SM-13

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

 

“Aku rasa macam nak mati.”

 

Saerah berbaring secara menelentang di atas katil di dalam biliknya. Katil yang dibeli dengan bayaran ansuran selama beberapa bulan itu terasa begitu lembut dan empuk dan membuatkan tubuhnya yang keletihan terasa sedikit lega. Sesi fotografi di studio pada awal pagi berlanjutan sehingga ke lewat petang. Butik milik Emma semakin berkembang maju jadi tugasnya juga semakin bertambah. Dia tidak boleh merungut kerana dia mendapat bayaran yang setimpal.

 

Saerah memejamkan matanya, berharap keletihan pada tubuhnya akan segera hilang. Namun harapannya hanya tinggal harapan. Telefon bimbitnya yang tiba-tiba berdering menganggu waktu rehatnya.

 

“Siapa pulak kacau aku nak tidur ni...” Saerah merungut namun menggagahkan dirinya untuk mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja sisi.

 

“Kau nak apa?” sergah Saerah sebaik sahaja melekapkan objek itu pada telinganya.

 

Khai yang berada di hujung talian tersentak. Hampir sahaja luruh jantungnya mendengar sergahan itu. “Kenapa ni, Saerah? Awak okay tak?”

 

“Ohh..Khai ke? Sorry. Saya penat ni. Boleh tak awak call esok ke tahun depan ke?” Saerah sudah tidak kisah jika dia dianggap sedang melalut kerana dia benar-benar memerlukan rehat.

 

“Oh, saya menganggu ke ni? Tak apalah kalau macam tu. Saya sebenarnya nak tanya,  minggu depan kita boleh jumpa, tak? Minggu depan saya balik KL.” Kata Khai. Dia sedang berada di Singapura, menjalankan tugasnya di situ.

 

“Boleh. Boleh.” Saerah terus mematikan panggilan lalu tertidur dengan telefon bimbit yang masih melekap pada telinganya.

 


 

“Ada orang ke tak ni?” tanya Baek Gu apabila tiada orang yang keluar walaupun sudah beberapa kali loceng rumah itu ditekan. Cahaya matahari yang terik membuatkan mata sepet milik Baek Gu semakin mengecil.

 

“Ada. Aku dah mesej dia sebelum datang tadi.” Jawab Shahrul, cuba meyakinkan sahabatnya itu. Baek Gu baru hendak membuka mulut untuk mengajak Shahrul pulang apabila seorang lelaki muncul bersama senyuman yang lebar.

 

“Assalammualaikum! Masuklah.” Pelawa lelaki yang muncul itu apabila pintu pagar dibuka. Shahrul melangkah masuk selepas menjawab salam. Baek Gu menyusul, matanya memerhatikan wajah lelaki yang mempelawa mereka masuk itu. Lelaki itu kelihatan muda. Shahrul melangkah ke arah lelaki itu lalu bersalaman.Baek Gu tiada pilihan lain selain meniru perbuatan Shahrul itu.

 

“Baek, ini Ustaz Cookie.” Shahrul memperkenalkan lelaki itu kepada Baek Gu. Kening Baek Gu terangkat apabila mendengar nama lelaki itu. Cookie? Dia ingin bertanya mengapa lelaki itu bernama Cookie tetapi membatalkan niatnya, terasa tidak sopan pula.

 

“Duduklah dulu. Saya nak masuk buat air.” Kata Ustaz Cookie, menjemput tetamu-tetamunya untuk melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya yang terletak di luar rumah. Shahrul dan Baek Gu menurut. Apabila Ustaz Cookie hilang daripada pandangan mereka, Baek Gu terus membuka mulut.

 

“Dia duduk rumah ni sorang-sorang ke? Kenapa nama dia pelik?” tanya Baek Gu, matanya liar memerhatikan halaman rumah yang luas itu. Shahrul tersenyum, Baek Gu bukanlah orang pertama yang mengatakan nama lelaki itu pelik. Lelaki itu dipanggil Ustaz Cookie kerana dia selalu memberikan biskut cip coklat buatan isterinya kepada semua orang yang dikenali. Sesiapa sahaja yang pernah bersalaman dengannya pasti pernah merasai keenakan biskut cip coklat buatan isteri Ustaz Cookie,  Shaznim.

 

“Dia dah kahwin la. Dia kahwin dengan kawan aku masa aku belajar kulinari. Pasal nama dia tu, sekejap lagi kau akan tahu jugak kenapa orang panggil dia macam tu.” Ujar Shahrul, tidak mahu memanjangkan cerita.

 

“Isteri dia tak ada kat rumah ke?” tanya Baek Gu lagi. Dia bertanya sebegitu kerana sebentar tadi Ustaz Cookie mengatakan yang ‘saya nak masuk buat air’ bukan ‘saya nak suruh isteri saya buat air’. Itu yang menyebabkan dia rasa curiga. Namun tidak mengapa, dia akan mematikan rasa curiganya dengan menanyakan soalan lain pula, “Dia ni ke yang akan ajar aku?”

 

“Ya, saya.” Jawab Ustaz Cookie yang muncul dengan sebuah dulang berisi dua biji cawan, sebiji teko dan sebalang biskut cip coklat. Baek Gu mula mendapat klu bagaimana lelaki itu mendapat gelaran Cookie. Adakah kerana biskut? Ustaz Cookie meletakkan dulang itu di atas meja kopi di hadapan dua orang tetamunya lalu menuangkan air teh suam ke dalam cawan-cawan itu. Dia telah menyediakan air teh dengan suhu yang sesuai untuk diminum, menghidangkan air yang panas berwap kepada tetamu adalah sesuatu yang salah.

 

“Jemputlah minum. Sha ada kat dalam, tengah tidurkan Aidil.” Ustaz Cookie melabuhkan punggung, tersenyum mesra. Aidil merupakan anaknya dan Shaznim yang baru berumur 6 bulan. Ustaz Cookie telah berbual dengan Shahrul melalui telefon mengenai keinginan Baek Gu yang untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam. “Baek Gu sihat?”

 

Baek Gu agak terkejut apabila Ustaz Cookie menujukan soalan itu. Walaubagaimanapun, dia mengangguk. “Sihat. Ustaz sihat?” soal Baek Gu pula. Ustaz Cookie ketawa kecil, geli hati pula melihat reaksi lelaki itu. Baek Gu kelihatan kurang selesa.

 

“Kau janganlah awkward sangat!” Shahrul menampar peha Baek Gu, turut tertawa kecil. Hairan pula dia apabila melihat Baek Gu berkelakuan sebegitu. Bukankah Baek Gu seorang yang tidak tahu malu? Atau Shahrul telah tertukar yang sepatutnya sikap tidak tahu malu itu adalah sikapnya sendiri, bukan sikap Baek Gu seperti yang difikirkan? Sungguh mengelirukan.

 

“Mana ada awkward,” nafi Baek Gu, menggosok pehanya yang perit. Dia cuma terpegun melihat wajah muda Ustaz Cookie. Menurut Shahrul, Ustaz Cookie berumur 28 tahun. Namun bagi Baek Gu, wajah Ustaz Cookie kelihatan seperti dia adalah lelaki termuda antara mereka.

 

Perbualan mereka diteruskan dengan Baek Gu menceritakan mengenai dirinya, asal-usulnya, alasan dia datang ke Malaysia. Ustaz Cookie turut menceritakan perihal dirinya. Dia menceritakan bagaimana isterinya mengurat dirinya. Shaznim dan Ustaz Cookie bersekolah di sekolah menengah yang sama. Shaznim jatuh suka pada Ustaz Cookie sejak dia berumur 15 tahun. Dia telah meminta ayahnya supaya merisikkan Ustaz Cookie untuknya, kerana ketika itu, Ustaz Cookie bakal meninggalkan sekolah itu setelah menduduki ujian STPM. Ustaz Cookie agak terkejut apabila ayah Shaznim bertandang ke rumahnya membawa hajat itu, namun, dia tetap menerima untuk bertunang dengan Shaznim sehingga gadis itu tamat sekolah menengah. Dia dengan mudah menerima Shaznim kerana Shaznim selalu bertandang ke rumahnya untuk belajar membaca Al-Quran.

 

“Semudah tu Ustaz terima dia?” Baek Gu bagaikan tidak percaya. Dia percaya yang pasangan yang berkahwin wajib saling mencintai dan saling mengenali hati budi masing-masing. Dan kerana itu dia berhajat untuk mengahwini Saerah. Dia percaya dia dan Saerah saling mencintai. Dia percaya yang dia dan Saerah sudah saling mengenali hati budi masing-masing. Dia yakin.

 

Dia sudah mengenali ramai gadis tetapi hanya Saerah yang berjaya membuatkan yang dia perlu mengikat Saerah untuk dirinya, supaya gadis itu tidak disambar oleh lelaki lain. Supaya gadis itu tidak disambar oleh Khai, khususnya. Mengikut pengalaman, Baek Gu sudah keluar dengan ramai gadis, baik yang lebih tua mahupun lebih muda. Dia berani bersumpah yang hanya Saerah seorang yang mampu membuatkan hatinya bergetar dan menggedik. Dia tidak memaksudkan yang gadis-gadis lain tidak menarik pada pandangan matanya, tidak. Namun, tarikan yang dia rasakan terhadap gadis-gadis itu hanyalah tarikan biasa yang dialami oleh lelaki apabila berhadapan dengan perempuan, bukan cinta.

 

“Saya berpegang yang jodoh itu di tangan Tuhan. Saya takkan ditakdirkan berkahwin dengan Shaznim walaupun kami dah bertunang sekalipun kalau Tuhan dah tetapkan yang dia bukan jodoh saya. Apa yang Tuhan dah tetapkan adalah perkara yang terbaik untuk kita.” Ustaz Cookie tersenyum. Kenangan semasa dia masih bertunang dengan Shaznim bermain-main di ingatannya.

 

“Ustaz... betul ke kalau saya nak berkahwin dengan perempuan beragama Islam, saya kena memeluk Islam juga?” Baek Gu terus menyuarakan perkara yang membelenggu fikirannya. Ustaz Cookie mengangguk.

 

“Orang kata tak kenal maka tak cinta. Apa kata esok awak ikut saya pergi Rumah Bakti? Bolehlah awak berkenal-kenalan dengan saudara-saudara Islam dulu.” Pelawa Ustaz Cookie. Dahi Baek Gu berkerut.

 

“Rumah Bakti tu rumah apa?” Baek Gu memandang sekilas ke arah Shahrul yang hanya mendengar sejak tadi. Patutlah dia tidak bersuara, rupa-rupanya dia sedang rakus menjamah biskut cip coklat buatan isteri Ustaz Cookie. Shahrul tersedak apabila bertembung mata dengan Baek Gu. Sepanjang mendengar perbualan Baek Gu dan Ustaz Cookie, dia terbayangkan wajah Nita. Dia sendiri tidak sedar yang dia makan dengan terlalu rakus.

 

Shahrul terbatuk sambil menepuk-nepuk dadanya, mengharap yang dia tidak akan mengisi muka hadapan dada akhbar dengan tajuk ‘Seorang Pemilik Kafe Mati Tercekik Biskut’. Dia masih perlu meneruskan hidup. Dia perlu memastikan yang dia dan Nita bahagia hingga ke anak cucu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Hah?

 

“Rumah Bakti tu rumah anak-anak yatim. Kalau awak nak ikut, esok saya boleh pergi ambil awak kat rumah Shahrul.” Jawab Ustaz Cookie. Dia tidak mengendahkan Shahrul yang masih terbatuk-batuk seperti terkena radang paru-paru itu. Itu bukanlah kali pertama Shahrul tersedak di rumahnya, lelaki itu memang sudah selalu begitu.

 

“Oh, boleh.” Baek Gu menyuarakan persetujuannya diiringi senyuman manis. Ilmu wujud untuk dituntut  jadi Baek Gu tidak akan mensia-siakan peluang itu.

 


 

Malam itu, Qistina akan berangkat pulang  ke Korea jadi Baek Gu sekali lagi turun ke lapangan terbang untuk menghantar wanita itu. Menurut keluarga Qistina, Jess langsung tidak datang menjenguk mereka. Langsung tiada khabar berita mengenai anak gadis itu.

 

“Tak apalah, Ma. Baek Gu akan duduk kat sini lama sikit sehingga kita jumpa Jess. Baek Gu yakin kita akan jumpa Jess. It’s just sooner or later.” Kata Baek Gu yang sedang duduk di sebelah wanita itu. Qistina tersenyum. Dia percayakan anak muda yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu. Arwah suaminya seorang pensyarah Bahasa Melayu di sebuah universiti di Korea. Baek Gu terdedah dengan bahasa Melayu kerana sering meluangkan masa dengan suaminya sedari kecil lagi.

 

“Harap-harap cepatlah kita jumpa Jess. Ma takut nanti appa Baek Gu marah pula sebab selalu bertangguh untuk tunaikan khidmat tentera tu. Appa Baek Gu tu teringin Baek Gu cepat-cepat masuk bekerja kat syarikat dia.” Ujar Qistina. Dia sendiri tahu yang ayah Baek Gu tidak suka apabila Baek Gu menangguhkan kewajipannya itu semata-mata untuk mencari Jess yang lari dari rumah.

 

“Baek Gu akan balik lepas jumpa Jess. No, no. Baek Gu akan balik lepas jumpa Jess dan tunaikan khidmat tentera tu lepas kahwin dengan Saerah.” Baek Gu tersengih, mukanya bersinar-sinar dengan cahaya kegembiraan.

 

“Excuse me? Kahwin?” jelas sekali yang Qistina terkejut dengan apa yang telah Baek Gu katakan. Baek Gu membetulkan rambut bahagian depan yang mencucuk matanya lalu menyilangkan kaki.

 

“Yes.”

 

“Are you sure? Omma dengan appa dah tahu ke? Mereka setuju?” soal Qistina lagi.

 

“Belum. Baek Gu akan bagitau lepas melamar Saerah. Tapi sebelum melamar Saerah tu Baek Gu nak peluk Islam dulu,” Baek Gu memerhatikan reaksi Qistina, “Ma jangan bagitau omma dengan appa tau. Rahsia.”

 

“Okay, Ma akan rahsiakan dulu. Tapi, Baek Gu kena bincang dulu dengan omma appa sebelum buat apa-apa keputusan. Perkahwinan ni bukan benda yang boleh dibuat main tau.” Qistina memerhatikan wajah Baek Gu, cuba membaca apa yan berada di dalam hati lelaki itu namun hampa. Dia tidak tahu  apa yang lelaki itu fikirkan. Sejujurnya , dia terkejut yang Baek Gu membuat keputusan untuk memeluk Islam demi mengahwini Saerah. Namun, tidak pula dia terdetik untuk menghalang perbuatan Baek Gu itu. Bagus sekiranya Baek Gu memeluk Islam.

 

“Oh, hampir terlupa! Ini, Shahrul suruh bagi kat Ma. Ada kek dalam kotak ni.” Baek Gu menghulurkan kotak yang diletakkan di kerusi kosong di sebelahnya kepada Qistina. Kek itu disiapkan bersama oleh Shahrul dan anak angkat Kak Yah.

 

“Cakap kat Shahrul, Ma cakap terima kasih.” Qistina menyambut huluran itu.

 

“Okay.” Kata Baek Gu.

 

Baek Gu tidak menunggu lama. Selepas Qistina berangkat, dia terus pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya akan sesuatu.

 

Adakah dia masih tidak bertemu dengan Jess kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk mencari Jess telah digunakan untuk bersama Saerah? 

 


 

“Saerah! Bisinglah!” laung Joy yang sedang melakukan menghitung keuntungan Emma Couture untuk bulan itu. Mahu sahaja hidungnya berasap kerana tahap kemarahannya sudah di tahap maksima. Telefon bimbit Saerah berdering sejak sejam yang lepas dan Saerah pula tidak menunjukkan sebarang usaha yang menunjukkan yang dia akan menjawab panggilan itu atau sekurang-kurangnya mencampakkan objek itu ke dalam longkang yang berdekatan demi keamanan sejagat.

 

“Sorry. Sorry.” Di dalam hati, Saerah menyumpah. Untuk hari itu sahaja, sudah tiga kali dia melayan Khai melalui telefon. Dia tidak mahu melayan lelaki itu untuk kali keempat. Jika dilayan sekalipun, Khai hanya bertanyakan soalan-soalan satu bintang yang berbunyi “Awak dah makan?”, ‘Awak tengah buat apa?’, ‘Awak ingat tak janji kita minggu depan?’, dan macam-macam lagi.

 

Saerah mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat merah. Dia tahu yang Khai masih belum sedar yang dia telah menggariskan hubungan mereka sebagai satu hubungan yang hanya berlandaskan persahabatan. Tidak lebih daripada itu. Namun dia rasa tidak perlulah dia ‘menyapukan’  kenyataan itu ke muka Khai. Mungkin juga dia akan mempraktikkan cara itu jika kenyataan wujud dalam bentuk kek.

 

Jika kenyataan boleh wujud dalam bentuk kek, pasti Baek Gu suka. Lebih-lebih lagi kalau kenyataan itu dalam bentuk kek keju. Pasti dia akan meminta supaya wajahnya ‘disapukan’ dengan kenyataan setiap hari.

 

Spontan Saerah tersenyum lalu menggelengkan kepalanya perlahan.  Tiba-tiba pula wajah Baek Gu bermain di fikirannya. Itu membuatkan dia teringat yang Baek Gu jarang sekali menghubunginya walaupun telah membeli telefon bimbit baru. Baek Gu telah membeli telefon baru selepas dipujuk , atau lebih tepat, dipaksa oleh Saerah.

 

Nada dering telefon bimbitnya sekali lagi kedengaran, membuatkan Saerah ingin membalingkan objek itu ke arah dinding yang berdekatan. Kenapa Khai terlalu nekad?

 

“Saerah!!!!” dan sekali lagi jeritan Joy bergema di ruang itu.

 

-13-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?