SM-04

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

 

Dengan menaiki teksi, Baek Gu akhirnya tiba di hadapan sebuah taman perumahan. Baek Gu memerhatikan deretan rumah teres itu, mengerutkan dahi. Kawasan itu kelihatan lengang dan sunyi. Kebanyakan rumah tidak berpenghuni kerana Baek Gu lihat terdapat beberapa rumah sahaja yang dalam keadaan yang sesuai dijadikan tempat tinggal. Yang lainnya lebih kelihatan seperti habitat, khas untuk serangga-serangga liar jadikan penempatan.

 

“Takkanlah Jess ada kat sini?” Baek Gu mula curiga. Dia membuat keputusan untuk bertanya kepada penduduk di situ. Baek Gu menghampiri seorang lelaki yang sedang menghisap sebatang rokok di tepi longkang.

 

“Boleh saya tumpang tanya?” mata Baek Gu beralih daripada kepala lelaki itu yang botak ke badannya yang hanya dibaluti sehelai singlet putih. Lelaki itu menggangguk sambil menghembuskan asap rokok membentuk bulatan. Mata tajam lelaki itu rakus memerhatikan Baek Gu. Baek Gu tersenyum untuk melindungi rasa tidak selesanya lalu mengeluarkan dompet daripada poket jeansnya.

 

“Dalam beberapa hari ni, awak ada nampak perempuan ni, tak?” Baek Gu menunjukkan gambar di dalam dompetnya. Gambar Jess yang sedang tersenyum menyapa pandangan lelaki botak itu. Lelaki itu tiba-tiba mencapai kad pengenalan diri Baek Gu. Lelaki itu kelihatan kagum.

 

“Macam artislah!” puji lelaki itu, merujuk kepada wajah Baek Gu di dalam kad itu. Baek Gu ketawa bangga, seolah-olah itu adalah masa yang sesuai untuk dia mengagumi wajahnya sendiri. Mata sepet Baek Gu mengecil apabila dia ketawa dan itu memberi peluang kepada lelaki botak itu untuk meneruskan hajatnya.

 

“Yah!! Keogiseo! (Berhenti!)” Baek Gu tersentak kerana dompetnya lesap daripada tangannya. Ketawanya serta-merta terhenti dan matanya membesar. Dia mengutip kad pengenalan dirinya yang dijatuhkan lalu mengejar lelaki botak itu. Lelaki botak itu kelihatan semakin kecil, menandakan yang lelaki itu semakin jauh. Baek Gu yang sememangnya tidak menyukai mana-mana acara yang melibatkan sepasang kaki berlari sejak zaman persekolahan lagi, terpaksa mengejar pencuri itu. Duit, kad kredit dan yang paling penting, gambar Jess berada di dalam dompet itu. Baek Gu cuba untuk meluaskan langkahnya yang ternyata susah kerana skinny jeans yang melekap pada kakinya.

 

“Yah!!” jerit Baek Gu, berharap lelaki itu berhenti. Mereka kini sudah keluar daripada kawasan perumahan tadi dan sedang kejar-mengejar di tepi sebuah jalan besar. Baek Gu yang sudah sedia tercungap-cungap berharap lelaki di hadapannya akan letih tetapi pencuri itu seolah-olah mempunyai kuasa kuda pada kakinya.

 

Pencuri itu tiba-tiba melintas jalan raya yang sesak itu maka Baek Gu juga cuba melakukan hal yang serupa tetapi berundur apabila sebuah kereta semakin hampir. Dompet itu memang berharga tetapi nyawanya berjuta ganda lebih berharga.

 

“Andwae!! (Tidak!!)” suara jantan Baek Gu bergema di situ apabila pencuri tersebut menjatuhkan dompetnya  dan sebuah kereta dengan selambanya menggilis dompetnya. Tangan kiri Baek Gu mengenggam kad pengenalannya manakala tangan kanannya menggenggam rambut, kecewa. Pencuri tadi terus lesap daripada medan penglihatan Baek Gu. Selepas kereta kedua menggilis dompet itu, Baek Gu akhirnya membuat keputusan untuk mengambil dompetnya yang terdampar di tengah jalan itu. Dompetnya yang sebelum itu tebal sudah nipis. Baek Gu terus membuka dompet itu, kosong. Semua wang kertas yang dia ada sudah lesap. Baek Gu ingin memberontak namun terlompat apabila sebuah kereta meluru betul-betul ke arahnyaa. Baek Gu terus bercangkung dan memejamkan matanya. Mati, itu perkataan yang bermain di minda Baek Gu ketika itu. Bunyi tayar yang bergeser kuat dengan jalan tayar itu membuatkan Baek Gu merapatkan matanya yang sudah sedia tertutup.

 

“Nak mati ke?” pemandu kereta berkenaan menghampiri Baek Gu yang keras membeku di hadapan keretanya. Jika dia tidak sempat memberhentikan keretanya sebentar tadi, pasti lelaki itu sudah terlambung di udara sebelum jatuh menyembah bumi. Baek Gu masih lagi mengeraskan diri, masih menunggu maut menjemputnya.

 

“Excuse me?” tegur pemandu itu. Dia sudah terlambat ke pejabat dan lelaki yang memejamkan mata itu semakin membazirkan masanya. Kalau diikutkan hati dia ingin mengangkat lelaki itu dan meletakkan lelaki itu di tepi jalan supaya boleh terus menjadi patung cendana tanpa menyusahkan orang lain. Baek Gu membuka matanya perlahan-lahan, menghembuskan nafas yang dia tidak tahu dia tahan sejak tadi. Dia menelan liur sebelum mendongak memandang lelaki berkulit sawo matang yang sedang berpeluk tubuh memandangnya.

 

“My saviour!” kata Baek Gu selepas ketakutannya reda. Baek Gu berdiri lalu meletakkan tangannya dia atas bahu lelaki itu, “Tolong hantar saya balik. Saya dengar rakyat Malaysia sangat baik, peramah dan sedia membantu. Saya dirompak, hampir dilanggar dan hampir mati dan,”

 

“Masuk,” arah pemandu itu, tidak mempunyai banyak masa untuk melayan Baek Gu. Baek Gu memeluk bahu lelaki itu sebagai tanda terima kasih namun pelukan itu tidak lama kerana pengguna-pengguna jalan raya yang lain mula bengang lalu membunyikan hon.

 

“Terima kasih, err, Saviour.” Ucap Baek Gu ketika kereta itu meluncur laju.

 

“Jangan panggil aku dengan nama tu,” larang pemandu itu. Mukanya sangat serius dan dingin.

 

“Habis tu nak panggil apa?” tanya Baek Gu.

 

“Khai.”

 

Baek Gu mengangguk lalu meminta Khai menghantarnya ke hotel.

 


 

“Kau ingat tak Nadirah?” tanya Saerah, sedang bercakap dengan Shahrul melalui telefon. Dia terus bertanya ketika Shahrul menjawab panggilannya.

 

“Ya, Saerah. Waktu aku sedang tutup kafe memang waktu yang paling tepat untuk kau call dan cuba mengembalikan ingatan aku. Terima kasih kerana memahami,” jawab Shahrul, yang sedang menyental lantai kafenya.

 

“Adakah aku kedengaran seperti aku kisah kau tengah buat apa?” tanya Saerah lagi. Jika ditanya adakah mereka sedang bergaduh, jawapannya tidak. Itu adalah cara biasa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka berdua adalah pelajar paling cemerlang dalam subjek Sinis & Kesarkastikan sewaktu di sekolah dulu.

 

“Ya, Saerah. Kaulah sahabat dunia dan akhirat aku. Apa soalan kau tadi? Bila Picollo nak datang Malaysia?”

 

“Artis mana pulak si Picollo ni?”

 

“Artis dari planet Namek. Bukan masa kecik-kecil dulu kau main masak-masak dengan dorang ke?”

 

“Shahrul, Shahrul, Shahrul, yang main masak-masak dengan aku masa kecil-kecil dulu tu engkau,” balas Saerah. Shahrul ketawa, memang dia yang bermain masak-masak dengan Saerah dahulu. Dia ingat lagi yang dia tidak membenarkan Saerah memotong ayam kerana gadis itu memegang ayam menggunakan tangan kiri. Dia rasa dia yang bertangan kidal lebih sesuai menguruskan bahan makanan, kerana dia menyentuh makanan menggunakan tangan kanan sementara tangan kiri untuk melakukan kerja-kerja memotong. Ya, permainan masak-masak mereka menggunakan bahan masakan sebenar.

 

“Kau tanya apa tadi?”

 

“Kau ingat Nadirah? First crush kau, yang kau puja dalam diam masa sekolah dulu tu. Masihkah kau ingat?” tanya Saerah.

 

“Aku ingat la. Sekurang-kurangnya aku puja dalam diam, bukan macam kau. Tulis surat bagai. Apa nama samaranyang kau guna masa tu? Apple green? Red Green?” usik Shahrul. Sewaktu mereka berusia 11 tahun, Saerah menyukai seorang senior yang kacak dan pandai bermain sukan, seperti watak-watak ‘kingka’ di dalam fiksyen peminat. Dia selalu menulis surat menggunakan nama ‘Apple Green’ dan meninggalkan surat itu di dalam meja senior itu. Kerana tidak pernah mendapat balasan, dia menjadian Shahrul sebagai posmen tidak bergaji.

 

“Ungkitlah, ungkit. Nak aku ungkit masa kau curah air kat tingkap rumah aku sebab air tu ada semut?” ugut Saerah. Peristiwa dia menghantar surat itu sangat memalukan.

 

“Lepas aku hantar surat tu, aku nyaris hilang ke’macho’an aku sebab lelaki tu ingat aku homo, hantar surat cinta kat dia. Tahukah kau itu telah menjatuhkan saham aku?” kata Shahrul, tidak mempedulikan ugutan Saerah.

 

“Nadirah nak kahwin hujung minggu depan. Kau nak pergi tak?” Saerah terus memintas supaya Shahrul tidak terus melalut.

 

“Oh, dia nak kahwin. Haruslah pergi. Kau?”

 

“Haruslah pergi. Aku balik dengan kereta kau. By the way, jangan lupa sediakan lagu tu. Pelamin Anganku Musnah, lagu tu memang sesuai dengan kau. Okaylah, Shahrul. Ya, aku sayangkan kau jugak. Bye.” Saerah terus mematikan panggilan lalu ketawa.

 

“Hoi, siapa cakap kau boleh balik dengan kereta aku? Hoi!” Shahrul memandang telefon bimbitnya dengan geram. Tiba-tiba, bibirnya mengukirkan senyuman sinis, “Oh, mungkin aku boleh guna dia untuk tolak kereta aku kalau kereta aku tiba-tiba mati tengah jalan. Kereta aku pun memang dah lama tak servis. Oh, yeah.”

 

Semangat untuk menyental lantai itu dengan girang kembali membara. Namun semangat itu malap apabila sepasang kasut muncul di hadapan mata Shahrul. Dia yakin sepasang kasut berjenama itu telah mengotorkan lantai yang baru sahaja dia sental.

 

“Shahrul, kau kena tolong aku.” Muncul lelaki Korea itu di hadapan Shahrul dengan muka sepolos mungkin, memerlukan pertolonganlah katakan.

 

“Muka aku ada nampak macam pusat meminta pertolongan ke?” 

 


 

“Kalau awak datang sini nak cari Saiful, dia belum balik,” Saerah terus menutup pintu rumahnya namun dihalang oleh kasut lelaki itu.

 

Khai semestinya tidak datang ke rumah bekas kekasihnya untuk menemui adik kepada bekas kekasihnya. Dia datang untuk menemui Saerah, untuk bercakap dengan perempuan itu tentang hubungan mereka.

 

“Saerah, awak kena dengar apa saya nak cakap,” tegas Khai, berharap Saerah akan mendengar apa yang dia cuba sampaikan. Saerah membuka pintu itu seluas-luasnya.

 

“Cakap,”

 

“Hari tu, saya buat keputusan terburu-buru. Saya tak bermaksud nak putuskan hubungan kita. Awak tahu saya sayang awak, kan? Saya tertekan sebab sepanjang hubungan kita awak tak pernah nak percayakan saya. Awak tak pernah cakap awak sayangkan saya. Awak langsung tak hargai saya. Awak layan Shahrul lebih baik daripada awak layan saya. Awak kena faham, Saerah. Saya buat macam tu sebab saya cemburu. Saya ego. Saya masih cintakan awak. Kita baiki hubungan kita?” rayu Khai.

 

Saerah akui, sepanjang dia bersama dengan Khai, dia tidak pernah mengucapkan rasa cinta atau sayang. Baginya, itu semua tidak perlu diluahkan melalui perkataan. Cinta dan sayang itu adalah untuk dirasai. Saerah menerima Khai sebagai kekasihnya dahulu kerana Khai seorang yang kuat bekerja. Khai pernah memberitahunya yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Dia pernah bergurau yang mungkin dia akan berkahwin ketika berumur 50 tahun supaya mempunyai teman untuk menghabiskan sisa hayatnya. Itu yang menarik perhatian Saerah, kerana dia sendiri hanya memerlukan teman. Dia juga tidak pernah terfikir untuk berkahwin.

 

“Terima kasih,” Saerah terus menghempaskan daun pintu. Khai yang terkejut terlompat ke belakang. Memujuk Saerah lebih rumit daripada menyelesaikan urusan di pejabat.

 

 


 

Walaupun rupa Shahrul tidak mempunyai gaya seperti pusat meminta pertolongan, dia masih berhati perut untuk membantu lelaki berumur 24 tahun yang kelihatan seperti budak berumur 10 tahun, jika bercakap tentang wajah jambunya.

 

“Kau, dengan ini, aku lantik sebagai penyental jamban rumah ni untuk membalas budi aku,” Shahrul berpeluk tubuh sambil memerhatikan Baek Gu yang sedang mengheret bagasinya ke dalam bilik itu, bilik kosong di dalam rumah sewa Shahrul itu. Kosong di sini membawa maksud tidak berpenghuni.

 

“Tak cukup lagi ke aku sental lantai kafe kau tadi?” tanya Baek Gu lalu berbaring di atas katil. Kerana segala kad yang dia miliki patah akibat digilis kereta, Baek Gu terpaksa menumpang di rumah Shahrul. Semua kadnya akan siap dalam masa sebulan dan itu bermakna Baek Gu terpaksa mengikat perut selama seminggu kerana semua duitnya juga telah dicuri. Namun minda bergeliga Baek Gu mendapat idea yang lebih bagus daripada mengikat perut. Apa gunanya mempunyai kawan yang memiliki sebuah kafe?

 

“Lantai kafe tak kira sebab kau yang kotorkan semula. Kau nak tinggal sini ke tak?” tanya Shahrul. Baek Gu mengangguk.

 

“Rumah ni ada peraturan. Pertama,” Shahrul mengangkat jari telunjuknya, mewakili satu, “Dilarang membawa masuk perempuan. Lelaki juga tak dibenarkan kalau kau gay. Tak ada tolak ansur dalam peraturan pertama ni. Kalau kau nak mengawan, sila bawa urusan anda ke tempat lain dan jauh daripada mata aku yang suci.”

 

“Kedua, jangan sesekali kau bawak balik makanan dalam rumah ni. Kau hanya boleh makan makanan yang ada dalam rumah ni, kalau kau nak makan benda lain, sila makan di luar,”

 

“Kenapa pulak?” dahi Baek Gu berkerut. Dia boleh menerima peraturan pertama dia sendiri tidak tergamak untuk melakukan perkara itu di dalam rumah orang lain tetapi agak hairan dengan peraturan kedua.

 

“Sebab ada makanan kau boleh makan tapi aku tak boleh makan. Contohnya,” Shahrul mengembangkan hidungnya lalu membuat bunyi haiwan yang haram dimakan itu. Baek Gu terus ketawa galak kerana Shahrul yang cuba meniru gaya seekor khinzir itu sangat melucukan.

 

“Kenapa tak boleh makan? Kau alergik ke?” Baek Gu bangkit daripada pembaringan dan duduk menghadap Shahrul yang sedang bersandar pada pintu bilik.

 

“Lebih teruk daripada alergik, haram. Islam mengharamkan umatnya untuk makan makhluk tu,” Shahrul yang mula lenguh mengambil tempat di sebelah Baek Gu, “Kau mungkin tak faham kenapa, jadi kau buat je apa yang aku suruh. Selain tu, jangan minum arak dalam rumah ni. Kau minum kat luar dan selepas kau dah tak mabuk baru kau balik.”

 

“Kejam,” komen Baek Gu.

 

“Peraturan ketiga, tandas. Cuci tempat duduk tandas tu setiap kali lepas guna. Lepas tu, tolong tutup mangkuk tandas. Aku tak sanggup tengok hasil laburan orang lain,” Shahrul membuat muka jijik kerana itulah yang selalu dia lihat ketika menggunakan tandas di kafe. Dia beberapa kali terfikir untuk menutup tandas itu daripada kegunaan umum tetapi bila difikirkan semula, terasa kasihan pula. Baek Gu mengangguk. Sebagai seorang yang menumpang, dia akan patuh kepadap peraturan-peraturan itu kerana ianya terlalu mudah.

 

“Kau bagi tak aku kerja kat kafe?” tanya Baek Gu. Dia betul-betul memerlukan duit.

 

“Boleh tapi dengan satu syarat. Kalau kau curi makan kek keju kat kafe, aku tendang kau keluar daripada rumah ni. Kalau kau nak makan, kau kena bayar. Makanan dalam rumah ni je yang kau boleh makan secara percuma. Ada faham?”

 

“Yes, sir!” Baek Gu mengangkat tabik hormat, gembira kerana diterima bekerja di kafe milik Shahrul.

 

“Panggil aku Tuanku,”

 

“Ya, Tuanku!” Baek Gu yang sememangnya tidak tahu apa itu ‘Tuanku’ hanya menurut.

 

 


 

“Kenapa awak diam?” Baek Gu memecahkan kesunyian antara dia dan Saerah dengan soalan itu. Dengan meminjam gaji pendahuluan daripada Shahrul, Baek Gu berkemampuan untuk menaiki teksi dan bertemu dengan Saerah di warung yang terletak di tepi jalan itu. Sejak tadi, Saerah tidak bersuara.

 

“Kenapa lelaki suka buat keputusan sesuka hati? Kenapa besarkan sangat ego? Kenapa?!!” Jerit Saerah lalu menampar meja di hadapannya. Baek Gu menjarakkan diri daripada meja itu sedikit, tidak mahu menjadi mangsa amukan Saerah. Baek Gu melambai ke arah orang ramai yang sedang melihat, memberi isyarat yang mereka tidak apa-apa.

 

“Ingat aku ni apa? Kau buat keputusan sesuka hati kau je? Geramnya aku!!” Saerah menampar meja itu lalu berdiri. Baek Gu terasa seperti ingin melarikan diri kerana sejujurnya dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mata sepet Baek Gu tidak berkelip memandang Saerah yang sedang mengamuk. Dia bimbang botol sos di hadapan mereka akan singgah dikepalanya.

 

“Kenapa awak ni?” tanya Baek Gu.

 

“Kau jangan tanya aku kenapa!” jerkah Saerah. Baek Gu terus terdiam. Dia ingin bertanya adakah perempuan itu sedang mengalami ‘derma darah bulanan’ tetapi bimbang botol sos itu akan betul-betul hinggap di atas kepalanya.

 

“Ayoyo, jangan gaduh-gaduh adik manis. Ini warung orang datang untuk makan. Kalau mahu gaduh pergi main jauh-jauh la. Abang, bawa ini buah hati pergi main tempat lain. Saya mahu berniaga cari duit. Isteri saya cukup bulan sudah mahu bersalin. Ayo, abang. Tolonglah kasihankan saya,” seorang lelaki warga India yang merupakan pemilik warung itu merayu.

 

“Okay, okay.” Baek Gu yang tidak mahu terus menjadi tontonan menarik tangan Saerah untuk pergi daripada warung itu. Saerah hanya mengikut. Dia tidak tahu mengapa dia terlalu mengikutkan perasaan, mungkin kerana dia sedang haid. Dia terasa bersalah pula kerana telah melampiaskan rasa marahnya pada orang yang tidak bersalah. Mereka berjalanan beriringan, kembali mendiamkan diri.  

 

“Awak ada masalah?” tanya Baek Gu, kebisuan antara mereka membuatkan dia rimas. Wajah gadis itu diteliti, cuba membaca air muka Saerah.

 

“I’m sorry. Saya dah malukan awak tadi,” pinta Saerah ikhlas. Baek Gu tersenyum nipis lalu menggelengkan kepala. Saerah tidak perlu meminta maaf kerana dia langsung tidak marah atau terasa hati. Dia faham gadis itu hanya mengikutkan perasaan sebentar tadi.

 

“Tak apa. Saya tak ada kemaluan.” Kata Baek Gu. Itu membuatkan Saerah ketawa besar. Lelaki itu selalu mampu membuatkan dia ketawa dengan kenaifannya dalam berbahasa Melayu. Ketawa Saerah berpanjangan. Baek Gu mula risau gadis itu sudah hilang kewarasan akibat tekanan perasaan. Sebentar tadi Saerah kelihatan seperti ingin membunuh seseorang dan kini kelihatan seperti sedang digeletek pula.

 

“Are you okay?” Baek Gu menepuk belakang Saerah yang mengalami kesukaran untuk bernafas kerana ketawa dengan sangat bersemangat. Badan Saerah terasa ringan, ringan daripada sebarang emosi yang membuatkan dia bersedih hati.

 

“Saya okay. Baek Gu, don’t you ever use that word again.” Pesan Saerah. Lelaki itu boleh menyebabkan orang lain salah faham.

 

“Huh? Which word? “

 

“Kemaluan.”

 

“Kenapa?”

 

“There is something called ‘Translator’,” jawab Saerah, menggunakan ayat yang Baek Gu gunakan ketika mengajak dia keluar beberapa minggu yang lepas. Baek Gu mengeluarkan telefonnya untuk mencari makna bagi perkataan itu.

 

“Ah, lupa. Internet dah tak boleh guna. Membazir.” Kata Baek Gu, tetapi lebih kepada bercakap dengan diri sendiri. Saerah yang mendengar terasa hairan, sangat hairan apabila perkataan ‘membazir’ keluar daripada mulut seorang lelaki yang lebih suka tidur di hotel berbanding rumah sendiri yang gah seperti istana. Sangat menghairankan. Terlalu menghairankan.

 

“Membazir?”

 

“Yeah, membazir. Saya tak ada duit nak bayar,” Baek Gu menjawab kecurigaan Saerah itu. Saerah ternganga. Ini memang pelik bin ajaib.

 

“Keluarga awak muflis ke?” itu sahaja yang Saerah mampu fikirkan ketika itu. Baek Gu tersenyum.

 

“Mana ada. Saya kena rompak pagi tadi. Kad saya semua patah. Nasib baiklah kad pengenalan saya tak patah. Duit semua kena curi,” Baek Gu menggosok lehernya yang terasa sejuk.

 

“Malangnya hidup awak,” komen Saerah.

 

“I knew right. Ah, kenapa dengan awak tadi? What happened?” tanya Baek Gu. Dia perlu tahu mengapa dia dimarahi tadi.

 

“My ex-boyfriend, saya ada masalah dengan dia.” Jujur Saerah. Baek Gu mengemaskan pegangannya pada lengan Saerah. Saerah terus mendongak memandang Baek Gu, “Dia nak kami kembali bersama. Saya tak nak. Saya dah tolak dia.”

 

“So?”

 

“Saya cuma lepaskan geram. Dia sangat menyakitkan hati. “

 

“Dan saya kelihatan seperti orang yang sesuai untuk awak  lepaskan geram?”

 

“Tak. Bukan macam tu. Cuma.. muka awak macam senang dibuli jadi saya lepaskan kat awak. Saya tahu awak takkan marah,” kata Saerah. Baek Gu tersenyum lebar.

 

“No, Saerah. Awak percayakan saya. Awak selesa dengan saya. Sebab tu awak lepaskan perasaan awak pada saya. Itu jawapan yang sebenarnya. Am I right?” uji Baek Gu. Dia hanya ingin bergurau dengan gadis itu, sedangkan yang sebenarnya itulah perasaan Saerah padanya. Saerah menarik tangannya daripada pegangan Baek Gu lalu berpeluk tubuh.

 

 “Not at all. Don’t be too conceited. Jom balik,” Saerah melangkah menjauhi Baek Gu. Baek Gu tersenyum lagi. Saerah sepatutnya menggunakan cara lain untuk mengelakkan diri daripada soalannya. Baek Gu sudah tahu taktik itu. Saerah selalu ingin balik jika perkara terjadi tidak seperti yang dia inginkan. Comel, itu pandangan Baek Gu tentang Saerah.

 

“Saerah! Awak tertinggal sesuatu!” jerit Baek Gu apabila Saerah sudah sangat jauh. Langkah Saerah terus terhenti. Dia merengus atas kecuaiannya lalu kembali melangkah ke arah Baek Gu. Dia mengekalkan muka batu, supaya Baek Gu takut untuk mengusik dan mengenakannya.

 

“Apa?” tanya Saerah, ingin tahu apa yang telah dia tinggalkan di situ.

 

“Tapak kaki,” Baek Gu terus tersenyum, seperti kanak-kanak yang diberikan gula-gula yang manis. Mungkin senyuman Baek Gu ketika itu lebih comel daripada kanak-kanak dan lebih manis daripada gula-gula. Saerah terus menampar bahu  Baek Gu, geram kerana dipermainkan. Baek Gu menggosok bahunya yang perit. Senyuman masih terukir pada wajahnya, “Gurau je. Awak tertinggal saya.”

 

 

-04-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?