SM-01

SEOULMATE (Light, Love & Baek Gu)

 

 

 

Saerah melangkah laju ke arah pintu gerbang hotel bertaraf lima bintang itu sebaik sahaja keluar daripada perut teksi. Dia telah berjanji untuk bertemu Khai pada pukul lapan setengah malam. Jam tangannya menunjukkan pukul lapan empat puluh lima jadi Saerah mempercepatkan langkahnya walaupun kakinya terasa kurang selesa setiap kali langkah dihayunkan. Kini dia tahu mengapa ada segelintir wanita tidak menyukai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi hanya sesuai untuk dipakai oleh model majalah, bukan untuk kegunaan harian.

 

Saerah membetulkan tali beg tangannya sambil meneruskan langkahnya yang semakin laju. Saerah terundur ke belakang beberapa tapak apabila tubuhnya berlaga dengan tubuh seseorang, mujurlah seseorang dan bukannya tiang. Jika dia terlanggar tiang, pasti dia akan memalukan dirinya di hadapan orang ramai. Saerah mencangkung untuk mengutip cardingan yang terjatuh. Dia mengambil cardingan coklat itu lalu kembali bangkit.

 

“I am sorry,” pinta Saerah lalu menghulurkan cardingan tersebut. Dia melirik ke arah jamnya. “I am sorry but I really have to go,” kata Saerah apabila cardingan itu berpindah tangan. Dia kembali melangkah tetapi tidak sempat dia menjauhi individu itu, lengan Saerah ditarik dan gadis berumur dua puluh satu tahun itu terundur ke belakang.

 

“You broke my watch,” kata lelaki itu lalu menunjukkan ke arah jam tangannya yang terjatuh di atas lantai. Cermin jam itu retak. Saerah mula rasa bersalah. Dia mendongak untuk meminta maaf sekali lagi.

 

“You?” Saerah tercengang apabila wajah lelaki itu menyapa penglihatannya.

 

“Oh my, Saerah? Nice to meet you, again. Do you remember me?” tanya lelaki itu sambil tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang buruk pernah antara dia dan Saerah. Saerah merentap lengannya daripada pegangan lelaki itu lalu menjarakkan diri.

 

“Tell me, Baek Gu. How can I ever forget you?” tanya Saerah. Sejak peristiwa yang berlaku itu, Saerah sudah serik untuk pergi ke kelab malam. Peristiwa itu berlaku tiga bulan yang lalu.

 

 


 

“Emma, cepatlah. Jomlah kita pergi jalan-jalan,” Saerah menggesa Emma yang berbaring di atas katil itu. Mereka sedang berada di dalam sebuah bilik hotel di Korea. Percutian tiga hari dua malam itu ditaja oleh suami Emma yang merupakan seorang peguam. Mereka sepatutnya datang berdua untuk berbulan madu untuk kali kedua tetapi suaminya, Badrul telah menyuruh Saerah untuk menemani Emma memandang dia tiba-tiba mempunyai urusan yang lebih penting. Urusan yang lebih penting? Oh, lelaki memang kejam.

 

“Malaslah, Saerah. Kita pergi esok, ya? Aku mengantuklah,” kata Emma sambil memeluk bantal. Saerah memang faham benar dengan perangai Emma. Saerah yakin Emma sedang merajuk dengan Badrul sehinggakan langsung tidak mahu keluar. Saerah fikir tidak sepatutnya mereka datang jauh-jauh semata-mata untuk terperap dalam bilik hotel.

 

“Alah...takkan kita nak duduk dalam bilik je? Jomlah, Emma.” Saerah cuba memujuk Emma. Saerah duduk di tepi katil lalu menggoyangkan bahu Emma. Emma menekup kedua-dua belah telinganya, jelas sekali yang dia nekad untuk tidak keluar pada malam itu. Saerah mencebik. Alamatnya tengok televisyen sahajalah dia pada malam itu.

 

“Kalau kau rasa kau nak keluar, kau keluarlah. Kau jangan pergi jauh-jauh pulak tau,” kata Emma. Saerah tersengih ke arah Emma. Kenapa dia tidak terfikir untuk keluar sendiri? Saerah yang sememangnya sudah bersiap terus mencapai beg tangannya yang terletak di atas meja solek.

 

“Kau jangan pergi jauh-jauh tau,” pesan Emma sekali lagi. Saerah mengeluarkan kad pengenalannya daripada beg duit lalu menayangkan kad itu ke arah Emma. Emma menaikkan kening kanannya, hairan dengan tindakan gadis itu.

 

“Nombor IC aku mula dengan nombor 93 tau, bukan 20.” Saerah menyimpan kembali kad pengenalan itu lalu tersenyum bangga ke arah Emma. Saerah harap Emma akan memahami maksudnya. Dahi Emma berkerut-kerutmemandang Saerah. Saerah yakin yang Emma tidak memahami kata-katanya sebentar tadi.

 

“Maksud aku, aku dah 21 tahun jadi kau tak payahlah risau. Aku bukan budak belasan tahun yang tak tahu jaga diri. Jangan risaukan aku. Aku pergi dulu,” Saerah melangkah keluar daripada bilik hotel itu dengan penuh gembira seperti burung yang terlepas daripada sangkar. Dia tidak pasti sama ada seekor burung gembira apabila dilepaskan daripada sangkar tetapi apabila difikirkan semula, siapa yang tidak sukakan kebebasan?

 

Pengalaman membeli-belah di Myeongdong sangat menyeronokkan. Saerah telah membeli beberapa helai pakaian dan beberapa ole-ole untuk ahli keluarganya. Walaupun bersendirian, dia tidak merasa sunyi kerana suasana malam di situ sangat meriah. Saerah menahan sebuah teksi. Hari sudah lewat malam jadi dia sepatutnya sudah kembali ke hotel. Emma pasti akan membebel apabila dia sampai di hotel nanti. Saerah masuk ke dalam perut teksi dan tersenyum ke arah pemandu teksi itu. Dia menunjukkan sekeping kertas yang tertulis alamat hotel lalu menerima anggukan daripada pemandu teksi tersebut.

 

Perjalanan dari hotel ke pusat membeli-belah di Myeongdong hanya memakan masa beberapa minit jadi Saerah hairan apabila perjalanan pulang terasa lambat. Saerah terdetik untuk bertanya tetapi tiada gunanya dia bertanya jika pemandu berkenaan tidak dapat memahami soalannya. Dia memandang ke luar, membaca semua papan tanda yang sempat dilihat oleh matanya. Semakin lama, teksi yang dia naiki semakin keluar daripada kawasan bandar dan bangunan-bangunan tinggi kini berganti dengan kawasan perumahan. Saerah mengeluh perlahan apabila telefonnya terus mati kerana bateri lemah.

 

“Hey, where is this?” Saerah menepuk bahu pemandu teksi itu. Pemandu tersebut tiba-tiba membelok ke kiri dan membrek secara mengejut. Badan Saerah terdorong ke hadapan dan kepalanya berlaga dengan tempat duduk pemandu. Jantungnya berdetak laju. Pemandu tersebut tiba-tiba muntah dan ketawa. Bau muntahannya menyebabkan Saerah terasa mual jadi dia terus menggepit hidungku menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Lelaki itu menyandarkan kepala pada stereng dan terus tidak sedarkan diri. Saerah keluar dan lari meninggalkan teksi itu. Dia ingin membantu pemandu teksi itu tetapi keadaan tidak menizinkan. Pemandu teksi itu sangat menakutkan jadi Saerah kira lebih baik jika dia menjauhkan diri daripada lelaki itu.

 

Saerah resah sepanjang melangkah. Dia tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan teksi di kawasan perumahan itu. Dia memerhatikan kawasan sekeliling. Kawasan itu kelihatan seperti kawasan perumahan elit memandangkan kebanyakan rumah di situ sangat besar dan dikelilingi oleh pagar batu yang tinggi.

 

Saerah tiada pilihan lain selain meminta bantuan penduduk di situ. Dia menekan loceng sebuah rumah dengan harapan penghuni rumah itu akan keluar dan membantu dia yang berada dalam kesempitan. Selepas beberapa kali, penghuni rumah tersebut masih tidak memunculkan diri. Saerah seorang yang tidak mudah berputus asa jadi dia terus menekan loceng tersebut. Dia sanggup menekan loceng itu sehingga punat itu tertanggal dan sehingga penghuni rumah tersebut menjadi pekak akibat bunyi loceng yang tidak berhenti berdering. Harapannya termakbul apabila pagar kecil rumah itu terbuka daripada dalam. Saerah berhajat untuk memeluk insan itu untuk menunjukkan rasa bersyukur yang bergelodak dalam jiwanya tetapi dia terus membatalkan hajat itu apabila tubuh lampai seorang jejaka menyapa medan penglihatannya.

 

“Nuguseyo? (Awak siapa?)” Minda Saerah ligat memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan jejaka bermata sepet itu. Lelaki itu memerhatikan Saerah daripada atas sehingga ke bawah. Saerah berdehem perlahan sebelum bersuara.

 

“Yo...I am not a Korean so I couldn’t understand what you just said. Hmm...actually I am lost here. I am from Malaysia.” Tutur Saerah. Dia sengaja memulakan ayatnya dengan perkataan ‘yo’ kerana ayat terakhir lelaki itu berakhir dengan ‘yo’.

 

“Call 119,” ujar lelaki itu selamba lalu menutup pintu pagar kecil itu dan meninggalkan Saerah yang tercengang. Penduduk Korea sangat ramah dan mesra? Adakah menutup pintu pagar di hadapan muka seorang yang memerlukan pertolongan boleh dilabelkan sebagai ramah dan mesra? Saerah menendang pintu pagar kecil itu lalu merengus. Saerah ingin menjerit dan meraung tetapi hujan lebat tiba-tiba turun. Tanpa mempedulikan apa yang bakal jejaka tadi katakan, Saerah terus menekan loceng seperti hidupnya bergantung sepenuhnya pada loceng itu. Lelaki itu wajib membantunya. Kata siapa? Kata Saerah.

 

“Help me!!” kata Saerah sambil menekan loceng itu sekuat dan sekerap yang mungkin.

 

Baek Gu melemparkan telefon bimbit ke atas sofa apabila loceng rumahnya tidak berhenti berbunyi. Dia berniat untuk tidak mempedulikan gadis yang tidak dikenali itu. Hujan lebat yang tiba-tiba turun perlahan-lahan melenturkan keputusannya sebentar tadi. Bunyi loceng yang menyakitkan hati itu menyebabkan Baek Gu terus mengatur langkah ke arah pintu dan mencapai sekaki payung. Dia tidak senang apabila seseorang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumahnya tetapi dia akan menolong gadis itu kerana hujan sedang turun dengan lebatnya. Dia masih mempunyai hati dan perasaan.

 

 

Pintu pagar itu akhirnya kembali terbuka, memberi Saerah sinar harapan yang dia tidak akan mati kesejukan di situ dan masih diberi kesempatan untuk melihat matahari pada hari esok. Itupun sekiranya lelaki di hadapannya itu merupakan seorang lelaki yang baik. Baek Gu jatuh kasihan melihat keadaan gadis itu yang basah kuyup.

 

“Come in,” arah Baek Gu yang sedang berdiri dengan sekaki payung melindungi kepalanya. Saerah melangkah beberapa tapak ke hadapan untuk berteduh di bawah payung itu lalu menunggu lelaki itu untuk mengunci pintu pagar. Saerah tidak berpeluang untuk meneliti halaman rumahnya kerana hujan turun semakin lebat. Mereka berjalanan beriringan tanpa bersuara. Saerah mula rasa berdebar kerana dia tidak mengenali lelaki itu, lelaki itu juga kelihatan seperti tidak menyenangi kehadirannya.

 

Saerah mendongak untuk mencuri pandang Baek Gu yang sedang memandang lurus ke hadapan tanpa mempedulikannya. Kalau Saerah dipinta untuk membuat kesimpulan sendiri, dia yakin lelaki itu berasal daripada keturunan yang berada dengan genetik yang baik. Rupa parasnya yang menarik dan rumahnya yang mewah menjadi bukti yang kukuh. Baek Gu menyedari yang Saerah sedang meneliti wajahnya tetapi dia berpura-pura seperti tidak tahu.

 

“Wait a minute.” Kata Baek Gu lalu pergi meninggalkan Saerah berdiri berhampiran rak kasut. Baek Gu tidak mahu Saerah menapak ke dalam rumahnya dengan keadaan yang basah. Saerah menolak rambut yang melekat di dahinya lalu berpeluk tubuh untuk menahan kesejukan. Dia menggosok-gosok bahuku sambil menghembuskan nafas melalui mulut. Hiasan dalaman rumah itu kelihatan seperti gambar-gambar yang Saerah selalu lihat di dalam majalah dekorasi rumah. Rumah itu sangat sunyi jadi Saerah yakin yang Baek Gu tinggal bersendirian di rumah itu. Lelaki itu muncul kembali dengan pakaian dan tuala.

 

“Macam mana dia ada pakaian perempuan? Lelaki ni ada masalah identiti ke apa?” ayat-ayat itu meluncur laju daripada bibir Saerah. Muka jambu lelaki itu menguatkan lagi andaian Saerah yang lelaki itu mempunyai masalah identiti.

 

“Saya lelaki sejati. Perlukan bukti?” tanya Baek Gu. Dia agak tertarik apabila mendengar gadis itu berbahasa melayu. Baek Gu dibesarkan oleh jirannya yang berbangsa melayu jadi dia juga fasih menggunakan bahasa itu. Dinding yang dia bina antara dia dan Saerah perlahan-lahan runtuh.

Saerah menggigit bibirnya supaya mulutnya tidak terlopong dan kelihatan dungu. Dia tidak menyangka lelaki itu mampu berbahasa melayu. Saerah menunduk lalu memandang jari kakinya. Dia mendongak apabila lelaki itu menghulurkan pakaian dan tuala itu kepadanya.

 

“Jiran parent saya orang melayu. Dia selalu jaga saya ketika keluarga saya keluar bekerja masa saya kecil dulu. Jadi, awak tak perlu hairan macam mana saya boleh berbahasa melayu. Saya memang pandai banyak bahasa,” jelas lelaki itu. Dia tahu yang gadis itu agak terkejut apabila dia mampu berbahasa melayu.

 

“Thanks,” kata Saerah, merujuk kepada pakaian dan tuala yang Baek Gu berikan padanya.

 

 

“Macam mana awak boleh tersesat kat sini?” tanya Baek Gu. Mereka sedang duduk di ruang tamu rumah lelaki itu sambil menikmati minuman coklat panas. Mereka telah berkenalan dan mengetahui nama masing-masing. Sepanjang perbualan, Baek Gu telah menggunakan dua jenis bahasa iaitu Inggeris dan Melayu. Baek Gu telah berjanji yang dia akan menghantar Saerah pulang ke hotel apabila hujan sedikit reda. Menurut Baek Gu, memandu ketika hujan lebat sangat berbahaya kerana banyak jalan di kawasan bandar tidak rata dan boleh menyebabkan kemalangan. Saerah menceritakan segala yang telah berlaku kepada Baek Gu.

 

“Saya yakin yang pemandu teksi tu mabuk,” kata Baek Gu dengan pelat Korea. Cara percakapannya kedengaran seperti orang cina yang berbahasa melayu. Ada masanya dahi Saerah akan berkerut untuk memahami apa yang Baek Gu cuba sampaikan. Pada mulanya Saerah menyangka yang Baek Gu merupakan lelaki yang sombong dan mementingkan diri sendiri namun setelah berbual dengannya, Saerah merasakan yang Baek Gu tidaklah seteruk mana.

 

“Awak tinggal sendiri ke?” tanya Saerah lalu menghirup minuman yang hangat itu. Baek Gu mengangguk lalu turut menghirup minumannya. Semakin lama Saerah memandang Baek Gu, semakin dia rasa seperti Baek Gu adalah seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada majalah fesyen. Rupa parasnya sangat menarik walaupun matanya sepet dan hidungnya tidaklah semancung lelaki barat. Saerah rasa tarikan utama lelaki itu adalah senyumannya. Senyuman yang terukir di bibir nipis lelaki itu kelihatan sangat comel, lebih-lebih lagi ketika dia mempamerkan barisan giginya yang putih dan kecil. Dia kelihatan seperti pelajar sekolah.

 

“Saya sendiri pun jarang tidur kat sini,” kata Baek Gu.

 

“Habis tu? Awak tidur kat rumah parent awak ke?”

 

“No. Saya selalu tidur kat hotel,”

 

Kalau Saerah mempunyai rumah yang sebegitu cantik dan besar, dia langsung tidak akan keluar. Dia akan memerapkan diri di dalam rumah dan berlagak seperti janda yang kematian suami kayanya. Saerah dan imaginasinya, terbaik.

 

“Berapa umur awak?” tanya Saerah lagi. Saerah memandang Baek Gu yang sedang duduk bertentangan dengannya.  Saerah meneguk sisa baki minumannya kerana minuman itu sudah sejuk.

 

“Twenty-four,”

 

Minuman coklat itu tiba-tiba termasuk ke dalam saluran pernafasan gadis itu dan membuatkan Saerah tersedak lalu terbatuk-batuk. Hidungnya terasa perit dan dadanya terasa seperti terbakar. Dua puluh empat? Wajahnya kelihatan seperti rakan-rakan sebayanya jadi Saerah tidak pernah menyangka yang lelaki itu tua tiga tahun lebih daripadanya.

 

“What’s wrong?” tanya Baek Gu. Saerah meletakkan mug itu lalu mengelap titisan air coklat yang tersembur pada bajunya menggunakan tisu yang terletak pada meja kopi di hadapan mereka.

 

“Nothing.” Dalih Saerah lalu menggosok hidungnya yang pedih. Matanya tiba-tiba tertancap pada cermin tingkap. Hujan lebat kini sudah semakin reda. Apabila Saerah berpaling, Baek Gu turut sedang memandang ke arah tingkap itu. Lelaki itu bangun lalu mendapatkan kunci kereta.

 

“Let’s go,” kata Baek Gu.

 

“Wait, I will go and get my hand phone first,” kata Saerah lalu bergerak ke arah telefon bimbitnya yang sedang dicas.

 


 

“Kau pergi Myeongdong? Seriously, Saerah?!”

 

Saerah menekup kedua-dua belah telinganya apabila Emma bersuara menggunakan suara unik ala-ala ikan lumba-lumba di lautan. Saerah yakin Emma dapat mengalahkan Mariah Carey jika mereka beradu nada tinggi siapa paling hebat.

 

“Aku suruh kau keluar dekat kawasan hotel ni je! Macam mana kalau apa-apa terjadi kat kau? Apa aku nak jawab dekat mak bapak kau?” marah Emma. Saerah mencebik lalu berlagak comel untuk mendapatkan simpati Emma. Jika Emma berterusan memarahinya menggunakan nada tinggi itu, telinganya berkemungkinan akan berdarah.

 

“I’m sorry. Aku tahu aku salah tapi janganlah marah aku. Aku baik-baik je ni,” ujar Saerah. Saerah bagaikan terlihat kepulan asap hitam keluar daripada kedua-dua belah telinga sahabatnya itu. Saerah memegang telefon bimbitnya dengan erat, bersedia untuk mendapatkan bantuan sekiranya kemarahan Emma yang berapi-api itu menyebabkan kebakaran di dalam bilik hotel itu. Telefon Saerah tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan Kakaotalk yang masuk.

 

“See you again?” Saerah membaca pesanan itu. Dia menyentuh skrin telefonnya untuk membesarkan gambar profil individu yang telah menghantar pesanan itu. Saerah terkejut apabila gambar Baek Gu menyapa pandangannya. “Saerah, aku tengah bercakap dengan kau ni!” Emma bercekak pinggang sambil memandang Saerah tajam.

 

“Yes, mom.”

 


 

Keesokan harinya, mereka bersiar-siar di Namsan dengan bantuan seorang pemandu pelancong. Saerah dan Emma menikmati saat-saat mereka di situ sepenuhnya. Mereka telah pergi ke Menara Namsan, lokasi yang selalu muncul di dalam filem-filem dan drama-drama Korea. Tempat itu dikunjungi oleh ramai pasangan, lebih-lebih lagi di bahagian di mana kami boleh mengunci mangga tanda ingatan di situ. Kawasan itu sangat menarik dan membuatkan Saerah curiga mengapa menara itu masih tidak runtuh akibat menampung mangga yang bertimbun itu.

 

Emma membeli-belah seperti tiada hari esok. Bonet teksi yang mereka naiki penuh dengan barang-barang yang dibeli olehnya. Emma bagaikan terlupa yang dia sedang merajuk dengan Badrul apabila diberi peluang untuk membeli-belah. Tipikal perempuan. Kadang-kadang Saerah terasa cemburu dengan apa yang Emma ada. Seawal usia 21 tahun, dia sudah mempunyai suami sedangkan Saerah masih lagi terkapai-kapai untuk mencari pekerjaan yang stabil. Kerjayanya sebagai fitting model tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Gaji yang dia dapat hanya cukup untuk menampung keperluan hariannya.

 

Saerah seorang yang suka bergaya jadi dia telah memilih untuk menjadi model. Memandangkan dia susah mendapat peluang untuk menjadi model pentas peragaan, dia memilih untuk bermula daripada bawah. Ibu dan bapanya menentang keputusannya itu tetapi Saerah rasa dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

 

“Club?” tanya Saerah dengan penuh mengharap. Dia pernah ke kelab malam sebanyak tiga kali dan dia dapat menyesuaikan diri. Dia tidak pernah menyentuh minuman beralkohol dan hanya sekadar menikmati muzik di sana untuk melepaskan tekanan. Emma menggelengkan kepalanya.

 

“Bad tak izinkanlah.” Saerah dapat memahami keputusan Badrul itu. Apabila berkahwin, ada benda yang sudah tidak sesuai untuk dilakukan. Ada hati yang perlu dijaga. Malam itu malam terakhir mereka di Korea jadi dia teringin sekali untuk menjejakkan kaki di kelab malam.

 

“Kalau macam tu, aku pergi sorang-sorang sajalah. Aku janji aku akan jaga diri. Lagipun sayanglah kalau aku tak gunakan tiket tajaan yang Bad bagi sehingga ke akhirnya,” Saerah ketawa kecil atas apa yang dia telah tuturkan. Dia kedengaran seperti seorang gadis pisau cukur yang hanya tahu mengikis harta orang.

 

“Betul ni? Macam mana kalau terjadi apa-apa?”

 

“Sejak kau kahwin, kau dah jadi macam mak aku pulak. Jangan risau. Kalau semalam aku terselamat, kenapa tak hari ni?” Saerah menjongketkan kening ke arah Emma, sengaja mengusik perempuan itu. Emma mencebik sebagai tanda yang dia sedang memperlekehkan Saerah. Gadis bujang itu hanya tersenyum.

 

Selepas mendapat persetujuan daripada Emma, Saerah bersiap-siap dan mengenakan blaus putih bersama skirt merah dan kasut tumit tinggi yang turut berwarna merah. Dia merapikan rambutnya yang mencecah bahu kemudian tersenyum ke arah pantulannya pada cermin. Tiba-tiba dia perasan dirinya lawa.

 

“Jangan balik lewat tau. Esok kita kena check out pukul 2 petang,” pesan Emma ketika Saerah sedang mengatup pintu bilik.

 


 

Saerah sampai di kelab malam yang terletak di dalam Hotel Grand Hyatt Seoul dengan bantuan pemandu pelancong yang membantu dia dan Emma pada siang tadi. Lelaki bernama Kevin itu sangat fasih berbahasa Inggeris. Saerah sudah tidak berani menggunakan khidmat teksi kerana dia tidak mahu perkara yang sama berulang.

 

Kelab malam itu kelihatan sangat ekslusif. Saerah menggerakkan kepalanya perlahan apabila muzik rancak yang berkumandang menyapa pendengarannya. Kelihatan manusia-manusia yang sedang menari atau perkataan yang lebih tepat adalah bergesel antara satu sama lain. Saerah mengalihkan pandangannya daripada urusan mereka itu lalu mencari kerusi untuk duduk.

 

Pengunjung-pengunjung kelab itu kelihatan seperti datang daripada golongan usahawan muda.  Saerah memesan minuman ringan lalu memerhatikan kawasan sekelilingnya. Dia hampir terlopong apabila melihat sepasang manusia sedang melakukan aksi yang sepatutnya hanya dilihat oleh individu yang berumur 18 tahun dan ke atas. Saerah pasti mereka tidak mengenali erti bilik.

 

“Annyeong,” Saerah tiba-tiba disapa. Dia berpaling ke arah suara itu datang dan kelihatan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Saerah hanya mengangguk dan tersenyum sebelum mengabaikan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu mengambil tempat di sebelah Saerah lalu memerhatikan gadis itu. ‘Aku tahu aku cantik so kalau nak puji, puji cepat-cepat lepas tu pergi main jauh-jauh.’, kata hati Saerah yang perasaan tahap dewa itu.

 

“Ireumi mwohaeyo? (Siapa nama awak?)” tanya lelaki itu. Saerah mengeluh perlahan apabila lelaki itu seperti tidak faham yang Saerah tidak menyenangi kehadirannya di situ. Lelaki itu tersenyum sambil memegang kejap segelas minuman beralkohol. Saerah yang sememangnya tidak memahami apa yang dia katakan hanya tersenyum dan mengabaikannya sekali lagi.

 

Saerah menyedut minumannya sehingga tinggal separuh lalu melihat ke arah lantai dansa. Lelaki itu menuangkan minumannya ke dalam gelas Saerah tanpa pengetahuan Saerah. Minumannya agak tinggi kandungan alkohol dan sesetengah orang akan terus mabuk selepas beberapa tegukan. Saerah menggetuk jari-jemarinya di atas riba sambil menikmati muzik yang bergema di setiap ruang. Matanya membulat apabila dia merasakan ada tangan yang menjalar pada pinggang rampingnya. Ular? Tidak, buaya darat.

 

Saerah menepis tangan lelaki itu lalu bangun untuk meninggalkan lelaki kurang pendidikan sivik itu. Saerah mencapai gelasnya yang penuh itu lalu menapak ke hadapan tetapi terhenti apabila lengannya dipaut seseorang. Saerah terdorong ke belakang, nasib baiklah gelas yang dia pegang tidak terjatuh.

 

“Waeyo? (Kenapa?)” lelaki itu tersenyum nakal. Tapak tangan Saerah terasa seperti gatal untuk menampar seseorang tetapi dia menyabarkan diri. Saerah merentap tangannya lalu memandang tajam ke arah lelaki itu. Kalau lelaki menyentuhnya sekali lagi, Saerah akan memastikan lelaki itu menyesal. Tangan Saerah sekali lagi ditarik jadi dia yang telah bersedia terus melayangkan lima jarinya tetapi sayangnya pada wajah orang lain. Bukan lelaki gatal itu yang menarik tangannya.

 

“Apa awak buat kat sini?” Saerah tidak menyangka akan bertemu Baek Gu untuk kali kedua. Saerah mula rasa yang Baek Gu memang dilahirkan untuk menjadi pelindungnya. Mungkin Baek Gu boleh mula mereka pakaian yang lebih hebat daripada pakaian seragam Batman dan Superman. Seluar dalam di luar adalah sangat dilarang. Baekman, itu adalah gelaran untuk Baek Gu si wira penyelamat.

 

Baek Gu menggosok pipinya yang terasa pijar. Saerah memerhatikan Baek Gu yang kelihatan lebih kacak daripada semalam. Rambutnya yang sepatutnya menutup bahagian dahinya telah disikat ke belakang. Saerah curiga berapa kilo gel rambut yang telah Baek Gu gunakan. Lelaki itu  kelihatan sangat maskulin.

 

“Why did you slap me?” tanya Baek Gu lalu menarik Saerah untuk duduk di sebuah sofa kosong. Saerah hanya menurut. Entah mengapa, dia terasa lega apabila bertemu lelaki itu. Saerah jatuh kasihan melihat pipinya yang masih merah. Baek Gu bernasib malang kerana telah ditampar oleh bekas atlet bola tampar sekolah.

 

“I’m sorry. Lelaki tadi ganggu saya jadi saya ingatkan dia yang sentuh saya tadi.” Jelas Saera jujur. Baek Gu mengusap pipinya lalu menggelengkan kepala sebagai tanda yang Saerah tidak perlu meminta maaf. Saerah membalas senyuman Baek Gu, pipinya tiba-tiba terasa hangat. Mereka  terus berbual-bual, kebanyakannya tentang perkara-perkara yang tidak penting. Baek Gu asyik menambah minumannya tetapi masih kelihatan waras. DIa mempunyai tahap toleransi alkohol yang tinggi.

 

“Baek Gu-ah, wasseo? (Baek Gu, awak ada kat sini?)” sapa seorang gadis lalu mengambil tempat di sebelah Baek Gu. Gadis itu memeluk lengan Baek Gu lalu membisikkan sesuatu. Baek Gu ketawa kecil sebelum menggelengkan kepala. Gadis itu mengajak dia untuk menyewa sebuah bilik hotel. Saerah yang dipinggirkan hanya memandang ke arah yang bertentangan walaupun sesekali matanya tetap berdegil untuk melirik ke arah Baek Gu. Gadis itu merengek perlahan lalu mengucup bibir Baek Gu. Saerah yakin Baek Gu tergolong dalam golongan yang tidak mengetahui makna sebuah bilik.

 

“Jigeumen mothae (Sekarang tak boleh),” Baek Gu meleraikan lengan gadis itu yang bergayut pada lehernya. Baek melirik ke arah Saerah yang  kelihatan tidak selesa. Gadis itu berdegil dan mencium Baek Gu sekali lagi. Saerah terasa sangat kekok apabila berada berdekatan dengan mereka.

 

“Yah, geumanhae (Hentikan),” kata Baek Gu lalu menolak gadis itu perlahan. Gadis itu mencebik lalu meninggalkan Baek Gu. Baek Gu membetulkan kolar bajunya sebelum berdehem perlahan. Saerah memandang ke arah gelasnya, berpura-pura seperti tiada apa-apa yang telah berlaku walaupun kesucian matanya hampir diragut sebentar tadi.

 

“Mian..err..I mean I am sorry,” kata Baek Gu. Saerah hanya mengangkat bahunya lalu menyedut minumannya selamba.

 

“Who is she?” tanya Saerah sekadar berbasa-basi.

 

“I am not sure. I think her name is Jung Ah or something,” dahi Baek Gu berkerut. Dia sebenarnya kurang pasti nama gadis itu kerana mereka hanya pernah tidur bersama sebanyak dua kali.

 

“Jung Ah or something? Wow! Nice to meet you, Mr Playboy.” Saerah kini dapat mengagak yang gadis tadi hanyalah gadis yang pernah tidur bersama Baek Gu. Baek Gu tersenyum nakal apabila mendengar soalan berbaurkan sindiran itu. Itu bukan kali pertama perempuan menggelarkannya seorang ‘playboy’. Dia sudah terbiasa dengan gelaran itu.

 

“So, you are the hottest playboy in Seoul or what?” usik Saerah lalu menghabiskan minumannya. Baek Gu ketawa kecil lalu menggelengkan kepalanya.

 

“Close enough but no, my dear. I am the hottest playboy in the whole South Korea,” Baek Gu mengakhiri ayatnya dengan mengenyitkan matanya ke arah Saerah. Ramai gadis yang telah cair selepas melihat kenyitan matanya, Saerah bakal dimasukkan ke dalam senarai.

 

“Mr Playboy, I think you need to consult an optometrist. There is something wrong with your eyes,” Saerah hampir ketawa selepas menyudahkan ayatnya. Dia tidak tahu mengapa dia mahu beradu kata-kata dengan Baek Gu. Baek Gu jelas terkejut apabila mendengar kata-kata Saerah tetapi pantas menyediakan ayat untuk membidas kata-kata Saerah.

 

“I know it. You are a homoual, right? That’s why you did not fall for my charm” kata Baek Gu, hatinya menjerit riang melihat reaksi tersentap Saerah. Saerah meletakkan gelasnya dengan kasar lalu memandang tajam ke arah Baek Gu. Jika dia tidak tergoda dengan kenyitan Baek Gu tidak bermakna dia seorang homoual.

 

“Am I? It’s whether I am a homoual or you were not charming enough to make my heart flutters. I think it is the latter,”

 

“Ouch, did you hear something cracking? My heart,” Baek Gu meletakkan tapak tangannya di atas dada kanannya lalu membuat muka simpati. Dia seronok melayan gadis itu.

 

“I beg for your forgiveness, Mr Playboy. I will do anything for you to make up for my mistake,” Saerah menunggu balasan lelaki itu. Mereka terasa seperti hanya mereka berdua yang berada di dalam kelab malam itu. 

 

“You and me, in bed. That sounds fun. This couch is large enough for us, uhm, well, what do you think?”

 

Kata-kata Baek Gu membuatkan Saerah terpempam. Dia tidak menyangka Baek Gu akan menuturkan perkara sebegitu tetapi dia silap. Semua lelaki adalah sama, Saerah akhirnya bersetuju dengan ayat itu. Lidah Saerah terkelu untuk berkata apa-apa.

 

“Silence means yes, am i right?” tanya Baek Gu. Saerah mengemaskan pegangannya pada beg tangannya lalu bangkit. Baek Gu menunggu kata-kata Saerah yang seterusnya jadi dia agak terkejut apabila Saerah tiba-tiba berdiri.

 

“Yes, Baek Gu. Yes, you can go to hell with your...” Saerah mula terasa tidak selesa. Kepalanya terasa ringan dan panas. Saerah kembali duduk lalu memicit dahinya.

 

“Are you okay?” Baek Gu risau melihat keadaan Saerah. Saerah terasa seperti dinding sekeliling sedang berpusing. Dia tidak mampu memikirkan apa-apa selain pening yang sedang dia alami.

 

“I need a bed,” kata Saerah. Dia perlu berbaring, dia tidak yakin dia mampu terus berjalan. Badannya tiba-tiba terasa lemah. Baek Gu tersenyum nakal, menyangka Saerah bersetuju dengan kata-katanya.

 

“Yeah, we need a bed,”

 

Selepas beberapa minit bersusah-payah membawa Saerah yang mabuk, Baek Gu akhirnya berjaya membaringkan Saerah di atas katil hotel lima bintang itu. Dia mengambil nafas sebelum turut berbaring di atas rilam empuk bersaiz king itu. Dia merenung ke arah syiling sebelum melihat ke arah Saerah yang sedang membebel tanpa suara. Dia menongkat tubuhnya dengan siku lalu mengiring untuk melihat Saerah dengan lebih jelas. Dia kemudian mendekatkan dirinya dengan Saerah dan perlahan-lahan jari-jemarinya mendarat di pipi mulus gadis itu.

 


 

“Why? Don’t tell me you finally think I am charming and that’s why you can’t forget me,” usik Baek Gu. Saerah berpeluk tubuh lalu mencerlung tajam ke arah Baek Gu. Saerah tidak suka apabila cebisan memori ketika di Korea itu bermain di mindanya. Lobi hotel bertaraf lima bintang yang luas itu terasa sempit dan Baek Gu kelihatan semakin kecil pada mata Saerah. Lelaki itu perlu diajar untuk berhenti menyangka yang dirinya cukup hebat dan menawan tetapi itu akan memakan masa dan mengundang kelewatan. Kelewatan pula akan mengundang amukan daripada Kai.

 

“Do you want to know what I am thinking right now?” Saerah mendekati Baek Gu perlahan-lahan. Langkah demi langkah. Bagaimana lelaki itu boleh muncul di Malaysia?

 

“Why not? It won’t harm anyone in any ways,” Baek Gu mengangkat bahunya, memprovok Saerah.  

 

“I think...you are wasting my precious time,” bisik Saerah perlahan lalu melangkah meninggalkan Baek Gu. Dia menyumpah dirinya di dalam hati kerana sudah benar-benar terlewat untuk bertemu Khai. Baek Gu tersenyum apabila mendengar kata-kata Saerah.

 

“Budi dibalas budi,” kata Baek Gu, cukup kuat untuk didengari oleh Saerah. Dia sudah berjasa kepada gadis itu sebanyak dua kali dan suatu hari dia akan meminta gadis itu membayar kembali jasa baiknya. Saerah yang mendengar hanya memekakkan telinga. Sebentar lagi telinganya akan digunakan untuk menadah leteran Khai yang selalunya datang dengan jumlah tiga bakul dan jika Khai baik hati, bakul tambahan akan diberikan.

 

 

-01-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akan dihide semua n direpost. lepas selesai edit, chapter baru akan menyusul :)

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 15: Okay.. saya baru je habis baca ff ni and I was like, /kenapa aku ni outdated sgt?! T,T/
I'm in love with this story, the characters especially with Shahrul. asdfjgjjfl xP
Sis, betul ke buku Seoulmate ni dah tak diterbitkan? Fb pun dah dekat setahun saya tak bukak. IG pun xde. Huhuhu T,T
anyway, Seoulmate memang best! ^^
DeqAh_KeyBer
#2
baca novel tu and I'm like "I need to stop imagining Baek's reaction for each situation" haha. housemate siap tanye "Baca novel ke komik tu?" sbb dok asyik gelak je baca. hahaha. dapat hari ni hari ni jugak habis
Kaireen #3
Chapter 1: Dah habis baca novel tu !! best *lempang baek gu* saya tunggu novel seterusnyaaa
baekk99
#4
Author nim..sy dh beli n bace novel akak tu..best sgt2..suke sgt jalan cerita dlm novel tu..n novel tu sesuai untuk dibace dgn adik2 .. :)
kuchens
#5
Chapter 18: Seriously sy mmg berminat, excited nk beli SM! tapi.. kalau SM akan djual dkt bookstores, I'll patiently wait ^^
*sy xpndai nk beli online ni T.T*
sweetheart__2
#6
Chapter 17: Author nim saya mahu seoul mate...ade stok lagi x?
ArmyMalaysian12 #7
Chapter 17: Author-nim ade acc FB x ? ,,Saya nk beli buku tu kat FB ..Lebih senang xD ..
exobts_fans
#8
Chapter 18: Ade jual dekat pustaka rakyat tak? Mak saya tak kasi beli online . ingat nak Cari sendiri . Ade tak ?