Epilogue

Call Me Monster

"Taeoh, kamu dah selesaikan kerja rumah kamu?" Jongin membongkok di sisi anak lelakinya yang sedang meniarap di karpet dan mewarnakan gambar-gambar yang bertebaran di lantai.

Taeoh terus terduduk dan tersenyum kepada appanya, lalu mengambil kertas yang sudah disimpan kemas di tepinya, di bawah tumpukan crayonnya, "Sudah, appa."

Jongin melihat gambar yang diwarnai dengan warna-warni itu dan tersenyum lalu ikut duduk di lantai dan melunjurkan kakinya sambil mengusap kepala Taeoh. "Anak pintar. Taeoh tahukan appa sangat menyayangi kamu?" Taeoh tersenyum lebar, "Tahu. Appa dan papa Taeoh yang lagi satu sangat menyayangi Taeoh."

Papa?

Jongin membeku. Terkejut. Selama ini dia dan Kai menjalankan peranan sebagai ayah yang baik. Tidak pernah sama sekali pun mereka menunjukkan bahawa mereka dua peribadi yang berbeza di hadapan Taeoh, tetapi apa kata anaknya tadi? Bahawa dia dan papanya yang satu lagi menyayanginya?

"Papa Taeoh yang lagi satu?" Jongin bertanya untuk kepastian. Taeoh tersenyum lalu kembali sibuk mewarnai gambarnya, tidak melihat betapa terkejutnya wajah Jongin.

"Neh, semalam Taeoh belajar berenang dengan appa tapi Taeoh tahu itu bukan appa..." Taeoh melirik appanya, "Taeoh tanya siapa dia, kenapa dia sama seperti appa-"

"Kemudian?" Jongin menelan air liurnya. Taeoh menyedari perbezaan dirinya dan Kai?

Taeoh tersenyum dan menyambung, "Dia sangat terkejut bila Taeoh tanya siapa dia tapi dia terus memeluk Taeoh. Dia kata Taeoh boleh memanggilnya papa Kai dan dia sangat menyayangi Taeoh."



 

Finally, tamat juga cerita ni. Huwaaaa sedih TT.TT
So dengan kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca setia Call Me Monster,
kepada silent reader, dan yang paling penting kepada suscriber, tak lupa juga kepada yang dah vote, dan
yang selalu tinggalkan komen. Omaigod, thank you sangat-sangat! Awok-awok semualah yang menjadi semangat
untuk saya habiskan cerita ni. Maaf sebab saya tak dapat mention nama korang satu-satu.
Tapi saya tetap sayangkan awak semua! Sampai di sini saja kisah cinta Jisoo, Jongin dan Kai yang penuh konflik.
Nanti kita berjumpa kali kalau ada sequel, okay.

Anyeong~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!