You're different now...

Our Love. (malay)

Hana menutup buku chemistnya setelah satu jam setengah menyiapkan homework dan mengulang kaji pelajaran.

Dia melihat jam di dinding sudah pukul 12.30 petang. Pukul 2 nanti nak jumpa Luhan! Ahh tak sabarnya.. Rindunya dekat buah hatinya itu sudah tinggi menggunung. Dah berapa lama dia tak berjumpa dengan kekasihnya itu. Segera Hana bangun dan ke toilet untuk membersihkan dirinya. 

Setelah selesai membersihkan diri, Hana bersiap. Hana melihat Samsung S5 di tepi katilnya. Mana tahu ada mesej ataupun call dari Luhan ke, namun tekaannya meleset. Langsung tiada tanda-tanda lelaki itu menghantar mesej.

Dia mengerling jam di tangannya. Sudah pukul 1.30 petang, namun Luhan masih tidak menghubunginya. Gusar dengan keadaan begitu, dia segera menghubungi Luhan.

"Yeobuseyo.." suara Luhan di hujung talian.

"Annyeonghaseyo.. baby? Jadi tak keluar? Saya dah bersiap ni.." kata Hana. Suasana di talian agak hingar-bingar.

"Ahh jagiya... mianhae.." 

"Mianhae? For what?" soal Hana.

"Saya... hm saya busy buat assignment ni. Cancel boleh tak? Kalau tak boleh cancel takpe... saya cuba untuk susahkan diri saya nak siapkan assignment ni.." suara Luhan di hujung talian agak sayu. Sebenarnya cuba untuk meminta simpati terhadap Hana.

"Eh eh tak.. takpe.. awak siapkanlah assignment awak tu. Takpelah next time kita keluar eh?" kata Hana cuba menahan sebak. Kecewanya di hati tak mampu diucap. Rindunya yang kian menggunung terpaksa dibiarkan.

"Jeongmal? Yah gomawo Hana.. next time kita keluar okay? Kita pergi Nami Island lagi okay? Okay bye Hana! Annyeong.." talian terus dimatikan oleh Luhan.

Hana meletakkan Samsung S5 di meja soleknya dengan lemah. Dia mengeluh perlahan. Kecewa dengan jawapan Luhan. Tak sangka pula dia apa yang diharapkan tidak menjadi. Kebiasaannya Luhan tak camni... tapi kenapa dia berubah? Takkan sebab assignment je? Hm...

Hana bangun untuk menuju ke katilnya tetapi kepalanya terasa berdenyut-denyut lalu dia terduduk kembali di kerusi meja solek. Dia memicit-micit kepalanya terasa sakit tu. Dah berapa hari kepalanya terasa sakit sebegitu, mungkin kerana terlalu banyak berfikir. Fikir pasal final exam dan pasal Luhan.

Rimas dengan keadaan sebegitu, dia mencapai botol minuman yang ada disitu dan menelan sebiji panadol. Setelah 10 minit, sakit di kepalanya itu mulai reda. Dia mencapai Samsung S5nya itu dan mendail nombor Sehun.

Tut tutt... Tut tutt...

"Yah annyeong!" suara Sehun kedengaran.

"Annyeonghaseyo.." 

"Hah ada apa call?" soal Sehun.

"Jom keluar. Pergi mall, makan-makan dan nengok wayang hmm kau takde excuse okay? Aku dah siap ni, ajaklah sesiapa lagi ke okay..." arah Hana terus mematikan talian.

Hana tersenyum selepas mengenakan Sehun. Biasanya Sehun tidak akan menolak pelawaannya. Pernah suatu ketika dulu, ketika Luhan dimasukkan ke hospital kerana demam panas sanggup Sehun meninggalkan abangnya keseorangan di hospital hanya demi menolong Hana yang jatuh basikal. Sebab itu, Hana tahu Sehun takkan sesekali menolak pelawaannya.

 

 

SEHUN'S POV

 

Sehun melihat skrin handphonenya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh macam mana ni?

Kelakuan Sehun dapat dilihat oleh Kai. Kai mengerutkan keningnya.

"Bro, lu apesal? Tadi bukan main happy, lepas jawab panggilan bini tercinta terus muka berubah semacam je.." kata Kai. Dia menghampiri Sehun yang sedang meraup wajahnya.

Sehun menelan air liurnya. "Hm Hana... dia ajak aku keluar ni.. jom pergi nengok wayang, makan-makan ke. Dia cakap suruh ajak korang sekali.."

"Habis tu? Tak jadiklah nak main futsal?" soal Chanyeol.

Sehun hanya menganggukkan kepalanya. 

"Jom keluar! Suruh Hana ajak Chorong and the gang tu semua. Aku nak join eh Sehun!" kata D.O dengan bersemangat.

Sehun tersengih. "Aku ingatkan korang nak marah aku sebab kita dah janji nak main futsal.. takpe next time aku belanja korang main futsal okay? Don't worry court aku yang bayar.."

"Okay kalau camtu, aku setujulah nak ikut. Bagi aku tukar baju dululah eh.. lepastu nanti aku nak amik Hayoung" kata Kai. Tao turut menganggukkan kepala.

"Okay set! Pukul 3 semua dah siap eh? Macam biasa mall yang kita semua selalu lepak tu, tunggu depan cinema okay.. aku gerak dulu bye!" Sehun terus berlari meninggalkan mereka semua lalu memandu keretanya pulang ke rumah.

 

END OF SEHUN'S POV

 

 

Sehun memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hana.

Hana memasuki ke dalam kereta sambil tersenyum ke arah Sehun. 

"Mianei sebab susahkan kau.." kata Hana kepada Sehun yang sedang tekun memandu kereta.

Sehun hanya tersenyum. "Alah takde apalah Hana.. hm tadi kau cakap kau dah siap? Awalnya kau siap? Sebelum kau call aku lagi kau dah bersiap? Ada apa-apa ke?"

Senyuman Hana mati. Dia menundukkan wajahnya lalu dia mengelap air matanya yang sudah tumpah itu.

Sehun menjeling ke arah Hana yang sedang menangis lalu dia membuka box yang ada di dalam kereta dan mengambil tisu. Sehun menghulurkan tisu tersebut kepada Hana, perlahan-lahan Hana mencapainya.

Setelah sampai di mall, Sehun memarkirkan keretanya. Dia melihat Hana masih menangis lalu dia memegang dagu Hana supaya Hana memandang wajahnya.

"Dahlah, janganlah nangis.. nengok ni dah tak cantik dah, dah tak comel dah princess Hana saya ni tau," Sehun tersenyum. Dia kemudian memegang pipi dan mengelap air mata Hana.

Hana terkedu. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Sehun. Kenapa Sehun terlalu baik dengan aku?

"Okaylah, jom keluar! Rasanya kengkawan kita semua dah sampai tu.." Sehun keluar dari dalam perut kereta.

Sehun mencapai tangan Hana dan digenggamnya erat sehingga memasuki mall. Hana hanya membiarkan tangannya berada dalam genggaman Sehun. 

"Fuyoh Sehun! Sweetnya korang ni!" kata Chen.

Sehun ketawa dan Hana tersenyum. "Kenapa pun kalau kitorang sweet? Tak salahkan?" kata Sehun sambil merenung ke arah Hana. Hana turut membalas tenungan Sehun. "Hak ah, apa salahnya kan?"

"Yah Sehun dengan Hana ni bercinta ke? Kalau nak bercinta kejap lagilah ye lagi berapa minit movie nak start ni jom ah masuk!" jerit Kai.

Mereka bersepuluh segera masuk ke dalam panggung wayang. Ketawa Sehun dan Hana meletus apabila melihat rakan-rakan mereka yang sudah berumur 18 tahun tu buat perangai macam budak-budak.

Sehun menggelengkan kepalanya. "Jom masuk?" 

Hana memandang Sehun. Dia tersenyum, "okay jomlah masuk" Hana menarik tangan Sehun. Sehun hanya mengikut langkah rakannya itu.

 

 

 

"Berada dalam panggung wayang selama satu jam setengah buat perut aku laparlah! Jom pergi makan!" kata Chanyeol.

"Hm same here.. aku pun lapar ni.." kata Bomi sambil menepuk-nepuk perutnya.

"Jom pergi makan! Tapi nak makan kat mana?" soal Hayoung. 

"KFC? Tapi aku tetiba macam ngidam nak makan Secret Recipe lah.." kata Tao. Eunji turut menganggukkan kepalanya.

"Kau ni Tao dari hari tu dok ngidam je.. sapa yang buat kau lagi ni? Eunji kau buat dia eh?" kata Sehun.
Mereka semua tergelak. 

"Kita pergi KFC jelah, sapa nak makan Secret Recipe tu pergi beli sendiri lepastu makan kat KFC tu okay?" kata Kai. Mereka semua menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Kai.

"Nak makan apa?" soal Sehun kepada Hana. 

Hana mengembungkan pipinya. "Hmm nak makan Secret Recipe lah, kan aku tengah on diet ni... kau?" Sehun tertawa mendengar perkataan diet. "Aku nak makan KFC lah, nak aku teman ke kau pergi Secret Recipe?"

"Eh tak payahlah.. aku boleh pergi dengan Tao dan Eunji. Okay jumpa kat KFC, bye.." kata Hana sambil melambaikan tangannya dan bergerak menuju ke Secret Recipe bersama Tao dan Eunji.

Hana memeluk lengan Eunji ketika bergerak ke Secret Recipe. Dan mereka tiba di hadapan kedai Secret Recipe lalu segera mereka masuk.

"Wah Tao.. cuba nengok cake ni! Sedapnya!" kata Eunji. Tao menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba Iphone 6 Eunji berbunyi tanda ada panggilan masuk. Dari ommanya.

"Mianhae.. aku kena jawab panggilan ni hm kejap je tak lama.. korang pilihlah cake tu dulu eh" kata Eunji lalu beredar keluar dari Secret Recipe.

Hana mengangkat bahunya lalu segera memilih cake bersama dengan Tao.

 

 


EUNJI'S POV

 

"Ne omma... okay omma jangan risaukan Eunji. Eunji boleh stay rumah Hana... tapi omma, suruh appa bekalkan duit lebih sikit hehe.. okay bye omma! Saranghae omma.." Eunji tersenyum lalu mematikan panggilan. Omma dan appanya ada kerja di Gangnam. Sebab tu omma dan appanya segera memaklumkan padanya.

Eunji merenung skrin Iphone 6nya itu sambil menggelengkan kepala. Dia mengangkat wajahnya dan bagai terhenti pula denyutan jantungnya.

Betul ke apa yang aku nengok ni? Tu bukan... Luhan oppa? Dia dengan sapa tu? Eunji menundukkan wajahnya ketika Luhan lalu di hadapannya.

Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahunya. "Opocot!" Rupa-rupanya Tao yang memegang bahunya.

Eunji melepaskan nafas lega. Dia masih melihat Luhan berjalan sambil memeluk pinggang seorang gadis yang tidak dikenalinya itu.

Tao mengerutkan dahinya. Lalu dia memandang ke arah yang sama. Tao juga perasan apa yang dilihat oleh Eunji, "aku sebenarnya dah lama tahu pasal Luhan hyung dengan perempuan tu.." kata Tao. Eunji terus memandang Tao.

"Kau dah lama tahu? Habis tu kenapa kau tak nak bagitahu Hana? Sehun tahu tak?" soal Eunji bertubi-tubi. Berang apabila mendapat tahu rakan perempuannya sedang ditipu hidup-hidup oleh seorang lelaki. Luhan tak sedar ke yang Hana betul-betul cintakan dan sayangkan Luhan? 

Tao hanya menganggukkan kepala. "Sehun, aku, D.O dengan Kai dah tahu pasal ni.. tapi Sehun cakap cakap bagitahu kat Hana.. lagipun dah nak final exam dia taknak Hana stress bila fikir pasal Luhan hyung.." Tao mengeluh perlahan.

Eunji hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.

"Eunji-ssi, taknak beli cake ke? Aku dengan Tao dah selesai dah" Soal Hana setelah dia melihat mereka berdua berdiri lama di luar kedai.

Eunji tersenyum paksa. "Hah? Errr o.. okay jap aku nak beli ni..." Eunji terus memasuki kedai tersebut.

Hana memandang wajah Tao. "Kenapa dengan Eunji tu? Muka dia macam tengah sembunyikan sesuatu je.. ke korang gaduh?" soal Hana.

Tao tertawa. "Huish manade gaduh!"

"Dahlah jom pergi KFC! Aku dah lapar ni.." kata Eunji sebaik dia keluar dari kedai. Dia sudah berfikir masak-masak yang dia tidak akan sesekali memberitahu Hana pasal Luhan.

Mereka bertiga segera bergerak menuju ke KFC. Tao perlahan-lahan menarik tangan Eunji ke belakang dan membiarkan Hana jalan berseorangan di depan.

"Jangan bagitahu Hana eh?" soal Tao. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Eunji.

Eunji tersenyum lalu dia menganggukkan kepalanya.

"Gomawo.." 

"Woi! Sampai hati biar aku jalan sensorang kat depan? Nak bercinta pun kejap lagilah!" jerit Hana.

Eunji dan Tao berbalas pandangan lalu tertawa.

 

END OF EUNJI'S POV

 

 

 

To be continue...

 

(A/N) Annyeonghaseyo! Dah lama saya tak update kan? Hm mianhae.. 

Tanggal 10 October 2014 sekali lagi hari yang amat sedih untuk EXO-L setelah Luhan disahkan keluar dari EXO. Berita yang sangat menyedihkan. Ingatkan lepas Kris keluar dari EXO, EXO boleh kekal sebagai OT11 rupanya tak. Sekarang dah tinggal OT10. Oh my heart hurts.. Tao, please use your super power to bring back MAMA Era because we really need it. WE REALLY NEED OT12 BACK! :'"(

Jessica pun dah keluar dari Girls' Generation. Such a heartbreaking year for KPoppers. Dengan kejadian Ladies Code tuhari, Baekhyun dating dengan Taeyeon... wah seriously betul-betul menyedihkan tahun ni.

Okay abaikan. Saya akan update lepas final exam nanti okay? Keep waiting for this ff! Kbye annyeongg~

EXO SARANGHAJA!

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!