First date and we are couple now...

Our Love. (malay)

SM High School...

Hana menuju ke perpustakaan bersama rakan sekelasnya iaitu Eunji, Chorong, Bomi, Naeun, Namjoo dan Hayoung. 

"Hana.. kau carik buku chemist, Bomi.. kau carik buku physics, Eunji.. kau carik buku biology dan Naeun.. kau carik buku additional mathematics.. aku, Hayoung dengan Namjoo tunggu kat sini tau," kata Chorong kepada mereka berempat. Lalu mereka bertiga duduk di dalam perpustakaan yang sunyi sepi itu.

Hana terus menuju ke arah rak yang terdapat beratus buku chemist itu yang berada di sudut yang agak terpelosok itu. Hampir pitam dibuatnya untuk memilih buku nota tersebut. Dia terlihat satu buku nota chemist yang tebalnya lebih kurang dalam 150 muka surat itu. Hana tersenyum dan terus ingin mengambil buku tersebut, dia menarik dan tiba-tiba ada yang menarik buku tersebut. Hana mengerutkan dahinya, dia tidak mahu mengalah lalu dia menarik sekali lagi sehinggalah 'lawan' nya itu mengalah.

Dia melihat muka 'lawan' nya tadi.. Lah Sehun rupanya! Cis! Hana terus mengejar Sehun tetapi Sehun melarikan dirinya. 

Tiba-tiba kaki Hana tersadung dan dia terjatuh. Gedebuk! Hah gitu ah bunyinya..

Sehun terus berlari mendapatkan Hana. Di bibirnya sudah tersenyum, sebenarnya nak tahan gelak. 

"Kau okay tak?" soal Sehun sambil tergelak kecil. Dia memegang lengan Hana. 

Hana menghadiahkan jelingan setajam pedang samurai kepada Sehun. Dia mengurut kakinya yang terasa sakit itu. Sehun membantu Hana bangun agar pendiriannya stabil.

"Ohoi Sehun! Peh bukan main kau seronok berdating dekat library eh?" ujar Chanyeol. Dia masih mengawal suaranya agar tidak menganggu orang lain yang ingin study di library. 

Chen, D.O, Tao dan Kai turut berada di situ. Mereka hanya memerhatikan Sehun dan Hana sambil tergelak kecil.

"Korang ni.. sweet kemain lagi! Alah, couple jelah weh..." tambah D.O pula.

"Mende korang merepek? Haish nyibuk je nak duduk kat library.." bebel Hana. Dia mula melangkah dengan kakinya yang masih terasa sakit itu meninggalkan mereka berenam.

Mereka berenam mengikuti langkah Hana sehinggalah menuju ke meja yang diduduki rakan-rakannya yang lain. Mereka mula duduk semeja beramai-ramai. Library kini di-conquer oleh budak sains tulen!

Chorong tersenyum. "Ahh patutlah kau lambat! Rupanya jumpa prince charming idaman sekolah rupanya.. aku ingatkan dah tak ingat jalan balik ke sini dah..."

Naeun tertawa. Matanya mencari kelibat seseorang tetapi tiada. Dia mengeluh hampa. Kai yang perasan riak wajah Naeun yang berubah itu tersengih, "Boyfriend kau takdelah Naeun.. Taemin dah balik dah tadi.." Naeun membuat muka masamnya, "Alah macam mana aku nak study kalau semangat aku dah balik? Hmm..."

Hana mencebikkan bibirnya, "eeee ngada-ngada! Kau nengok aku ni? Luhan selalu takde depan mata ni, makin aku bersemangat tahu tak. Even kadang-kadang je jumpa tapi dia bagaikan semangat untuk aku terus belajar tau hmm..."

Sehun tersenyum segaris mendengar kata-kata Hana. Kalaulah Hana tahu pasal Luhan dengan Gyuri noona... mesti dia kecewakan? Sehun mengeluh perlahan. 

"Ah poyolah korang ni! Pebenda cerita pasal cinta ni? Aku tahulah si Hayoung ni masih tak terima cinta aku tapi takpayahlah sampai nak jeleskan aku camni..." ujar Kai. Suaranya agak sedih.

Mereka berdua belas tergelak mendengar kata-kata Kai. Pengawas yang bertugas pada tengah hari itu datang ke arah meja mereka dan menyuruh mereka semua diam. 

"Ni semua kau punya pasal lah ni!" marah Chen. 

"Eh apa pulak aku!" bantah Kai mempertahankan diri.

"Korang ni comellah! Okay, jom kita nengok pasangan mana yang sesuai... oleh sebab aku dah ada Taemin, biar aku pilihkan untuk korang.. Hm Chen dengan Chorong! Kai dengan Hayoung! Chanyeol dengan Bomi! D.O dengan Namjoo! Tao dengan Eunji! Dan Sehun dengan........ Hana!" kata Naeun. Dia menepuk-nepuk tangannya sambil tertawa.

"AIGOO NAEUN AH!! JANGAN MEREPEK!!" jerit Hana. Bomi mula memukul lengan Naeun.

Mereka semua tergelak sekali lagi. Penghuni di dalam library mula berasa tidak senang mendengar keriuhan mereka.

Ada yang mula mengutuk perlakuan mereka, ingat ni pasar malam ke nak gelak sampai camtu..

"Kan aku suruh korang diam tadi?" ujar pengawas yang bertugas tersebut sekali lagi. Mereka semua terdiam dan apabila pengawas tersebut memusingkan badannya ingin meninggalkan mereka sekali lagi ketawa mereka meletus.

Baru sahaja pengawas tersebut ingin membuka mulut, mereka semua mula berlari meninggalkan library sambil tergelak. Plan nak study? Dah tentu-tentulah hancur lebur..

Pengawas tersebut menggelengkan kepalanya..

 

 

GYURI'S POV


Gyuri mencapai iPhone 6 miliknya yang berbunyi di atas meja study. Dia melihat skrin handphonenya itu dan matanya serta-merta terbuntang luas.

Hampir tercampak handphone kesayangannya itu ke dinding. Mungkin terkejut melihat penghantar message tersebut.

 

From: Luhan <3
Err hi Gyuri! Esok cuti kan? Hm jomlah jumpa... atau... date? Hahahahaha :-)

 

Gyuri tersengih. Date? Of courselah aku nak! Yehet! Plan aku nak merampas Luhan dah nak hampir berjaya. OMG! Congratulations Gyuri! Kau berjaya! Gyuri bermonolog dalam hati sambil tersenyum, puas dengan kejayaannya! Dia lantas membalas message tersebut.


To: Luhan <3
Annyeong Luhan! Besok? Hm boleh je.. apa-apa untuk awak pun boleh sayang :-* Jumpa besok eh kat bubble tea store pukul 2 petang? Bye muahhhhhh

 

Senang sangat je nak usya si Luhan ni... Gyuri tersenyum sekali lagi.
 

END OF GYURI'S POV

 

 

 

Keesokkan harinya...

LUHAN'S POV


Dia melihat jam di pergelangan tangannya dan melihat ke arah sekeliling. Mana Gyuri ni? Dia kembali menghirup bubble teanya itu.

Tiba-tiba ada sesuatu yang menutup matanya. Serta-merta pandangannya menjadi gelap, tidak tahu apa yang terjadi di sekelilingnya. Dia menghidu bau perfume yang menusuk ke hidungnya, bau yang lembut. Sudah tentu seorang gadis, yang pasti ini bukan Hana.. kerana dia sudah kenal bau perfume Hana. Bibir Luhan mula mengorak senyuman.

"I'm here baby.. sorry cause I'm late..." bisik gadis tersebut di telinga Luhan. Luhan memegang jari gadis tersebut dan melihat pemilik suara tersebut, Gyuri.

Luhan melihat pakaian yang dipakai oleh Gyuri. Wow! ynya.... Hampir tergugat dirinya sebagai seorang lelaki. Ya Gyuri memang seorang gadis yang sangat y.

"It's okay.. so this is our first date right? Let's make some memory together because now, we are officially couple.." kata Luhan. Dia tersenyum manis kepada Gyuri. Di mindanya, di hatinya langsung tidak memikirkan Hana.

Gyuri tersenyum. Dia terus pergi ke arah Luhan dan buat back hug lalu dia mencium pipi Luhan. "Saranghaeyo..."
Luhan hanya tersengih. Dia mula berasa bangga apabila mempunyai dua orang gadis yang begitu cantik di hatinya..

 

END OF LUHAN'S POV

 

 


Dalam masa yang sama...

Sehun memandu BMW hitam miliknya menuju ke bubble tea store. Kai, Tao dan D.O turut berada di dalam kereta tersebut. 

"Sehun.. singgah beli bubble tea jap weh. Aku macam mengidam pulak hahahahaha..." ujar Tao sambil tertawa.

"Tak sangka kau ni special weh.." ujar D.O pulak. Dia turut tertawa mendengar kata-kata Tao sebentar tadi.

"Special apesal pulak?" soal Kai.

"Yelah tak sangka kawan kita ni boleh pregnant. Ntah berapa bulan dah ni dia ni pregnant kan.. Sapa buat kau camni bro? Eunji??" kata D.O. Mukanya mula dibuat-buat muka simpati.

Ketawa di dalam kereta BMW meledak sekali lagi. Tao mula mencebikkan bibirnya.

Sehun memarkirkan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan kedai bubble tea. 

"Alang-alang tu jomlah kita semua turun sekali. Movie start pukul 3, lek ah ada masa lagi ni.. aku pun macam Tao, ngidam doh.. ni semua Hana punya pasal lah ni" kata Sehun. Mereka berempat tertawa sekali lagi.

Mereka berempat memasuki kedai bubble tea dan memesan minuman tersebut. Sementara menunggu, mereka berempat duduk di kerusi yang disediakan. Mereka mula berborak sesama sendiri.

D.O menghabiskan sisa tawanya apabila Sehun membuat lawak. Matanya terpandang di sudut kedai yang ada sepasang couple sedang bermesra-mesra. Dia mencuit lengan Sehun yang duduk di sebelahnya. 

Sehun mengerutkan dahinya, "amende?" Dia mula memberi tumpuan kepada D.O. Tao dan Kai turut serta sekali.

"Cuba kau nengok tu, peh y gila girlfriend dia macam korean idol siot.. eh eh siap backhug siot! Oh dorang dah nak blah.. jap nengok muka mamat tu okay okay dia dah nak toleh okay hand..... eh eh tu bukan abang kau ke Sehun? Luhan hyung kan?" soal D.O

Sehun tersentak. Abangnya memang benar-benar mempunyai hubungan dengan Gyuri noona! Dilihatnya abangnya itu akan melalui sebelahnya sebentar lagi lalu dia menyuruh rakan-rakannya tunduk agar abangnya itu tidak tahu kedatangannya di kedai ini.

"Hun.. apa abang kau buat dengan minah tu? Kemain romantik! Hah nengok tu siap berpelukan bagai! Abang kau dah clash dengan Hana ke weh?" soal Tao. Dia mengerutkan dahinya.

Sehun hanya terdiam. Dia menghirup perlahan bubble tea perisa chocolate yang dipesannya tadi. Fikirannya tidak dapat mencerna apa yang diperkatakan oleh Tao sebentar tadi.

"Sorry to say, gaya dorang tu tak menunjukkan dorang tu best friend atau apa punlah.. dorang tu lebih kepada couple.. Apa yang Luhan hyung cuba buat dekat Hana ni weh? Dia cuba curang ke apa ni?" kata Kai pulak. Memang benar, mereka semua simpati terhadap Hana. Dan Kai tahu yang Hana memang benar-benar cintakan abang tiri Sehun sehingga cintanya dulu ditolak mentah-mentah oleh Hana. Tapi kenapa Luhan mesti buat Hana camni? Takde belas kasihan ke?!

Sehun memandang satu persatu wajah rakannya. Dia tahu rakan-rakannya simpati terhadap Hana. Dia lebih simpati dan kasihan terhadap Hana. Dia meraup wajahnya, fikirannya kusut memikirkan kelakuan Luhan yang berubah secara mendadak itu.

 

 

 

 

Hari seterusnya...

 

SM High School..

Hana tiba di sekolah seperti biasa pada pukul 6.50 pagi. Dan seperti biasa Sehun masih belum tiba. Dia meletakkan beg sandangnya dan mengeluarkan buku untuk dibaca. Yelah, final exam dah nak dekat.. lagipun dorang last year kat high school ni.

Keriuhan mula kedengaran di luar kelas dengan jeritan para gadis. Hana tersenyum segaris sudah tahu punca keriuhan tersebut. Kai, D.O dan Tao melangkah penuh gaya memasuki ke dalam kelas. 

Kai yang sibuk mengawal muka machonya sehingga tidak sedar yang pinggangnya terlanggar bucu meja. Gadis-gadis di dalam kelas dan di luar kelas tertawa melihat reaksi Kai yang masih lagi mengawal muka machonya padahal sedang menahan kesakitan.

Tao dan D.O sudah tentu-tentu sedang ketawakannya. Hana turut tertawa melihat rakannya yang sorang ni.

"Nasib baik Hayoung takde weh..." kata Hana setelah Kai duduk di hadapannya. Manakala D.O sebagai tablematenya mengambil tempat di sebelah Kai. Tao pula sengaja duduk di sebelah Hana, iaitu tempat duduk Sehun.

Kai menganggukkan kepalanya. "Kalau tak.. malu aku weh...."

Kelas mereka sudah dipenuhi dengan gelak tawa di pagi hari. Setelah tawa mereka terhenti, kelas menjadi sunyi kembali.

Tao memandang wajah Hana. Kejadian kelmarin kian berlegar di ruang matanya, ya kejadian dimana mereka terserempak dengan Luhan di kedai bubble tea.

"Hm kesian kau Hana..." ujar Tao tiba-tiba.

Kai memandang wajah Tao. Dia juga teringat peristiwa dimana Luhan bermesra dengan gadis lain, "janganlah cuba nak tutup kesedihan kau tu.. aku faham kalau kau sedih..."

Hana mengerutkan dahinya. "Apa yang korang cakapkan ni? Aku tak faham lah.."

"Ala.. bagitahu jelah kitorang.." kata D.O

"Bagitahu korang apa?" soal Hana. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.

 


SEHUN'S POV


Sehun melangkah memasuki SM High School. Dia terus menuju ke kelasnya. Dari jauh sudah terdengar gelak tawa

Hana bersama rakannya yang lain. Suara permaisuri di hati jauh camne sekali pun aku tetap dapat cam. Sehun tersenyum sendiri.

Tiba di hadapan pintu kelas Sehun tersentak mendengar perbualan antara Hana, Kai, D.O dan Tao. Dia berdiri lama di situ.

"Hm kesian kau Hana..." kedengaran suara Tao di halwa telinga Sehun.

"Janganlah cuba nak tutup kesedihan kau tu.. aku faham kalau kau sedih..." kata Kai.

"Apa yang korang cakapkan ni? Aku tak faham lah.." Dilihatnya wajah Hana yang penuh tanda tanya itu.

"Ala.. bagitahu jelah kitorang.." kata D.O

"Bagitahu korang apa?" soal Hana kembali.

Mata Sehun membulat apabila melihat Tao yang ingin meneruskan percakapannya.

"Ala yang kau dengan Luhan hyung..." Oh tidak Tao! Jangan bagitahu Hana!

"dah putttt..." jangan Tao! Dia terus memasuki ke dalam kelas dan menjerit "Hello guys!"

Pandangan dan tumpuan automatik beralih ke arah Sehun. Sehun melepaskan nafas lega. Dia berdiri disebelah Tao dan menghantar isyarat mata kau-jangan-sesekali-bagitahu-dia.

Tao menunjukkan muka apahal-tak-boleh-pulak-bukan-ke-dorang-dah-clash. Sehun hanya menggelengkan kepalanya.

"Hah Tao... apa yang kau nak cakap tadi?" soal Hana. Pelik juga dia melihat Sehun dan Tao yang berbalas pandangan mata itu.

"Hah? Errr takde papelah," kata Tao dan duduk di belakang Hana.

Sehun duduk di sebelah Hana dan berbalas pandang antara D.O dan Kai. Dia melepaskan nafas lega.
 

END OF SEHUN'S POV

 

 

 

 

To be continue...

 

 

 

(A/N) Annyeonghaseyo! Okay dah update yeyehhh! Macam banyak sangat je saya type untuk chapter kali ni? Maaflah kalau hambar hmmm....

 

APink as extra :) Hihi saya amik dorang sebagai classmate Hana yehet! Dorang sangat comel dalam APink's Showtime!

Finally lengkaplah setiap nama ahli EXO untuk ff ni yehet! 

For officially yang saya kaitkan EXO dengan APink tu semua tipu belaka. Mohon jangan terpengaruh atau menyokong perkara camtu sebab saya nak EXO sentiasa single. Eh nampak tak betapa jahatnya saya? Emmm mianhae guys. Eh macam melebih sangat saya membebel kali ni. Okaylah awak semua tunggu update seterusnya okay? Kbye! Annyeongggggg

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!