SM-Preorder

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

Hi pembaca sekalian!

 

Light. Love & Baek Gu (LLB) kini telah ditukarkan kepada SEOULMATE (SM) adalah suatu karya yang saya siapkan dengan menggunakan gaya dan perwatakan Baekhyun di dalam cerita ini.

Kwon Baek Gu adalah nama untuk watak utama SM. Nama ini telah diiktiraf oleh sahabat saya yang merupakan anak jati Korea. Dia juga telah bertindak sebagai tukang terjemah dialog-dialog bahasa Korea di dalam cerita ini.

Sedikit ‘pertembungan budaya’ berlaku apabila saya mewujudkan watak Saerah yang bertemu dengan Baek Gu secara tidak sengaja. Pelbagai gelagat mencuit hati terjadi.

Namun diingatkan yang watak Baek Gu adalah sepenuhnya milik saya. Jadi, cerita ini telah gugur daripada kategori fanfiction dan menjadi fiksyen sepenuhnya. Saya bimbang ada yang tersalah faham yang saya menggunakan EXO untuk menghasilkan karya. Tidak, saya tidak menggunakan abang-abang hensem kita untuk tujuan itu.

Biasa kita baca, ‘Baru aku sedar yang suamiku ini mirip Randy Pangalila.’. Percaya tak kalau saya cakap penulis berkenaan memang terbayangkan Randy Pangalila sepanjang menulis? Ini adalah salah satu bentuk inspirasi dan saya menjadikan Baekhyun sebagai inspirasi.

Mengenai harga pula, kami telah menetapkan harga SM sebanyak RM19.90 sebuah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli, kami akan membuka pre-order terlebih dahulu memandangkan saya dan Shah masih belajar, tidak pernah bekerja dan sedang merangkak dalam industri ini. Sokongan daripada para pembaca sangat dihargai.

Tak faham pre-order? Pre-order tu pelanggan perlu membayar dulu harga barangan sebelum produk dihantar ke kilang untuk dihasilkan.

Kepada yang berminat, sila komen ‘SAYA MAHU SEOULMATE’. Saya akan menghantar borang pre-order pada anda, anda dan anda sekalian.

Untuk pembaca-pembaca yang membeli SEOULMATE secara pre-order, saya akan menulis nota istimewa untuk setiap orang di belakang buku berserta tandatangan. Setiap orang akan mendapat nota yang berlainan. Ini untuk menhargai kepercayaan & kebaikan para pembaca.

Sebarang soalan boleh tujukan di ruang komen atau pm saya :) fb

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?