LIMA

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] LIMA [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Pundak sudah terasa berat, sakit dan lenguh. Bayangkan telah hampir sejam dia menggendong beg gitar di bahu. Dia loncat-loncat sedikit sambil strap di bahu dibetulkan. Jam di tangan dah banyak kali dia jeling. Minhee tak juga sampai. Dalam hati risau juga kalau jadi apa-apa pada dia.

Poket terasa bergetar dan Chanyeol terus seluk. Ada mesej terpapar. Dia tepuk dahi sebab baru teringat dia silent phone waktu kelas Law tadi. Terdapat 15 notifikasi baru yang mana kebanyakannya datang daripada Baekhyun, Kyungsoo, Jongin dan Sehun. Baekhyun ajak main skate. Kyungsoo mintak drive yang dia pinjam. Jongin mahu jumpa esok. Dan Sehun, dia geleng kepala sekejap. Kucing ak berak dlm kereta ak. Tlg basuhkn.

Langsung tiada berita dari Minhee. Entah ke mana lah minah ni. Matahari nampaknya semakin sendeng ke barat. Hari menjelang lewat petang. Daun-daun kering berguguran dari pohon, berselerakan di jalan tar. Chanyeol melangkah perlahan. Baik pulang ke dorm kalau macam ni. Boleh juga tidur sampai malam.

Eh, tak. Kena jumpa Kyungsoo dulu kalau tak nak kena headlock. Aku belum pulangkan external disk yang aku pinjam dari dia.

Sedang dia melayan fikiran, terdengar seperti ada orang memanggil namanya. Kepala malas nak menoleh, lagipun earphone tengah memainkan lagu Crayon-GD. Memang goyang kepala!

Satu cuitan pada lengan membejatkan langkah Chanyeol lantas dia berpusing ke belakang secara spontan. Melatah sekejap melihatkan Minhee membongkok, tangan pada lutut, termengah-mengah sambil mendongak. Chanyeol tergamam dan ternganga.

"Aku rasa better kau slow kan volume ipod kau. Aku start kejar kau since kau berjalan kat depan lab tadi tau tak?" Minhee cuba berkata-kata meskipun nafas macam dah tak cukup.

Chanyeol tanggalkan earphone sebelah. "Kau ni pun satu. Tak bagi notis apa-apa kat aku. Aku dah niat nak balik tau tak?"

Minhee mula berdiri tegak. Strap di bahu dibetulkan. "Eh, dia marah kita pulak. Sorry okay. Ada kelas mengejut tadi. Lupa nak inform kau. Sekarang aku dah ada kan? Jomlah!"

Lengan Chanyeol ditarik hingga mereka tiba di parking lot. Chanyeol tak memprotes langsung. Membiarkan diri di usung macam anak patung teddy bear.

Alarm kereta berbunyi selepas Chanyeol punat kunci. Pintu belakang dia buka bagi meletakkan beg gitar serta beg galas Minhee. Ketika hendak menutup pintu, dia nampak Minhee sudah mendekati pintu penumpang, apalagi, berkat kaki yang panjang, dia sengaja menghadang laluan Minhee agar Minhee tak dapat hendak mendekat.

Chanyeol tersengih ketika Minhee mendongak menjeling. Gugusan kunci dia layangkan ke depan wajah Minhee. Senyuman nakal bermain di wajah.

"Sebagai hukuman, kau drive."

Mulanya Minhee tarik muka. Tapi dia ambil juga kunci itu lalu melangkah ke tempat duduk pemandu. Chanyeol dengan selamba duduk di kerusi penumpang, memerhatikan Minhee menghidupkan enjin sebelum menekan minyak. Bunyi enjin bergema kuat dan Minhee senyum lebar.

"One day, aku akan beli kereta kau, Chanyeol. "

Chanyeol jelir lidah. "Takkan dijual." Semestinya kereta Chanyeol nampak cabuk. Namun, bunyi enjin mengalahkan Ferrari. Siapa yang tak nak kan?

Kereta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon