ENAM

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] ENAM [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Pulang saja dari kelas 'Computing', kaki pantas melencong membawa diri ke perpustakaan. Chanyeol tidak ikut sama kerana dia ada kelas petang dan Minhee tak berapa kisah sangat. Lagipun ada tugasan yang dia nak siapkan. Bukan semata-mata mahu cuci mata.

Ada Yifan! Minhee tersengih sendiri macam kerang busuk sebaik sahaja melangkah masuk. Tertongok kepala si tinggi lampai itu sedang mencari buku di rak bawah. Memandangkan dia terlampau tinggi, terpaksa bertinggung mencari buku.

Lepas menegur Kyungsoo, Minhee terus ke tempat biasa. Sempat tertelan air liur sekejap sebaik sahaja menyedari mejanya itu telah dihuni oleh pelajar lain. Sebelah tangan memegang strap beg, kepala mencongak sama ada hentam saja duduk di situ atau cari tempat lain. Mungkin di tingkat atas ada meja kosong memandangkan hari ini semua meja perpustakaan di tingkat satu sudah penuh. Alahai, tak dapat lagi cuci mata hari ini. Selamat tinggal Wu Yifan.

Baru hendak berlalu pergi, dia lihat seseorang yang khusyuk memerhati halaman buku berjalan menuju ke meja tempat dia berdiri. Minhee terkebil-kebil sebaik sahaja lelaki itu memandangnya. Dia senyum dan Minhee cepat-cepat membalas senyuman itu, tak mahu dikata sombong pula.

"Sorry. I tahu ni tempat you. Tapi you can sit here. I mean of course you can sit here because initially it's yours. But I don't mind a company." Minhee hampir ternganga.

Wu Yifan jemput duduk satu meja?! Ini mimpi ke apa? Someone please pinch my thigh and wake me up from this dream!

"Thanks. What a pleasure. I takkan kacau you study. Lagipun I ada kerja nak buat." Ini sahaja kata-kata yang berbaur tenang yang dapat Minhee tuturkan. Selebihnya, dia hanya mampu menjerit dalam hati. Yifan tarikkan sebuah kerusi buat Minhee dan dengan gembiranya Minhee melabuhkan punggung. Sebelah menyebelah pula tu!

Wu Yifan ni dahla hensem, baik, caring. Sopan pula tu! Gentleman!

"Nama I, Wu Yifan. You, Son Minhee?" Salam dihulur dan Minhee menyambut salaman tersebut disertai senyuman ramah. Dia mengangguk. Sebelum ini hanya tahu muka sahaja, nama tak tahu. Minhee mestilah sudah lama tahu nama Yifan. Siap dicop kekal dalam halaman memori.

"Mesti Kyungsoo yang beritahu you." Teka Minhee sedikit tersipu-sipu.

"Memang pun. He just can't stop fussing about you. Nagging about how you can't take care of yourself and can't stop being worried when he's not here with you." Cerita Yifan lalu duduk. Buku-buku yang diambil sebentar tadi diatur atas meja.

"He's always like that. Berlagak macam mak I." Seloroh Minhee. Yifan ketawa kecil. Laptop dikeluarkan daripada beg dan terus dihidupkan.

"You jangan pedulikan I. I tahu you nak fokus." Kata Yifan prihatin.

"Eh, tak. We can always talk. I mean if you want to talk about anything, i'll a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon