LIMA BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] LIMA BELAS [/CONTENTID1] [CONTENTID2] "Kau tahu tak Soojung, semalam aku mimpi indah. Ada orang bawak aku pergi mall dan belanja semua baju, kasut dan aksesori untuk pergi Prom Night. Rasa bertuah pulak aku. Untungnya kalau semua tu betul." Cerita Minhee teruja. Walaupun masih terasa mamai, dia tetap dapat ingat dengan jelas bagaimana seorang staf memujinya dan bagaimana berkilaunya kalung permata yang menghiasi leher dan dadanya. Juga betapa kacaknya pemuda-pemuda yang menemaninya di mall. Alangkah indahnya mimpi malam tadi!

Tanpa disangka-sangka dahinya terus dijentik kuat. Serta-merta rasa mengantuk Minhee hilang. Dipandangnya Soojung dengan rasa tak puas hati. Pagi-pagi lagi dah cederakan orang. Soojung ni ganas betul lah.

"Minhee sayang. Awak mengingau ke apa?" Soojung berkata dalam nada lembut serta senyuman yang dibuat-buat. Minhee telan liur saat mata Soojung menjuling ke siling. "Semua tu betul lah! Tengok belakang kau!"

Eh?! Pantas Minhee berpaling ke belakang dan terlihat beg-beg kertas semalam bersepah di sebelah katil. Aduhai, mesti Minhee penat sangat semalam sampai terbiar saja beg-beg itu di atas lantai.

Saat itu juga dia teringat bahawa dia punya temujanji penting pagi itu. Dipandangnya jam dinding lalu dia membeliakkan mata kerana jelas sekali dia sudah terlewat! Lantas dia bergegas bersiap-siap, meninggalkan Soojung yang terpinga-pinga.

"Lambat dua minit." Komen Luhan pertama sekali sebaik sahaja Minhee sampai di depan stor Tiffany & Co. dalam keadaan termengah-mengah tak cukup nafas. Ada juga seorang dua yang memerhatikan keadaan Minhee yang agak menyedihkan. Rambut habis serabai tanpa sempat disikat ditambah pula dengan pecutan larian Minhee sejurus dia turun daripada bas. Baju pun Minhee main sebat saja pakai. Entah baju kemeja dia atau Soojung pun dia kurang pasti. Kasut langsung tak sempat diikat. Mungkin sekarang Minhee kelihatan selekeh yang amat, tapi Minhee tak peduli. Asalkan dia sempat sampai.

"Eh? Dua minit je kot." Protes Minhee, berusaha mengambil nafas. Luhan menaikkan sebelah kening, sengaja pandang Minhee macam Minhee buat kesalahan yang amat berat. Macam dia seorang suspek kes jenayah berat pula.

"Tetap lambat jugak. Saya ni punctual orangnya. Kalau saya cakap pukul 9, awak kena ada tepat-tepat pukul 9. Kalau awak sampai awal, lagi bagus." Kata Luhan tegas. Dia tetap nampak kemas walaupun dia tidak mengenakan dress shirt putih, seluar slack dan tali leher. Hari ini dia mengenakan pakaian kasual. Sekadar t-shirt polo putih dan jeans acid wash. Janggal pula melihat Luhan tidak berpakaian ala korporat. Ada aura 'muda' kalau Luhan meninggalkan imej korporatnya.

"Geez, yang punctual nya awak. Bukan saya. Penat tau saya berlari ke sini." Kata Minhee sempat mengomel. "Kita nak pergi mana ni?"

"To complete your transformation. Manicure, pedicure and guess what?" Balas Luhan beriya-iya, mata nampak bersinar-sinar. "Boss belanja kita pergi spa! Seronoknya!!!"

Terdiam sekejap Minhee. Inikah Luhan yang dia takuti selama ini? Sejujurnya dia nampak sangat harmless sekarang ini. Berbeza dengan pertama kali Minhee tanpa sengaja dipertemukan dulu. Mungkin Luhan dah berubah seiring dengan waktu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon