DUA

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] DUA [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] "Aku tak suka betullah asyik kena kacau je." Luah Soojung sambil memerhatikan kuku. Pasti baru dicat lagi. Semalam warna merah hati, hari ini warna jingga tangerine. Kemudian straw air kotak dibawa ke mulut. "Aku pergi kedai runcit nak beli syampu pun ada orang nak mengorat."

Dua batang french fries Minhee tenyeh ke dalam mangkuk kecil berisi sos cili Thai lalu dikunyah. Habis ditelan barulah dia menumpukan perhatian kepada Soojung. Roommate dia tak bermekap nampaknya hari ini. Cuma mengenakan bedak nipis dan lipgloss. Namun dia masih nampak cantik dengan rambut berwarna kuning keemasan yang panjang mengurai.

"Mungkin sebab kau ubah style rambut kau kot. Ramai pulak yang terpikat." Kata Minhee memuji. Jujur. Tangan mencapai botol sos untuk dituang semula ke dalam mangkuk sos yang hampir kosong.

"Well, tengoklah siapa yang gayakan." Soojung berkata sejurus melayangkan rambutnya yang lurus seperti baru mendapat rawatan spa. Macam iklan Rejoice!

Muka Minhee tak beriak. Sudah masak dengan perangai diva Soojung yang agak narsis. Soojung mendekatkan tubuh ke meja, dua-dua tangan melekap kemas pada permukaan meja. Nampak macam nak terkam Minhee pula. Spontan badan Minhee berganjak ke belakang. Mana tahu kalau memang Soojung hendak terkam dia.

"Tapi ini semua salah Amber. Dia yang tarik aku masuk salon. Nasib baik free!" Soojung duduk semula dan mengambil french fries miliknya yang tak terusik dari tadi. Burger ayam sudah habis dilantak.

"Baguslah free. Kenapa tak ajak aku?" Kata Minhee selamba. Kali ini dia capai tisu napkin lalu mengelap jemari yang berminyak dan melekit.

Soojung ketawa tanpa emosi. Mulut masih mengunyah french fries. "Kau mana nak benda-benda macam ni. Kau ingat aku tak tahu?"

Giliran Minhee pula tertawa. Kenal betul Soojung dengan dirinya. "Betul tu!"

Tiba-tiba riak wajah Soojung berubah serius. Minhee telan air liur buat seketika. Gadis itu sempat minum sebelum dia sambung renung muka Minhee dengan ekspresi sama. "Kau tahu kenapa Yifan tak notice kau?"

Tekak Minhee terasa kering. Lidah rasa berpasir. Dada berdegup kencang. Entah kenapa rasa gementar menguasai diri. Mulut Soojung bergerak seperti mahu berkata sesuatu tapi perbuatannya terhenti saat dia menutup kembali bibirnya. Dia menyapu dahinya yang ditutup beberapa helaian rambut.

"Sorry, Minhee." Pinta Soojung tanpa memandang wajah Minhee. "Aku terlupa."

Ada rasa pedih dalam dada yang menghasut sang mata untuk menangis. Namun Minhee kuatkan diri dengan memberikan senyuman palsu kepada Soojung. Soojung lebih tahu. Hanya kadang-kadang dia terlupa. Mungkin Soojung mahukan yang terbaik buat Minhee.

"This is who I am. This is the new me." Kata Minhee mendepang tangan sedikit bagi membuktikan gaya dirinya. Itulah Minhee, gadis skema yang berkaca mata tebal, ikat rambut ponytail tinggi dengan jeans lusuh serta kemeja flanel besar. Kasut Converse menjadi peneman setia berbanding heels. Soojung pun punya gaya yang sama. Apa yang berbeza ialah gadis itu lebih selesa dengan kemeja berpotongan badan serta skinny jeans.

"Esok aku nak pergi The Alcov

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon