SEPULUH

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SEPULUH [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Makan tengah hari di belanja oleh Junmyeon. Dia berkeras mahu membelanja dengan alasan dia hanya berada di Seoul buat tiga hari sebelum dia terbang ke New York. Hendak lepas rindu kepada Min, D.O dan Soojung katanya.

"Aku rasa tak perlu kot bawak kita makan kat tempat classy macam ni." Kata Kyungsoo. Kening tebal berkerut tanda tidak puas hati. Minhee faham, Kyungsoo seboleh-bolehnya tidak lagi mahu dibayangi kemewahan seperti dahulu. Cukuplah kalau nak makan makanan barat pun di tempat yang termampu.

"Suka hati dia lah nak bawak kita makan kat mana-mana pun. Bisinglah kau ni." Soojung membalas. Mata menjuling ke siling dan dibalas renungan tajam oleh Kyungsoo.

"Sudahlah korang. Aku belanja ni. Tak payah gaduh-gaduh. Tengok Min tu. Berselera je makan. Ni yang buatkan aku sayang dengan dia!" Sempat pula Junmyeon bergurau senda. Minhee tengok renungan tajam Kyungsoo berpaling arah kepada Junmyeon pula tanpa disedari si empunya badan.

Menyedari atmosfera semakin tegang, Minhee mengubah topik. "Kat New York nanti runway siapa?"

"Anna Sui. Pre-Spring colection. Aku jadi coordinator." Beritahu Junmyeon selepas suapan bolognaise ke dalam mulut. "Leceh la model America ni. Kebanyakan narsis sangat. Macam dia sorang je lawa."

Minhee ketawa kecil. Itu perkara biasa. Bila keyakinan sudah menguasai diri, ditambah pula dengan keinginan dan pujian cantik, memang menjadi-jadi sikap narsis.

"Lepas habis belajar korang nak buat apa?" Soal Junmyeon. Kyungsoo dan Minhee saling berpandangan. Entah. "Kelakar pulak Minhee terus beralih bidang. Daripada seni terus kepada komputer."

Kyungsoo berdehem saat Minhee terbatuk-batuk. "Nak mulakan buku baru okey." Jawab Minhee selepas air kosong diteguk.

"Aku mestilah ambil alih empayar perniagaan mak aku." Jawab Soojung. Senyum meleret. Sudah tentu Jung Soojung akan mewarisi Jung Co., rangkaian butik pakaian mewah yang hanya golongan sosialit dan kaya-raya sahaja mampu membelinya.

"Min?" Junmyeon memandang Minhee sebelum beralih kepada Kyungsoo. "D.O?"

"Apa-apa je. Yang penting bukan model lagi." Balas Kyungsoo melarikan pandang. Dipandangnya pinggan yang separuh licin.

"Yeah." Minhee menambah lalu mengulang. "Yang penting bukan model lagi."

"Sayangnya. Koranglah antara model yang terbaik pernah bekerja dengan aku. Tapi aku dengar kau masih terima lagi tawaran berlakon, D.O?"

Kunyahan Kyungsoo terbejat sesaat, dia mengangguk sebelum dia habiskan kunyahan. Kemudian dia pandang Junmyeon dengan panda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon