Chapter 5

Call Me Monster

"Ada yang kata, kalau kau berani masuk bilik terlarang seseorang kerana rasa ingin tahu yang berlebihan, maka keinginannya itu mampu membunuh dirinya sendiri."

Suara itu begitu dingin, separa berbisik seperti dihembuskan angin tapi seperti petir di telinga Chaewon. Dia begitu terperanjat sehingga menjatuhkan salah satu album gambar itu ke lantai dengan bunyi keras yang sangat kuat.

Jongin ada di sana, muncul secara tiba-tiba dari kegelapan, matanya menatap Chaewon lalu beralih ke album gambar yang terbuntang di lantai. Wajahnya nampak tidak senang.

"Sebelum kita berbicara—" Suaranya lembut mengalir, "Mahukah kau mengambil album gambar di lantai itu dan meletakkannya semula di meja, sayang?"

Menakutkan...

Itulah fikiran pertama yang terlintas di benak Chaewon ketika mendengar suara Jongin. Suara itu biasa saja, diucapkan dengan sangat-sangat lembut tapi entah kenapa terasa menakutkan.

Jongin cakap apa tadi? Ah ya! Album gambar…

Dengan sedikit gementar, Chaewon mengambil album gambar itu dan meletakkannya semula di meja. Jongin tersenyum puas melihatnya.

"Jongin, apa maksud semua ni? Gambar-gambar tu... Kenapa awak—"

"Stttt..." Dalam keadaan masih tersenyum, Jongin meletakkan telunjuknya di bibirnya, meminta Chaewon untuk berhenti bersuara. "Saat aku kata kita akan berbicara bererti aku yang akan berbicara, bukan kau sayang."

Bibir Chaewon bergetar, gelisah dan buluh tengkuknya berdiri. Kenapa Jongin terasa berbeza? Padahal di matanya penampilan Jongin nampak sama, sangat tampan tetapi lelaki ini terlalu kerap tersenyum, senyuman yang pelik. Sedikit keji dan auranya begitu berbeza.

"Tertanya-tanya ya Chaewon sayang?" Jongin terkekeh perlahan.

Chaewon menggeleng lalu mengangguk kebingungan, membelalakkan matanya dan mencuba membuka mulut untuk bersuara.

"Sttttt...," Jongin meletakkan telunjuk di bibirnya lagi, "Kita tak nak membangunkan seisi rumah kan? Sekarang dah lewat malam." Suara Jongin separa berbisik, matanya penuh gurauan seperti budak kecil yang mengajak temannya berkompromi melakukan sesuatu benda yang nakal.

Mahu tidak mahu Chaewon menahan suaranya, menunggu. Suasananya begitu tertekan, menakutkan, sementara Jongin terus berdiri di situ menatapnya dengan senyuman manis yang terlalu manis.

"Sebenarnya ini di luar rancangan aku. Aku tak nak lakukan semuanya secepat ini." Lelaki itu melirik ke arah album gambar di meja kayu itu. "Jongin pasti akan marah tapi seperti yang aku cakap tadi, apabila rasa ingin tahu kau membawa kau memasuki bilik terlarang. Kau...," kata-kata terahkir itu diucapkan dengan penuh penekanan.

Chaewon berkerut. Jongin akan marah? Jongin? Apa maksud lelaki itu? Bukankah lelaki yang sedang bercakap dengannya ini adalah Jongin? Apa maksud kata-kata Jongin tadi? Chaewon mencuba mencerna tetapi otaknya yang gelisah tidak mampu diajak berfikir.

"Kita harus memikirkan sesuatu, jalan keluar dari permasalahan ini." Jongin berpura-pura serius. "Kita boleh guna pisau tapi darahnya terlalu banyak dan aku tak nak susah-susah membersihkan darah yang berciciran. Lagi pun aku terpaksa menggali lubang untuk menanam mayat di belakang rumah. Ehm. Tidak, pisau terlalu menyusahkankan. Kita terpaksa memakai cara lain." Dahi Jongin berkerut seolah-olah berfikir, "Mesti kelihatan seperti satu kemalangan." Tiba-tiba Jongin menatatap tajam ke arah Chaewon sambil tersenyum lalu melangkah maju mendekatinya.

Automatik Chaewon mengundur,  tapi terhenti apabila melanggar meja di belakangnya.

"Bagaimana Chaewon? Aku mendapat idea baik. Rasanya mati lemas di dalam bath-tub agak mudah, tak ada darah, mungkin cuma rasa sakit sedikit. Tapi aku terpaksa merelakan bathtub di salah satu bilik aku tak dipakai selamanya." Dahi Jongin berkerut seperti tidak suka bathtub'nya nanti tidak boleh digunakan selamanya. Ya, bagi Jongin bathtubnya itu lebih berharga dari Chaewon.

Lalu dia tersenyum lebar seperti mendapat idea paling bernas. "Ah! Aku tahu, jatuh dari tangga. Mungkin hanya terasa sakit di saat tangan atau kaki patah dan ketika kepala menyentuh lantai dengan keras. Tapi aku yakin selepas tu tak ada kesakitan lagi kerana nyawa kau akan melayang serta merta. Jadi berharaplah supaya nyawa kau melayang serta merta, sebab kalau tak kesakitannya sangat tak terhingga. Hmm… Mungkin melibatkan banyak darah tapi aku boleh atasinya."

"Jongin, apa yang awak cakapkan ni?" Suara Chaewon kedengaran berbisik, sedikit tercekik di kerongkong kerana merasa ngeri. Kata-kata Jongin yang panjang dan lebar itu begitu mengerikan dan tidak ada hubungannya dengan apa yang seharusnya mereka ulaskan!

Jongin menatap tepat ke mata Chaewon, dia semakin dekat, senyuman tidak pernah hilang dari bibirnya. "Mwo? Chaewon, kau bodoh atau apa?" Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya, berpura-pura kebingungan, "Aku tahu, semua artis selalunya memang bodoh."

Jongin sudah berdiri satu langkah tepat di hadapan Chaewon, tangannya meraih pipi Chaewon dan mengusapnya lembut. "Ah, Chaewon sayang, sudah tentu aku sedang bercakap tentang cara kematian kau."

Wajah Chaewon pucat lesi, terkejut.

"Mworagu?!"

"Tsk... Tsk..." Jongin menggeleng-gelengkan kepalanya dengan dahi berkerut seperti sedang memarahi budak kecil, "Kau sudah mendengarnya dengan jelas tadi jadi aku tak nak ulang lagi, sayang."

"Jongin—" Chaewon mulai merengek. Kalau betul Jongin sedang bergurau maka cara gurauannya sudah keterlaluan. Jantung Chaewon seperti hendak meledak kerana ketakutan.

"Jongin." Lelaki itu meniru rengekan Chaewon dengan nada mengejek. "Panggillah nama tu sepuas hati kau, tetap tak akan berhasil. Sayangnya, nasib kau sungguh malang kerana sekarang kau harus berhadapan dengan aku." Gumam Jongin misteri.
Entah disebabkan tatapan Jongin yang keji itu atau kerana nada suara Jongin, saat itulah yang membuatkan Chaewon sedar bahawa Jongin tidak bermain-main. Lelaki ini benar-benar ingin membunuhnya! Chaewon berusaha melangkah dan berlari tapi dengan mudah Jongin menahannya. Tiba-tiba Chaewon menyedari ada sesuatu yang berkilat di tangan kiri Jongin, itu… sebuah pisau!

"Well yeah… Ini memang pisau kalau kau tertanya-tanya." Jongin mengangkat pisau yang kelihatan sangat tajam itu di hadapan wajah Chaewon membuatkan gadis itu memejamkan matanya dengan ngeri. "Kalau kau cuba-cuba mengusik kemarahan aku, aku tak akan teragak-agak menggunakan pisau ni. Tak jadi masalah buat aku sebab akhirnya nanti kau tetap akan mati juga. Tapi kau tahu tak...," Jongin tersenyum perlahan-lahan dan nampak puas. "Tertusuk dengan pisau rasanya sangat menyakitkan." Mata Jongin bersinar, seronok. "Permulaan tak rasa sakit tapi sebaik saja aku cabut pisau ni, mungkin akan menyebabkan sebagian organ dalaman kau turut terkeluar. Sakitnya luar biasa. Tapi sudah tentu aku tak akan berhenti di situ saja, aku akan memulas-mulas pisau ni semakin dalam, lalu mencabutnya dan terus menikam lagi dan mencabut pisau itu berkali-kali dan ketika aku selesai, percayalah… kau akan lebih memilih untuk jatuh dari tangga."

Seluruh tubuh Chaewon bergetar oleh rasa ngeri ketika mendengar penjelasan Jongin yang gila itu. "Kau tak akan berani melakukannya! Polis...polis akan…" Chaewon mula menggunakan gelaran 'kau aku' kerana merasa terancam.

"Oh, adakah aku lupa bercakap tentang menanam mayat di laman belakang rumah aku yang sangat luas?"

Wajah Chaewon memucat seperti mayat hidup. "Kalau aku hilang begitu saja, polis akan mencari aku!" Chaewon cuba mengancam.

"Aku ada banyak orang dalam untuk mencegah hal-hal macam tu terjadi, sedikit wang di sana sini dan kau akan berakhir dengan cerita. Nanti akan terpampang di surat khabar bahawa Moon Chaewon, oh mian...," Jongin terkekeh mengejek. "Kim Chaewon melarikan diri ke luar negera setelah meninggalkan calon suaminya yang kaya raya sebelum perkahwinan mereka dan membawa lari koleksi perhiasan yang tak ternilai harganya dari rumah calon suaminya itu." Jongin berkata dengan penuh imaginasi.

"Walaupun semua yang akan berlaku nanti menyusahkan aku, aku tak kisah. Oleh sebab tu, demi kebaikan kita sebaiknya kita memilih tangga." Senyuman mempesona Jongin muncul lagi. "Bukankah kau harus berterima kasih kerana aku begitu baik hati?"

Wajah Chaewon memucat. Berterima kasih? Apa maksud Jongin?

Lelaki ini tersenyum sangat manis tapi tatapannya begitu keji seperti orang gila dan Chaewon yakin Jongin tidak akan segan-segan melakukan semua yang dikatakan tadi dengan begitu mengerikan.

"Jongin..." Air mata mula muncul di sudut mata Chaewon, mengalir melewati pipinya. "Aku tak tahu apa yang terjadi, tapi kau menakutkan aku... Apa sebenarnya yang kau nak?"

Dengan spontan Jongin mengambil neck tie'nya lalu mengikat mulut Chaewon yang dibiarkan pasrah. Bagaimana mungkin dia berani memberontak kalau pisau tajam yang berkilauan itu teracuh-acuh di mukanya?

Jongin mengamati hasil ikatanya, tersenyum puas melihat Chaewon tidak mampu bersuara, kelihatan senang melihat air mata mengalir di pipi Chaewon.

"Oleh sebab kau tak nak berterima kasih, lebih baik aku ikat mulut kau supaya kau tak perlu bersuara. Aku muak dengar suara kau, arra? Accent desahan kau yang dibuat-buat tu menjijikkan di telinga aku, kau ingat aku terpedaya dengan godaan kau?" Jongin mendekatkan wajahnya dan berbisik di telinga Chaewon. "Lagi pun aku tak suka kau memanggil aku dengan nama Jongin. Kau boleh panggil aku dengan nama Kai, sayang... Atau monster." Lelaki itu ketawa terbahak-bahak seperti orang kurang siuman. Lalu dengan lembut dia mengusap air mata yang mengalir di pipi Chaewon. Mata Chaewon membelalak, bingung dengan perkataan Jongin sebentar tadi.

"Aww, mian... Nampaknya kau sangat takut? Aku tak bermaksud nak menakutkan kau tapi kau tahu kan aku memang banyak bercakap kalau tengah senang, mianhae?" Dengan lembut Jongin mengucup dahi Chaewon lalu mendorongnya perlahan-lahan keluar bilik sambil menempelkan pisau yang sejuk dan keras itu di pinggangnya.

Mereka melewati lorong-lorong dan Chaewon berdoa sepenuh hati, melilarkan pandangannya ke sekeliling dengan gelisah dan ketakutan.

Jaebal! Siapa Saja! Selamatkan aku!

Tapi doanya sia-sia, rumah itu begitu sepi dan senyap. Sampai satu masa mereka berdua berdiri di hujung tangga yang mengarah turun ke pintu utama di bawah.

"Ada kata-kata terakhir?" Jongin terkekeh, "Ah aku lupa, mulut kau diikat." Dengan lembut Jongin melepas ikatan di mulut Chaewon.

Saat ikatan di mulutnya terlepas, Chaewon bertekad untuk menjerit sekuat-kuatnya, membangunkan seisi rumah ini dan meminta pertolongan. Tetapi ketika dia baru membuka mulutnya, terasa tubuhnya melayang terus  ke bawah.

Jongin sudah menolaknya !

Tubuhnya terlempar ke bawah melayang-layang seketika lalu terjatuh dengan keras. Bunyi tulang-tulang patah berderak terdengar di telinganya disertai rasa sakit yang amat sangat. Bau hanyir darah mula terhidu. Terasa hangat dan ngilu menyebar tanpa henti dari belakang kepalanya. Tapi tidak seperti yang Jongin katakan sebentar tadi, rasa sakit itu tidak terus lenyap. Chaewon masih sedar! Dan rasa sakit yang menyerangnya sangat luar biasa sungguh tidak tertahan lagi. Chaewon masih mampu mendengar langkah kaki Jongin yang menuruni tangga perlahan-lahan lalu membongkok di atasnya.

"Eh? Masih hidup?" Jongin tersenyum, mengamati posisi Chaewon yang terlentang dengan pelik, tangan dan kakinya terlekuk dengan posisi berlawanan, patah dengan tulang tertimbul di kedua sisi. Dan darah segar mengalir dari bahagian belakang kepalanya mula menggenang membasahi rambutnya. "Chaewon sayang, nasib kau sungguh malang, sangat kesian..." Jongin menggeleng-gelengkan kepalanya berpura-pura hiba lalu sekali lagi terkekeh sambil mengamati Chaewon penuh rasa humor.

Chaewon cuba bersuara tapi hanya suara erangan yang terdengar dari kerongkongnya. Dia terbatuk dan saat itu juga darah segar menyembur dari mulutnya, menyembur tanpa henti, menyakitkan sekali. Sehingga satu masa telinganya mula berdengung, Chaewon cuba menatap Jongin, mempertahankan kesedarannya. Lelaki itu masih berdiri di sana, tersenyum manis mengucapkan selamat tinggal dengan lembut tetapi kemudian kegelapan itu mula melingkupinya, menariknya ke dalam pusaran tak terhingga. Dan benar kata Jongin tadi, semuanya hilang. Semuanya lenyap…


 

Pagi itu dikejutkan dengan jeritan histeria seorang pelayan dan kemudian semuanya berlalu dengan begitu membingungkan bagi Jisoo.

Dia terbangun kerana teriakan itu dan terus keluar bilik untuk melihat apa yang terjadi. Di pintu, dia berselisih dengan Jongin yang masih berpakaian tidur yang turut terbangun oleh jeritan itu, bersama-sama dengan beberapa pelayan lain mereka melangkah ke arah jeritan dan kekecohan itu.

"Museun iriya?!" Jongin melangkah di hadapan Jisoo, jelas sekali dia merasa jengkel dengan kekecohan yang mengganggu tidurnya. Lalu di hujung tangga, langkahnya terhenti mendadak sehingga Jisoo tidak sengaja melanggar belakangnya. "Oh Tuhan! Tidak...," Jongin berusaha mencegah Jisoo daripada melihatnya. "Jangan tengok."

Tapi Jisoo telah terlanjur melihatnya. Di bawah sana, di tangga bawah paling hujung, unninya terlentang dengan posisi pelik. Tangan dan kakinya patah, terlengkok ke arah yang berlawanan, darah menggenang di belakang kepalanya, mulut, wajah, dagu hingga membasahi gaun tidur putihnya. Dan matanya terbeliak penuh dengan ketakutan…

Tubuh Jisoo longlai serta merta sehingga Jongin harus menahannya.

"Telefon polis!" Jisoo masih mampu mendengar suara Jongin memberi arahan kepada beberapa pelayan yang mula berkerumun. "Panggil doktor!" Perintah Jongin lagi lalu kemudian Jisoo mula kehilangan kesedaran.


 

Jisoo terbangun di biliknya dengan doktor membongkok di atasnya, memeriksanya. Doktor itu nampak lega ketika melihat dia sedar, "Dia dah sedar Tuan Jongin."

Lalu Jongin mendekati Jisoo dengan pucat dan cemas, "Gwaenchana?" Kecemasan nampak jelas di matanya, emosi pertama yang dilihat Jisoo dari Jongin sejak pertama kali mereka berkenalan.

"Chaewon…." Suara Jisoo menghilang.

Jongin menggenggam kedua-dua tangan Jisoo, kelihatan sedih, "Aku menyesal Jisoo, aku sangat menyesal. Aku tak tahu kenapa semua ni terjadi, polis ada dekat bawah dan mereka kata Chaewon tergelincir di tangga, mungkin dia mengantuk. Aku...," Suara Jongin bagai tertelan. "Aku menyesal Jisoo."

Jisoo mengamati kesedihan di mata Jongin dan air matanya turut mengalir. Unninya telah tiada. Seberapa buruk pun hubungan mereka berdua, Chaewon tetap unninya dan Jisoo masih selalu menyimpan harapan kalau suatu saat nanti unninya akan menyayanginya semula. Sekarang Chaewon telah tiada dan harapan Jisoo seolah-olah dipadamkan dengan kejam.

Tangisan Jisoo muncul, bermula hanya dengan esakan perlahan tapi semakin lama semakin deras tidak tertahan dan Jongin terus memeluknya, menenangkannya. Mereka berdua berpelukan dalam kesedihan.

 

Bersambung...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!