh air matanya yang menitis. Dengan tangan menggigil diusapnya air matanya dan dipeluknya album gambar itu seakan itu harta yang paling berharga baginya, "Album gambar ini... boleh tak saya bawa masuk ke bilik? Saya nak tengok gambar-gambar yang ada di dalam ni," dan Jisoo ingin membuka setiap lembaran album ini sambil membayangkan bagaimana appanya membuka album ini dulu ketika dia masih hidup. Album ini menyimpan kenangan, kenangan berharga akan appanya yang tak sempat dikenalinya.

Jongin menganggukkan kepalanya, "Sudah semestinya Jisoo. Itu milik kau." Dia menatap Jisoo dengan serius, "Kau mesti bertanya-tanya kenapa aku begitu kuat melarang kau keluar dari rumah ni selain kerana wartawan-wartawan tu... inilah alasannya. Sebelum meninggal, Jisung pesan untuk menjaga kau bagi pihak dia. Jisung meninggal ketika kau masih berumur lapan tahun. Aku pula 15 tahun ketika tu. Dia meminta aku supaya menjaga kau, sebab tu lah aku berusaha mencari kau. Tapi sama seperti yang dilakukan harabeoji dan halmeoni pada Jisung, mereka melarang aku mendekati kau. Tambahan lagi aku tak ada hubungan apa-apa dengan kau, jadi mereka melarang aku mendekati kau sampai bila-bila dan melarang aku memberitahu perkara sebenar dekat kau sebab masa tu karier Chaewon sedang meningkat naik. Mereka takut akan ada skandal yang mempengaruhi karier Chaewon, jadi aku undur dan menunggu."

Tiba-tiba fikiran itu terasa mendera Jisoo sehingga dia tidak mampu menahan diri untuk bertanya, "Jadi awak mendekati unni saya sebab..."

"Ya, aku mendekati Chaewon sebab nak cari jalan untuk menemui kau. Tapi jangan salah faham, aku memang tertarik dengan Chaewon, dia cantik dan sangat menyayangi aku dan aku serius untuk jadikan dia isteri, sekaligus mampu menunaikan janji aku pada Jisung untuk menjaga kau sebagai adik aku." Jongin berkerut mendengar kebohongannya sendiri. Dia sama sekali tidak tertarik kepada Chaewon apalagi memperisterikan perempuan yang palsu dalam segala hal itu dan daripada menjadikan Jisoo adikya, Jongin lebih tertarik menjadikan Jisoo sebagai isterinya.

Sementara itu Jisoo berfikir dan menelaah semua hal. Tidak hairanlah di saat pertemuan pertama mereka dulu, Jongin begitu tegas agar mereka menjadi satu keluarga dan agar Jisoo tinggal bersamanya kalau dia dan Chaewon berkahwin nanti. Ternyata ini alasannya. Dan ternyata ini pula alasan kuat kenapa Jongin menahannya di rumah ini.

"Ternyata semuanya tak berjalan lancar seperti yang dirancang. Chaewon meninggal dan..." Jongin menghelah nafas panjang, "Mianhae, aku merancang nak bagitahu kau secara perlahan-lahan. Tapi aku tak nak kau salah faham dan bingung bila aku tahan kau di rumah ni. Aku... walaupun tak ada hubungan darah, aku sama saja seperti penjaga kau. Jisung mengamanatkan kau dekat aku untuk dijaga dan aku nak tunaikan janji aku dekat dia. Oleh sebab tu, aku mohon...kau pertimbangkan semula untuk tinggal di sini, bersama dengan aku."

Jisoo terpegun, teringat akan tekadnya semalam untuk segera pergi dari rumah ini. Tetapi waktu itu dia ketakutan atas kelakuan Jongin yang pelik dan dia tidak tahu tentang kenyataan ini. Apakah dia harus mempertimbangkan lagi?

"Ada banyak kisah tentang Jisung yang aku nak ceritakan dekat kau lagi kalau kau tertarik nak dengar." Jongin melemparkan tawaran yang sangat menarik bagi Jisoo, membuatkan Jisoo tidak mampu menolak. "Baiklah, Jongin. Saya... saya akan tinggal di rumah ni, saya sangat berbuka hati untuk mendengar cerita tentang appa saya..."


"Aku salah mengatakan kau kurang cerdik, ternyata kau memang cerdik." Bayangan di kegelapan itu melemparkan senyum jahatnya kepada Jongin, "Kau berjaya tahan dia di rumah ini."

"Diam!" Jongin menggeram marah, "Kau hampir buat dia lari semalam dan aku yang terpaksa selesaikan kerosakan yang kau buat!"

"Aku tak tahan kalau dia ada dekat dengan aku. Aku rasa nak lahap dia bulat-bulat..."

"Kalau kau berani menyakiti dia, aku akan buat Jisoo pergi dari rumah ni. Jauh dari kau sehingga kau tak mampu lagi berjumpa dengan dia!" Jongin mendesis, mengancam. Namun yang dia terima dari Kai hanyalah gelak ketawa berunsur sindiran.

"Kau berani melepaskan dia Jongin? Sedangkan kau sendiri tak tahan berjauhan dari dia, aku ragu kau berani membuatnya pergi jauh dari aku sebab ia sama saja seperti menjauhkan dia dari kau."

Jongin terdiam, tertegun kaku. Tetapi kemudian menatap Kai dengan pandangan melawan. "Kalau kau membahayakan Jisoo, aku akan buat apa yang aku cakap. Aku lebih mementingkan keselamatan Jisoo daripada kebahagiaan aku sendiri. Kalau dengan menjauhkan dia dari aku dan kau akan membuat Jisoo bahagia dan selamat, aku akan melakukannya."

Kai mengerutkan keningnya, mula menyedari kebenaran dari ancaman Jongin, dia menatap Jongin penuh spekulasi. "Kau tak akan berani melakukannya."

"Aku akan melakukannya."

"Walau apapun terjadi, Jisoo tak akan terlepas dari aku, aku akan mencari dia di mana saja. Sia-sia Jongin. Apapun yang terjadi... Jisoo akan menjadi milik aku." Tawa Kai masih bergema di kegelapan, penuh dengan ejekan yang kejam...


"Walau apapun yang menimpa aku, kau akan melakukannya kan, Takuya?" Takuya menatap ragu ke arah Jongin, tahu kalau Kai sedang mendengar di dalam sana.

"Gwaenchana." Jongin menghelah nafas, "Aku minta maaf atas insiden kemalangan tu, yang hampir meragut keluarga kau." Lelaki itu mengcengkam rambutnya dengan frustasi, "Monster ni kadang-kala sangat kuat tapi aku akan menahan dia sekuat tenaga. Sementara tu, kau buat apa yang aku minta kau lakukan."

Monster... Takuya membatin dalam hati. Panggilan itu sangat sesuai untuk Tuan Kai, lelaki itu berjiwa kelam dan bengis, menindas siapa saja yang menghalanginya tanpa belas. Takuya takut setengah mati kepada Tuan Kai. Tetapi kesetiaannya kepada Tuan Jongin mengalahkan segalanya. Kalau memang dah ditakdirkan nanti terjadi sesuatu kepada Tuan Jongin, Takuya akan melaksanakan arahannya. Melindungi Jisoo dan membawanya lari jauh-jauh dari jangkauan Tuan Kai walaupun nyawanya menjadi taruhannya.

 


"Kau masih curious dengan cara kematian artis tu?" Sapaan itu membuat Tao menoleh dan tersenyum.

"Aku tengah selidik cara kematian dia untuk artikel khusus di majalah. Kau tahu tak, kisah tentang latar belakang Chaewon yang palsu tu menjadikan semuanya makin menarik, lebih-lebih lagi ada khabar angin yang mengatakan Chaewon mempunyai seorang adik tiri hasil dari hubungan luar nikah."

"Tapi tak ada seorang pun yang tahu di mana adik dia bersembunyi. Dia tinggalkan rumah macam tu ja. Dia ambil cuti dari tempat kerja dia dan lenyap tanpa khabar berita, dan aku mula ragu dengan kewujudan dia." Rakan wartawannya yang bernama Kris menyahut sambil memutar bola matanya.

Tao tertawa, "Dia memang wujud." Dibukanya fail-failnya, "Aku selidik sampai ke sekolah lama dia dan berhasil mendapatkan gambar dia ketika masih bersekolah. Dia memang ada hubungan dengan Chaewon. Nampaknya gosip tu memang benar, Chaewon bukan lahir dari keluarga ternama, orang tua dia tak pernah ada syarikat pun, dan nama keluarga dia juga bukan Moon tapi Kim."

Kris mengambil fail Tao dan mengamati gambar Jisoo yang terpampang di sana. "Siapa nama dia? Jisoo? Hmm, dia cantik, sama cantik macam Chaewon."

"Asalkan tak sama cantik sikapnya dengan Chaewon." Tao tersenyum sinis. Sifat buruk Chaewon sebagai artis memang sudah menjadi ketahuan umum di kalangan artis dan wartawan.

"Kau dah ada idea di mana Jisoo berada sekarang ni? Kau mesti mendapatkan dia, artikel kau tak akan berjaya kalau kau tak dapat menemui Jisoo."

Tao mengetuk-ngetukkan pensilnya di meja sambil termenung. Sesungguhnya dia mengalami jalan buntu. Tidak ada yang tahu di mana Jisoo berada. Dia sudah menghubungi semua orang yang mungkin berhubungan dengan Jisoo. Jisoo tidak mempunyai banyak kawan dan kenalan. Tidak ada yang tahu di mana Jisoo berada, gadis itu nampaknya lenyap begitu saja. Tetapi Tao bertekad mencarinya, dia pasti akan menemui Jisoo.

"Macam mana dengan kekasih Chaewon, takkan tak ada apa-apa maklumat langsung dari dia?" Tao mengerutkan keningnya, Kim Jongin menjadi satu lagi masalah besar. Sejak kematian Chaewon, dia sangat sukar untuk ditemui. Pintu gerbangnya selalu tertutup rapat, malahan dia tidak pernah keluar dari rumahnya. Penjagaan rumahnya sangat ketat dan tidak menghiraukan para wartawan berkemah di depan rumahnya. Mereka tidak berhasil menemui Kim Jongin.

"Sebenarnya boleh ja kau jadikan dia bahan artikel kau." Cadang Kris. Tao mengerutkan keningnya, "Nugu? Kim Jongin? Tapi dia hanya jutawan termuda yang kebetulan menjalinkan hubungan dengan artis. Berlambak orang macam dia, tak menarik pun untuk dibahas. Publik akan lebih suka dengan kisah penipuan mendiang Chaewon."

"Tapi dari rumor yang aku dengar, Kim Jongin selalu membawa kematian di sekeliling dia."

"Mwo?" Tao memfokuskan pandangannya kepada Kris, aura kewartawanannya mula aktif.

"Yah kau tahu, kedua-dua orang tua Jongin meninggal sebab kemalangan kapal terbang, keluarga angkat dia juga meninggal begitu saja disebabkan kemalangan kereta dan sekarang calon isteri dia pula meninggal, di rumah dia pula tu. Mungkin lelaki tu pembawa sumpahan yang membunuh orang-orang terdekat." Gumam Kris

"...atau pun lelaki tu ada kaitan dengan kematian orang-orang terdekatnya." Tao menyimpulkan. Matanya menatap fail yang memuatkan laporang tentang Kim Jongin. Well, kalau dia menggali sedikit lebih dalam lagi, mungkin dia mampu mendapatkan sesuatu. Tao bertekad dalam hati, dia akan menyiasat dan merungkai kisah yang menarik untuk diartikelkan kepada publik.


Appa..." Jisoo mengusap gambar itu sambil menangis, "Appa..." Air matanya tak terbendung dan dia teresak-esak di bilik itu.

Di luar bilik, Jongin berdiri membeku. Meresapi kepedihan Jisoo. Ada kepedihan yang sama di matanya. Sebuah penyesalan yang tidak tertahan. "Mianhae, Jisoo." Jongin menggumam dalam hati dan mengusap wajahnya dengan frustasi. Kalau saja dia mampu menjelaskan apa yang terjadi sesungguhnya, mungkin dia masih mampu mengharapkan Jisoo mengerti. Tetapi semua ini disebabkan kekejaman Kai yang menyebabkan Jisoo tidak boleh bertemu dengan appanya dan kehilangan seluruh keluarganya, dan Kai melakukannya dengan tangan Jongin.


"Bakar coffee shop tu malam ni." Kai memberikan instruksi dengan dingin di telefon, "Buat seperti kemalangan."

Suara Yongguk di seberang menyahut dengan patuh, "Baik, tuan. Saya akan laksanakan sebaik mungkin." Kai meletakkan gagang telefonnya dan tersenyum. Dia memang tak segan-segan mengotori tangannya dengan darah kalau perlu. Tetapi untuk hal yang sebegini, dia ada Yongguk untuk melaksanakannya, pembantunya yang setia dan bersedia melakukan apapun demi dirinya.

Sebaik saja coffee shop tempat Jisoo bekerja itu terbakar, Jisoo tidak ada alasan untuk masuk kerja kerana cutinya seminggu telah habis.

 

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!