Chapter 15 (Final)

Call Me Monster

Jantung Jisoo langsung berdebar kencang. Dia menoleh ke arah Jongin dan menatap wajahnya dengan teliti. Sekarang dia sudah mampu mengetahuinya, dia mampu mengenali dan membezakan Jongin dan Kai dengan jelas. Jika mereka melakukan 'pertukaran' dalam beberapa saat sekali pun, Jisoo akan mampu mengenalinya.

"Kai..." Jisoo berusaha menahan senyumannya kerana pengenalan itu, "Awak... Awak tak lenyap? Jongin kata dia tak dapat rasakan awal lagi."

"Tadi aku putuskan akan diam dan lenyap. Sebab aku fikir itu yang kau inginkan." Kai menatap Jisoo dalam-dalam, " Tapi Jongin memanggil aku dan mengatakan yang kau... kau menginginkan aku kembali. Kenapa Jisoo? Bukankah kau menginginkan aku lenyap?"

 Jisoo menggelengkan kepalanya, "Tak, tak lagi. Saya–" Tiba-tiba pipi Jisoo memerah, dia telah mengatakan bahawa dia mencintai Kai tanpa mengetahui bagaimana perasaan lelaki itu kepadanya, Kai boleh saja belum berubah, masih jahat dan kejam. Mungkin saja lelaki itu akan memanfaatkan perasaannya untuk menguasainya. Bagaimana kalau ia terjadi?

Ditatapnya Kai dengan ragu, lelaki itu masih menatapnya dengan tatapan yang tidak terbaca. "Saya tak ingin awak lenyap, Kai." Akhirnya Jisoo mampu berkata.

Kai nampaknya masih belum puas, "Adakah sebab kau rasa bersalah, sebab aku selamatkan kau dari kemalangan tu?"

"Aniya." Jisoo mengamati Kai yang saat ini duduk dengan ragu di depannya, lelaki ini begitu kecewa untuk mendapatkan jawapan. Tiba-tiba terbayang di benak Jisoo, lelaki kecil yang menahan pukulan-pukulan appanya, meringkuk sendirian di malam hari, merasa sakit dan kesepian, merasa tidak diinginkan oleh sesiapapun.

"Saya pernah katakan yang saya tak menginginkan awak Kai tapi saya salah, saya perlukan awak."

Seketika itu juga topeng dingin di wajah Kai runtuh, dia menatap Jisoo, seolah-olah tidak percaya, "Kau perlukan aku?"

"Ya, Kai."

"Tapi tangan aku penuh darah." Kai menatap Jisoo, "Aku kejam dan jahat dan semua orang takut dekat aku."

"Awak tak mampu buatkan saya takut dekat awak lagi." Jisoo mengecilkan matanya, "Kecuali kalau awak mengacung-acungkan pisau awak di depan mata saya."

Kai tersenyum, "Aku tak akan mengacungkan pisau di depan mata kau." Lalu wajahnya nampak sedih, "Tapi akulah orang yang bertanggungjawab telah meragut seluruh keluarga kau."

"Awak bunuh harabeoji dan halmeoni saya."

"Ya." Kai mengerutkan matanya. "Aku tahu aku tak boleh dimaafkan."

"Memang." Jisoo menatap Kai sedih, "Saya masih marah dekat awak tentang hal tu. Dan awak membunuh appa saya, Jisung."

"Sebenarnya Jisung tak termasuk dalam rancangan aku, aku sendiri tak tahu dia ikut sekali pada malam tu." Kai memandang Jisoo dengan serius. "Aku minta maaf Jisoo atas semua kejahatan yang aku lakukan dekat kau dan juga keluarga kau." Jisoo menatap mata Kai dan menemui kesungguhan di sana. Kai tidak pernah menyesali pembunuhan yang dilakukannya tapi entah kenapa dia berjaya meminta maaf kepada Jisoo dengan tulus dan sungguh-sungguh, "Walau apapun juga awak ialah ayah kepada anak ni. Awak dan Jongin adalah appa anak ni." Jisoo menatap Kai, "Sanggupkah awak berjanji dengan saya untuk menahan diri? Maksud saya... keinginan membunuh tu, bolehkah awak menahan diri awak?"

"Kemarahan selalu menjadi kekuatan aku. Aku selalu melempiaskan kemarahan aku dengan membunuh orang-orang yang mengganggu aku, tapi demi kau..." Kai menatap Jisoo dengan serius, "Ya Jisoo, aku akan menahan diri. Mungkin aku tak akan membunuh lagi, hanya mencederakan sedikit."

"Kai!"

Kai tersenyum tanpa rasa bersalah, dia mengangkat bahunya, "Aku akan berusaha, Jisoo."

"Dan jangan suka mengancam dan menakut-nakutkan orang-orang di sekeliling awak, aura awak sudah cukup menakutkan tanpa awak perlu mengancam sesiapa." Perkataan Jisoo itu membuat Kai terkekeh.

"Aku selalu yakin yang kau tak pernah takut dekat aku. Waktu tu... ketika aku nak bunuh kau, kau malah menawarkan aku plaster untuk membalut luka aku. Saat tu lah aku tahu yang aku akan mencari kau."

"Takuya kata awak masih menyimpan plaster tu dalam sebuah kotak di dalam almari."

"Memang." Kai menatap Jisoo tulus, "Kadang-kadang aku suka menatapnya pada waktu malam, sambil membayangkan bahawa aku akan memiliki kau suatu hari nanti."

Jisoo menghelah nafas panjang, "Awak telah pun memiliki saya. Awak dah menjadi suami saya."

"Begitu juga dengan Jongin." Suara Kai berubah serius, "Bagaimana dengan kesudahan hubungan kita nanti? Jelas-jelas kau tak boleh memilih antara aku dan Jongin."

"Tidak, saya tak nak salah satu daripada awak lenyap."

"Adakah kau... mencintai kami berdua? Maksud aku, semua orang selalu dapat mencintai Jongin tapi mereka tak mampu menerima aku."

"Kerana awak juga tak mampu mencintai mereka, Kai."

Kai menganggukkan kepalanya, "Aku tak pernah mampu menerima sesiapa pun, Jisoo. Bagi aku semua orang adalah musuh yang bersedia menyerang aku pada bila-bila masa saja kalau aku tak berhati-hati, tapi nampaknya aku boleh menerima kau dan aku rasa– walaupun aku tak pernah merasakan perkara ni– nampaknya aku mencintai kau, Jisoo..."

Hening...

Jisoo tertegun sejenak, mencuba mengulangi kata-kata Kai di otaknya. Apakah tadi Kai baru saja melafazkan cinta kepadanya?

"Awak? Boleh jatuh cinta?" Jisoo menatap ragu, "Bukankah yang awak rasakan terhadap saya hanyalah satu obsesi dan dorongan untuk memiliki saya sejak dulu?"

"Bukankah cinta juga sama? Aku selalu berfikir bahawa cinta hanyalah bentuk puitis dari obsesi dan keinginan untuk memiliki antara satu sama lain. Dan aku juga tak mampu melukai kau. Aku senang bersama kau dan aku menginginkan bayi tu," Kai menunjukkan bahunya ke arah perut Jisoo, "Bukankah itu bererti aku mencintai kau?"

Jisoo tersenyum dalam hati. Jadi seperti itukah definisi Kai untuk cinta? Lelaki itu benar-benar tidak pernah merasakan cinta sebelum ini. Mungkin Jisoo harus mengajarinya perlahan-lahan, agar Kai boleh membuka hatinya dan belajar menemukan kasih sayang dan cinta di hatinya yang hitam kelam. Jisoo yakin akan ada saatnya Kai mengerti tentang cinta dan berubah menjadi lebih baik. Mungkin lama-kelamaan Kai akan belajar mencintai dengan sesungguhnya. Jisoo yakin akan ada saatnya di mana Kai tidak akan menyebarkan aura menakutkan lagi.


"Jadi kau kembali." Jongin bergumam perlahan sambil menatap bayangan Kai di depannya.

"Ya. Aku kembali."

"Adakah kau akan membunuh orang-orang lagi dan mengotorkan tangan kau dengan darah?"

"Aku tak janji." Kai mengangkat bahunya, "–tapi aku dah berjanji kepada Jisoo untuk menahan diri aku."

"Kau memang harus belajar menahan diri. Kita akan menjadi seorang ayah."

Kai tersenyum, "Seorang ayah? Dari semua benda yang pernah aku bayangkan, menjadi seorang ayah tak pernah sekali pun masuk dalam imaginasi aku."

"Dalam imaginasi aku juga." Jongin berkerut, "Aku selalu menjauhkan kita berdua dari kanak-kanak, sebab aku takut kau akan mencederakan mereka, kita sama sekali tak ada pengalaman mendekati kanak-kanak. Aku tanya kau Kai, adakah kau akan mencederakan anak kita? Kerana kalau jawapannya 'ya' maka aku akan menjauhkan diri kita, sejauh mungkin dari Jisoo."

"Kau bergurau? Aku tak mungkin melukai darah daging aku sendiri."

Jongin memandang Kai tidak yakin, "Betul? Macam mana kau boleh begitu yakin? Sedangkan kau belum pernah berdekatan dengan kanak-kanak."

Kai nampak berfikir, lalu kemudian dia tersenyum, "Dia anak Jisoo juga. Kau tahu, aku tak akan melukai Jisoo, sama juga dengan anaknya."

Jongin menatap Kai dalam-dalam, sedikit tidak percaya tetapi Kai nampak begitu serius sehingga Jongin berfikir lelaki itu patut dibawa berbaik-baik. "Oleh sebab tu kita harus berkerjasama. Nak tak nak kita terpaksa tinggal di dalam tubuh yang sama, jadi kita tak boleh melenyapkan satu sama lain."

"Bekerjasama? Cadangan yang bagus." Kai tersenyum, "Dia mencintai kita berdua?"

"Dia mencintai aku dengan mudah." Jongin mengecilkan matanya, "Dan dia juga dapat mencintai kau, itu luar biasa. Mungkin hanya Jisoo yang boleh melakukannya, mencintai kita berdua."


Bulan-bulan berlalu tanpa insiden apapun.

Sehinggalah malam itu dimana sudah tiba waktunya untuk Jisoo melahirkan anak. Jongin telah membawa Jisoo ke hospital sebelum kontraksinya semakin kerap berlaku dan sekarang Jisoo sedang berbaring di atas katil sambil menghitung kontraksinya, menanti saat-saat kelahiran bayinya.

Jongin terus menggenggam jari-jemari Jisoo, meramas-ramasnya seolah-olah ingin menyalurkan kekuatan ketika Jisoo mengerang menahan ketegangan kontraksinya dan membantunya mengingat bagaimana cara menghirup dan menghelah nafas untuk meredahkan sakitnya.

"Sayang, kau tak apa-apa??"

Jisoo menatap Jongin penuh senyum, suaminya itu nampak cemas dan menatapnya dengan sedikit panik. Senyumnya melebar, berusaha meredahkan kepanikan Jongin. "Gwaenchana, Jongin. Kontraksi saya makin kerap. Saya rasa tak lama lagi." Digenggamnya jemari Jongin yang sedang menggenggam tangannya, "Awak akan temankan saya, kan?"

"Sudah tentu sayang." Jongin menganggukkan kepalanya dengan yakin membuatkan Jisoo menghelah nafas lega.

Kehidupan perkahwinan mereka adalah kehidupan perkahwinan yang unik. Tidak semua orang mampu mengalaminya tetapi Jisoo mengalaminya. Pada awalnya dia terpaksa menyesuaikan diri melayan dua peribadi yang berbeza dalam satu tubuh yang sama. Kai dan Jongin telah melakukan kesepakatan dan Jisoo mempelajarinya dengan cepat, dia mampu mengenali Kai dan Jongin dengan yakin, Kai tidak akan boleh berpura-pura sebagai Jongin lagi di depan Jisoo kerana Jisoo pasti akan langsung mengenalinya.

Tidak ada lagi pembunuhan yang dilakukan Kai dengan kejam. Dia telah belajar menahan diri, seperti yang dijanjikannya. Jika Kai sedang tidak mampu menahan kemarahannya, maka dia sekarang memilih untuk mundur dan membiarkan Jongin yang menguasai tubuhnya dan mengambil alih permasalahan itu, cara itu terbukti mampu menahan Kai untuk mencederakan sesiapa pun.

Jisoo bersyukur semua berjalan baik untuk mereka, dia menghelah nafas panjang, mengumpulkan tenaga sepanjang tempoh kontraksinya untuk menunggu kontraksi berikutnya yang akan lebih sakit dari sebelumnya. "Rasanya selang tempoh kontraksi saya makin cepat."

Jongin beranjak dari duduknya, menoleh kepada jururawat yang dari tadi memeriksa tekanan darah Jisoo, "Adakah masanya susah tiba?" Tanyanya kepada jururawat itu. Jururawat wanita itu menganggukkan kepalanya, "Saya akan memanggil doktor dan kami akan membawa isteri Encik ke bilik bersalin dengan segera."


Jongin sedang mencuci tangannya di wastafel dan mengenakan baju untuk masuk ke dalam bilik bersalin. Dia akan menemani Jisoo untuk melahirkan anak mereka di dalam sana. Tetapi dia lalu melihat bayangan Kai yang panik dan pucat-lesi di kaca wastafel itu. Kai menatapnya dengan pandangan kesakitan dan ketakutan, seakan ada benda yang menghantuinya.

"Aku tak boleh, Jongin..." Kai bergumam sambil mengerang seolah kesakitan, "Aku tak boleh ada anak, Jongin. Aku takut. Aku tak tahu adakah aku akan menyakiti anak tu atau tak."


Hari ini Jisoo sudah boleh pulang dari rumah sakit sambil membawa bayinya, putra kecil yang diberi nama Kim Taeoh, yang sangat comel dan kacak yang diwarisi dari appanya. Jisoo menoleh ke arah Kai yang sedang mengamati bayinya dengan begitu tertarik, "Di mana Jongin?" Dia berkerut kerana Jongin tiba-tiba saja menghilang pagi ini.

Dua malam yang lalu, Jonginlah yang menemani Jisoo melahirkan anaknya, menggenggam erat tangannya di ruang bersalin dan terus memberinya semangat sehingga proses itu selesai. Kata Jongin, dia sengaja tidak memberi kesempatan Kai masuk ke ruang bersalin kerana risau, di sana ada darah dan darah boleh membangkitkan Kai untuk kembali melakukan hal-hal yang tidak diinginkan. Jonginlah yang menggendong putra mereka untuk pertama kali dan memeluknya penuh kebahagiaan. Kai sama sekali tidak muncul tetapi pagi ini ketika mereka hendak pulang dari rumah sakit, Jongin menghilang dan Kai yang menemaninya pulang.

Sejenak Jisoo cemas akan reaksi Kai terhadap putranya, tetapi lelaki itu hanya mengangkat keningnya dan tersenyum melihat Jisoo. Berbeza sekali dengan sikap Jongin yang penuh kasih sayang kepada putranya.

"Kami bertukar peranan." Kai menjelaskan. "Aku... sebenarnya aku takut dengan bayi ni." Kai melirik lagi ke arah putra mereka, "Aku takut aku akan mencederakan dia... tapi Jongin paksa aku, dia kata aku perlu cuba."

"Sayang, awak nak menggendong anak kita?" Jisoo menaikkan bayinya, menunjukkan wajah rapuh yang sedang tertidur pulas dengan damai.

"Tidak!" Kai terus mengundur jauh, lalu menatap Jisoo yang terkedu dengan tatapan menyesal, "Maaf Jisoo, aku cuma tak nak mencederakan anak kita. Perlahan-lahan, boleh kan?"

Jisoo menatap Kai dan tersenyum melihat kesungguhan yang ada di sana. Sudah pasti Kai mencemaskan anaknya, kalau tidak dia tidak akan mungkin menanggung ketakutan yang amat sangat bahawa dirinya mungkin akan melukai anak ini.

"Awak tak akan mencederakan dia, saya yakin." Jisoo tersenyum lembut kepada Kai, "Mungkin awak hanya perlu membiasakan diri."

Kai tersenyum masam, "Jongin boleh begitu mudah menggendong anak kita seperti telah melakukannya bertahun-tahun, sementara aku mengelak ketakutan. Kau pasti ketawa dengan kebodohan aku."

Jisoo tersenyum, "Macam yang saya katakan  tadi. Awak hanya perlu membiasakan diri."


Kai menghindari Taeoh seperti sumpahan. Dia tidak mahu berada dalam jarak kurang dari 10 meter dari bayinya. Namun lelaki itu sangat tertarik kepada bayinya, dia menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan mengamati Jisoo. Matanya terus mengikuti gerakan Jisoo ketika menggendong anaknya, menukarkan lampinnya, malah ketika Jisoo menyusuinya. Sehingga satu masa Jisoo berasa sedikit jengkel atas kelakuan Kai, "Sampai bila awak nak tengok Taeoh dari jauh macam tu, Kai?." Jisoo bergumam sambil menatap Kai dengan tatapan ingin tahu, dia sedang duduk di kerusi goyang dan menyusui Taeoh. "Kalau awak tak nak mendekati Taeoh dan membiasakan diri, maka sampai bila-bila pun awak tak akan terbiasa."

Kai menatap Jisoo dengan pandangan sedih, lelaki itu memilih duduk di bawah bayang-bayang dekat jendela. "Dia sangat rapuh–" Kai memandang tangannya sendiri, "–dan aku sangat kuat, aku takut akan meremukkan dia."

"Kalau awak memegang dia dengan betul, awak tak akan meremukkan dia." Jisoo mengecilkan matanya dengan ragu, "Awak nak cuba?"

Kai menggelengkan kepalanya, "Tak. Belum. Rasanya aku belum bersedia."

Jisoo mendesah tidak sabar tetapi akhirnya memutuskan untuk memberi Kai waktu. Perkara ini mungkin memang berat bagi Kai dan Jisoo boleh memahami ketakutan itu, ketakutan jika tidak mampu mengawal dirinya dan pada akhirnya mencederakan anak mereka.

 Dia mengucup puncak kepala Taeoh dengan sayang ketika anak itu melepaskan puting susunya dengan kenyang. Taeoh sudah tertidur lelap. Jisoo menatap wajah anaknya dengan penuh sayang. Di sudut sana, di bawah bayangan dekat jendela, Kai mengamati Jisoo dan bayinya dalam diam.


"Tak sangka Kai begitu takut." Pagi itu Jongin yang bangun di samping Jisoo. Lelaki itu mendengarkan cerita Jisoo tentang Kai dan mengerutkan dahinya, "Jadi dia hanya mengamati dari jauh?"

Jisoo tiba-tiba tertawa. "Jujur saya tak sangka orang seperti Kai sangat takut dengan bayi." Jongin juga terkekeh, "Kalau aku tahu, dari dulu aku akan membuat anak untuk menakutkan dia."

"Jongin!" Jisoo memukul lengan Jongin perlahan, "Tak lawak, okay. Awak harus bercakap dengan Kai, kalau tak dia akan terus macam tu, hanya mampu mengintip dari jauh. Taeoh tak akan menjadi bayi selamanya, dia akan membesar dan pasti akan tertanya-tanya kenapa appanya kadang-kala begitu sayang padanya dan kadang-kala ketakutan dan menghindarinya."

Jongin tercenung, "Ya, itu akan menjadi masalah bila Taeoh besar nanti. Sebenarnya Kai ada dan pasti sedang mendengar perbualan kita. Tapi ya, aku akan bercakap dengan dia nanti." Dikucupnya Jisoo dengan penuh sayang. Tepat pada saat itu bayi mereka menangis.

 Jongin yang berdiri duluan dan menjenguk Taeoh, lalu  dia mengangkat keningnya dan tersenyum. "Hmm! Anak appa bau busyuk." Gurau Jongin sambil mengerutkan hidungnya. Dia mencegah ketika Jisoo hendak bangun dari katil, "Tak apa, biar aku yang tukar lampin, aku perlu belajar bukan?"

Jisoo meniarap di katil, menopang tangannya dengan siku dan mengamati Jongin yang begitu alih menukar lampin Taeoh. "Awak nampak seperti ayah yang berpengalaman."

Jongin tersenyum malu. "Aku belajar, kami berdua belajar. Kai dan aku dalam diam membeli buku-buku tentang kelahiran, tentang bayi dan sebagainya."

Bayangan tentang Jongin yang membaca buku-buku tentang bayi membuat hati Jisoo hangat tetapi bayangan tentang Kai yang melakukannya membuatkan hati Jisoo terasa geli, "Kai juga?"

Jongin terkekeh, "Walaupun pada mulanya dia tak nak, tapi dia yang paling rajin membaca kemudian. Kami berdua sangat menyayangi anak ni." Jongin selesai menukar lampin dan mengangkat Taeoh yang terbangun dalam gendongannya, anak itu mula merengek kerana lapar, jadi Jongin menyerahkannya kepada Jisoo. Jisoo langsung duduk dan menyusukan Taeoh. Sementara itu Jongin mengamati pemandangan menakjubkan itu dengan haru. Diusapnya kepala Taeoh dengan penuh kasih sayang.

"Terima kasih Jisoo, telah memberikan keindahan dalam hidup aku, telah memberikan Taeoh dalam hidup aku. Pada mulanya aku sangka dengan adanya Kai, aku akan hidup sendiri selamanya, tak akan ada orang yang mampu menerima aku sekali gus menerima Kai... tapi ternyata kau mampu lakukan semua tu, kau mencintai kami berdua, kau membuat aku dan Kai mampu berkerjasama."

Jisoo tersenyum, mendongakkan kepalanya dan membiarkan Jongin menciumnya, "Sama-sama, Jongin. Terima kasih juga telah memberikan Taeoh dalam kehidupan saya. Seluruh keluarga saya terkorban, tapi awak dan Kai telah memberikan keluarga baru untuk saya. Saya sangat sayangkan awak semua sebagaimana saya sayangkan harabeoji dan halmeoni saya."


"Kau pasti anggap aku penakut." Kai menatap Jongin dengan pandangan menentang, "Cakap sajalah."

 Jongin tertawa. "Tak Kai, aku dah cukup ketawakan kau. Dan sekarang kau mesti cuba atasi ketakutan kau. Aku tak sangka seorang Kai akan ketakutan kepada bayi yang tak berdosa."

"Aku bukan takutkan bayi tu, aku takut dengan diri aku sendiri." 

"Sebab kau mungkin akan mencederakan dia?" Jongin bergumam, menatap Kai dengan penuh rasa ingin tahu.

Kai menatap jemarinya, "Tangan aku penuh darah. Aku menyakiti orang-orang dengan tangan aku, tanpa maaf–" Dia menatap Jongin dengan sedih, "–dan bayi itu begitu rapuh... begitu kecil dan tak berdaya. Macam mana kalau aku menyakiti dia?"

"Adakah kau akan melukai anak kau sendiri? Darah daging kau sendiri? Aku tak percaya kau akan melakukan itu. Bukankah kau kata yang kau mencintai Jisoo dan anak itu adalah darah daging Jisoo juga, jadi kau tak akan mampu melukainya, bukan?" Jongin menatap Kai dengan tajam. "Kau harus melawan ketakutan kau Kai, kau harus kuatkan diri kau. Taeoh adalah darah daging kita. Kita dah bertekad menjadi ayahnya. Kita dah bertekad akan membesarkan dia dengan baik dan kau tak akan boleh menjadi ayahnya kalau kau terus menghindari dia dan bersembunyi di sebalik ketakutan kau sendiri." 

Kai tercenung lama. Lalu menatap Jongin dengan sedih. "Kalau aku tak berjaya mengatasi ketakutan aku, aku nak kau lenyapkan saja aku, Jongin. Lebih baik aku lenyap daripada aku terpaksa mencederakan bayi tu."

Jongin menganggukkan kepalanya, "Aku akan lakukan, tapi kita tak tahu kalau kau tak cuba dulu, bukan? Cubalah dekati Taeoh dan gendong dia, kau pasti akan terus tahu yang kau tak akan pernah boleh menyakiti dia." 

Kai mendesah, masih kelihatan tidak yakin. Dia lalu mengangkat bahunya. "Baiklah, aku akan cuba bila aku bersedia." Lama kedua lelaki itu bertatapan dalam benak masing-masing. Mencuba mencari jawapan.


 Jisoo terkejut ketika membuka matanya dan menyedari ada susuk dalam kegelapan yang sedang berdiri berdekatan tempat tidur bayinya. Dia menggosok matanya dan mempertajamkan pengelihatannya. Itu Kai yang sedang berdiri dekat dengan tempat tidur bayinya dan mengamati anaknya.

"Dia sangat mirip dengan awak, bukan?" Jisoo bergumam lembut sambil duduk di atas katil, membiarkan Kai menumpuhkan pengamatannya kepada anak mereka. Kai tersenyum sinis kepada Jisoo dan mengamati anaknya yang sedang tertidur pulas, dengan lembut. Nafas Taeoh teratur, dia bayi yang tenang, selalu tidur pulas kalau perutnya sudah kenyang.

Kai menggerakkan jemarinya, seolah-olah hendak menyentuh Taeoh, dan tangannya bergetar. "Bolehkah aku menyentuhnya?" Jisoo menganggukkan kepalanya, tersentuh dengan rasa takut Kai yang kental, "Awak adalah appanya."

Kai menghelah nafas panjang. Lalu menyentuhkan jemarinya, dengan begitu hati-hati seolah-olah Taeoh akan menyengatnya. Jemarinya menyentuh kelembutan pipi yang tembam itu dan kemudian mengusapnya, "Dia lembut sekali." Kai berbisik takjub dengan apa yang ditemuinya, "Aku tak pernah memegang seorang bayi sebelum ni." 

Jisoo tersenyum, turut berdiri di seberang baby box, berhadapan dengan Kai, "Awak nak cuba menggendong dia?"

Sejenak ketakutan muncul di mata Kai, tetapi dia tidak mundur, "Boleh tak kau bantu aku?"

"Dengan senang hati." Jisoo mengambil Taeoh yang masih terlelap dan membuainya ke dalam gendongannya. Lalu mendekatkan dirinya kepada Kai, "Kemaskan tangan awak."

"Aku patut buat apa?" Kai nampak panik tetapi Jisoo membantu mengatur tangannya, sehingga Kai bersedia. Dengan lembut Jisoo menukarkan Taeoh ke dalam gendongan Kai. Taeoh sendiri nampak nyaman dalam gendongan Kai, mungkin dia mengenali tubuh itu, tubuh ayahnya. Tambahan lagi Jongin selalu menggendongnya setiap ada kesempatan.

Kai terdiam takjub, mengamati makhluk kecil di dalam gendongannya, yang tertidur pulas seakan percaya kepadanya, percaya bahawa dia tidak akan menyakitinya. Kai menatap Jisoo dengan ekspresi yang tidak terbaca, "Dia sangat ringan..."

"Berat Taeoh 4.0 kilo ketika lahir." Jisoo tersenyum lembut, "Itu cukup berat untuk saiz bayi."

Kai tersenyum lalu membuai bayi itu dalam gendongannya, "Dia sangat ringan bagi aku... dan dia tak menangis bila aku gendong."

"Mungkin dia mengenali appanya."

Kai menatap Jisoo dengan senyuman meminta maaf, "Maafkan kelakuan aku beberapa hari ni, kau pasti anggap aku penakut kan, menjauhi Taeoh seperti tu." Mata Kai kembali terpaku kepada Taeoh, dan dia tersenyum lembut, "Aku tak akan mampu menyakiti bayi ni."

Jisoo menatap bayinya dan Kai silih berganti. "Saya percaya kalau awak tak akan menyakiti anak awak sendiri, Kai."

"Kau percaya? Walaupun setelah kau melihat pembunuhan yang aku lakukan? Dengan tangan ni? Kau masih percayakan aku?"

"Awak dah tak sama lagi, Kai. Awak dah berjaya menahan emosi awak sejauh ni. Tak ada lagi pembunuhan, kan? Macam mana dengan perasaan awak?"

"Aku tak apa-apa." Kai nampak berfikir, "Dulu aku selalu diliputi kemarahan dan kemarahan itulah yang mendesak aku untuk membunuh sesiapapun yang aku rasa mengganggu aku." Kai menghelah nasas, "Sekarang tak lagi... aku tak rasa dorongan tu."

"Mungkin sebab awak dah tak lagi dipenuhi kemarahan."

Mata Kai melembut, "Dengan adanya kau, aku tak berasa marah lagi. Aku tak kesepian dan berasa ditolak–" Lelaki itu membuai anaknya lalu menaikkan Taeoh dan mengucup dahinya lembut, sebuah tindakan kasih sayang pertamanya yang ditunjukkan kepada anaknya, "–dan dengan adanya Taeoh, sepertinya membuatkan aku menjadi lebih baik."

Jisoo mengusap lengan Kai dengan lembut, "Saya percaya itu, Kai."

"Kau tahu aku tak ada kenangan masa kecil. Aku muncul begitu saja ketika umur Jongin enam tahun, menjadi benteng bagi kesakitan dia ketika dipukul oleh ayah kami sendiri." Mata Kai tampak terluka, "Aku wujud kerana kesakitan, luka, penolakan, dan kebencian dan begitulah aku tumbuh..." Lelaki itu menatap Jisoo dengan bersungguh-sungguh, "Taeoh, anak kita... Aku bersumpah dia akan dibesarkan dengan baik. Tidak ada penolakan, tidak ada kebencian. Dia akan disayangi. Tak akan ada siapa yang berani memukul dia." Suara Kai bergetar, membuat dada Jisoo sesak oleh rasa haru. Memahami kesakitan itu, ketika Kai berbicara tentang masa kecilnya yang penuh dengan penyeksaan oleh ayah tirinya sendiri. Dia mengerti betapa terlukanya Kai di masa lalu, merasakan kesakitan itu, dianiaya oleh orang yang dia percayai.

Sekarang, melihat kasih sayang Kai kepada anaknya membuatnya tersentuh. Jisoo memeluk lengan Kai dan mengusap air matanya, menyedari kalau ada air mata yang juga mengalir di mata Kai. Tak pernah sekali pun dalam hidup Jisoo melihat Kai menangis, dan itu membuatkan Jisoo benar-benar terharu. "Kita akan membesarkan anak kita dengan baik, Kai. Kita bersama-sama. Saya, awak, dan Jongin."


Taeoh berjalan memasuki rumah yang dihantar oleh Takuya, dia baru saja pulang dari sekolah. Hari ini adalah hari pertamanya bersekolah di taman kanak-kanak. Dan anak itu sangat gembira. Semalam dia bahkan tidak ingin tidur kerana terlalu semangat untuk pergi ke sekolah.

Jisoo baru saja selesai membuat puding coklat kesukaan Taeoh untuk merayakan hari istimewa ini. Dia tersenyum ketika anaknya menyusulnya di dapur dan menghampirinya dengan bersemangat. Jisoo memeluk anaknya dan menggendongnya. "Macam mana sekolah Taeoh hari ni?"

Taeoh tertawa, "Banyak kawan, Taeoh suka!" Jawabnya senang, dia nampaknya lebih tertarik pada puding coklat yang tersaji indah di meja dapur. Taeoh nak itu." Gumamnya penuh semangat.

Jisoo mencium dahi anaknya dengan penuh kasih sayang. Taeoh telah membesar menjadi anak yang sihat, kuat, dan cergas. Dia membesar dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua orang tuanya. Dia begitu comel dan tampan seperti appanya. Tidak dinafikan darah Jongin mengalir kental di tubuhnya.

"Taeoh kena cuci tangan dan kaki dulu, lepas tu tukar pakaian, araseo?" Jisoo mengucup leher anaknya, aroma bedak bercampur minyak kayu putih berpadu, "Hmmm Taeoh bau asyam... palli cepat tukar pakaian." Taeoh terkekeh geli dengan ciuman eommanya di lehernya. Dia memberontak dan menjerit sambil tertawa sehingga Jisoo melepaskannya. Anaknya itu terus melompat dari gendongannya, lincah seperti octopus dan berlari ke biliknya untuk menukar pakaian diekori seorang pelayan.

Jisoo tersenyum menatap kepergian anaknya dan meneruskan menuang sirap susu ke puding buatannya.

"Nampak sedap."

Jisoo mendongakkan kepalanya dan mendapati Kai yang sedang berdiri di pintu. Tadi lelaki itu pergi sebentar atas urusan syarikat dan sekarang dia sudah kembali hampir sama dengan Taeoh. Tiba-tiba Jidoo menatap Kai dengan curiga. "Awak ikut Taeoh ke sekolah baru dia, kan?"

Mata Kai nampak bersinar penuh rasa bersalah tetapi lelaki itu berusaha mengelak, dia memasuki ruang dapur dan mengangkat bahunya, mencalit sirap buatan Jisoo lalu memasukkannya ke dalam mulutnya. "Wah, sedap." Gumamnya tenang.

Jisoo mengamati Kai dengan tajam. "Jangan nak elak pertanyaan saya, Kai! Awak mengekori Taeoh ke sekolah, kan?"

Kai mengangkat bahunya, "Aku cuma ingin tahu. Aku rasa aku patut jaga Taeoh kalau terjadi sesuatu. Siapa tahu mungkin ada rakan-rakan sekolah yang mengganggu dia atau guru-guru yang terlalu garang kepadanya."

"Kai! Awak dah melampau. Taeoh masuk ke pusat kanak-kanak, bukan ke latihan tentera." Jisoo menyela dengan kecewa, tetapi kemudian merasa geli. "Awak tak boleh menahan diri untuk mengikuti Taeoh, kan. Adakah awak risau, Kai?"

"Sangat." Kai mengakui. "Ini hari pertama sekolah Taeoh dan aku tak tenang memikirkan anak kita. Ini hari pertama dia berinteraksi dengan orang luar. Selama ni dia hanya dengan kita dan para pelayan."

Jisoo tersenyum, "Tapi nampaknya Taeoh sudah mengatasi semua ni dengan baik. Awak nampak tadi, kan? Dia berlari-lari dengan gembira menghampiri saya."

Kai mengangguk, "Rasanya aku boleh menarik nafas lega." Lalu tatapannya berubah manja, "Sayang, malam ini giliran Jongin. Jadi inilah masa untuk kita bermanja-manja...."

"Ish, mengada~" Jisoo tersenyum geli lalu mencuitkan sirap pudingnya ke hidung Kai membuatkan lelaki itu tertawa.


"Dan kemudian pahlawan itu berjaya mengalahkan naga jahat dan menyelamatkan sang puteri serta kerajaannya." Jongin menutup buku ceritanya. Dia sedang duduk di hujung katil dengan Taeoh yang setengah mengantuk di sampingnya, "Tidurlah anak appa." Anak itu menguap dan nampaknya sudah tidak mampu menahan matanya, "Taeoh sayang appa..." Bisiknya setengah mengigau. Jongin tersenyum dan mengucup kepala anaknya, "Appa juga menyayangi kamu." Dengan lembut dirapikannya selimut Taeoh lalu melangkah ke biliknya dan Jisoo.

Jisoo yang sedang duduk di depan meja rias dan menyikat rambutnya menoleh dan tersenyum kepada Jongin, "Taeoh dah tidur?"

Jongin tertawa, "Setelah tiga buku cerita, akhirnya dia mengantuk juga."

Jisoo meletakkan sikatnya dan tersenyum, "Dia dah tak nak dengan saya lagi untuk hantar dia tidur, dia selalu meminta awak untuk membacakan buku cerita."

Jongin menghampiri Jisoo, memegang kedua-dua bahunya untuk menyuruh Jisoo berdiri, lalu mereka menghadap satu sama lain, dan mata Jongin penuh senyum, "Mungkin dia rasakan suara appanya lebih sesuai untuk membacakan kisah pahlawan dan naga daripada suara eommanya yang lembut." Jongin mengucup bibir Jisoo lalu kucupannya berubah gurauan. "Giliran anak perempuan pun bagus juga malam ni."

Jisoo tertawa dan memukul lengan Kai dengan manja, "Jongin, ada anak bukan macam order makanan yang hanya perlu bagitahu kita nak makan menu apa."

Jongin tersenyum lucu, "Rasanya aku boleh terima lelaki atau perempuan sekalipun." Jemarinya mengusap lembut perut Jisoo, "Asalkan anak tu dilahirkan dari sini."

Jioo tersenyum dan membiarkan Kai mencumbunya, menggodanya "Adakah kau bahagia? Bersama kami berdua?"

Jisoo menatap Jongin dan menganggukkan kepalanya, matanya terasa panas oleh luapan perasaannya, Jongin terus mengscup sudut mata Jisoo dan memeluknya erat-erat. Jisoo menenggelamkan kepalanya di dada Jongin, dia bahagia. Sungguh-sungguh bahagia. Pernikahannya dengan Kim Jongin memang bukan pernikahan biasa. Ada Kai di dalamnya. Pada awalnya sangat menakutkan tetapi ternyata lelaki itu hanyalah menunggu untuk dicintai dan Jisoo mampu mencintai kedua-duanya. Jongin dan Kai adalah satu kesatuan, dua sisi yang bertolak belakang tetapi mereka adalah satu. Jisoo mencintai Jongin yang penuh kasih sayang tetapi juga mencintai Kai yang selalu berterus terang dan menyayangi anak mereka. Jisoo mampu menerima dua sisi yang bertolak belakang itu. Dia mencintai Jongin dan Kai dengan sama besarnya.

Kehidupan memang tidak dapat diduga. Ingatan Jisoo menerawang, dia telah kehilangan keluarganya di masa lalu tetapi dia belajar memaafkan. Menerima kenyataan bahawa segala takdir yang berlaku ada hikmah disebaliknya, seperti takdir yang telah menemukan dia dengan Jongin. Mereka adalah satu keluarga yang bahagia, Jisoo, Jongin, Kai, dan Taeoh.

Dilingkarkannya lengannya ke tubuh suaminya yang sedang memeluknya, dibisikkannya kata-kata indah itu. "Saya mencintai awak sangat-sangat. Jangan pernah sakiti saya lagi..."

"Aku juga, sayang. Aku berjanji akan menjaga keluarga kita dengan baik." Suaminya membalas dengan lembut dan semakin erat memeluknya. Suara pernyataan cinta mereka berpadu dalam kegelapan malam. Membawa berita kebahagiaan bahawa cinta sejati adalah cinta yang boleh berkerjasama dan saling memaafkan satu sama lain.

-THE END-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!