DUA BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] DUA BELAS [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Semua yang berlaku bagai sebuah fragmen kabur yang bercampur aduk. Meliuk-liuk bentuknya, berpulas-pulas seperti air kopi yang Minhee sedang kacau. Dia baru sahaja mengoyakkan sachet kopi segera dan menuangkannya ke dalam kole berisi air panas.

"You look distracted and I told you not to consume any fast foods. It's not healthy." Leter Kyungsoo dalam keluhan. Dia sendiri nampak tak terurus. Rambut agak kusam tanpa dioles gel. Baju T hitam berkedut-kedut. Tak macam Kyungsoo langsung.

"Aku okey, Soo. Cuma assignment terlalu banyak at the same time. Plus macam-macam berlaku bulan ni. Tapi aku okey." Dalih Minhee, meyakinkan bahawa semuanya baik-baik sahaja. Walaupun Minhee mengaku banyak kali juga dia makan McDonalds dan Domino's bersama Yifan. Minhee membawa dua buah kole ke arah meja studi. Satu kole diletakkan di atas meja dan satu dihulurkan kepada Kyungsoo yang duduk dihujung katil. Mulanya Kyungsoo teragak-agak dan apabila Minhee senyum Kyungsoo tidak lagi teragak-agak untuk mengambilnya.

"Tak ada racun dalam tu. Aku takkan bunuh kau, Soo. Kau dah banyak tolong aku. Banyak sangat." Minhee cuba berseloroh. Ayat terakhir terasa pahit di lidah.

Kyungsoo masih merenungnya. Kole masih di tangan, tak dihirup, langsung tak terusik. Kemudian Minhee baru teringat yang Kyungsoo tak minum kopi. Kyungsoo suka teh hijau. Patutlah dia tak minum.

"Aku tahu kau tak okay." Kyungsoo mendekati Minhee lalu meletakkan kole itu di sebelah kole kepunyaan Minhee.

Minhee mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Kyungsoo terlalu mengenalinya. Tiada apa yang boleh disorokkan daripada Kyungsoo. Nampak sangat Kyunsoo dah kesan blackhole dalam diri Minhee. Minhee kalau tak okey, pasti benda yang dia buat pun jadi tak sempurna. Ada saja yang tak kena. Pada saat itu juga, tawa Chanyeol yang gembira dan bahagia terngiang-ngiang di dalam benaknya.

"Minggu depan, prom night. Kau akan datang dengan aku." Minhee tahu sangat kalau nada tegas Kyungsoo sudah guna menandakan ianya suatu arahan. Bukan permintaan. Tanpa sedar Minhee mengangguk. Matanya kekal pada Kyungsoo.

Malam itu Minhee keluar tanpa memberitahu Soojung mahupun Kyungsoo. Soojung tiada di dalam bilik, jadi dia tak berapa kisah sangat. Dia terfikir untuk melawat rumah kebajikan yang sudah lama dia tidak kunjungi. Pasti Kak Seohyun sedang ternanti-nanti.

Perjalanan menaiki bas awam ternyata lebih memakan masa berbanding kereta. Terlalu banyak masa digunakan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Minhee merenung ke luar tingkap. Walaupun ibu kota masih sibuk dengan pelbagai aktiviti, dia langsung tak terganggu. Malah dia rasa tenang. Tanpa orang yang merisaukan keadaannya.

Minhee turun dekat sekitar bangunan lama zaman Joseon. Bangunan tersebut telah dijadikan muzium, tarikan pelancong yang datang melawat kawasan tersebut. Melangkah perlahan menuju ke bangunan di seberang setelah lampu pejalan kaki berubah hijau. Tiada orang lain selain dirinya yang melintasi lintasan zebra itu. Fikirannya melayang lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon