SM-02

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

 

“Boleh aku order Shahrul perisa original satu?” tanya Saerah sambil menongkatkan dagu di kaunter pembayaran kafe roti dan kek itu. Pemilik kedai itu merupakan sahabat baik Saerah sejak sekolah rendah. Shahrul berpaling apabila mendengar suara sahabat baiknya itu. Dia meletakkan kek berperisa keju yang sudah siap ke dalam rak pameran sebelum mendekati Saerah.

 

“Maaf, Cik. Shahrul perisa original dah habis, yang tinggal cuma perisa hot and spicy,” balas Shahrul lalu memasukkan tangan ke dalam poket apron birunya.

 

“Perasan hot pulak,” bidas Saerah lalu ketawa. Lelaki itu kadang-kadang mempunyai tahap keyakinan melampau dan menyangka dirinya adalah lelaki melayu terakhir. Shahrul sekadar mengangkat bahunya, membiarkan kata-kata Saerah seperti angin yang berlalu.

 

“What’s wrong?” tanya Shahrul lalu menyediakan semangkuk ais krim berperisa strawberi untuk Saerah. Setiap kali Saerah mengunjungi kafenya, itu bermakna gadis itu mempunyai masalah. Shahrul mengenali Saerah seperti dia mengenali belakang tapak tangannya. Saerah menunduk memandang senarai menu pada kaunter itu walaupun senarai menu itu sudah dilihat untuk kesekian kalinya.

 

“Aku dengan Khai dah putus,” suara Saerah mendatar perlahan. Dia tidak meyangka Khai ingin bertemu di restoran hotel lima bintang itu semata-mata untuk memutuskan hubungan mereka. Shahrul membuat riak muka terkejut walaupun perkara itu memang sudah dijangkakan. Dia tidak mengenali Khai secara peribadi tetapi melalui perbualannya dan Saerah, dia dapat mengagak personaliti Khai. Lelaki itu seorang yang suka mendesak dan menuduh secara membabi buta. Shahrul megisyaratkan Saerah untuk duduk lalu menghidangkan ais krim itu di hadapan gadis itu. Dia turut mengambil tempat di hadapan Saerah.

 

“Kau sedih?” tanya Shahrul lalu meneliti wajah Saerah. Wajah gadis itu kelihatan sedikit murung tetapi matanya tidak bengkak seperti wanita-wanita lain yang putus cinta. Saerah tidak menangis apabila Khai memutuskan hubungan mereka. Jauh di sudut hatinya, ada rasa sakit yang menyengat tetapi tidak cukup untuk sakit untuk menyebabkan dia mengalirkan air mata. Ya, dia merasai kepahitan kehilangan seseorang tetapi dia kurang pasti mengapa dia tidak menangis.

 

“Aku tak tahu la, Shahrul. Sepanjang hubungan aku dengan dia, aku betul-betul serius. Aku tak tahu kenapa bila dah putus aku langsung tak menangis,” Saerah bermain ais krimnya menggunakan sudu.

 

“Sedih tak semestinya kena menangis. Ada orang selesa meluahkan kesedihan melalui air mata dan ada sesetengah orang memilih untuk berlagak macam tak ada apa-apa berlaku. Kenapa dia putuskan hubungan korang?” tanya Shahrul.

 

“Kau. Dia tak suka sebab aku selalu contact kau. Dia tak suka sebab aku selalu cari kau bila ada masalah. Aku tak faham kenapa dia perlu cemburu dengan kau. Walaupun aku bercinta dengan dia sekalipun, tak bermakna setiap saat dalam hidup aku perlu melibatkan dia. Aku ada hidup aku sendiri dan aku ada kawan-kawan aku,” Saerah masih lagi tidak menjamah ais krim yang makin mencair itu.

 

“Makanlah ais krim tu. Well, kau pun salah jugak. Lelaki memang macam tu. Bila kau ada dalam sesebuah hubungan, kau terpaksa bina dinding antara kau dan lelaki lain. Cuma dia seorang je yang boleh menembusi dinding tu,”

 

“But in my case, kau pun berjaya menembusi dinding tu. Kita kawan dah lama dan aku dah rasa macam kau adik-beradik aku sendiri. Kau yang paling faham aku dan sebab tu kalau apa-apa aku akan cari kau,” kata Saerah jujur. Saerah merasakan dia tidak patut menjauhi sahabat baiknya selama bertahun-tahun semata-mata untuk lelaki yang baru beberapa bulan wujud sebagai orang istimewa dalam hidupnya.

 

“Itu salah Khai. Dia tak mampu buat kau percayakan dia macam kau percayakan aku. Pada masa yang sama, dia pun tak percayakan kau bila dia marah kau berkawan dengan aku. Kalau dia sendiri tak percayakan kau, macam mana kau nak percayakan dia, kan?” tanya Shahrul, memandang Saerah yang cuba menghabiskan ais krimnya.

 

“Aku rasa kau patut jual kafe ni,” kata Saerah tiba-tiba. Shahrul mula mengagak ais krimnya tidak sedap dan sebab itulah Saerah berkata sedemikian.

 

“Kau patut bukak pusat kaunseling untuk pasangan berumah tangga yang bermasalah,” gurau Saerah. Shahrul pandai memberikan nasihat dan pendapat.

 

“Kau nak aku handle pasangan yang dah berkahwin? Itu mengundang musibah namanya. Aku lebih rela menghadap tepung daripada menyibuk masalah orang lain.” Shahrul tidak mampu membayangkan dirinya menjadi kaunselor. Jangka hayatnya akan berkurang kepada separuh jika dia memilih kerjaya itu akibat tertekan dengan masalah orang lain.

 

“Aku gurau sajalah. Aku balik dululah,” Saerah mengangkat punggungnya. Dia terkaku apabila Shahrul berpeluk tubuh lalu memandangnya seperti lagak seorang pemburu.

 

“Kau nak pergi mana? Bayar,” kata Shahrul.

 

“Aku ingat kau kawan aku...” Saerah cuba meraih simpati. Dia bukannya tidak mempunyai duit tetapi sengaja ingin makan percuma di kafe sahabatnya itu.

 

“Lima saat yang lepas aku kawan kau. Sekarang aku tengah bercakap sebagai pemilik kafe ni. Bayar,” gesa Shahrul sekali lagi. Saerah mengeluarkan beg duitnya pelahan-lahan, mindanya masih ligat untuk memikirkan cara untuk melenturkan hati Shahrul si pemilik kafe itu.

 

“Kau ingat tak masa kecik-kecik dulu kita selalu main kat taman. Aku selalu teman kau dan akulah yang menyelamatkan kau daripada kesunyian. Kau ingat tak?” tanya Saerah.

 

“Ingat. Sekarang bayar,” Shahrul sudah kalis dengan taktik Saerah itu. Saerah masih tidak berputus asa.

 

“Kau ingat tak masa kita darjah enam? Aku selalu tolong kau bila kau kena kutip buku-buku latihan kawan-kawan sekelas kita. Kau ingat tak? Masa tu kau ketua kelas,” Saerah mencuba untuk kali kedua.

 

“Aku ingat aku ketua kelas masa darjah enam. Aku ingat kau selalu tolong kutip buku-buku classmates kita dan kau jugak yang pergi hantar kat bilik guru. Boleh tak kita tinggalkan segmen ‘Mengimbas Kembali Bersama Kicap Kak Jemah’ dan beralih kepada segmen ‘Saerah Akhirnya Tidak Makan Percuma Di Kafe Sahabat Baiknya Yang Hot’,” sindir Shahrul. Saerah mencebik lalu menghulurkan beberapa keping duit kertas ke arah Shahrul. Belum sempat Shahrul mengambil duit itu, Saerah kembali menarik tangannya.

 

“Aku akan bayar kalau kau buang perkataan ‘hot’ dalam tajuk segmen kau tu,” Saerah masih mahu bergurau dengan Shahrul.

 

“Whatever keep you sleep at night, my dear. How about ‘Saerah Akhirnya Tidak Makan Percuma Di Kafe Sahabat Baiknya Yang Cool’? Better?” usik Shahrul.

 

“Blah la kau,”


 


 

Beberapa jam selepas Saerah meninggalkan kafenya, Shahrul berjaya menyiapkan sebiji kek berperisa coklat dan pisang. Ketika dia sedang menyiapkan hiasan untuk kek pisang itu, loceng berdering menandakan pintu kafenya dibuka.

 

“Can I have a cheese cake with a cup of caramel macchiato?” pinta pelanggan itu. Shahrul mengangguk lalu menyiapkan pesanan pelanggan itu. Pelanggan itu duduk di meja paling dekat dengan tingkap lalu memandang ke arah luar.

 

“Here is your order,” Shahrul menghidangkan pesanan lelaki itu lalu tersenyum, servis tambahan untuk pelanggannya.

 

“Terima kasih. Err, Encik tahu tak mana-mana kawasan perumahan yang berdekatan dengan kafe ni?” tanya pelanggan itu.

 

“Encik terlalu formal. Panggil saya Shahrul atau awak boleh panggil saya abang. Saya abang long kawasan,” Shahrul ingin terus bergurau tetapi dia tidak pasti lelaki berbangsa cina itu memahami gurauannya. Kerutan di dahi pelanggan itu menguatkan andaiannya.

 

“Okay, abang.” Kata pelanggan itu.

 

“Ada empat kawasan perumahan berhampiran kafe ni. Kenapa?” Shahrul yang mula terasa ingin menyibuk itu mengambil tempat di hadapan pelanggan itu memandangkan tiada pelanggan lain di dalam kafenya ketika itu.

 

“Saya tengah cari kawan saya, sebab tu saya tanya.” Jelas lelaki itu.

 

“Oh, ye ke? Abang kalau bab-bab mencari orang hilang ni memang handal. Mak orang, janda orang, nenek angkat orang, macam-macam kes abang dah handle,” kata Shahrul lalu menggigit bibirnya menahan ketawa. Dia menunggu ketawa daripada lelaki di hadapannya tetapi sebaliknya lelaki itu...

 

“Seriously? Wow, that’s awesome.” Lelaki itu mempercayai bulat-bulat kata-katanya tadi.

 

“Adik tahu tak perkataan bergurau?”

 

“I know. It means kidding, right? Saya faham gurauan abang tadi. Saya sengaja buat-buat tak faham.”  lelaki itu mengaku.

 

“Alhamdulillah, adik masih normal.” Shahrul meraup mukanya. Dia memang begitu. Dia suka mengusik orang yang lebih muda daripadanya, orang yang lebih tua daripadanya dan sesiapa sahaja. Dalam ayat yang lebih ringkas, Shahrul suka mengusik semua orang.

 

 “Adik orang mana? Fully chinese?” tanya Shahrul, ingin tahu.

 

“No. I am fully Korean. By the way, I am Yeon Baek Gu. Call me Baek Gu,” kata pelanggan itu. Shahrul tercengang.

 

“Oh my, but how can your malay is  almost perfect?”tanya Shahrul lagi.

 

“Let’s say I have being genious since 1990,”gurau Baek Gu. Shahrul sekali lagi tercengang.

 

“1990? Ya Allah, apalah yang mak bapak aku bagi aku makan sampai aku mengalami penuaan macam ni. Macam mana Baek Gu ni awet muda?”

 

“Err, maksud awak?” tanya Baek Gu yang mengalami masalah untuk mencernakan ayat-ayat Shahrul itu.

 

“Maksud aku, kaulah abang long kawasan yang dicari. Mulai sekarang, aku yang panggil kau abang,” Shahrul mencapai tangan Baek Gu lalu digenggam erat. Baek Gu yang tidak selesa dipegang oleh lelaki seerat itu perlahan-lahan menarik tangannya.

 

“Okay, sekarang kita bercakap tentang empat kawasan perumahan yang awak beritahu tadi,” kata Baek Gu.

 

“Okay, nak mula daripada mana? Asal-usul tanah melayu?”

 

“Tanah melayu?” Dahi Baek Gu berkerut.

 

“Pernah belajar sejarah?” tanya Shahrul. Baek Gu mengangguk.

 

“Sebelum aku cerita pasal kawasan perumahan tu, aku nak cerita pasal sejarah tanah melayu dulu,” usik Shahrul. Shahrul dan mindanya yang pelik. Dia pernah menyuruh seorang pelanggannya melafazkan rukun negara sebelum dibenarkan pulang. Dia suka mengusik dan jika usikannya mendatangkan manfaat, dia akan meneruskan tradisi itu.

 


 

“Kau dah makan ke belum?” tanya Saerah ketika menghampiri Saiful yang sedang membaiki sebuah telefon bimbit. Adiknya itu bekerja di sebuah kedai membaiki jam tangan dan telefon. Kedai itu adalah milik kawan Shahrul. Adiknya telah tinggal bersamanya sejak lelaki itu menyudahkan peperiksaan SPMnya. Saiful menggelengkan kepalanya.

 

“Belum lagi. Tolong masakkan aku mi segera,” pinta Saiful. Dia terlalu sibuk sehingga tidak menyedari yang dia belum makan. Ketika Saerah bertanya tadi baru dia tersedar.

 

“Aku ada beli nasi bungkus. Pergilah makan kat dapur,” kata Saerah lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Dia mencapai alat kawalan jauh yang terletak bersama-sama dengan peralatan-peralatan milik Saiful di atas meja kopi lalu menghidupkan televisyen. Mata Saerah tertancap pada sebuah jam tangan di atas meja kopi. Dia seperti pernah melihat jam tangan yang sudah retak cerminnya itu.

 

“Alang-alang kau dah pegang tu, aku nak mintak tolong sikit,” kata Saiful yang kembali muncul itu.

 

“Amboi, kau makan ke kau sedut?” tanya Saerah kerana adiknya makan terlalu cepat.

 

“Telan. Aku kena siapkan jam tu malam ni sebab tuan dia nak esok. Dah tiga minggu jam tu dihantar kat kedai. Kau selalu jumpa Abang Shahrul, kan?” tanya Saiful.

 

“Tak adalah sampai selalu, kau ingat kafe dia tu rumah aku?” Mata Saerah masih memerhatikan jam tangan itu.

 

“Tuan jam tu mintak aku hantar jam tu kat kafe pukul 3 tapi aku akan sibuk time tu. Kau tolong hantarkan, boleh? Kafe tu dekat je tapi aku tak boleh tinggal kedai walaupun sekejap,” pinta Saiful.

 

“Bolehlah,” kata Saerah. Bolehlah dia makan ais krim percuma pada hari esok.

 


 

Saerah baru sahaja menyudahkan sesi fotografi untuk stok pakaian terbaru untuk butik Emma. Butik milik Emma menjalankan bisnes secara dalam talian untuk mengurangkan kos. Saerah sedang menanggalkan mekap tebal pada wajahnya ketika dia mendengar Emma bercakap di telefon.

 

“Takkanlah? Habis tu nak buat macam mana ni? Okay, kalau...hello? Alah... Masa ni jugak handphone ni nak mati,” Emma merungut geram. Saerah membuangkan kain yang sudah digunakan  untuk mengelap wajahnya lalu menghampiri sahabat merangkap bosnya itu.

 

“Kenapa?”

 

“Joy call, dia cakap kebanyakan model lelaki kita busy dengan assignment dan test so tak ada model yang boleh kerja hujung minggu ni. Aku dah janji dengan fotografer tu hujung minggu ni. Kau tahu kan Mr Wong tu strict gila. Mesti dia mengamuk punya. Takkan aku nak suruh suami aku yang makin membuncit pulak jadi model,” kata Emma. Kebanyakan model lelaki mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi.

 

“Kau buatlah iklan, cari model baru. Aku rasa dalam dua tiga hari mesti ada yang muncul punya. Kau rasa?” tanya Saerah. Emma bersetuju dengan cadangan Saerah itu tetapi dia mula mendapat idea yang bernas.

 

“Saerah...kawan kau tu. Apa nama dia? Shahrul, kan?” tanya Emma. Saerah mengangguk.

 

“Kau cubalah tanya dia. Dia berminat tak? Aku perlukan bantuan dia sekali je. Bolehlah, kau tanya dia, ya?” tanya Emma dengan penuh mengharap. Saerah boleh membayangkan  Shahrul menjerit perkataan ‘tidak’ di hadapan wajahnya. Lelaki itu memang tidak suka bergambar sejak kecil lagi. Setiap gambar yang diambil pasti menampilkan Shahrul si tiang api yang tiada reaksi wajah.

 

“Aku tanya je tau. Aku tak jamin yang dia akan setuju.” Kata Saerah, tidak mahu memberi Emma apa-apa harapan. Emma mengangguk teruja, terasa beban dibahunya berkurangan apabila Saerah sudi membantunya. Minda Saerah ligat berfikir kenangan manakah yang perlu diungkit supaya Shahrul sudi membantu Emma. Tiba-tiba, telefon bimbit Saerah berbunyi.

 

“Hah, kenapa?” tanya Saerah apabila menerima panggilan daripada adiknya.

 

“Kak, kau jangan lupa hantar jam tu tau,” pesan Saiful. Saerah hampir terlupa mengenai jam tangan yang perlu dihantar itu.

 

“Okay. Balik nanti aku masak so kau makan kat rumah,” pesan Saerah. Saerah jarang masak jadi dia perlu memberitahu Saiful terlebih dahulu supaya Saiful tidak makan di luar.

 

“Cantik. Okaylah, kak. Nanti aku mesej nombor tuan jam tu. Bye.” Saiful terus mematikan panggilan. Saerah memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.

 

“Emma, aku gerak dulu. Aku nak pergi kafe,” kata Saerah kepada Emma yang sedang mengecas telefon bimbitnya menggunakan ‘power bank’. Emma tersenyum, menyangka Saerah hendak pergi ke kafe itu semata-mata atas permintaannya.

 

“Okay, jalan baik-baik tau. Kalau kau berjaya pujuk Shahrul, aku bagi kau bonus hujung bulan ni,” kata Emma, berharap dia dapat membakar semangat juang Saerah yang kelihatan malap ketika itu.

 

Perjalanan dari apartment Emma ke kafe Shahrul memakan masa tiga puluh minit menggunakan teksi. Saerah sudah mempunyai lesen memandu tetapi belum cukup duit untuk membeli kereta. Kotak pada tangannya dipegang kemas sambil dia berdiri di hadapan kafe itu. Kelihatan ramai pelanggan ketika itu jadi Shahrul pasti sedang sibuk. Saerah mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon pemilik jam tangan yang berada di dalam kotak yang berada dalam pegangan.

 

“Mana tuan jam ni?” gumam Saerah perlahan apabila panggilannya di sambung ke peti suara. Matanya liar memandang sekeliling lalu berhenti pada tubuh tinggi seorang lelaki. Lelaki itu sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya. Mata Saerah membulat apabila matanya bertembung dengan mata lelaki yang sedang berbual itu. Dia pantas membelakangkan lelaki itu dan berharap lelaki itu tidak mengenalinya. Saerah mengenggam kotak pada tangannya dengan erat, semakin erat apabila bunyi tapak kaki seperti seseorang sedang menghampirinya kedengaran.

 

“Saerah,” panggil Baek Gu perlahan. Dia berdiri di hadapan Saerah lalu tersenyum ke arah Saerah yang tidak mahu memandang wajahnya. Saerah sebenarnya berharap yang Baek Gu selalu minum susu yang bersemut ketika kecil dahulu, supaya lelaki itu terlupa namanya dan lebih baik kalau Baek Gu terlupa yang mereka pernah bertemu. Telefon bimbit Saerah berdering jadi gadis itu pantas melihat skrin alat telekomunikasi itu.

 

“That’s my number,” suara penuh serak-serak basah tetapi berbunyi manja kedengaran. Saerah mendongak memandang Baek Gu yang sedang melekapkan telefon bimbitnya pada telinga. Rupa-rupanya Baek Gu adalah pemilik jam tangan itu. Saerah mula teringat yang dialah yang menyebabkan jam tangan itu ketika jatuh ketika mereka terlanggar di lobi hotel pada bulan lepas. Saerah menolak kotak itu ke arah dada Baek Gu, Baek Gu sempat memegang kotak itu sebelum objek itu jatuh. Saerah melangkah memasuki kafe untuk menjauhi Baek Gu dan pada masa yang sama dia mahu bertemu dengan Shahrul.

 

Baek Gu mahu membuntuti gadis itu tetapi dia perlu melakukan sesuatu yang lebih penting ketika itu. Dia tersenyum melihat nombor telefon Saerah pada log panggilan tidak dijawabnya. Peluangnya untuk bertemu Saerah sekali lagi terasa cerah. Seperti ada suatu magnet asing yang asyik menarik dia untuk selalu bertemu Saerah. Dia memandang belakang tubuh Saerah daripada luar kafe itu sebelum menahan sebuah teksi untuk ke suatu tempat.

 


 

“Wow, rambut kau nampak cantik hari ni. Kau tukar syampu baru ke?” Saerah cuba mengambil hati Shahrul yang sedang mencuci pinggan-mangkuk di dapur kafe. Saerah mula merangka ayat-ayat yang bakal dia tuturkan.

 

“Untuk pengetahuan kau, dah sebulan aku tak cuci rambut guna syampu. Aku rasa kau kena jumpa pakar mata. Retina kau ada masalah sebab sinaran kekacakan aku sangat menyerlah hari ni,” kata Shahrul sambil meneruskan tugasnya.

 

“Sebulan? Wow! Kau kisah tak kalau aku periksa rambut kau? Mana tahu kot-kot ada labah-labah buat sawang,” perli Saerah.

 

“Sorry, my dear. Mahram aku je boleh periksa rambut aku. Kau ada masalah apa pulak ni?” tanya Shahrul. Shahrul tahu gadis itu mempunyai masalah. Shahrul mengenali Saerah seperti dia mengenali belakang tangannya, dia memaksudkannya.

 

“Shahrul, kau ingat tak masa kita tingkatan satu? Kau pernah cakap yang akulah sahabat baik kau dan akan jadi sahabat baik kau sampai bila-bila. Tak ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat aku. Ingat tak?” umpan Saerah. Shahrul ketawa kecil apabila ayat itu terluah daripada mulut Saerah.

 

 “Ingat. Lepas tu kau menangis terharu. Aku ingat lagi muka kau menangis. Buruk!” kata Shahrul. Muka Saerah mula terasa panas kerana malu.

 

“Kita buang part aku menangis tu dan fokus pada bahagian kau cakap tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat aku, okay?” Saerah cuba berunding.

 

“Seriously, Saerah. Kau nak apa ni? Ais krim? Kalau nak pergilah ambil dalam peti tu,” Shahrul mengeringkan pinggan mangkuk yang sudah dicuci menggunakan sehelai tuala kecil.

 

“Bukan. Emma suruh aku mintak tolong kau jadi model dia,” Saerah akhirnya mengatakan ayat itu. Shahrul memandang ke arah Saerah, terkejut.

 

“Kau tahu kan aku tak minat nak model-model ni. Tak ada orang lain ke Emma nak mintak tolong? Laki dia?” tanya Shahrul.

 

“Laki dia dah berisi. Emma kata perut suami dia dah buncit,” kata Saerah lalu menyusun pinggan-mangkuk yang telah Shahrul keringkan.

 

“Oh, kebuncitan lambang kebahagiaan.” Kata Shahrul, tanpa apa-apa alasan.

 

“Bolehlah, Shahrul. Kau tak payah buat apa-apa pun. Pakai baju, terpacak macam tiang lepas tu orang ambil gambar kau. Done. Kau kan dah berpengalaman sebagai tiang api sepanjang hidup kau. Bolehlah, ya?” tanya Saerah, masih mencuba.

 

“Aku tak tahu apa yang aku baru dengar tu satu rayuan atau penghinaan. Yalah, nanti aku fikir macam mana. Kalau aku rajin aku pergi,” putus Shahrul. Saerah terus tersenyum girang.

 

“Yes. Terima kasih tau. Kalau macam tu aku balik dulu. Aku ada kerja sikit,” kata Saerah lalu melangkah ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk itu dibuka dan kelihatan ais krim pelbagai perisa.

 

“Hei, kau buat apa tu? Kau cakap nak balik? Setahu aku itu bukan pintu keluar,” kata Shahrul, merujuk kepada pintu peti sejuk yang dibuka oleh Saerah. Saerah tersengih kekok.

 

“Kau cakap kalau nak ais krim ambil dalam peti?” tanya Saerah. Shahrul menggelengkan kepalanya.

 

“Yang cakap tadi tu kawan baik kau. Sekarang ni pemilik kafe ni yang tengah bercakap. Tutup pintu peti tu dan sila buka pintu di hadapan sana,” kata Shahrul, mengenakan sahabat baiknya itu. Saerah memandang Shahrul dengan rasa geram.

 

“Kejam.”

 


 

Saerah menghubungi Shahrul untuk kesekian kalinya. Lelaki itu tidak dapat dihubungi dan itu membuatkan Saerah rasa seperti ingin membelasah Shahrul menjadi bebola kecil. Sahabatnya itu sudah bersetuju untuk menjadi model sementara jadi dia tidak mengerti mengapa batang hidung lelaki itu masih belum berada dalam medan penglihatannya.

 

“Macam mana? Dia jawab tak?” tanya Emma yang memerhatikan Saerah sejak tadi. Menurut Saerah, Shahrul telah memberi jawapan positif jadi dia betul-betul mengharap kehadiran lelaki itu. Saerah menggigit bibirnya lalu mengeluh.

 

“Dia tak angkat. Macam mana, ya?” Saerah menggaru keningnya yang tiba-tiba terasa gatal. Reaksi wajah Emma yang kelihatan seperti telah kehilangan anak kambing kesayangan telah menyebabkan Saerah rasa bersalah. Dia ingin membantu.

 

“Mana olang ni? Ini jam masih belum sampai,” Encik Wong tiba-tiba bersuara. Hati Emma hampir kecut seperti potongan kentang yang dimasukkan ke dalam larutan hipertonik. Dia takut Encik Wong tidak mahu bekerjasama dengannya untuk masa yang akan datang. Encik Wong mengenakan bayaran yang agak murah untuk perkhidmatannya. Emma tidak mahu kehilangan Encik Wong sebagai fotografer tetap untuk butiknya.

 

“Mr Wong, boleh tunggu lima minit lagi tak?” tanya Emma, memohon pengertian lelaki berbangsa cina itu. Encik Wong melirik jam tangan di pergelangan tangannya lalu mengeluh kasar.

 

“Manyak susah. Ini saya talak suka keleja sama olang malayu. Olang sudah tunggu manyak lama...” kata-kata Encik Wong yang seterusnya tidak dapat difahami oleh Emma dan Saerah kerana lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an itu sedang mencarut di dalam bahasa cina. Emma mengalihkan matanya daripada wajah Encik Wong yang sedang menyinga ke arah Saerah yang sedang resah gelisah dengan telefon yang melekap pada telinganya. Saerah menggerakkan mulutnya dan tanpa suara, dia meminta maaf pada Emma. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat membantu Emma.

 

“Hello,” satu suara yang familiar bagi Saerah tiba-tiba kedengaran. Suara itu membuatkan Emma, Encik Wong, Saerah dan beberapa orang staf yang lain berpaling ke arah pintu. Dua orang staf berbisik sesama sendiri, mengagumi kecomelan wajah lelaki yang muncul itu.

 

Baek Gu terkaku apabila semua orang memandang ke arahnya dengan penuh minat, kecuali gadis itu. Gadis yang bernama Saerah. Satu-satunya gadis yang dia kenali di situ. Saerah melihat ke arah Baek Gu, seolah-olah Baek Gu adalah seekor makhluk asing yang baru mendarat di bumi.

 

“Saya dengar seorang model diperlukan,” kata Baek Gu, cuba memecahkan suasana kekok yang menjalar. Emma terus tersenyum lebar lalu mendekati Baek Gu. Dia sangat bersyukur kerana Baek Gu muncul untuk menyelamatkan keadaan. Baek Gu baru sahaja hendak berbasa-basi dengan Emma namun dia membatalkan niatnya apabila suara lantang Encik Wong kedengaran.

 

“Cepat!!” laung Encik Wong. Dia sudah menghabiskan banyak masa di situ jadi kesabarannya semakin menipis. Emma menelan liur. Dia buru-buru menggesa Baek Gu bersiap-sedia untuk sesi fotografi. Stylist dan juru mekap mengambil masa yang sedikit untuk menyiapkan Baek Gu kerana bagi mereka, penampilan Baek Gu sudah secara semulajadinya menarik jadi tidak banyak kerja yang perlu dilakukan.

 

Saerah memerhatikan Baek Gu yang kelihatan profesional di hadapan kamera. Lelaki itu tahu bagaimana untuk menyesuaikan gaya tubuh dan reaksi muka dengan jenis-jenis pakaian. Saerah berpeluk tubuh lalu tertanya-tanya bagaimana Baek Gu boleh muncul di situ. Mengapa Baek Gu mahu bekerja sebagai fitting model sedangkan lelaki itu adalah anak kepada golongan berada?

 

“Nasib baik dia datang. Aku tengok muka dia dah layak jadi pelakon, comel. Aku rasa mesti dia ada terbaca iklan yang aku buat. Hilang stress aku,” kata Emma sambil duduk di sebelah Saerah yang masih lagi memerhatikan Baek Gu. Masih banyak persoalan yang bermain di minda Saerah. Mengapa Baek Gu datang ke Malaysia? Mengapa mereka asyik bertemu? Adakah Baek Gu sengaja merancang pertemuan mereka? Adakah Baek Gu ingin mempermainkannya perihal kejadian yang berlaku di Korea dahulu? Jawapan untuk semua persoalan itu hanya ada pada Baek Gu tetapi Saerah tidak rasa dia patut bertanya langsung kepada lelaki itu. Lelaki itu mempunyai kemahiran bercakap yang sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi apabila lelaki itu mahir berbahasa melayu. Saerah tidak boleh mengutuk tanpa difahami oleh lelaki itu.

 

“Saerah,” panggil Emma. Tiada sahutan daripada Saerah. Gadis itu hanyut dengan fikirannya sendiri. Emma memanggil nama Saerah sekali lagi tetapi masih tiada balasan. Emma menepuk kuat bahu Saerah, membuatkan Saerah tersentak. Saerah memandang Emma dengan wajah kosong.

 

“Kau ni kenapa? Termenung sampai tak dengar aku panggil. Bad nak lunch dengan aku hari ni so lepas habis sesi fotografi ni kau pergi temankan Baek Gu makan, okay? Bil nanti kau letak atas nama aku,” kata Emma. Wajah kosong Saerah terus berubah kepada wajah tidak percaya.

 

“Kenapa aku pulak? Tak payah la belanja dia tu. Kau bayar gaji dia sudah,” Saerah tidak bersetuju dengan idea Emma yang menyuruh dia menemani Baek Gu untuk makan tengah hari. Emma menggelengkan kepalanya perlahan.

 

“Mana boleh macam tu. Kau ambillah hati Baek Gu tu, mana tahu lain kali kita boleh guna khidmat dia lagi. Please, Saerah. Lagipun kau boleh anggap ni sebagai cara kau menebus kesalahan kau menipu aku,” Emma tetap mahu Saerah menemani Baek Gu.

 

“Hello, bila masa aku menipu kau?”

 

“Kau cakap Shahrul akan datang tapi dia tak datang, kan? Itu menipu namanya. Aku tak kira, kau kena setuju jugak,” Emma tetap dengan keputusannya. Saerah mengangguk perlahan, mengalah dengan keputusan Emma. Dia mengingatkan dirinya untuk membelasah Shahrul sehingga ke cebisan terakhir apabila mereka bertemu nanti.

 

“Good girl. Sekarang aku nak keluar dulu. Layan Baek Gu baik-baik tau,” pesan Emma sebelum melenggok keluar dari studio itu.

 

Sesi fotografi berakhir dalam beberapa jam kemudian. Pakaian untuk sesi fotografi kali itu agak banyak jadi ia memakan masa yang lebih lama daripada biasa. Saerah yang sepatutnya mempelawa Baek Gu untuk makan tengahari terpaksa mengubah rancangannya itu kepada mengajak Baek Gu minum petang. Baek Gu baru sahaja keluar daripada bilik persalinan setelah menukar kepada baju asalnya ketika  Saerah menapak perlahan-lahan ke arahnya.

 

“Baek Gu,” panggil Saerah ketika dia sedang berdiri betul-betul di hadapan Baek Gu. Walaupun begitu, dia hanya memandang kasut berjenama lelaki itu. Dia tidak berani untuk mendongak dan memandang wajah lelaki itu. Baek Gu memerhatikan gadis yang lebih rendah daripadanya itu dengan senyuman yang terukir di bibir.

 

“Untuk pengetahuan awak, Baek Gu itu nama saya. Bukan jenama kasut,” perli Baek Gu, merujuk kepada perlakuan gadis itu yang memanggil namanya tetapi menunduk memandang kasutnya. Saerah terus mendongak memandang Baek Gu. Lelaki itu memang suka menyindir.

 

“Tea time. Let’s go,” kata Saerah lalu melangkah mendahului Baek Gu. Kalau bukan kerana Emma, dia tidak ingin melayan lelaki itu. Baek Gu buru-buru membuntuti Saerah. Dia memperlahankan langkahnya supaya langkahnya seiring dengan langkah Saerah.

 

“Such a cute way to ask me for a date,” komen Baek Gu. Hatinya senang melihat ekspresi masam mencuka Saerah. Saerah menjeling tajam ke arah Baek Gu apabila Baek Gu berkata sedemikian. Baek Gu ketawa kecil.

 

“Such a cute way to sneak a peek at my pretty face,” komen Baek Gu sekali lagi. Hayunan langkah Saerah terhenti, membuatkan langkah Baek Gu turut terhenti. Baek Gu memandang Saerah dengan penuh keliru. Saerah menampar bahu Baek Gu dengan kuat, melepaskan geram. Jika Saerah diberi peluang untuk memiliki kuasa luar biasa, dia ingin mempunyai kuasa yang boleh membisukan. Baek Gu akan menjadi perasmi kuasanya.

 

“Such a cute way to touch my well-sculpted muscles,” usik Baek Gu lagi sambil menggosok bahunya yang terasa perit. Tamparan gadis itu kalau terkena pada wajah boleh menyebabkan barisan gigi yang cantik bersepai. Dia pernah merasai tamparan gadis itu ketika mereka berada di sebuah kelab malam di Korea jadi dia tidak merancang untuk menerima penampar gadis itu untuk kali kedua. 

 

“Shut up!” 

 

-02-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?