SM-03

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

 

Saerah membawa Baek Gu ke sebuah kafe ekslusif berhampiran studio kecil milik Emma, hanya memakan masa lima minit dengan berjalan kaki. Baek Gu tidak habis-habis mahu mengusik dan mengenakan Saerah jadi Saerah telah menggunakan kekerasan untuk mendidik Baek Gu. Baek Gu akhirnya menjaga tingkah lakunya setelah menerima tamparan kelima pada bahunya. Dia yakin bahunya ketika itu sudah merah. Apabila mereka menjejakkan kaki di dalam kafe itu, bau kafein menyapa deria bahu Saerah dan Baek Gu. Kelihatan beberapa pelanggan lain sedang menikmati hidangan di situ.

 

“Nak apa?” tanya Saerah sambil meneliti menu yang dipegang. Semua makanan yang tersenarai pada menu membuatkan Saerah kecur liur. Dia tidak berniat untuk membuat Emma jatuh muflis jadi dia akan memesan semangkuk ais krim sahaja.

 

“Nak, awak.” jawab Baek Gu, membuatkan Saerah naik berang. Baek Gu menghadang wajahnya yang berharga apabila Saerah memukul kepalanya, mengundang perhatian para pelanggan di situ. Saerah berhenti memukul kepala Baek Gu lalu menarik nafas dalam-dalam. Dia mengingatkan dirinya untuk ke klinik bagi memeriksa tekanan darah. Berurusan dengan Baek Gu boleh menyebabkan dia diserang tekanan darah tinggi.

 

“Kalau saya tanya tak boleh jawab betul-betul ke?” marah Saerah. Baek Gu membetulkan rambut perangnya yang berserabai akibat dipukul oleh Saerah. Baek Gu yakin gadis itu mempunyai genetik yang sama dengan singa betina.

 

“Betullah saya jawab tadi. Maksud saya tadi, saya nak menu tu. Saya cakap ‘nak, awak’ bukan ‘nak awak’. Perasanlah awak ni,” ujar Baek Gu. Saerah mula malu sendiri. Dia menyesal kerana tidak memberi tumpuan ketika guru bahasa melayunya mengajar tentang kepentingan tanda baca ketika di sekolah dulu. Jika tidak, dia pasti tidak akan tersalah faham dengan kata-kata Baek Gu. Rona merah pada pipi Saerah membuatkan gadis itu kelihatan comel pada mata sepet milik Baek Gu. Para pelanggan lain yang memandang ke arah Saerah dan Baek Gu ketika Saerah memukul kepala Baek Gu tadi kembali menumpukan perhatian pada urusan mereka sendiri. Bagi mereka, Saerah dan Baek Gu adalah pasangan kekasih yang sedang berselisih faham.

 

Saerah menyerahkan menu kepada Baek Gu dengan kasar. Dia merancang untuk cepat-cepat pulang setelah minum petang itu berakhir. Seorang pelayan menghampiri meja yang sedang diduduki oleh Saerah dan Baek Gu. Baek Gu memesan secawan teh hijau dan sepotong kek keju manakala Saerah hanya memesan semangkuk ais krim berperisa strawberi. Pelayan tersebut mencatat pesanan mereka lalu meminta diri untuk menyiapkan pesanan mereka.

 

“Kenapa awak kat sini?” soal Saerah. Terasa kekok pula jika mendiamkan diri. Dia masih ingat permintaan Emma supaya dia melayan Baek Gu dengan baik. Dia juga ingat yang dia perlu memenuhi permintaan Emma itu kerana dia telah menipu Emma, walaupun pada hakikatnya Shahrul yang telah menipu Saerah.

 

“Awak yang ajak saya datang sini,” jawab Baek Gu jujur sambil menongkat dagu. Perutnya mula terasa lapar kerana tidak sempat makan tengah hari. Salur darah yang timbul pada belakang tangan Baek Gu yang putih bersih menyebabkan Saerah cemburu. Tangan lelaki itu kelihatan cantik, jari-jemari yang runcing menambahkan lagi kecantikan tangan lelaki itu. Saerah berjanji pada dirinya yang dia akan mengenakan losen setiap malam sebelum tidur untuk mendapatkan tangan yang secantik itu.

 

“Maksud saya, kenapa awak datang Malaysia?” tanya Saerah sekali lagi setelah menerima jawapan lurus bendul daripada lelaki itu. Baek Gu yang telah tersalah faham tersenyum sipu. Baek Gu tidak berniat untuk menjawab soalan gadis itu. Gadis itu tidak perlu tahu alasan dia datang ke Malaysia.

 

“Tak boleh ke? Awak datang Korea boleh pulak?” soalan Saerah dijawab dengan soalan. Cara terbaik untuk berdalih.

 

“Excuse me, saya duduk kat tempat awak tiga hari je tau,” balas Saerah.

 

“Excuse you, saya tak tanya pun awak duduk berapa hari.” Tempelak Baek Gu. Saerah membuka mulut untuk membalas tetapi terhenti kerana seorang pelayan sudah sampai membawa pesanan mereka. Baek Gu tersenyum apabila dia terpandang kek keju. Dia sangat menggemari kek keju, dia sendiri tidak pasti mengapa. Mereka berdua mula menjamu selera apabila pelayan tersebut menjauh.

 

“Awak nak tahu, saya kenal satu tempat yang jual kek keju tersedap yang pernah saya rasa. Saya selalu pergi kafe tu,” kata Baek Gu, teringat akan keenakan kek keju buatan Shahrul. Baek Gu dan Shahrul sudah mula rapat dan berbahasa ‘kau’ dan ‘aku’ supaya lebih mesra. Baek Gu sudah mengetahui beberapa perkara mengenai sejarah kemerdekaan Tanah Melayu kerana Shahrul selalu mendesak Baek Gu untuk mendengar ceritanya sebelum dibenarkan untuk makan kek keju.

 

“Cakap pasal kafe, kawan saya pun ada kafe. Ais krim yang kawan saya buat sedap sangat tapi dia kedekut,” kata Saerah pula. Mereka tidak tahu yang mereka sedang bercakap tentang tempat dan orang  yang sama.

 

“Saerah,” panggil Baek Gu.

 

“Hmm?” balas Saerah dengan kepala sudu yang berada di dalam mulutnya. Dia menunggu Baek Gu untuk menyambung kata-katanya.

 

“Kenapa awak macam tak suka saya?” Baek Gu memerhatikan wajah gadis itu. Dia dapat membaca perasaan gadis itu melalui tingkah-laku dan cara percakapan. Saerah mengeluarkan sudu itu daripada mulutnya lalu merenung ke arah ais krim yang sudah licin dikerjakan.

 

“Saya tak nak cakap apa-apa pasal tu,” Saerah tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku antara mereka. Dia mahu melupakan perkara yang telah lepas.

 


 

Baek Gu mendekatkan dirinya dengan tubuh Saerah yang sedang terbaring di atas katil bersaiz king di hotel itu. Perlahan-lahan jari-jemari runcing Baek Gu mendarat di pipi mulus gadis yang tidak sedarkan diri itu. Matanya tak lekang daripada meneliti setiap inci wajah gadis itu.

 

Kebiasaannya, dia akan memasuki bilik hotel bersama wanita dalam keadaan yang mabuk dan ghairah. Keghairahan mereka akan berakhir di atas katil setelah nafsu dipuaskan. Itu adalah kali pertama dia membawa gadis ke dalam bilik hotel dalam keadaan tenang dan  tidak terburu-buru. Pandangannya beralih daripada wajah Saerah ke arah lengkuk tubuh gadis itu. Ada getaran asing dalam diri Baek Gu, perasaan sama yang dia rasai ketika dia berada dalam keadaan itu dengan wanita lain. Namun, ada sesuatu yang seolah-olah menahan diri Baek Gu daripada melakukan apa-apa pada gadis itu. Kepala Baek Gu mula terasa ringan. Dia sudah terlebih minum pada malam itu.

 

Wajah Saerah mula menjadi dua, tiga, empat pada deria penglihatan Baek Gu dan akhirnya pandangan Baek Gu menjadi kabur. Dia tertidur di sebelah Saerah, dengan lengan kirinya melingkari tubuh hangat gadis itu.

 

 

Saerah terjaga apabila tubuhnya berada dalam kesejukan. Dia mencapai selimut untuk mengurangkan rasa sejuk tetapi bukan selimut yang dicapai, tetapi lengan seseorang. Mata Saerah yang tadinya kuyu terus terbuka luas. Dia berpaling ke arah kiri, wajah Baek Gu betul-betul di tepi wajahnya menyebabkan dia dapat merasai setiap helaan nafas lelaki itu. Jantung Saerah terus berdetak laju. Dia menolak lengan Baek Gu yang melingkari tubuhnya lalu duduk. Dia mengerang perlahan apabila kepalanya terasa pening. Kepalanya juga terasa seperti berdenyut-denyut. Mata Baek Gu terus terbuka apabila dia mendengar suara erangan perlahan. Dia kembali memejamkan mata apabila dia turut mengalami rasa sakit yang sama seperti Saerah. Rasa sakit yang hanya dia rasai apabila dia tidur dalam keadaan mabuk. Kesakitan itu akan menyengat apabila dia bangun pada setiap pagi.

 

Saerah masih lagi berdebar-debar dan tertanya-tanya tentang keadaannya dan Baek Gu yang mencurigakan tetapi tetap bersyukur kerana dia dan Baek Gu masih lengkap berpakaian. Saerah bangun daripada katil lalu mencapai beg tangannya yang terdampar di atas lantai. Dia membuka beg tangannya, memeriksa isi kandungan beg itu supaya tiada yang hilang. Baek Gu turut bangkit dan duduk di birai katil. Dia mengurut kepalanya perlahan lalu memandang ke arah Saerah yang bercangkung sambil memeriksa beg tangannya. Hatinya seperti dijentik apabila dia mendengar bunyi esakan. Baek Gu meraup mukanya lalu melangkah mendekati Saerah. Baek Gu yakin yang Saerah sudah tersalah faham.

 

“Saerah, saya yakin yang awak dah tersalah faham,” Baek Gu memaut lengan Saerah, menyuruh Saerah supaya berdiri dan memandangnya. Saerah pantas menyapu air matanya lalu merentap tangannya daripada pautan Baek Gu. Dia seperti dapat mengagak yang tiada apa-apa yang telah berlaku antara dia dan Baek Gu tetapi dia tidak yakin. Apa-apa sahaja mungkin terjadi antara dia dan Baek Gu semalam.

 

“Saerah, listen. I did nothing...Saerah!” Baek Gu terdorong ke belakang apabila Saerah menolak dadanya dan melangkah laju ke arah pintu. Saerah mengenggam erat beg tangannya. Jika ibunya tahu dia telah tidur dengan seorang lelaki, pasti dia akan menyebabkan ibunya hampa. Apatah lagi jika berita itu sampai ke pengetahuan abang sulungnya, dia berkemungkinan terpaksa menempah batu nisan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Baek Gu meramas-ramas rambutnya kasar apabila pintu bilik hotel itu ditutup dan Saerah hilang daripada pandangan. Baek Gu rasa bersalah walaupun hakikatnya dia langsung tidak bersalah.

 

Saerah  menarik nafas sedalam yang mungkin untuk menenangkan hati dan mindanya. Jika tiada apa-apa yang berlaku kata Baek Gu, maka tiada apa-apalah yang telah berlaku. Saerah mengangguk, bersetuju dengan kata hatinya. Dia pantas mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi pemandu pelancong semalam. Kelihatan beberapa panggilan tidak dijawab. Dia mahu pulang ke hotel. Pasti Emma risau akan keadaannya.

 


 

“Like I told you that day, we did nothing,” Baek Gu menekankan setiap perkataan yang terluah daripada bibirnya. Dia tahu gadis itu tidak menyukainya kerana kejadian malam itu.

 

“Yeah,” itu sahaja yang mampu Saerah katakan. Ada sebahagian kecil daripada hatinya yang masih meragui kenyataan itu.

 

“Trust me, Saerah. We really did nothing. I passed out that night,” ujar Baek Gu. Saerah hanya mendiamkan diri. Baek Gu tahu dia harus meyakinkan gadis itu.

 

“Awak kena percayakan saya. Membenci saya atas apa yang saya tak lakukan, itu sangat tak adil.” Tutur Baek Gu, benar-benar berharap yang gadis itu akan mempercayainya.

 

“I will try,” Saerah percaya keputusannya untuk berpegang pada pepatah ‘buang yang keruh dan ambil yang jernih’ akan memberikan manfaat pada dirinya. Dia akan mencuba untuk menggelakkan peristiwa yang telah berlaku itu menjadi punca dia terus membenci dan menjauhi Baek Gu. Baek Gu kelihatan jujur ketika cuba menyakinkannya jadi dia seharusnya memberi peluang kepada lelaki itu. Baek Gu tersenyum dan Saerah mencerminkan senyuman lelaki itu. Lembaran baru akan bermula bagi mereka berdua.

 


 

Walaupun tugas Saerah hanya sebagai fitting model, dia selalu menbantu Emma menguruskan butik onlinenya. Dia yang sememangnya tidak mempunyai tugas lain untuk dikerjakan berbesar hati untuk membantu Emma, kerana Emma juga berbesar hati untuk memberikannya imbuhan. Butik milik Emma menjual pakaian-pakaian daripada para pereka fesyen persendirian dan hasil buah tangan Emma sendiri. Kebiasaannya, Emma hanya menyediakan pakaian untuk pelanggan yang meminta dijahitkan pakaian seperti gaun, jubah dan baju-baju tradisional melayu sahaja. Saerah merengus perlahan apabila seorang pelanggan sedang mengamuk di di FB page Emma Couture. Pelanggan tersebut yang sedang mengamuk kerana pakaiannya terlalu ketat sehingga tidak mampu disarungkan telah meninggalkan satu komen yang kurang sopan. Saerah ingin memaki hamun pelanggan itu kembali tetapi dia masih waras, perbuatan itu akan memburukkan nama Emma.

 

Bagi Saerah, pelanggan itu agak keterlaluan. Ketika pelanggan tersebut datang menempah dan mengambil ukuran, pelanggan itu mempunyai badan yang ramping jadi bukan salah Emma jika pakaian yang Emma siapkan untuknya sudah tidak mampu dipakai akibat berat badan dia sendiri yang bertambah. Perhatian Saerah beralih daripada skrin komputer riba milik Emma ke arah telefon bimbitnya yang berdering. Tanpa melihat siapa gerangan yang memanggil, dia terus menerima panggilan itu.

 

“Tahniah! Kami daripada Syarikat Keju Sedap Kebangsaan berbesar hati untuk menawarkan anda hadiah berupa satu hari kosong malam bersama lelaki terhangat Asia. Sila tekan 1 jika anda bersetuju. Sila tekan 1 jika anda tidak bersetuju. Maaf, anda tiada pilihan lain selain bersetuju,” kata satu suara diiringi bunyi kekekan perlahan. Saerah tersenyum kambing, mungkin lebih comel daripada senyuman seekor kambing tetapi lebih baik menggunakan istilah yang selalu digunakan.

 

“Let me guess. Did you by any chance buy a korean-malay dictionary just to ask me for a date?” Saerah terus memintal-mintal rambutnya kerana telefon bimbitnya tidak mempunyai wayar seperti telefon rumah untuk dipintal. Lagaknya seperti sedang bercakap dengan lelaki pujaan hatinya seperti orang dulu-dulu.

 

“I didn’t but let’s just say that I did if that makes you feel better. For your information, there are bunch of something called Translator online. It took me a while to search for the right translation of ‘hot guy’. ‘Lelaki panas’ sounds so wrong in many ways. So, yeah. I did use dictionary to ask you for a date although I didn’t bought it.” muka Baek Gu terasa panas setelah ayatnya berakhir. Mungkin dia terlalu berterus-terang.

 

“Such a cute way to ask me for a date,” komen Saerah, menyindir lelaki itu menggunakan ayat yang lelaki itu telah gunakan padanya beberapa hari yang lepas. Baek Gu tersenyum, memahami sindiran gadis itu.

 

“Let’s meet.  Convince me that your country is better than mine. Are you in, Miss Malaysia?” Baek Gu sebenarnya berhajat untuk berjalan-jalan kerana walaupun sudah beberapa bulan di Malaysia, dia tidak sempat untuk berbuat sedemikian. Lebih-lebih lagi kerana dia tidak mempunyai teman dan itu sangat membosankan. Sudah beberapa kali dia mengajak Shahrul tetapi lelaki itu terlalu sibuk dengan telur, tepung dan mentega.  Saerah hampir tergelak apabila Baek Gu menggelarkan dia ‘Miss Malaysia’. Terasa seperti dia adalah ratu cantik Malaysia pula walhal satu-satunya gelaran ratu yang pernah diterima adalah gelaran ‘Ratu Kebaya Sekolah’ ketika sambutan raya Aidilfitri, sewaktu dia masih di bangku persekolahan.

 

“Oh, why not, Mister Korea?”

 

Perbualan mereka berakhir setelah mereka memutuskan tempat dan waktu untuk bertemu. Baek Gu meletakkan telefonnya di atas meja lalu menghirup air teh hijaunya yang sudah sejuk.

 

“Girlfriend?” tanya Shahrul yang mencuri dengar sejak tadi. Shahrul mengambil tempat di hadapan Baek Gu bersama satu dulang berisi piring-piring dan cawan-cawan yang telah digunakan. Baek Gu selalu berkunjung di kafenya kerana penangan kek keju yang sedap sehingga menjilat piring, menurut kata Baek Gu. Shahrul tidak kisah, bahkan dia suka, kerana Baek Gu telah menjadi pelanggan tetapnya.

 

“Close enough. But no, female friend.” Jawab Baek Gu. Shahrul tersenyum tanda kagum kerana lelaki itu mempunyai kawan perempuan di Malaysia. Shahrul masih lagi curiga tentang Baek Gu yang pernah bertanyakan tentang kawasan perumahan yang berdekatan dengan kafenya tetapi tidak berniat untuk terlalu menceroboh urusan peribadi lelaki Korea itu.

 

“Macam mana kau kenal dengan dia?” soal Shahrul, sengaja bertanya.

 

“Kami berjumpa di Korea. Entah macam mana dia tersesat di depan rumah aku. Malam tu lepas hujan berhenti, aku hantar dia balik ke hotel. Keesokannya, aku jumpa dia sekali lagi di night club. Kami mabuk dan entah macam mana, abracadabra, dia dah berada dalam bilik hotel,” entah mengapa Baek Gu selesa untuk menceritakan hal itu kepada Shahrul. Shahrul tidak hairan mendengar cerita lelaki itu, itu lumrah pengunjung kelab malam. Kebanyakan mereka akan membawa urusan mereka ke bilik. Shahrul berdoa agar dia dan orang-orang di sekelilingnya tidak akan sesekali terjebak dengan perkara-perkara sebegitu. Dia masih berpegang pada agama.

 

“Jadi korang pernah tidur bersama?” tanya Shahrul walaupun jawapannya sudah terang lagi bersuluh pada tengah hari terik. Baek Gu mengangguk, memahami perkataan ‘tidur’ itu adalah semudah membaringkan diri dan memejamkan mata.

 

“How many girls had been you mingled with?” tanya Shahrul lagi. Mungkin dia boleh belajar sesuatu. Atau mungkin dia boleh mengajar Baek Gu sesuatu.

 

“I couldn’t count it. How about you?” tanya Baek Gu. Topik itu biasa dia bualkan bersama rakan –rakannya di kelab malam jadi soalan itu tidak terasa asing baginya. Dia mula melakukan hubungan intim ketika berumur 18 tahun, bersama kekasih pertamanya. Kekasih pertamanya itu tua dua tahun daripadanya dan boleh dikatakan gadis itulah yang mengajarnya tentang itu.

 

“None,” Shahrul sudah menjangkakan reaksi wajah hampir menganga daripada Baek Gu itu. Shahrul menyambung ayatnya, “Aku curiga tentang sesuatu. Kalau perempuan tu mengandung, apa kau akan buat? Kahwin? Suruh dia gugurkan?”

 

Baek Gu agak terkelu apabila mendengar soalan itu. Dia tidak pernah terfikirkan kemungkinan jika perempuan yang dia tiduri mengandung. Dia hanya mencari hiburan untuk memenuhi keperluan lelaki yang berdarah muda sepertinya.

 

“Well, perempuan tu biasanya susah nak mengandung. We always use protection like pils and . Kalau perempuan tu mengandung pun, kalau aku, aku bertanggungjawablah. Tapi perempuan tu sebenarnya tak ada hak untuk minta aku bertanggungjawab because dia takkan mampu meyakinkan aku yang itu anak aku. Kau dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?”

 

“Yeah, kau nak bagitahu yang perempuan tu tak ada hak nak mengaku itu anak kau sebab perempuan tu semestinya had with lelaki selain kau,” Shahrul mengangguk, memahami.

 

“Kebiasaannya perempuan tu akan handle sendiri kalau mengandung. Kenapa kau tak pernah? Do you...” Baek Gu teragak-agak untuk bertanya sama ada Shahrul mempunyai masalah kelelakian. Shahrul ketawa apabila dia dapat membaca perlakuan Baek Gu itu.

 

“Silly, I am normal. Dalam Islam, lelaki hanya boleh melakukan ‘itu’ dengan isterinya. If I want to do that, I have to get married first,” Shahrul menekankan perkataan ‘itu’ supaya lelaki itu faham. Dia mula seronok berbual topik itu dengan Baek Gu. Dia boleh mengetahui perasaan dan pendapat orang beragama lain. Baek Gu juga berminat untuk meneruskan perbualan mereka. Dia agak kagum kerana Shahrul mampu menahan naluri lelakinya.

 

“Macam mana kau boleh tahan? You know what I am talking about, right? Kalau aku, kalau keperluan hormon aku tak dipeduli, mood aku akan terjejas,” kata Baek Gu jujur.

 

“As a normal guy, jiwa aku terganggu jugak kalau aku nampak perempuan-perempuan seksi. Sebab itulah dalam Islam, perempuan wajib menutup aurat. Barulah tak terseksa jiwa lelaki-lelaki macam aku yang belum ada calon untuk berkahwin ni. Bab menutup aurat ni memang aku hairan banyak. Kenapalah susah sangat perempuan nak jaga aurat betul-betul? Bila lelaki pandang lain macam mulalah tuduh lelaki tu gatal padahal dia yang buat free show,” kata Shahrul bersungguh-sungguh sekali dengan gaya tangan. Shahrul menelan liur lalu menyambung ayatnya,” Itu salah perempuan. Salah lelaki pulak, kebangangan. Pergi tengok bahan-bahan yang tak senonoh buat apa? Lepas tu mulalah hormon tak terkawal, rogol anak orang, ambil kesempatan pada kekasih. Aku betul-betul tak faham,”

 

Shahrul kelihatan seperti ibu yang sedang meluahkan rasa tidak puas hati ketika perjumpaan PIBG berlangsung. Baek Gu tidak berkelip, cuba mencernakan ayat-ayat yang terluah daripada bibir Shahrul.

 

“Wait. Aku tak faham dua benda. ‘Aurat’ and ‘Kebangangan’. Apa tu?” tanya Baek Gu.

 

“ ’Aurat’ tu bahagian tubuh yang tidak boleh ditunjukkan. Macam lelaki, dari pusat hingga lutut. Kalau perempuan, semua bahagian badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu untuk aurat antara berlainan jantina. ‘Kebangangan’ tu pulak perkataan aku cipta sendiri. Jangan guna dalam SPM.” Shahrul mengakhiri penjelasannya dengan lawak namun malangnya lawaknya tidak mampu difahami oleh Baek Gu kerana lelaki itu sememangnya tidak mengetahui apa itu SPM.

 

“I am not trying to offend you tapi kalau perempuan bertutup pada seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, selesa ke dia nak jalankan kehidupan seharian? Lebih-lebih lagi di Malaysia ni, panas. Maaf kalau soalan aku mengguris hati kau,” Baek Gu tidak mahu Shahrul menganggap yang dia berniat mempersendakan tuntutan agama lelaki itu.

 

“It’s okay. Kau tak guris hati aku pun. Kalau kau nak tahu, penganut Islam sendiri ada yang cakap lebih teruk daripada apa yang kau cakap tadi. Ada yang cakap menutup aurat tu tak masuk akal, menyusahkan dan ketinggalan zaman.  Aku rasa dorang cuma mencari alasan untuk tak menutup aurat. Andai katalah menutup aurat tu menyusahkan dan tak masuk akal, kenapa Allah masih benarkan wanita menampakkan muka dan kedua-dua belah tangan? Kau setuju tak dengan aku?” tanya Shahrul, sengaja menyuruh Baek Gu berfikir. Baek Gu yang masih tidak mengerti mengapa tuntutan itu wujud hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

 

“Kalau betullah Allah nak menyusahkan wanita dengan menutup aurat, kenapa Allah tak suruh je tutup semua sekali dengan muka dan tangan? Sebab Allah itu Maha Mengetahui. Kalau muka dan tangan kena tutup, macam mana perempuan nak laksanakan kewajipan dan tugas harian? Langgar dinding la jawabnya. Sorry, Baek Gu. Aku tak tahu kenapa aku cerita semua ni kat kau,” Shahrul tersenyum, menyedari dia yang tiba-tiba beremosi habis bila mengutarakan hal itu. Baek Gu menggelengkan kepala, dia sebenarnya tidak kisah. Dia lebih berminat untuk mendengar tentang Islam berbanding mengenai sejarah Tanah Melayu yang selalu dibebelkan oleh Shahrul.

 

“Aku tak kisah. Seronok bila kau cerita pasal agama kau,” komen Baek Gu.

 

“Kau tak pernah dengar apa-apa pasal Islam ke? Kau cakap jiran kau orang Melayu?” Shahrul musykhil.

 

“Oh, yup. Mereka Melayu tapi aku tengok keluarga mereka sama je macam keluarga orang lain,” jawab Baek Gu.

 

“Baek Gu, aku nak pesan sesuatu kat kau,” Shahrul berhenti untuk melihat respon Baek Gu. Baek Gu mengangguk, bersedia untuk menerima kata-kata Shahrul.

 

“Kalau...kalau kau berminat untuk tahu pasal Islam, jangan pandang pada penganutnya. Pandang pada agama tu sendiri. Kau faham, kan?”

 

“Woowoo, okay. Aku faham. Kenapa kau serius sangat ni? Setakat ni aku belum ada apa-apa keperluan untuk tahu tentang Islam tapi manalah tahu satu hari nanti aku berminat untuk tahu, yes, aku akan ingat pesan kau tu,” Baek Gu menepuk bahu Shahrul perlahan, cuba menarik Shahrul keluar daripada mood seriusnya. Shahrul tahu Baek Gu sudah tidak selesa dengan topik itu jadi dia segera menukar topik perbualan.

 

“Macam mana dengan job hari tu? Kau pergi tak?” tanya Shahrul. Dia tidak dapat hadir sesi fotografi untuk butik Emma kerana dia merasakannya dirinya terlalu diva, katanya, untuk mendedahkan wajah kacaknya kepada orang ramai jadi dia telah meminta tolong Baek Gu. Bagi Shahrul, muka Baek Gu belum cukup diva untuk disembunyikan jadi dia meminta Baek Gu untuk menggantikan tempatnya.

 

“Pergi. Jangan risau, semuanya berjalan lancar hari tu,” Baek Gu melirik jam tangannya, agak terkejut kerana dia sudah berada di kafe itu hampir dua jam.

 

“Yes, you may go,” Shahrul menunjukkan ke arah pintu keluar, dia tidak akan menceritakan tentang Tanah Melayu kepada Baek Gu kerana dia sudah menjalankan sesi dakwah tanpa sedar dengan Baek Gu sebentar tadi. Shahrul sangat berharap yang suatu hari nanti dia dapat memanggil Baek Gu dengan nama islamik. InsyaAllah.

 

Baek Gu tersengih sebelum berlalu keluar. Sengihan yang membawa dua maksud. Pertama, gembira kerana dia bebas daripada mendengar bebelan Shahrul mengenai sejarah. Kedua, gembira kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan Saerah. Kegembiraan yang dia tidak pasti mengapa dan dia akan mencari punca kegembiraan  yang kedua itu.

 


 

Saerah membetulkan rambutnya untuk kesekian kalinya di hadapan cermin yang terletak di ruang tamu. Saiful tidak berkelip memandang kakaknya yang asyik tersenyum sendiri. Kakaknya itu sedikit berbeza dengan orang lain. Kalau orang lain akan berkongsi kesedihan dan kegembiraan dengan orang lain, kakaknya akan memendam kedua-duanya. Dia tidak berkongsi perasaannya dengan orang lain. Saiful hanya dapat mengagak perasaan kakaknya melalui air muka dan perbuatan.

 

Keluarga mereka tidak berfungsi. Ayah dan ibu mereka sudah lama bercerai, ketika itu Saiful baru sahaja berumur 4 tahun. Ayah mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, oleh itu, ibu merekalah yang mencari nafkah untuk menyara satu keluarga. Kerana kesibukan bekerja, ibu mereka jarang sekali meluangkan masa bersama anak-anak. Abang sulung mereka yang tua 6 tahun daripada Saerah juga hidup dengan bergantung sepenuhnya pada gaji ibu mereka.

 

“Kak, kau nak keluar pergi mana?” tanya Saiful kerana kakaknya sudah jarang keluar malam sejak putus dengan Khai. Saiful tentang itu pun melalui mulut Shahrul.

 

“Aku nak keluar kejap. Sebelum pukul 11 aku balik,” kata Saerah, melirik sekilas ke arah adiknya.

 

“Okay,” tutur Saiful ringkas.

 

Perjalanan tiga puluh minit itu terasa pantas seperti kelipan mata kerana Saerah rasa seperti tiba-tiba sahaja dia berada di hadapan Baek Gu, yang sedang membuka bungkusan roti menggunakan gigi. Pemandangan itu menyebabkan Saerah ketawa kecil, Baek Gu kelihatan seperti seorang anak kecil.

 

“Kenapa?” tanya Baek Gu sambil memerhatikan Saerah yang sedang ketawa tanpa sebab. Saerah tersenyum lalu menggelengkan kepala.

 

“Ada apa-apa ke pada muka saya?” tanya Baek Gu, meraup mukanya beberapa kali supaya apa-apa yang melekat pada wajahnya tertanggal. Saerah menggelengkan kepala sekali lagi. Mata Saerah beralih ke arah kawasan sekeliling, kawasan taman permainan yang disinari lampu jalan itu kelihatan cantik dan menenangkan.

 

“Tipu! Ada sesuatu pada muka saya. Kekacakan,” Baek Gu tiba-tiba ketawa sambil bertepuk tangan. Geli hati dengan ayatnya sendiri. Dia memandang rotinya yang terjatuh, menyesal pula kerana telah membazir.

 

“Perasan. Awak memang boleh berkawan baik dengan kawan saya,” Saerah teringatkan perangai Shahrul yang selalu perasan dirinya kacak.

 

“Perempuan ke? Nombor?” Baek Gu sengaja bergurau sambil mereka berjalan beriringan ke arah sebuah kereta yang disewa oleh Baek Gu. Pemilik kereta berkenaan menyerahkan kunci kepada Baek Gu lalu berlalu pergi menaiki kereta lain. Baek Gu kembali berpusing menghadap Saerah, ingin meneruskan perbualan mereka.

 

“Semestinya bukan perempuan tapi kalau nak nombor dia pun boleh jugak. Muka awak memang sesuai jadi gay,” balas Saerah.

 

“Ya, terima kasih. Saya tahu saya terlalu cantik sampai lelaki pun boleh tergoda,” Baek Gu berpura-pura membuat muka terharu sambil memegang dada kirinya menggunakan tangan kanan, ingin membuktikan betapa terharunya dia ketika itu. Apabila Saerah tidak melayan lakonannya yang dia rasa mampu memenangi anugerah Oskar itu, dia menghulurkan kunci kereta ke arah Saerah lalu berkata, ”Ada lesen? Saya tak biasa drive kereta kat sini,”

 

 “Ada. Selama ni awak naik teksi je ke?” tanya Saerah lalu mencapai kunci itu. Mereka berdua secara semulajadinya memasuki perut kereta kerana cara tidak semulajadinya adalah menggunakan tingkap, tidak, mereka menggunakan pintu seperti manusia yang lain.

 

“Obviously, yes. Saya rasa tak selesa bila driver kena duduk di bahagian kiri jadi saya tak pernah memandu lagi sepanjang ada di Malaysia. Awkward,” jujur Baek Gu. Kereta itu meluncur di atas jalan raya dengan lancar, Saerah masih cekap memandu walaupun sudah lama tidak menyentuh stereng kereta, semestinya stereng kereta kerana basikal tidak mempunyai stereng.

 

“Miss Malaysia, where are we going? I am excited!” Baek Gu menautkan jari-jemarinya lalu meletakkan di tepi dagu runcingnya. Saerah tertanya-tanya sama ada Baek Gu sedang berlagak comel atau sedang memohon pelempang tanpa bersuara. Reaksi wajah Baek Gu ketika itu comel sehingga Saerah ingin  mencubit pipi lelaki itu tetapi pada masa yang sama cukup mengada-ngada dan sesuai untuk dibetulkan dengan pelempang.

 

“Makan. You wanna see Malaysia, right? I will show you,” Saerah membelok untuk memasuki lorong kiri. Jalan pada malam itu agak lengang berbanding hari-hari lain, mungkin keranahari itu adalah hari Isnin jadi tidak ramai yang keluar.

 

“Makan? Makan apa?”

 

“Makan makanan la,” jawab Saerah menyampah kerana soalan itu kedengaran sangat kebudak-budakan. Menyampah, namun ada satu sudut asing dalam hati Saerah yang sedang menari kerana dia sangat menyukai individu yang kebudak-budakan. Individu yang sebegini mewarnai hidupnya yang agak serius dan membosankan.

 

“Dang! Salah! Makan angin,” Baek Gu memerhatikan lampu jalan yang bersinar terang. Ada beberapa kain rentang kedai yang bergantung pada setiap tiang lampu. Baek Gu agak tertanya-tanya adakah para pengguna jalan itu yang sedang bergegas sempat untuk membaca promosi kedai kain dan tekstil itu. Jika tidak, apa faedahnya kain rentang itu digantung di situ? Untuk dibasahi hujan dan ditiup angin? Baek Gu tidak menyangka rakyat Malaysia sekaya itu.

 

“Oh, sorry. Tak sempat bukak kamus peribahasa sebelum keluar rumah tadi. Pernah dengar ‘naik angin’?” Saerah memarkirkan kereta itu apabila mereka tiba di destinasi. Baek Gu memandang ke arah Saerah, dia yakin dia pernah mendengar simpulan bahasa itu tetapi ingat-ingat lupa.

 

“Fart?” jawab Baek Gu menggunakan nada soalan. Dia yakin itulah makna bagi ‘naik angin’. Saerah terus ketawa.

 

“Itu ‘buang angin’!”

 

“Kentut naik ke kepala?” teka Baek Gu apabila jawapannya tadi ternyata salah. Saerah ketawa terbahak-bahak. Jawapan mengarut daripada lelaki itu membuktikan yang dia perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa Melayu. Baek Gu tersenyum apabila melihat Saerah ketawa seperti terkena sawan angin. Saerah tercungap-cungap mengambil nafas apabila ketawanya reda. Matanya sedikit berair.

 

“Sudahlah. Jom pergi makan,” kata Saerah, tidak mahu rasa geli hatinya timbul kembali.

 

“Makan apa?” tanya Baek Gu apabila kakinya menjejak tanah. Bau asap membuatkan lelaki itu terbatuk perlahan.

 

“Sate,” Saerah menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang mengipas-ngipas sate yang terbaring menggoda di atas besi pemanggang. Asap yang berkepul-kepul menambahkan keseksian sate itu. Jelas sekali lelaki itu tidak tahu cara yang betul untuk mengawal nyalaan arang itu.

 

“Nampak sedap,” komen Baek Gu, teruja.

 

“Mestilah sedap. Sepanjang awak duduk kat sini, awak makan apa je?”

 

“Makanan kat hotel, saya selalu order chinese food. Selain tu, hmm, kek keju!” jawab Baek Gu.

 

“Mak awak mengidam keju ke masa mengandungkan awak dulu?” soal Saerah, hairan kerana lelaki itu selalu teruja apabila menyebut tentang kek keju.

 

“Ahli keluarga saya alergik keju, saya je yang boleh makan keju. Bila saya rasa keju untuk pertama kali, saya terus obses dengan keju, especially kek keju,” kata Baek Gu, bercerita dengan penuh perasaan. Kek keju adalah cinta pada rasa pertamanya.

 

“Kek keju Vs Perempuan?” uji Saerah tiba-tiba.

 

“Perempuan yang pandai buat kek keju!” semestinya jawapan perlu lari daripada soalan, bagi Baek Gu.

 

Selepas jawapan yang berbunyi kurang cerdik pada pendengaran Saerah itu, mereka menjamu selera dengan pelbagai variasi sate. Baek Gu secara peribadinya menyukai sate daging lembu, rakyat Korea mana yang tidak sukakan daging? Lebih-lebih daging yang diperap dengan pelbagai rempah dan perasa, itu boleh menyebabkan kecur liur tahap dewa.

 

Sesi malam itu diteruskan dengan membawa Baek Gu ke jalan Chow Kit.

 

“Shopping time?” tanya Baek Gu, memerhatikan orang ramai yang sedang membeli-belah. Saerah menggelengkan kepala, bukan itu tujuan dia membawa lelaki Korea itu ke situ.

 

“Cuba awak tengok semua orang yang ada kat kawasan ni. Apa yang awak nampak?”

 

“Awak.” Jawab Baek Gu dengan lurus bendulnya kerana dia sememangnya sedang memerhatikan wajah Saerah ketika gadis itu bercakap tadi. Saerah menjentik dagu Baek Gu, menyebabkan lelaki itu berundur untuk menggosok dagunya yang terasa seperti ditampar itu.

 

“Sakitlah!”

 

“Kat Malaysia, ada pelbagai kaum. Kaum utama adalah Cina, India dan Melayu. Tengok uncle tu,” Saerah menunjukkan ke arah seorang lelaki India yang sedang melayan pelanggan berbangsa Melayu. “Walaupun bahasa tiga kaum ni berbeza, dorang masih boleh berkomunikasi. Kagum tak?”

 

“Saerah, anda sedang berkomunikasi dengan seorang lelaki korea. Kagum tak?” Baek Gu tidak merasa apa-apa kerana dia sendiri mampu berkomukasi dengan orang bangsa lain.

 

“Okay, sekarang bagitau saya kenapa saya tiba-tiba jadi pemandu pelancong?”

 

“Entah. Kenapa?” tanya Baek Gu kembali. Dia sendiri tidak tahu.

 

“Awak yang suruh!”

 

“Kenapa awak ikut suruhan saya?” tanya Baek Gu lagi. Dia tidak kedengaran seperti sedang mengenakan Saerah tetapi seperti benar-benar ingin tahu. Saerah terdiam. Baek Gu pula masih menanti jawapan.

 

“Jom balik!” putus Saerah. Dia sudah mendapat klu bagi jawapan soalan Baek Gu itu. Jawapan itu tidak perlu didengari oleh Baek Gu. Saerah sendiri masih meragui jawapan itu.

 

“Tapi Saerah,” Baek Gu terdiam. Saerah sedang bercekak pinggang dan pandangan gadis itu mampu menembusi lapisan kepalanya. Baek Gu mencapai lengan Saerah lalu tersengih kekok, “Okay, jom balik. Tiba-tiba rasa mengantuk pulak mata ni,” 

 

 

-03-

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?