LAPAN BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] LAPAN BELAS [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Hari graduasi tiba sekelip mata meskipun sebenarnya sudah sebulan Prom Nite berakhir. Kyungsoo masih tidak boleh terima yang Chanyeol rupa-rupanya dalang sebenar kerana Kyunngsoo mendakwa Chanyeol tanpa sengaja telah menyakiti Minhee. Bukan secara fizikal, tapi emosi yang mana trauma Minhee masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Minhee masih lagi kekal dengan rutin cuci mata di perpustakaan, kini bukan lagi sekadar 'skodeng' Yifan, malah mereka berbual-bual tentang pelbagai perkara. Chanyeol masih berada di sisi, mendengar setiap perbualan Minhee dan Yifan dan akan menyampuk setiap kali dia rasa dirinya diabaikan.

Nampak sangat jealous.

"Lepas graduate kau nak buat apa?" Tanya Chanyeol suatu hari ketika Minhee mereka berdua di dalam kereta, Minhee baru habis mengemas bilik dan Chanyeol beriya-iya mahu membawanya pergi tengok wayang. Waktu petang, hujan lebat turun mencurah-curah yang disertai dentuman guruh tidak jauh dari kampus universiti. Muzik di radio tidak lagi kedengaran dek ditenggelami bunyi rintik hujan di bumbung yang bunyinya serupa dengan dentuman batu yang dibaling serentak. Macam bunyi senapang rifle pun ada.

Mujur dia masih boleh mendengar suara Chanyeol dengan jelas. Minhee angkat bahu selamba. "Don't know. Jadi programmer I guess."

Chanyeol herot bibir, dahi turut berkerut. Tangan memutar stereng untuk membelok ke kiri dari simpang empat.

"You guess? Intern?"

Minhee angguk sekali lagi. "Kat Do Corporation."

"Do? Do Kyungsoo?! Dia ada company?!" Terbeliak mata Chanyeol. Dia pandang sekilas ke arah Minhee yang langsung tidak kisah. Tak pernah disangka Do Kyungsoo yang nampak kecil dan senyap dan punya pandangan tajam menikam seperti mahu membunuh orang itu rupanya punya company juga. Tapi tak hairanlah sebab mereka semua masing-masing berasal dari kelompok sosial yang sama. Lupa pula dia yang Minhee dipaksa bertunang dengan Kyungsoo sebab harta.

"Bapak dia. Nanti company tu dapat kat dialah. Aku jadi intern kat situ." Jawab Minhee tenang.

Minhee dapati Chanyeol terus senyap sepanjang perjalanan. Dahinya tak habis-habis berkerut. Disebabkan kepenatan mengemas bilik, Minhee langsung tak bersemangat. Sengaja hendak menemani teman lelakinya. Kalau tidak diturutkan, merajuk pula nanti.

Sekarang dia dah merajuk dah. Minhee mengeluh lemah. Pantang diusik, mulalah mengada-ngada.

"Hei..." Tegur Minhee, jemari dibawakan ke kepala Chanyeol, sedikit mengusap rambut hitam lelaki itu.

Bagaimanapun, Chanyeol tetap diam, buat-buat tak endah, fokus dengan pemanduan. Sedangkan Minhee nampak hujung bibir Chanyeol terangkat membentuk senyuman walaupun tempohnya hanya kurang sesaat.

"Don't be jealous." Usik Minhee, tersengih nakal.

"I'm not jealous!" Chanyeol meradang tapi mukanya merah padam.

"Yes you are. Aku boleh nampak. Kalau aku sebut pasal Soo, mulalah kau naik angin." Balas Minhee terus terang. Bukannya dia tak perasan tingkah laku Chanyeol ketika bersamanya.

Mulut Chanyeol terbuka seperti mahu berkata sesuatu tapi dia tutup semula mulutnya.

"Kami dah tak ada apa-apa lagi. He's just my bestfriend. Being with me when you're not by my side." Jelas Minhee sekaligus memujuk Chanyeol.

Chanyeol jilat bibir. Berfikir rasional kata-kata Minhee. Dahinya tidak lagi berkerut. Sepanjang perjalanan mereka senyap kecuali komen Chanyeol terhadap pemandu lain atau Minhee yang sengaja cakap pasal Yifan dan Kyungsoo untuk buat Chanyeol lebih cemburu.

Lima belas minit kemudian, mereka bukanlah berada di pawagam seperti yang Chanyeol mahukan pada mulanya, tetapi di hadapan sebuah villa mewah yang dikelilingi dengan pokok pagar yang tinggi-tinggi.

"Welcome home!" Ucap Chanyeol gembira dan Minhee terus cubit lengan Chanyeol. Kereta cabuk Chanyeol diparkir di bahu jalan bersebelahan dengan tembok tinggi villa keluarga Minhee.

"Welcome home apa! Ini rumah aku!" Kata Minhee geram. Sejujurnya tidak pernah terlintas langsung di fikiran yang dia akan jejakkan kakinya semula di rumah itu dalam masa terdekat. Tak sangka Chanyeol tiba-tiba sahaja membawanya ke situ.

Di villa itulah dia membesar bersama keluarga. Walaupun dia tidak sukakan suasana di rumah itu yang sentiasa dingin, tapi dia rindukan sifat ambil berat bartender di rumah itu dan perangai nakal adik-beradiknya. Setiap kali bergaduh, mereka pasti akan berbaik semula. Yalah, masing-masing punya pendapat yang sama mengenai ibu bapa mereka. Kesal juga Minhee sebab dia sendiri boleh rasa segan untuk berhubung dengan adik beradiknya. Mujurlah mereka mereka tidak pernah memaksa Minhee pulang.

Chanyeol pandang Minhee dengan curiga. "Kau tak rasa apa-apa? Dreadful? Rasa cam nak selam kepala dalam air?"

"Aku rasa macam nak selam kepala kau dalam lubang jamban."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon