Chapter 13

Call Me Monster

[Alert: Saya gunakan nama Jongin instead of Kai sebab Kai kan tengah menyamar sbg Jongin. Jgn confuse okay :) Enjoy!]

 


 

Malam ini adalah malam pertama mereka sebagai suami isteri. Jongin duduk santai bersamanya di sofa dalam suasana kelam yang hanya diterangi cahaya televisyen. Jisoo sangat bahagia merehatkan kepalanya di dada lelaki itu sambil menonton TV dengan kusyuk, dan Kai pula sedang memainkan tali gaun tidurnya dengan menggoda.

"Jongin." Jisoo memberi amaran lembut tapi tegas kerana menganggu kosentrasinya menonton TV. Jongin hanya terkekeh geli melihat betapa sensitifnya Jisoo sejak hamil.

"Nampaknya hero dalam TV tu lagi menarik perhatian kau dari aku. Sepatutnya aku tak setuju bila kau ajak tengok movie tadi, sebab hero tu dah tarik spotlight aku dari kau."

Jisoo mengalihkan pandangannya, mendongak ke arah Jongin lalu ketawa kecil, "Mengada-ngada... Awak sepatutnya—" Jisoo terpegun ketika Jongin mengucup bibirnya sepantas kilat dan melarikannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Yah, awak—" Jisoo terkaku sekali lagi kerana Jongin mengucup bibirnya seperti pencuri lalu tersenyum tidak bersalah hingga Jisoo tidak mampu menahan ketawanya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. 

"Itu penalti." Jongin bergumam selamba. Jisoo hanya mencebik sinis. Jujur gelak ketawa Jongin pada malam ini adalah perkara baru bagi Jisoo. Dia tidak pernah lagi melihat sisi Jongin yang kuat bergurau seperti ini. Dan ia sesuatu yang menyenangkan bagi Jisoo, mengetahui bahawa Jongin pasti akan menjadi ayah yang sempurna untuk anaknya.

Lelaki itu nampaknya belum habis menyakat Jisoo. Tangannya masih bermain-main dengan tali gaun tidur Jisoo dengan nakal. "Mmm, patutkah aku lepaskan... atau tak... atau lepaskan... atau..." Jongin berhenti dan berusaha memendam ketawanya apabila Jisoo tersenyum malu. Jisoo menatap Jongin, mengagumi ketampanan lelaki itu. Dia sangat mencintai Jongin dan setakat ini semuanya berjalan baik, Jongin nampaknya mampu menguasai Kai supaya tidak terbangun.

"Apa awak akan buat kalau saya tolak?" Jisoo sengaja menguji tapi nampaknya dia tidak memerlukan jawapan dari lelaki itu. Jongin menyelusuri bibirnya dengan ringan di telinga Jisoo, membuatkan Jisoo menggeliat geli. Ciumannya lalu berpindah ke rahang Jisoo, meninggalkan kucupan-kucupan di sana. Lelaki itu menggunakan jemarinya untuk mendongakkan dagu Jisoo dan mengucapkan sesuatu—

"Kau milik aku, Jisoo..." Mata Jongin bersinar penuh ghairah, suaranya serak dan menggoda, dan seketika itu juga Jisoo terkedu, dadanya berdebar kencang, kalimat itu... sesuatu yang mengerikan ada pada kalimat itu, membuatkan Jisoo terkenang semula pada ingatan gelapnya. Jongin menyedari perubahan ekspresi Jisoo yang kaku. Dia menatap Jisoo dengan telus kemudian mengerutkan keningnya, seolah-olah sedang bertanya 'kenapa?'

Jisoo menatap ragu, tapi kemudian tersenyum dan menggeleng, "Tak ada apa, Jongin." 

*

*

Malam itu, mereka menghabiskan masa bersama-sama menonton movie marathon sehingga larut pagi, Jongin tidak henti-henti menggoda gadis itu dengan nakal, Jisoo pula tidak lekang bibirnya dari ketawa. Dia sangat sukakan suasana ini, sangat santai, penuh dengan gurauan dan candaan, bukan seperti malam pertama bagi pasangan yang baru berkahwin. Sehingga satu masa, Jisoo telah tertidur di dada Jongin, sebelah lenganya longlai memeluk pinggang Jongin.

Menyedari gadis itu telah terlelap, Jongin segera menekan remote control untuk mematikan TV, lalu mengalihkan Jisoo yang bersandar di dadanya perlahan-lahan dan mengangkatnya ke bilik, ke tempat yang lebih selesa. Dengan berhati-hati dia meletakkan Jisoo ke atas katil dan menyelimutkannya dengan selimut tebal. Lalu lelaki itu separa membongkok dan mengucup pipi Jisoo dengan ringan bagaikan kupu-kupu dan berbisik sesuatu, "Kau milik aku Jisoo... dan akan terus menjadi milik aku. Ingat itu."

Suaranya bergema menembusi kegelapan. Terdengar bagaikan sebuah janji yang menakutkan.

*

*

Ketika Jisoo terbangun di waktu pagi keesokan harinya, dia dipenuhi perasaan yang tidak enak. Mimpi itu lagi, mimpi pertemuannya dengan Kai dan kemudian lelaki itu berbisik bahawa dia adalah milik Kai...

Jisoo berkerut ngeri. Kenapa dia mimpikan Kai lagi? Adakah tanpa disedari lelaki itu menjadi kuat dan menghantar pesanan melalui mimpinya? Jisoo meraba tepi katilnya dan mendapati katilnya kosong. Jongin sudah tidak ada di sana. Dia bergegas bangun dan melangkah ke bilik mandi.

Perutnya terasa mual. Jisoo melangkah ke arah wastafel dan menggosok gigi tapi tidak mampu menahan rasa mualnya lalu termuntah-muntah di situ dengan teruk seakan-akan ususnya akan turut sama terkeluar. Dia sempat bercekak pinggang dengan lelah sambil merenung cermin, cuba menstabilkan pernafasannya dan matanya yang pitam. Setelah pandangannya kembali terang, dia membuka pili air dan menyiramkan air ke mukanya dengan nafas termengah-mengah. Nampaknya alahan Jisoo bertambah teruk dari hari ke hari.

Jisoo mengusap perutnya yang mula terbentuk. Di dalamnya ada bayinya, buah hatinya dengan Jongin. Jongin mengatakan dia akan menjaga Jisoo dan bayinya, jauh dari jangkauan Kai tapi benarkah Kai semudah itu dikalahkan?

Perasaan gelisah yang aneh menyelubungi Jisoo, membuat dadanya terasa sesak. Mimpi itu, mimpi di mana Kai mengatakan bahawa Jisoo adalah miliknya terngiang-ngiang jelas di benaknya. Jisoo berasa takut, takut kalau Kai benar-benar melaksanakan apa yang dikatakannya.

*

*

Hari berganti hari, nampaknya Jisoo sudah tidak mampu menahan rasa peningnya lagi. Morning sickness paling teruk Jisoo rasakan setakat ini. Dia duduk terlantar di atas sofa seperti orang mabuk laut dan Jongin tidak habis-habis mentertawakannya.

"Jongin, tak lawaklah." Jisoo mencebikkan bibirnya, "Saya terpaksa lalui semua ni sebab mengandungkan anak awak, dan awak ketawakan saya."

"Tak, aku cuma rasa kagum—" Jongin melabuhkan punggungnya di tepi Jisoo, menyelitkan rambut gadis itu ke belakang telinga, "Kau tahukan aku tak pernah dekat dengan perempuan mengandung sebelum ni, jadi bila nampak kau macam ni, aku teruja sebab bagi aku itu benda baru."

Jisoo kelihatan berfikir. Ada rasionalnya juga. "Jongin, kenapa awak tak pergi kerja lagi?" Jisoo baru menyedari lelaki itu telah terlewat.

"Aku tak masuk kerja hari ni. Takuya bagitahu aku kau muntah-muntah tadi pagi. Dan sekarang ni kau betul-betul buat aku rasa risau." Ada segaris kerisauan yang timbul di dahi lelaki itu.

"Mian," Jisoo tiba-tiba merasa bersalah, dia jarang begini, tapi kali ini rasa mualnya sangat parah sehingga Jongin sanggup menemaninya.

Jongin menatapnya lembut, "Minta maaf sebab muntah-muntah?" Jongin menarik nafas dan tersenyum, "Kau betul-betul gadis pelik. Tak apa, berehatlah... Nanti aku suruh pelayan hantarkan makanan, lepas bangun nanti kau boleh makan."

Jisoo berkerut mendengar perkataan makan kerana dia merasa sangat mual. Jongin menatap Jisoo dengan tegas seperti seorang ayah memarahi anaknya, "Kau mesti makan," Gumamnya tegas, "Tidurlah..." Lalu lelaki itu berdiri dan melangkah pergi.

*

*

Sebaik saja Jisoo terjaga dari tidurnya selama dua jam, dia turun menuju ke ruang makan tapi matanya tidak sengaja melihat Jongin sedang berbual dengan lelaki yang digelar Kai dengan nama Sehun di meja makan. Lelaki itu... lelaki itu yang pernah dia tipu dulu untuk melarikan diri. Sejenak wajah Jisoo pucat lesih, masih segar di dalam ingatannya ketika Sehun sedang berdiri di rumah Tao dan kemudian Kai menyuruhnya menguruskan mayat Tao. Lelaki itu jelas-jelas tidak terkejut melihat Kai membunuh seseorang, sudah tentu dia orang kepercayaan Kai, bukan Jongin. Tapi kenapa Jongin berjumpa dengan lelaki itu?

Mata Jongin melirik ke arah Jisoo ketika menyedari kehadirannya lalu sedetik kemudian menatap ke arah Sehun dengan dingin, "Aku rasa aku dah selesai Sehun, kau boleh pergi."

Sehun memalingkan tubuhnya dan berhadapan terus dengan Jisoo yang berdiri ragu dan ketakutan di ambang pintu ruang makan. Ada sedikit sinar geli di mata Sehun melihat ketakutan Jisoo, dia menunduk memberi hormat dengan sopan kepada Jisoo lalu melangkah pergi meninggalkan ruang itu.

Jisoo masih berdiri ragu di ambang pintu dan menatap Jongin dengan was-was. Adakah yang berada di hadapannya ini Jongin... atau Kai?

Jongin tersenyum dan mengerutkan keningnya melihat Jisoo hanya berdiri di situ, "Jisoo? Kau dah bangun?"

Jisoo menghampiri dengan takut, "Kenapa awak bercakap dengan lelaki tu?" Matanya melirik ke arah pemergian Sehun. Ekspresi Jongin nampak biasa, "Dia orang suruhan aku Jisoo, kenapa?"

Jisoo menelan air liurnya dan mengamati Jongin dengan teliti, berusaha mencari tanda-tanda apa saja yang boleh memberitahunya siapa yang berada di hadapannya sekarang. "Dia ada di sana malam tu, bila Kai bunuh Tao... dia sendiri yang uruskan mayat tu..." Jisoo berbisik dengan perlahan dan masih menatap Kai. "Dia juga lelaki yang Kai belasah sebab saya cuba larikan diri. Dia hampir tak sedarkan diri sebab Kai tumbuk dia dengan teruk hanya gara-gara saya—"

Jongin meletakkan garpunya dan menatap Jisoo dengan sedih, "Jisoo... maafkan aku sebab kau terpaksa mengalami kejadian tu, tapi memang betul Sehun masuk ke rumah ni sebab Kai yang bawa dia masuk dan aku rasa dia memang diperlukan di rumah ni, kau tahu—" Jongin menatap Jisoo dengan pandangan menyesal, "—untuk menyelesaikan 'masalah' yang Kai buat."

Jisoo menatap Jongin. Dia termenung dan kemudian ingatan itu datang. Ingatan akan kesedihannya, kehilangan seluruh keluarganya kerana kekejaman Kai, "Dia akan datang selalu, kan." Air mata menitis dari sudut mata Jisoo, mengalir ke pipinya, "Dia bunuh harabeoji dan halmeoni saya dengan kejam. Mereka memang dah tua dan mereka sepatutnya dapat menghabiskan masa tua mereka dengan sehat tapi Kai menyebabkan mereka sakit. Mereka sakit sehingga meninggal—" Jisoo menatap Jongin, nafasnya termengah kerana esakan air mata, "Kai juga menyebabkan saya tak pernah bertemu dengan appa kandung saya. Appa kandung yang saya cari selama ni... dan saya... saya memang tak rapat dengan unnie saya tapi saya sayang dia... dan Kai telah merampas tu semua dari saya." Tangisan Jisoo semakin kuat, "Semuanya dirampas oleh Kai. Dia ambil semua kebahagian saya, dia ambil semuanya dengan kejam. Sedangkan awak sendiri dia akan rampas dari hidup saya."

Jongin nampak membeku mendengarkan luahan hati gadis itu. Lelaki itu terdiam lama tapi debaran jantungnya mengencang. Jongin mengamati Jisoo dengan wajah tanpa ekspresi, lalu dia berdiri dan cuba memeluk Jisoo tapi Jisoo menjauhkan diri, dia memeluk dirinya sendiri membuatkan Jongin berdiri dengan ragu di situ.

"Maafkan aku sayang. Maafkan aku atas semua kejahatan Kai." Kali ini Jisoo tidak menolak ketika Jongin memeluknya, "Kau tak pernah bagitahu semua ni dekat aku, aku tahu kau sedih tapi aku selalu ingat kau tak apa-apa."

Hening...

"Jongin—" Tiba-tiba Jisoo mengcengkam belakang Jongin yang sedang mendakapnya. Dahinya berkerut seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dengan pantas Jongin melepaskan pelukannya dan menatap Jisoo dengan cemas. "Kenapa, sayang?"

"Perut saya sakit–" Wajah Jisoo pucat dan berpeluh, dia menatap Jongin bingung dan panik, "Perut saya..." Jisoo serta merta terbongkok dan hampir terduduk kerana menahan sakit yang amat sangat tapi sempat ditahan oleh Jongin.

"Jisoo!"

"Perut saya sakit. Tolong—"

Rasa cemas terus tersebar ke arah Jongin, "Kita ke rumah sakit sekarang!" Sekelip mata saja Jongin mengangkat Jisoo berada dalam gendongannya. Lelaki itu melangkah laju menuju keluar rumah sambil memberi beberapa arahan kepada pemandu peribadinya.

Jisoo sesak nafas menahan sakit di perutnya tapi kemudian situasi ini... berada dalam gendongan Jongin ini membuatkan Jisoo merasakan deja vu. Dia pernah mengalami situasi ini, dibawa dalam gendongan Kai pada malam percubaan pemerkosaan yang dilakukan oleh Tao. Cara mengangkatnya juga sama. Semua terasa sama...

Jongin masuk ke dalam kereta sambil memangku Jisoo dan kereta itu memecut laju ke luar, menuju hospital. Jisoo merasakan jantungnya berdebar. Perasaan ini juga terasa sama. Dengan ragu dan takut, dia mengangkat kepalanya dan menatap lelaki yang sedang memeluknya dalam pangkuannya.

"Kai?"

Jongin nampak membeku mendengar panggilannya. Lalu dia menurunkan matanya dan menatap Jisoo dengan mendatar. Seketika itu juga Jisoo sedar yang ada di depannya ini bukan Jongin melainkan Kai. Kenapa dia tidak menyedarinya? Adakah kerana Kai sangat pandai berlakon sebagai Jongin? Ya Tuhan, sejak bila Kai berpura-pura sebagai Jongin?

*

Doktor telah memeriksanya dan Jisoo dibaringkan di atas katil bilik khas rumah sakit yang private. Kai mendekati doktor itu kemudian berbual-bual sesuatu yang penting dengannya. Dia sama sekali tidak mengajak Jisoo berbual ketika di kereta sehinggalah rawatan pemeriksaan di hospital.

Sementara itu Jisoo sedang berbaring di atas katil sambil menahan rasa sakit di bahagian bawah perutnya dan ketakutan sedang berkecamuk di dalam benaknya.

Doktor itu pergi dan Kai memalingkan tubuhnya, melangkah mendekati katil perlahan-lahan dan berdiri dengan tenang di hujung katil. Jisoo menatap Kai dengan tatapan menuduh penuh kebencian dan ketakutan yang bercampur menjadi satu, "Dah berapa lama?" Dia bertanya dengan suara bergetar, batinnya ingin mendapatkan jawapan dengan segera. Sudah berapa lama Kai menguasai tubuh itu dan berpura-pura sebagai Jongin? Apakah selama ini dia bercinta dengan Jongin? Atau dengan Kai? Kepalanya terasa berdentam-dentum dan rasa sakit di perutnya semakin menjadi.

Kai melirik ke arah Jisoo yang memegang perutnya menahan sakit, tatapannya tajam walaupun ekspresinya masih datar, "Kau mesti kawal emosi kau Jisoo, doktor kata itu akan menyebabkan kontraksi dan boleh membahayakan kandungan kau."

"Dah berapa lama?!" Jisoo menjerit melepaskan rasa kecewanya, tiba-tiba tidak berasa takut lagi kepada Kai. Lelaki itu telah menghancurkan hidupnya, semua yang dicintainya, dan kalau dia ingin menghancurkan Jisoo sekarang, Jisoo menyerah kerana dia tiada apa lagi yang harus dipertahankan.

Kai menatap Jisoo dan kemudian jawapan itu keluar dari mulutnya, perlahan dan menakutkan, "Dah lama Jisoo, terlalu lama, jauh sebelum pernikahan kita."

Ya Tuhan! Jadi Jongin telah menghilang selama itu? Jadi selama ini dia bercinta bukan dengan Jongin melainkan dengan sisi gelap suaminya, Kai. Air mata mengalir lagi di mata Jisoo, dia menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan erangan putus asanya, "Jadi selama ni Jongin tak ada?"

Kai menggelengkan kepalanya, menatap Jisoo mendatar, "Dia ada di dalam sini dan tertidur."

Jantung Jisoo bagaikan diselaputi kebencian hingga terasa pedih, "Pulangkan Jongin dekat aku!" Ditatapnya Kai dengan penuh kebencian, " Aku tak nak kau! Aku nak suami aku!" Seketika Jisoo terkaku melihat ekspresi Kai, kesedihan yang nyata, terpantul jelas di wajah itu. Lelaki itu menatapnya dengan kesedihan yang berasal dari sudut hatinya yang paling dalam, seakan-akan topeng kejam yang selama ini menutupi wajah Kai dipecahkan begitu saja, memperlihatkan wajah asli di dalamnya yang penuh dengan kesedihan.

"Aku juga wujud, Jisoo. Aku ni nyata, sama seperti Jongin tapi tak ada yang inginkan aku. Tak pernah ada yang pernah inginkan aku." Lalu lelaki itu berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Jisoo dalam keheningan bilik rumah sakit.

*

*

"Para wartawan tu, mereka sedang berkerumun di luar." Yongguk melaporkan sambil melirik ke jendela menatap para wartawan dan reporter yang sudah bersesak di kawasan tempat memakir kereta rumah sakit, "Ada yang mengawasi rumah ketika tuan membawa cik Jisoo keluar tadi."

Kai mengerutkan keningnya. Dia yang salah. Selalunya dia berfikiran dingin tapi tadi entah kenapa dia tidak sempat berfikir apapun dan terburu-buru membawa Jisoo. Kai selalu memakai keretanya yang berkaca gelap tapi tadi kereta berkaca jernih itu yang sedang terpakir di luar dan tanpa berfikir panjang Kai memasukinya. Dia memang sedar, tapi mengetahui Jisoo sedang kesakitan dan bayi mereka kemungkinan dalam bahaya membuatnya tidak boleh berfikir jernih.

"Biarkan mereka. Kalau tak ada bukti sahih, mereka akan mengalah dengan sendiri. Kau pastikan keamanan di sini terjaga. Tak boleh ada orang luar yang memasuki kawasan Jisoo. Periksa doktor dan nurse yang merawat Jisoo. Mereka mesti orang-orang yang berdaftar. Awasi mereka, kalau mereka berani buka mulut pada wartawan, habiskan mereka terus."

Yongguk menganggukkan kepalanya, "Akan saya lakukan, Tuan Kai. Saya akan uruskan semuanya, tuan boleh tenang." Dia lalu melangkah pergi.

Sementara itu Kai masih termenung. Memikirkan kata-kata Jisoo yang menganggunya. Jisoo membencinya. Dia tahu persis itu. Kai telah merampas seluruh keluarga Jisoo dengan tangannya sendiri. Kai telah biasa dibenci. Semua orang menginginkan Jongin dan menolak dirinya.

Tangannya menggenggam erat tanpa sedar apabila menyedari hasrat paling dalam di benaknya. Ternyata dia cuma ingin ada seseorang yang menginginkannya, seseorang yang sanggup menerimanya seadanya...

*

*

Hari ini Jisoo telah dibenarkan pulang, dia tahu perkara itu dari nurse yang merawatnya. Dia telah menunggu seharian dan tidak ada tanda-tanda bahawa Kai akan membawanya pulang.

Jisoo sudah tertidur pulas ketika menjelang tengah malam dan Kai melangkah masuk, diikuti oleh beberapa penolongnya. "Jisoo. Bangun." Kai menggoncang kecil tubuh Jisoo membuatkan Jisoo menggeliat dan membuka matanya. Dia serta-merta terkejut, terduduk dengan berhati-hati sambil menatap Kai yang membawa selimut tebal di tubuhnya.

"Awak... adakah awak akan bunuh saya?" Jisoo menatap ke arah selimut itu. Imaginasinya melayang, adakah Kai membangunkannya tengah malam untuk menikamnya dan kemudian membungkus mayatnya dengan selimut tebal itu dan kemudian dibuang? Sama seperti ketika Sehun membungkus mayat Tao ketika dulu?

Ada bayangan geli di mata Kai ketika melihat ketakutan di mata Jisoo, "Bukan. Aku terpaksa bawa kau pergi senyap-senyap tengah malam. Kau dah pulih dan boleh pulang tapi aku tak dapat bawa kau begitu saja. Wartawan-wartawan tu, mereka sedang berkerumun di luar. Jadi kita terpaksa pergi dengan senyap." Kai melitupi selimut tebal itu ke tubuh Jisoo, "Di luar akan sejuk."

Benarkah Kai menatapnya dengan lembut? Jisoo mengamati lelaki itu dengan teliti tapi ekspresi Kai begitu mendatar dan tidak terbaca, dia membiarkan Kai mengangkat tubuhnya dan menggendongnya. Mereka berjalan melalui koridor rumah sakit, menuruni lift khas dan melangkah keluar dengan hati-hati.

Di luar sangat sepi, mereka memakai pintu belakang rumah sakit yang paling jarang digunakan. Memang sepi tapi siapa yang tahu apa yang akan terjadi? Mungkin saja para wartawan itu sedang bersembunyi di kawasan semak.

Sebuah kereta sudah menunggu mereka di depan sana. Tiba-tiba jantung Jisoo berdebar liar, kalau memang Kai akan menguasai tubuh Jisoo selamanya, maka Jisoo harus melarikan diri.

Dengan sekuat tenaga Jisoo meronta, hingga Kai yang tidak bersedia hampir menjatuhkannya. Merasa dirinya sudah terlepas, Jisoo cuba lari tetapi Kai mengejarnya dan meraih lengannya, mencengkamnya erat-erat. "Jangan bertindak bodoh, Jisoo."

Jisoo meronta dengan kuat, melihat bahawa jalan raya hanya beberapa ratus meter dari dirinya. Kalau dia dapat lari ke jalan raya itu, dia boleh meminta pertolongan seseorang. Sekarang memang tengah malam tapi kawasan rumah sakit biasanya masih banyak orang yang berjaga. Jisoo boleh meminta pertolongan sesiapapun yang ada di sana, polis, bahkan mungkin wartawan. Kai tidak akan mampu berbuat apa kalau ada wartawan di antara mereka.

Rontaan Jisoo makin kuat, diiringi rasa putus asa dan ketakutan yang luar biasa untuk melepaskan diri dari Kai yang kejam. Tiba-tiba ada kilatan blitz lampu kamera wartawan yang menangkap gambar mereka. Ternyata memang ada wartawan yang bersembunyi di sana. Kai menoleh dengan marah kerana silau oleh lampu blitz itu. Dia melirik dan melihat hanya ada seorang saja yang sedang menangkap gambar di sana.

"Yongguk!" Dia memerintah dan saat itu juga Yongguk mengejar wartawan yang ingin lari setelah mendapatkan gambar terpanas itu. Yongguk pantas menarik kamera wartawan amatur itu dan menghancurkannya, dia memijaknya hingga remuk. Entah ancaman apa yang diucapkan Yongguk kepada wartawan itu, kerana wartawan itu terus lari lintang pukang.

Disebabkan wartawan itu, Kai menjadi leka, pegangannya pada Jisoo sedikit longgar. Pada saat itulah Jisoo menyentakkan pegangan Kai sekuat tenaga, dia terlepas. Tanpa berani menoleh ke belakang dia berlari sekuat tenaganya menuju ke arah jalan raya, dia tahu Kai mengejarnya!

"Jisoo! Awas!"

Kerana berlari terburu-buru dan ketakutan, Jisoo tidak menyedari bahawa dia sudah menyeberang jalan raya. Dari arah lain ada kereta berkelajuan tinggi sedang memecut ke arahnya dengan sangat laju. Jisoo menjerit, lampu kereta itu membuatnya silau dan dia yakin bahawa dalam beberapa saat dia akan mati.

Tapi sebuah tangan yang kuat menolaknya dengan kuat hingga dia terguling ke permukaan jalan raya di seberang jalan yang sepi lalu terdengar bunyi brek kereta dan dentuman yang keras. Seketika itu juga orang-orang menjerit panik. Jisoo bangun dari posisi badannya yang meniarap. Lutut dan telapak tangannya tergores oleh jalan tar itu tapi dia baik-baik saja. Kemudian dia terkesima menatap pemandangan di hadapannya.

"Kai?"

Kai terbaring di atas jalan raya bermandikan darah. Kepalanya cedera teruk dan darah pekat tidak berhenti-henti mengalir. Terdapat juga darah lain yang mengalir dari tubuhnya entah dari bahagian yang mana.

Jantung Jisoo berdebar kencang dan tidak terkawal. Kai menyelamatkan nyawanya? Lelaki itu menolak Jisoo agar selamat dari kemalangan itu dan membiarkan dirinya dilanggar.

Jisoo setengah merangkak mendekati Kai. Sementara itu Yongguk dan beberapa penolongnya yang lain terkaku di sana tapi mereka segera memanggil bantuan dari rumah sakit.

"Kai?"

Lelaki itu masih sedarkan diri, dia memalingkan kepalanya dan menatap Jisoo, darah mengalir di kepalanya, membasahi pelipis hidungnya dan mengalir turun ke rahangnya.

"Ironik bukan? Aku, Kai... merelakan diri aku untuk menyelamatkan nyawa kau—" Lelaki itu tersenyum lemah dan matanya ingin tertutup, sudah saatnya dia akan kehilangan kesedarannya tapi dia sedaya upaya bertahan dan menatap Jisoo dan melirik ke arah perutnya dengan lemah, "—adakah... bayi tu, tak apa-apa?"

Air mata mengalir di pipi Jisoo. Kai menyelamatkan nyawanya dan sekarang lelaki itu risau akan bayinya. Lelaki itu memang kejam tapi dia menyelamatkan Jisoo.

Jisoo menganggukkan kepalanya, mula teresak-esak. Sementara Kai tersenyum lega melihat anggukan kepala Jisoo. Jemarinya yang berdarah menyentuh pipi Jisoo, meninggalkan kesan darah di sana, "Bagus... Jaga anak kita baik-baik—" Lalu jemari itu longlai ke atas jalan raya.

"Kai?! Kai! Bertahanlah! Kai!" Jisoo menjerit sekuat hatinya sambil menangis teresak-esak. Tubuhnya menggigil dan jemarinya tidak berhenti-henti mengenggam tangan lelaki itu.

Paramedik tiba, mencuba membantu Jisoo berdiri. Beberapa paramedik yang lain bergegas memeriksa Kai dan menjauhkan Jisoo darinya. Yang mampu dilakukan Jisoo hanya memanggil-manggil nama Kai dengan ketakutan yang amat sangat. Takut kalau Kai dan Jongin pada akhirnya akan pergi meninggalkannya...

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

 


Kai!!! Apa kesudahan hidup Kai? Adakah dia akan mati? Atau Jonginkah yg akan mati? Atau kedua-duanya akan mati? Heheheh berdrama pula XD But seriously, kalau sy bagi pilihan cuma salah satu jer yg dapat hidup, korang akan pilih siapa? Mmm, obviously lah kan korang akan pilih Kai. Kesian Jongin :(( But sokay, nnt sy tentukan siapa yg akan bangun dr tubuh tu bila dah sedar. Hero mana boleh mati Hahaha!

Psst... dan korang akn tahu ff tu nak end bila cerita  dah sampai klimaks kan. Ya, dgn sedihnya sy nak ckp ff ni tak lama lg akn tamat. Maybe 2 more chap to go. Andddd, chap 13 ni chap yg terakhir sy update utk bulan ni. Sbb sy dah nak masuk hostel. Sy tak tahu lg akn update bila.

Itu saja. Bye! Jgn lupa bagi feedback ya :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!