SATU

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SATU [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Kelas programming berakhir dengan pelajar berbondong-bondong keluar daripada bilik kuliah. Ada yang bergegas ke kelas seterusnya, ada yang berjalan satu kumpulan menuju ke kafeteria untuk makan tengah hari dan ada juga yang lebih minat untuk terus pulang ke kampus kediaman supaya dapat melelapkan mata.

Melainkan Son Minhee. Kaki dia melibas laju membawa haluan ke perpustakaan. Setelah menyapa Kyungsoo yang menjaga kaunter perpustakaan, Minhee bergegas mengambil tempat biasanya. Meja yang biasa dia pilih terletak di bahagian hujung perpustakaan. Biarpun di situ agak kelam dek dihadang oleh rak-rak buku, Minhee bukannya kisah sangat. Sebab tujuan sebenar jauh tersasar daripada niat untuk belajar. Dia sebenarnya cuma mahu 'mencuci mata'!

Perpustakaan di Dahlia University bertemakan moden dengan interior design yang berwarna putih dan jingga. Tergantung lampu-lampu di siling tinggi. Jaluran berwarna jingga di lantai dari pintu masuk, menjalar naik ke siling sehingga membentuk rak buku dan meja study hingga ke hujung perpustakaan. Di sisi jaluran itu terdapat lagi rak-rak buku berwarna putih yang disusun bersahaja diikuti dengan meja-meja bulat berwarna putih disebelah rak-rak tadi.

Saat Minhee mendekati meja bulat berwarna putih tersebut, kelihatannya Chanyeol telah berada di situ terlebih dahulu. Dia nampak khusyuk menelaah pelajaran. Alat tulis berterabur satu meja manakala buku-buku bersepah di sana-sini. Dia tidak sedar kehadiran Minhee sehinggalah Minhee tanggalkan fon telinga kirinya. Berdentum bunyi muzik hip-hop daripada fon telinga tersebut. Minhee kenal benar dengan muzik itu. G-dragon-Coup d'etat memang kegemaran Chanyeol sejak lagu tersebut keluar.

"Kau dah lama ke kat sini?" Tanya Minhee lalu mengambil tempat di sebelah Chanyeol. A perfect spot.

Chanyeol nampak terkebil-kebil sebelum mengangguk. "Yeah. Pagi ni aku tak ada kelas." Chanyeol kerling sekilas jam di dinding. "Kelas Sejarah start pukul 11 nanti."

"That's mean kau ada setengah jam lagi."

Chanyeol angguk lagi sebelum dia tenggelam dalam fokusnya. Minhee menghembus nafas. Chanyeol kalau sudah belajar memang tak akan hiraukan orang lain. Dia akan pastikan dia memahami betul-betul apa yang dia belajar. Tak macam Minhee yang baru 15 minit buka buku pun dah mula mengantuk. Sebab itulah dia ambil jurusan Computer Science. Dia tak perlu banyak buka buku macam Chanyeol. Dia hanya perlu banyak mengira saja berbanding Chanyeol yang perlu menghafal fakta sebab dia ambil jurusan Law.

Nota kuliah bertulis Algebra di muka depan dikeluarkan daripada beg galas. Beg galas hitam itu dicampak selamba ke kerusi kosong di sebelah setelah diambil beg alat tulis serta kalkulator. Dengan rasa bersemangat, Minhee menyelesaikan masalah-masalah matematik sehinggakan tidak sedar Chanyeol mula berkemas-kemas. Pena biru tua yang dipegang ditarik perlahan oleh Chanyeol bagi mendapatkan perhatiannya.

"Eh, dah siap belajar?" Minhee bertanya, tangan kiri menolak kaca mata tebal yang hampir melurut dari tulang hidung. Kelihatan Chanyeol memasukkan dua buah buku tebal ke dalam beg galas jenama CK miliknya. Usai beg jenama mahal itu di zip, dia memandang ke arah Minhee dengan senyuman lebar hingga nampak gigi. Cahaya lampu di siling terpantul dari kaca mata Chanyeol.

"Kelas Sejarah 10 minit lagi. Aku kena pergi sekarang. Chow!" Kata Chanyeol seraya bangkit berdiri. Baru sahaja Chanyeol hendak melangkah pergi, kelibat seseorang menangkap mata Minhee dan spontan Minhee memanggil Chanyeol. Chanyeol tidak jadi untuk pergi dan dia melihat Minhee dengan penuh tanda tanya.

"Teman aku kejap kat sini!" Minhee berbisik, mengadangi bibirnya m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon