SEBELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SEBELAS [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Masih ada lima minit lagi sebelum kelas law berakhir dan dia akhirnya punya sepanjang hari untuk diri sendiri. Pada mulanya dia bercadang untuk melawat sepupunya atau pergi ganggu Sehun yang sibuk dengan perniagaan bapanya atau mungkin pergi mengusik Amber di Salon kakaknya. Namun begitu, di fikiran belum pernah habis memikirkan tentang Minhee. Sudah seminggu juga dia tidak ke perpustakaan untuk menemani Minhee cuci mata. Atau jadi batu penghalang kalau-kalau Yifan hendak ajak Minhee keluar makan. Rasanya Yifan dah dapat peluang itu awal-awal lagi memandangkan Chanyeol sudah lama tidak berjumpa dengan gadis itu.

Jangan cakap rindu. Malah lebih daripada itu.

Memang niat Chanyeol hendak ceroboh sahaja bilik Minhee dan ajak Minhee keluar melepak di Clark Bevel, curi-curi pandang sisi raut wajah Minhee ketika gadis itu asyik memerhatikan langit. Ataupun kalau Chanyeol bernasib baik, dia boleh pegang tangan lembut Minhee.

Bagi Chanyeol, Minhee memang perfect. Walaupun gadis itu selalu mengelak daripada menjadi perhatian, Chanyeol tidak nafikan yang gadis itu memang mewarisi gen yang terbaik daripada keturunannya. Chanyeol berani bertaruh yang sebenarnya Minhee punya darah bangsawan. Kalau takpun, keturunan anak-anak orang kaya yang hidup senang lenang, hanya petik jari saja sudah boleh dapat apa yang mereka mahu.

Mungkin ada sedikit kedengaran seperti kehidupan Chanyeol sendiri. Tapi Chanyeol takkan dapat apa yang dia mahukan kalau dia hanya petik jari. Dia perlu berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak. Bapanya selalu berpesan, rezeki takkan datang bergolek.

Sebab itulah sekarang Chanyeol kena bersaing dengan sepupu sendiri untuk dapatkan sebuah cawangan syarikat milik bapanya sendiri.

Pelik kenapa bapanya ugut untuk serahkan cawangan di Seoul itu kepada sepupunya yang sebenarnya tidak ada pertalian darah dengan bapanya. Sepupunya itu cumalah anak angkat kepada makcik yang merupakan adik kepada ibunya.

Berbalik kepada Minhee, Chanyeol sebenarnya amat gusar tentang sesuatu. Dia mahu tahu lebih mendalam tentang gadis itu dan dia tidak akan bertanya kepada gadis itu sendiri kerana ianya amat memalukan dan Chanyeol seorang yang pemalu dan dia sebenarnya mahu bertanya tentang Minhee kepada Kyungsoo. Tapi Kyungsoo sangat menakutkan kalau Chanyeol bangkitkan topik pasal Minhee. Walaupun Minhee cakap lelaki itu harmless. Banyaklah dia punya harmless.

Sebaik sahaja kelas tamat, Chanyeol merupakan antara orang yang paling awal keluar dari dewan kuliah. Terpaksa bertoleransi dengan tubuh-tubuh badan yang menghimpit untuk sama-sama keluar pintu. Lega sedikit lepas keluar daripada bilik tu. Kalau tak, rasa lemas dan rimas.

Chanyeol sedang melayan perasaan apabila telinganya yang capang menangkap bunyi cakap-cakap dua orang gadis yang berjalan di hadapannya. Sudah hampir lima kali juga nama Minhee disebut. Mesti gosip ni.

Rasa ingin tahu bagai membunuh Chanyeol diam-diam dan Chanyeol tidak boleh tahan lagi.

Bab tegur stranger dan beramah mesra dengan mereka merupakan salah satu kepakaran Chanyeol. Walaupun, ehem, Chanyeol seorang yang sangat pemalu.

"Hai, Youngji, hai, Hyeri, free tak lepas ni? Jom lunch sama-sama?"

Kedua-dua gadis itu tampak malu apabila ditegur oleh Chanyeol. Apatah lagi diajak makan tengah hari. Bukan nak narsis, tapi Chanyeol tak boleh nafikan yang dia adalah antara pelajar paling kacak di kampus, jadi, mustahil gadis-gadis boleh tolak pelawaan Chanyeol. Handsome nerd lah katakan.

"Umm, sure. Both of us?" Tanya Youngji bagai percaya tak percaya.

"Yeah. Saya belanja. Nak?" Tawar Chanyeol lagi.

Dua orang gadis itu saling berpandangan sebelum bersetuju dengan ajakan Chanyeol.

"Tapi janji yang korang akan supply any information yang saya akan tanya."

Youngji tampak bingung seketika tapi Hyeri pantas bersetuju dengan permintaan Chanyeol.

"Kalau you yang belanja makan, you nak I cerita pasal apa pun I tak kisah."

Mereka makan di McDonald's sebab Chanyeol tak mahu dikelilingi oleh pelajar-pelajar lain di kafe ketika dia sedang cungkil maklumat. Di sini lebih selesa dan punya lebih privasi. Lagipun senang nak korek rahsia. Harap-harap tiada Minhee dan Yifan berdating di sini.

"So, tell me about Minhee." Kata Chanyeol selamba, tidak peduli lontaran pandangan bingung Youngji dan Hyeri. "Anything you guys knew about her."

"Kami tak berapa kenal dia but you know too many rumors circulating around her now." Terang Hyeri seakan membuat konspirasi sensasi.

Chanyeol buat muka hairan. Aik, ingatkan Minhee tu wallflower, rupa-rupanya popular juga. Tak sangka betul.

"Have you heard about her accident two years ago? Teruk sangat sampai dia buat plastic surgery untuk betulkan muka dia. But don't you think she should show herself more, I mean, kenapa dia jadi macam tu? Tak bergaya, mekap pun tak, selekeh la."

Bab pembedahan plastik tu Chanyeol tak percaya. Sebab kalau Minhee bedah plastik, kenapa dia boleh kerutkan hidung setiap kali Chanyeol buka snapback. Rambut Chanyeol tak busuk okay, cuma bau syampu Chanyeol terlalu kuat sehingga Minhee ti

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon