EMPAT

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] EMPAT [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Dia baru sahaja melangkah keluar daripada lobi hotel, usai menghadiri sebuah majlis hari jadi pasangan kembar Minjin dan Minseon yang mesra dipanggil Choa dan Way. Mereka berdua datang dari keluarga Heo yang memiliki rangkaian hotel terbesar di Korea. Ramai juga orang kenamaan yang ada di situ, masing-masing bertemu bertanya khabar; dan berbincang tentang aset dan cara untuk meningkatkan lagi harta kekayaan.

Sejujurnya Minhee sudah masak dengan semua itu. Lagipun dia di situ kerana mewakili keluarga Son untuk mengucapkan tahniah. Lepas makan, berbual-bual dengan beberapa orang sosialit lain, Minhee terus bergegas pulang. Dia masih ada dua kelas malam yang perlu diikuti, kelas piano dan seni lukis.

Sambil menantikan teksi yang tidak kunjung tiba, Minhee agak terkinja-kinja sebab takut lambat ke kelas. Chauffer pula tidak dapat menjemputnya kerana telah membawa ibunya berjumpa Puan Jung, pemilik butik Jung & Co.

Jam tangan platinum jenama Rolex dia perhati sekilas. Tinggal setengah jam sahaja lagi untuk dia pergi ke kelas piano. Mana mungkin dia pergi ke kelas tersebut dengan berpakaian dress halter hijau zaitun dan high heels hitam bertumit empat inci. Perlahan-lahan dia melangkah ke tepi jalan, jalan raya masih sibuk kerana pekerja ramai yang baru tamat waktu kerja. Pejalan kaki pula berpusu-pusu berjalan pulang.

Kelihatan sebuah teksi memperlahan ke tepi jalan, Minhee pantas menahannya.

"Nak ke mana cik?" Daripada cermin pandang belakang Minhee dapat lihat pantulan imej pemandu teksi itu bertanya sebaik sahaja dia memiringkan sedikit topinya.

"Gangnam-gu, East side, 24." Balas Minhee. Pemandu teksi itu mengangguk, memusing stereng dan mula beredar.

Walaubagaimanapun, Minhee mula berasa hairan, sudah 20 minit di berada di dalam teksi dan dia masih belum di rumahnya. Biasanya, 10 minit dah sampai. Curiga, Minhee membuka penghadang antara tempat duduk dan teksi.

"Maafkan saya, encik dah salah jalan ke?"

Tiba-tiba kereta itu berhenti dan lock pintu terus berkunci. Mata Minhee terbeliak dek terkejut. Dia panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Pada masa yang sama, ada sapu tangan yang mencekup mulut dan hidungnya sebelum sempat dia meminta tolong.

Minhee tersentak. Mata terus terbuka.

Nafas dihela pantas. Dadanya diurut.

"Hey, are you okay?" Suara Kyungsoo menyapa telinga dan dia dapat rasakan sebelah tangan Kyungsoo mengusap ubun kepalanya. Dia melirikkan mata ke arah Kyungsoo yang sedang memandu.

"Okay." Balas Minhee tidak mahu merisaukan Kyungsoo. Senyum paksa diukir.

"Same nightmare?" Tangan Kyungsoo masih lagi membelai kepalanya sebelum turun ke dahinya yang basah. Minhee lekas mengambil tisu lalu mengelap dahi dan tangan Kyungsoo. Minhee angguk. Bezanya sekarang bukan malam, masih siang dan Minhee masih tidak mengerti mengapa di masih lagi dihantui dengan mimpi sebegitu walaupun dia sekadar terlelap.

"Dah dua tahun kau mimpi benda yang sama. Tak nak jumpa psychiatrist?" Suara Kyungsoo kedengaran risau.

Minhee geleng. Dia menyandarkan tubuhnya lalu dia pandang ke luar tingkap. Tiada apa yang menarik untuk dipandang melainkan kenderaan-kenderaan lain yang memecut laju. "Tak apa. Benda ni boleh handle." Minhee boleh lagi atasi rasa gemuruh dan takut kalau dia fikirkan benda-benda indah, termasuklah Yifan. Dan mungkin suara tawa Chanyeol.

Dahi Kyungsoo berkerut. Dia kembali memegang stereng dengan dua tangan. "Malam tu dia hanya ambil duit je kan?"

Minhee angguk. Sebenarnya dia tidak mahu ingat lagi pasal tu. Yalah, meskipun penyamun yang berlakon sebagai pemandu teksi itu hanya merompak wangnya, dia tetap rasa trauma.

"Nasib baik kau tak apa-apa."

"Tapi dia tinggalkan aku kat tepi jalan yang tak ada orang." Tutur Minhee sambil memuncungkan bibir. Mana taknya, lepas kena samun, dia terus kena tinggal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon