SEMBILAN

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SEMBILAN [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Terpisat-pisat Chanyeol setelah terjaga secara mengejut. Ketukan di pintu telah mati. Dia memandang jam digital betul-betul di atas pintu. Angka 1.00 AM menyala terang dalam warna merah. Pintu diketuk lagi. Kali ini lebih halus bunyinya. Perlahan-lahan Chanyeol bangkit lalu meraba-raba dinding mencari suis lampu. Setelah lampu terpasang, dia toleh ke belakang seketika untuk melihat Baekhyun bergerak-gerak dalam selimut di katil atas. Terganggu dengan cahaya terang lampu mungkin. Chanyeol pandang ke arah pintu semula. Masih terdengar ianya diketuk.

"Kejap." Tutur Chanyeol bersulam penat. Serak sedikit suara akibat tidur. Tombol pintu dia buka setelah diakses dengan kad kunci.

"Hai." Di antara percaya dan tak percaya, Chanyeol merenung figura di hadapannya. Minhee?

"Apa kau buat kat sini?" Tanya Chanyeol yang akhirnya percaya bahawa sememangnya Minhee yang berdiri di hadapannya. Bukan mimpi nampaknya.

"Sorry kalau aku dah ganggu kau tidur. Tapi boleh tak kau temankan aku?" Pinta Minhee. Suaranya perlahan. Seolah-olah sedang dirundung rasa bersalah. Hoodies yang dipakainya terlalu labuh hingga ke paha. Pakaian yang sama dia pakai dari kelas pagi tadi. Chanyeol hairan sama ada Minhee memang tidak tukar baju atau dia ada berdozen-dozen baju yang sama. Tapi kalau tengok daripada beg yang disandang, nampak sangat Minhee terus ke mari tanpa pulang ke dorm terlebih dulu. Macam tergesa-gesa saja.

"Sure. Tunggu aku tukar baju kejap." Selepas pintu disendal dan tidak ditutup sepenuhnya, Chanyeol terus mendapatkan jaket sweater yang digantung di rak pada belakang pintu. Dia pergi ke bilik air bagi membasuh muka. Setelah yakin dirinya sudah nampak presentable, Chanyeol capai dompet, kunci dan handphone lalu dimasukkan ke dalam saku sweater. Kaca mata yang diletakkan atas meja studi diambil lalu terus dipakai.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Chanyeol ketika mereka berdua masuk ke dalam lif. Butang G Chanyeol tekan. Entah kenapa dia rasa gementar. Lebih-lebih bersama Minhee tengah malam buta begini. Pelik juga Minhee tak tidur lagi.

Minhee tidak menjawab. Ini membuatkan Chanyeol berpaling ke arah Minhee di sisi. Kelihatan Minhee sedang berkhayal dan nampak sangat terganggu. Terganggu dengan apa, Chanyeol tak tahu. Sebab itu dia hendak selidik.

"Hoi!" Tegur Chanyeol. Dahi Minhee di jentik. Sekelip mata Minhee tidak lagi berkhayal. Tangan mengusap kesan jentikan. "Jauhnya berangan. Dah sampai mana? Antartika ada tak?"

"Ish, kau ni Chanyeol. Kalau tak harass aku sehari tak boleh ke?" Minhee menarik muka.

"Amboi. Dahlah berhari-hari tak jumpa aku. Siap mengelak lagi. Lepas tu nak cakap aku harass dia. Apa kes?" Memek muka Minhee diajuk.

"Yelah. Aku salah. Sorry. Aku tengah dilanda konflik. That's why aku tak nak jumpa sesiapa waktu tu." Nampak benar Minhee buat alasan. Sukar dipercayai.

"Yifan boleh pulak." Chanyeol buat-buat merajuk. Bukannya dia tidak nampak Minhee dan Chanyeol makan tengah hari sama-sama siang tadi. Chanyeol bukannya ikut atau stalk Minhee okey. Memang setiap hari dia akan singgah McD untuk makan burger. Burger ibarat makanan ruji Chanyeol okey.

"Itu lain kes. Sekarang ni kau kena bawak aku pergi Clark Bevel." Pinta Minhee sedikit memaksa. Sebelah kening Chanyeol terangkat dengan permintaan drastik gadis itu.

"Aik, matahari dah lama terbenam cik adik oii. Kau nak buat apa kat sana? Aku rasa dah gelap gelita dah tempat tu." Chanyeol bertanya dan sempat lagi menyelitkan gurauan.

"Lampu kereta kau kan terang. Lagipun aku ingat nak tengok bintang. Kat situ pemandangan langit cantik kan?" Luah Minhee seraya Chanyeol mengangguk. Apa-apa sajalah untuk Minhee.

"Ni nak kena drive pergi sana lah ni?" Chanyeol ketawa. Tapi entah kenapa tawanya sendiri kedengaran janggal. Tak senang pula lihat Minhee nampak sedih semacam.

"Habis tu? Nak jalan kaki?" Minhee balas balik. Dia menjeling sekilas.

"Sounds nice." Usik Chanyeol lagi. Mujurlah Minhee tak perasan ketawa janggal Chanyeol tadi.

"Chanyeol!"

Suasana di bandar Seoul masih sibuk. Kenderaan tak putus-putus di jalan raya. Ada bunyi hon kenderaan saling berganti diselangi hingar-bingar kota. Ini mengingatkan Minhee kepada kesibukan kota Tokyo. Papan-papan billboard bercahaya neon terang memaparkan pelbagai iklan. Kadangkala ada wajahnya yang menghiasi papan-papan tersebut dan Kyungsoo akan menggenggam tangannya, wajah nampak bangga setiap kali mereka melintasi paparan billboard yang memaparkan wajahnya.

Enjin dimatikan dan bahu Minhee terasa dicuit.

"Kita dah sampai." Kata Chanyeol. Matanya redup. Sayu.

Kepala mendongak seketika. Malam ini langit cerah. Bintang-bintang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon