Prologue

Call Me Monster

 

Tidak ada yang mampu menggambarkan perasaan Jisoo saat ini selain rasa takut dan gugup yang menyesakkan dada.

Ketika kereta milik kakaknya memasuki pintu gerbang yang megah itu, rasa gugup dan takut semakin memuncak. Chaewon, yang sedang memandu nampak tenang dan bahagia. Sudah tentu, kemewahan ini akan menjadi kehidupan baru Chaewon, perkara yang diimpi-impikannya sejak dulu. Lagi pun, Chaewon tidak pernah mengambil ringan tentang penampilannya, dia selalu kelihatan cantik, muda dan wangi, tidak pernah berubah sehingga sekarang.

Jisoo dan Chaewon sebenarnya merupakan adik beradik tiri yang berlainan ayah. Dan keluarga mereka bukanlah keluarga yang bahagia. Hyejin, ibu kepada kedua-dua adik beradik itu telah mengandungkan Jisoo hasil dari hubungan dengan lelaki lain, dan diketahui oleh keluarganya hanya selepas Jisoo berusia 5 tahun. Oleh itu, hubungan mereka agak kucar kacir sehinggalah kedua-dua pasangan itu terlibat dalam satu kemalangan kereta api yang telah meragut nyawa kedua-duanya sebelum mereka sempat bercerai. Sejak dari itu, haraboji dan halmoni merekalah yang telah mengambil ahli hak penjagaan dua saudara itu. Akibat trauma yang masih kuat, Jisoo berubah menjadi kanak-kanak yang pendiam dan membesar dalam keadaan yang senderhana. Bertentangan pula dengan Chaewon, kakak yang yang lebih tua lima tahun darinya.

Chaewon telah meninggalkan rumah sejak berumur 17 tahun lagi kerana tidak tahan dengan kehidupan di kampung yang miskin. Chaewon mengejar impiannya untuk menjadi seorang selebriti di Seoul dan siapa sangka ia telah merubah diri Chaewon sebagai gadis liar, dan artis penuh kontroversi.

Sebaik saja Chaewon melangkah keluar dari rumah harabojinya pada hari itu, mereka terputus hubungan sama sekali. Chaewon mula lupa daratan dan leka dengan keseronokan duniawi. Jisoo juga tidak pernah menganggap Chaewon sebagai kakak kandungnya kerana Chaewon tidak pernah mengaku mereka sebagai saudaranya. Bagi Jisoo, keluarganyanya cuma haraboji dan halmoni yang telah mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sejak dia lahir sehinggalah beranjak dewasa.

Walaupun begitu, Chaewon tetap melawat rumah harabojinya satahun sekali, itu pun secara diam-diam dan dari jarak jauh tanpa diketahui sesiapa kecuali Jisoo.

Apabila Jisoo berusia 17 tahun, harabojinya meninggal dunia, disusuli halmoninya setahun kemudian. Jisoo tetap tidak bergantung kepada Chaewon, lagi pun Chaewon juga tidak peduli. Jisoo berdikari seorang diri dan sama sekali tidak ingin terlibat dalam kehidupan kakaknya yang saat itu telah menjadi pelakon terkenal.

Sampai satu ketika, Chaewon menghubunginya, mengatakan bahawa dia akan berkahwin dengan salah satu ahli koperat termuda paling kaya dan ternama, seorang namja berusia 25 tahun, dan mengundang Jisoo untuk turut serta dalam persiapan perkahwinannya.

"Walaupun kita dah lama terputus hubungan, kau tetap dongsaeng aku." Gumam Chaewon dengan loghat seksinya sambil mengoleskan lipstik pada bibirnya untuk pertemuan makan siang mereka setelah dua tahun lamanya tidak berjumpa. "Lagi pun, aku dah terlanjur cerita tentang kau dekat Jongin, of course tak sengaja, tapi siapa yang mampu tipu lelaki tu? Dia tahu semuanya..." Chaewon tersenyum menerawang seperti orang mabuk kepayang. " ...dan Jongin nak berjumpa dengan kau."

Jadi semuanya sebab calon suaminya yang kaya tu nak berjumpa dengan aku? Bukan sebab dia nak bersama aku di saat-saat bahagianya? Jisoo menyimpulkam dalam hati, dan perasaan terkilan mengalir di dadanya.

Memang dia sudah lali untuk tidak mengharapkan apapun dari Chaewon, yeoja itu terlalu ego untuk memikirkan orang lain selain dirinya sendiri. Tetapi kadangkala, Jisoo tetap ada perasaan ingin dicintai sebagai seorang dongsaeng di hatinya.

Dan akhirnya, hari ini dia datang bersama 'kakaknya', yang sangat cantik dengan gaun seksi berwarna merah seperti bibirnya, rambut dandanan salon, kulit selembut satin, dan aroma minyak wangi mahal. Sedangkan dia hanya memakai gaun cotton yang lusuh serta sweather membuatkannya seperti kutu buku, belum lagi rambutnya yang hanya dilepaskan begitu saja tanpa perhiasan.

Lelaki tu pasti akan kecewa kalau dia mengharapkan aku secantik Chaewon. Desah Jisoo dalam hati.

Mungkin aku lebih mirip appa, gumammnya menghibur diri.

Rupa-rupanya calon suami Chaewon sangat kaya. Jarak pintu gerbang menuju ke rumah utama boleh dikatakan jauh, dengan taman dan pokok-pokok yang indah di kiri kanan jalan. Apabila kereta mereka berhenti, Jisoo sempat terngangah melihat banglo putih bergaya gothic dan renaissance yang megah di hadapannya.

Sebaik kereta dipakir, Chaewon segera keluar dengan semangat dan tidak mahu Jisoo mengikutinya. Nampaknya mereka sudah ditunggu, atau ada cctv di depan pintu?

Jisoo mengalihkan pandangan di atas dengan curiga, kerana sebaik saja mereka sampai di pintu yang berhiaskan batu marmar itu, pintu itu terus terbuka tanpa diketuk, dan seorang pelayan namja yang masih kelihatan muda dengan penampilan yang sangat rapi sudah berdiri di situ. "Chaewon-shi?" Soal pelayan itu dengan muka mendatar persis batu hingga membuatkan Jisoo tertanya-tanya adakah itu ekspresi asli atau hasil latihan bertahun-tahun?

Chaewon mengangguk penuh yakin. Pelayan itu melihat ke belakang, ke arah Jisoo dan mengangkat keningnya, tapi tidak berkata apa-apa. Mungkin dia berfikir aku pembantu Chaewon, desah Jisoo dalam hati.

"Saya Terada Takuya, ketua pelayan di sini. Tuan Jongin sedang menunggu di ruang tamu. Mari, saya hantarkan." Gumam pelayan itu sopan sambil berpaling tubuh dan membiarkan Chaewon dan Jisoo mengekorinya.

Sepanjang lorong, Jisoo terlalu leka mengagumi kemewahan interior dan perabot rumah mewah itu. Ya, Chaewon pasti akan sangat bahagia di sini, dari dulu lagi Chaewon ingin menjadi isteri kepada lelaki yang kaya raya, impiannya sekejap lagi akan tercapai. Dan sudah pasti Jisoo tidak tersenarai dalam daftar impiannya itu. Jisoo sedar dia hanya diperlukan kerana calon suami Chaewon yang jutawan itu ingin mengenalinya, selepas itu Jisoo akan kembali kepada kehidupan lamanya, dilupakan oleh kakak kandungnya.

Lagi pun dia memang tak nak masuk campur.

Takuya membuka sebuah pintu yang sangat besar dan mempersilahkan mereka masuk. Chaewon terus melangkah masuk dengan bersemangat. "Sayang," serunya mesra lalu berlari ke pelukan namja itu yang berdiri ditengah ruang tamu. Namja itu membalas pelukan Chaewon, tapi matanya menatap tajam ke arah Jisoo.

Dan Jisooo ternganga melihat susuk calon suami 'kakaknya' itu untuk pertama kalinya."

 

Bersambung...


 

 

Feel free to comment~

Let me know apa yang anda fikirkan~

Jumpa di chapter yang seterusnya, see ya~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!