TIGA

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] TIGA [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Esoknya Minhee bertemu Soojung di Kafe Rhapsody Quad sebelah pintu masuk The Alcove. Nampaknya Soojung berseorangan, berdiri di sebelah dinding kafe. Tangan memegang gelas plastik Americano.

"Mana date kau?" Soal Minhee sebaik sahaja mereka berdua melangkah menuju ke pintu masuk. Kedinginan pendingin hawa terus menyapa kulit.

"Jongin datang lambat sikit. Practice dia habis pukul 11." Balas Soojung seraya bermain-main dengan straw minuman. Mata melirik sekilas kepada jam tangan. "Date kau tengah tunggu kat Trance."

"Apsal kau tak tunggu dengan dia je kat luar tadi?" Minhee memerhatikan beberapa pemuda kolej yang dia kenal menegur Soojung. Seperti biasa, Soojung buat tak nampak. Malas melayan. Mereka seakan-akan langsung tak menyedari kehadiran Minhee di sisi Soojung. Nak buat macam mana. Siapa yang nak berkawan dengan budak skema macam Minhee. Apa pun, memang Minhee suka keadaan sekarang di mana tiada seorang pun menyedari kehadirannya walau dia mekap secantik mana. Bukan sarcasm ya, ini memang niat Minhee.

Lengan Minhee yang ditarik oleh Soojung melenyapkan pemikiran Minhee. "Trance kat tingkat tiga." Soojung membawa dia menuju ke eskalator. "Aku tahulah." Kata Minhee selepas Soojung melepaskan lengannya.

"Mana tahu kalau kau terlupa." Soojung menjulingkan mata ke atas. Pasti dia annoying dengan Minhee yang kadangkala kalau berfikir sampai tak ingat dunia.

Sampai di luar Trance, kelihatan figura tinggi lampai yang Minhee amat kenali. Dia mengenakan baju T lebih besar daripada saiz badannya. Snapback CHICAGO menutup sebahagian rambut. Sedikit fringe ash brown tercacak menyentuh hujung snapback. Cermin mata berbingkai tebal terletak kemas di tulang hidungnya yang mancung.

"Chanyeol date aku?" Minhee berbisik kepada Soojung. Tak percaya langsung Soojung baru mengenakan dirinya.

"Surprise." Sebut Soojung. Nada mendatar. Dia mendekati Chanyeol yang nampaknya tak sedar langsung kehadiran mereka dek terlalu asyik bermain dengan telefon bimbitnya. Setelah Soojung melabuhkan punggung di hadapannya, barulah Chanyeol mendongak. Dia juga nampak terkejut setelah Minhee senyum nipis terhadapnya.

"Okay, apsal kau tak cakap je kau bawak Minhee?" Tanya Chanyeol, snapback diputar ke belakang. Minhee mengerling. "Kenapa kalau tak cakap?"

"Bazir je aku pakai smart-smart macam ni. Ingatkan boleh lah ngorat awek cun. Rupanya Minhee je. Depan Minhee aku pakai selekeh pun tak kisah." Seloroh Chanyeol. Terus Minhee menumbuk atas lengan Chanyeol apabila ketawa Chanyeol meledak.

"Kalau macam tu aku balik je lah." Kata Minhee mula tarik muka. Mata Soojung menjuling ke siling. Chanyeol mengusik lagi. "Dah, touching pulak dah. Yelah, aku mintak maaf. Sorry ye, Son Minhee!" Bahu Minhee dipeluk dan Minhee terus tersenyum.

"Ah, sudah-sudahlah buat drama kat sini." Sindir Soojung sambil mengipas-ngipas rambutnya. Minhee mahu tergelak melihat Soojung buat muka meluat tapi ditahan. Takut kena cepuk nanti, naya!

Chanyeol menarik gelas minumannya yang agak jauh lalu dia minum. Matannya meninjau ke belakang bahu Minhee dan Soojung buat seketika sebelum dia memandang mereka berdua semula. "Baru teringat. Mana Jongin?"

"Jongin ada praktis. Pukul 11 nanti baru dia sampai." Balas Soojung, menggoncang sedikit gelas minumannya. Hampa sebab rupanya minumannya sudah habis.

"Kalau dia kata pukul 11, maknanya setengah jam lepas tu baru dia sampai. Believe me. That's mean kita ada half an hour lagi untuk tunggu dia. Why don't you guys order some drinks?"

Minhee nyata lebih bersemangat. Bukannya apa, dia nak sangat minum Frappucino! Dah lama tak minum kopi tersebut. Teringin sangat macam orang mengidam. Soojung di sebelah mengangguk. Dia dan Minhee bangun berdiri serentak tapi tapak tangan Soojung di letak pada bahu Minhee. Menghalang agar Minhee terus duduk di situ. "Biar aku yang order." Minhee terpana sekejap. Sebab mana pernah si cool diva Soojung nak orderkan air untuk orang. "Kau nak Frappucino kan?" Minhee angguk berkali-kali. Soojung melemparkan senyuman dan melangkah ke dalam Trance.

Teh limau ais sudah tinggal separuh gelas. Tapi Chanyeol terus minum macam sudah haus sangat. Dia berhenti minum saat air itu sudah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon