AKHIR: DUA PULUH

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] AKHIR: DUA PULUH [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Suasana hari itu dirasakan cukup indah. Dengan cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin, perkahwinan bertemakan dalam taman itu, menerima satu-persatu tetamu yang kebanyakannya merupakan saudara mara dan kenalan rapat keluarga Oh. Majlis resepsi akan bermula menjelang malam nanti, jadi Minhee sempat menjamu mata memerhati pentas pelaminan yang terbina indah. Pintu gerbang logam putih dihiasi pelbagai bunga-bungaan seperti ros merah dan kuning, dedaun hijau segar melingkari setiap besi pagar. Meja-meja untuk tetamu pula tersusun kemas, berbentuk bulat yang ditutupi dengan kain tebal berwarna krim, sebuah jambangan bunga renek di tengah meja berserta kerusi yang turut dilitupi kain berwarna sama dan di hiasi dengan ikatan reben berwarna maroon. Beberapa orang krew majlis sedang bertungkus lumus menyusun set kutleri di setiap meja, menyusun makanan di meja hidangan di sebuah sudut taman.

Minhee masih berdiri di sebelah pintu gerbang, mengambil peranan sebagai penyambut tetamu. Angin sepoi-sepoi bahasa terhembus lembut mengalunkan dedaun pokok-pokok hiasan yang berwarna-warni. Menurut Chanyeol, kebanyakan pokok di taman ini di bawa balik dari luar negara oleh Puan Oh. Walaupun keluarga Oh punya tukang kebun sendiri, kadang-kadang Puan Oh sendiri yang akan mengerjakan taman itu kalau beliau punya masa lapang.

Yifan tiba bersama Edison dalam sut berwarna hitam. Bezanya Yifan memakai kemeja hitam sementara Edison memadankan kemeja putih bersama sut yang punya garis putih di setiap hujung kelimnya.

"Hai." Tegur Yifan selepas Edison diminta pergi dulu sebelumnya. Edison melemparkan ssebuah senyuman kepada Minhee dan berlalu pergi. Mereka berdua benar-benar nampak tampan dan menarik. Sudahlah dua-dua tinggi lampai seperti Chanyeol.

"Hai." Tegur Minhee kembali. Seronok juga sebenarnya dapat tengok Yifan hari ini. Sejak habis majlis graduasi, memang susah nak bersua dengan Yifan memandangkan Yifan telah pun mendapat kerja sebaik saja dia mendapat ijazah. "Lama dah tak nampak."

"I busy sikit lately. Baru dapat job. I'm still learning though." Beritahu Yifan. "Anyway, you look gorgeous as always."

Yifan dan kata-kata pujiannya. Malu-malu kucing Minhee dibuatnya. Minhee buat-buat sisir rambut depannya menahan malu. Bukan tak biasa dipuji. Tapi kalau Yifan yang puji, kira macam artis pujaan yang puji.

"Eh, I biasa-biasa aje lah. You yang nampak handsome giler hari ni." Puji Minhee kembali. Chanyeol mana Chanyeol? Kalau boleh, dia nak lari dekat Chanyeol, lepas tu menyorok belakang Chanyeol. Malunya!

Senyuman Yifan beransur pudar sebelum dia memandang Minhee sedikit serius. "I dengar you dah tunang dengan Chanyeol. Tak inform I pun."

Erk? Lupalah pulak.

Minhee ketawa bengang. "I bukannya tak nak bagitahu you. I lupa nak inform. Seriously. Lagipun it's not official yet. For the official one, I janji I jemput you."

Kali ini Yifan mengukir senyum. "Promise? I nak tengok cincin apa pulak yang Chanyeol akan bagi you."

Lepas Chanyeol 'lamar' Minhee jadi girlfriendnya, Kyungsoo dan Yifan terkejut tengok Minhee tiba-tiba pakai cincin berlian sebaik habis prom. Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Kyungsoo. Minhee terpaksa tahan malu depan Yifan atas kes tersalah orang malam sebelum itu. Yifan nampak hampa pada mulanya tapi mereka setuju untuk terus berkawan walaupun mereka berdua sudah berkahwin dan beranak pinak. Pernah mereka bergurau nak kahwinkan anak Minhee dengan anak Yifan. Kalau anak Kyungsoo, Minhee mahukan anak perempuan Kyungsoo sahaja sebab dia yakin anak perempuan Kyungsoo mesti cantik. Macam bapanya yang comel dan kacak.

"Yes. I akan tunjuk you brand cincin tu sekali kalau you nak." Gurau Minhee lalu meledakkan tawa kecil dari bibir Yifan.

"Okay, I tuntut janji you tu. I pergi dulu tau." Kata Yifan meminta diri. Di benak Minhee, dia membuat nota mental untuk tidak lagi terlupa fasal Yifan. Padahal, dulu dia yang bukan main lagi cuci mata tengok Yifan.

Selepas semua tetamu yang diundang telah hadir, Minhee melangkah menuju ke arah Chanyeol yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang lelaki yang tampak lebih berusia. Mereka masing-masing membawa aura karisma seseorang yang berpengaruh. Telahan Minhee benar apabila Chanyeol memperkenalkan mereka sebagai kawan-kawan ayahnya. Bapa Chanyeol tidak dapat hadir kerana dia menguruskan cawangan di Switzerland. Secara tak langsung, tugas di Korea digalas oleh Chanyeol dan Edison secara bergilir-gilir sambil dibantu oleh pakcik Chanyeol. Minhee tersipu malu saat Chanyeol memperkenalkannya sebagai tunangan Chanyeol di depan kawan-kawan ayahnya.

Pasangan mempelai tiba di altar tidak lama kemudian. Acara memotong kek dimulakan sebelum makan malam. Kek tiga tingkat itu kelihatan lebih tinggi daripada Luhan. Kak Seohyun dan Luhan memotong kek di bahagian paling bawah demi merasmikan majlis resepi tersebut. Usai makan, Luhan sebagai pengantin lelaki memberikan ucapan selamat dan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir di majlis perkahwinan mereka. Kak Seohyun senyum lebar sepanjang majlis itu. Dia masih berkerusi roda, setia di tolak ke sana ke mari oleh suaminya walaupun tanpa dipinta.

Muzik romantik kedengaran di mainkan oleh Edison yang merupakan DJ undangan pada hari itu. Berkali-kali juga dia menukar lagu mengikut permintaan tetamu. Hebat juga Edison, meskipun menggalas tanggungjawab mentadbir syarikat bersama Chanyeol, dia masih boleh mencuri masa melakukan sesuatu yang disukai. Chanyeol kata masa kecil Edison bercita-cita mahu menjadi DJ. Bila dah dewasa, bukan sahaja dia dapat jadi malah jadi tauke kelab lagi. Yalah, dalam mall mereka ada kelab sekali. Sekarang dia bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan termasuk di luar negara. Yifan juga turut berada di meja DJ, sama-sama menjadi DJ memandangkan Yifan bekerja sebagai seorang DJ di salah sebuah cawangan kelab milik Edison.

Setelah majlis pernikahan selesai, acara tari menari pula diadakan. Minhee duduk bersama-sama Chanyeol, Jongin dan Soojung di sebuah meja dekat dengan meja buffet setelah tugasnya sebagai bridesmaid selesai. Alasannya supaya mudah mereka ambil makanan. Chanyeol yang menyarungkan sut hitam disebalik cashmere turtle neck warna tampak segak dan kacak. Rambutnya yang dibiarkan panjang itu disisir ke belakang, menyerlahkan warna ash brown yang tampak sedikit kelabu. Kaca mata diabaikan dan digantikan dengan sepasang contact lens berwarna hazelnut. Mentang-mentanglah dia tinggi lampai, tetamu-tetamu perempuan semuanya ternganga melihat kekacakannya.

Minhee dan Soojung pun tak kurang cantiknya. Masing-masing bergaya sakan mengenakan dress yang ditaja oleh butik Jung & Co. Sepasang dress violet v-neck paras lutut Minhee gayakan bersama sepatu peep toe hitam. Rambutnya didandan dengan gaya beach curls dan dia sekadar memakai bracelet pandora dan cincin tunang yang dihadiahi oleh Chanyeol. Dia juga telah memilih untuk memakai contact lens transparent berbanding kaca mata tebalnya.

Gaya Soojung lebih daring. Memandangkan dia tidak mengambil bahagian sebagai bridesmaid, dia lebih bebas memakai dress yang dia mahukan. Dress satin berwarna hijau zaitun membalut tubuh gadis itu hingga menampakkan bahagian belakang sekaligus menyerlahkan susuk tubuh yang dicemburui ramai.

Sepupu Minhee, Junmyeon j

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon