ENAM BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] ENAM BELAS [/CONTENTID1] [CONTENTID2] "I can't do this." Beritahu Minhee jujur. Jantung berdebar-debar dipam adrenalin. Bukan sebab nak bersukan atau nak lompat tinggi atau nak selam skuba. Tapi sebab gementar yang teramat sangat.

"Adoi... Come on lah." Kata Soojung. Mata sudah mula menjuling ke siling. Minhee tahu Soojung mesti sangat, sangat, sangat, sangat, sangat annoying dengan dia sekarang. Yalah, masing-masing dah pakai baju cantik-cantik. Dah berdandan ala-ala princess, lepas tu Minhee cakap tak boleh pula. "Kyungsoo dah tunggu kat bawah tau tak. Kesian pulak dia tunggu lama. Boyfriend aku pun tengah tunggu tu."

"Sejak bila kau ada rasa kesian dengan orang pulak ni?" Sempat lagi Minhee mengusik. Bab-bab simpati dan empati ni setahu Minhee, tiada dalam kamus hidup Soojung. Kecuali kalau dalam situasi tertentu sahaja lah. Soojung jeling menikam. Kemudian dia campak sepasang kasut tumit tinggi ke paha Minhee.

"Pakai cepat. Kita dah tak ada masa dah. Kau nak tau siapa 'Si Dia' tu kan?"

Menarik nafas dalam-dalam, Minhee cuba meraih semangat. Ini semua sebab 'Si Dia'! Dia mahu tahu siapa identiti sebenarnya!

Usai bersiap-siap, mereka bergegasan turun, apabila tiba di luar apartmen kolej kediaman, terlihat sosok Kyungsoo dan Jongin bersandar di sisi kereta. Kedua-dua jejaka itu tampak sangat tampan mengenakan sut tuxedo hitam. Dah lama juga Minhee tak melihat Kyungsoo berpakaian formal sebegini. Ternyata aura sebagai model dan pelakon masih kekal dalam personaliti Kyungsoo apabila dia nampak begitu berkeyakinan mengenakan pakaian sebegini. Minhee melambai ke arah Kyungsoo apabila lelaki itu menyedari kehadiran mereka.

"Lamanya bersiap. Aku dengan Jongin dah berpeluh-peluh tunggu korang." Leter Kyungsoo dulu. Soojung ketawa kosong sebelum menjeling ke arah Minhee.

"Minhee yang lambat. Boleh lagi dia teragak-agak nak pergi ke tak." Soojung beralasan, menyalahkan Minhee. Minhee cuma senyum kambing. Yalah, memang dia yang bersalah pun.

"Sudahlah. Cepat gerak. Nanti lambat pulak." Potong Jongin, mata melirik ke jam tangan Rolex di pergelangan tangan. "Kyungsoo, biar aku yang drive."

Kyungsoo angguk pendek, memberikan kebenaran kepada Jongin. Kemudian dia bergegas membukakan pintu belakang buat Minhee. Selepas Minhee masuk, Kyungsoo mengekorinya.

"Eh? Kau tak duduk kat depan?" Tanya Minhee seraya melihat Soojung sendiri yang buka pintu depan dan duduk di sebelah Jongin.

"Tak. Aku ada benda nak tanya kau." Jawab Kyungsoo sebaik sahaja dia memakai tali pinggang keledar, "Pakai seatbelt." Arahnya.

Sambil Minhee menarik tali pinggang keledar, nampaknya kereta yang dipandu Jongin mula bergerak keluar daripada kawasan kolej kediaman. Tak semena-mena debaran di hati semakin melaju. Jari-jemarinya dikeramas berkali-kali. Mata menghala ke luar tingkap. Memerhatikan matahari senja semakin condong di langit.

Terasa tangan Kyungsoo membalut jari-jarinya yang semakin kesejukan. Walaupun suhu aircond dalam kereta itu tidaklah setinggi mana, bekunya macam terasa di Antartika. Mungkin Minhee seorang saja yang rasa sebegitu. Dia tengok Soojung dan Jongin tak apa-apa pun. Siap boleh bersembang, bergelak tawa lagi. Kyungsoo disebelah pun kelihatan selamba saja. Minhee membiarkan sahaja Kyungsoo mengurut jari-jarinya, suatu tabiat kalau Kyungsoo nampak Minhee tengah menggeletar. Spontan Minhee senyum kecil. Gembira dan terharu dengan sikap ambil berat Kyungsoo.

Kemudian, dia baru teringat yang Kyungsoo nak tanya sesuatu. Pantas Minhee memandang Kyungsoo. Kyungsoo bersandar sambil sebel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon