I HATE YOU GYURI

Our Love. (malay)

 

(A/N) Tadaaaaa! Poster baru! Hihi lawo tak? Okay okay saya gurau je. Mustahil poster ni lawo kan. By the way, saya yang buat sendiri poster ni.

 

 

 

Minggu orientasi sudah berakhir. Kini sudah tiba masanya Hana, Eunji, Chanyeol dan Chen memasuki kelas engineering yang diambil sewaktu sesi pendaftaran seminggu yang lepas.

"Annyeonghaseyo Kim Hana imnida..." kata Hana. Dia menundukkan badannya tanda hormat. "Saya pelajar baru kat sini. Sila beri tunjuk ajar, kamsahamnida..." Hana memandang ke arah rakan sekelasnya. Semua bertepuk tangan siap bersiul pun ada.

"Cantiknya awak!"

"Phewittt cun siot!"

"Dah berpunya ke belum?"

Hana hanya buat tak endah dengan kata-kata nakal rakan sekelasnya. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah kakak senior. Eunji berada di belakang tempat duduknya. Chen dan Chanyeol dipandangnya sekilas sebelum dia memandang ke arah Prof Min.

"Haih korang ni pantang nampak awek cantik sikit mulalah keluar tanduk dekat kepala.." kata Prof Min.

"Alah prof ni.. kitorang saja nak gurau dengan junior apa salahnya kan?"

"Hak ah prof.. mengeratkan silaturrahim," terus ketawa meletus. Hana hanya mendiamkan diri. Malas nak layan.

"Annyeonghaseyo.. Lee Niena imnida. Awak boleh panggil saya Niena unnie. Selamat berkenalan," kata Niena setelah rakan-rakan kelasnya diam.

Hana terus memandang Niena, "ahh annyeonghaseyo. Kim Hana imnida, selamat berkenalan jugak Niena unnie,"

"Jangan layan sangat mamat-mamat poyo kat belakang tu. Dorang tu memang camtu," nasihat Niena.

Hana menganggukkan kepalanya. Memang taklah aku nak layan dorang tu semua.

 

 


Sudah hampir tiga bulan Hana menjadi pelajar di SM University Seoul. Itu juga bermakna sudah hampir lima bulan dia dan Luhan terputus hubungan. Meskipun hatinya masih mencintai Luhan tapi... dia terpaksa kuburkan perasaannya itu.

Ya, hampir setiap Hana melihat drama romantik antara Luhan dan Gyuri. Hatinya sakit. Hatinya punah. Tapi dengan adanya Sehun. Rakan baiknya itu, perlahan-lahan luka yang dalam di hatinya itu kian pulih sedikit demi sedikit. Sehun pandai mengambil hatinya. Sehun pandai menceriakan harinya. Malah, Hana semakin rasa selesa menggunakan panggilan 'saya' 'awak' antara mereka. Terima kasih pada Tao dan Eunji. Hana tersenyum.

"Hana ni kenapa tetiba senyum sensorang? Teringat dekat Sehun ke?" ujar Niena.

Hana terdiam, dia menggelengkan kepalanya. "Ani... aniyo. Mana ada unnie! Unnie ni merepek jelah," Hana menghirup gelas air oren di hadapannya.

"Eleh.. ngaku jelah.." Eunji mencelah.

Tiba-tiba Niena mendengus kasar. Hana terus memandang wajah Niena yang kelihatan sedang marah itu.

"Unnie.. wae?" soal Eunji perlahan di sebelah Niena..

"Unnie geram nengok Luhan dengan Gyuri. Eee meluatlah! Dahlah dorang tu takde rasa bersalah lepas apa yang dorang buat dekat Hana dulu. Hish menyampahlah," bebel Niena. Dia pun terkejut lepas dapat tahu daripada Xiumin Hana ialah ex-girlfriend Luhan dulu.

Hana menoleh sekilas ke arah Luhan dan Gyuri. Perlahan-lahan senyuman pahit terukir di bibir mungilnya. "Biarlah unnie... Hana tak kisah pun,"

"Hello aweks-aweks.. boleh tak saya nak duduk dekat sini?" ujar Sehun yang tiba-tiba muncul entah dari mana tu. Guna kuasa Kai kkamjong tu ke apa mamat ni?

"Hoi engko Sehun. Buatnya aku ni ada penyakit jantung lepastu mati terkejut macam mana aku nak kahwin dengan Lay? Aku sekeh jugak budak ni kang," bebel Niena lagi. 

Sehun hanya tersengih. Lalu dia mengambil tempat di sebelah Hana. "Mana Chanyeol dengan Chen?" soal Sehun. Dia mengambil gelas Hana lalu menghirup air oren gadis itu.

"Yah Oh Sehun! Air saya tu!" jerit Hana perlahan. Dia memukul lengan Sehun. Sehun pula hanya tersengih.

"Chanyeol dengan Chen pergi jumpa Baekhyun kejap. Biasalah dorang bertiga tu kalau dah berjumpa confirm pergi buli si D.O tu," kata Eunji.

"Ohhhh.. noona tak nak jumpa Lay hyung ke?" kata Sehun. Sengaja nak nyakat Niena.

"Hish budak ni kang makan penumbuk aku jugak kang," 

Sehun ketawa. Dia memandang sekeliling cafe dan.... pandangannya jatuh pada Luhan dan Gyuri. Dia terus memandang tempat lain setelah Luhan perasan akan pandangannya.

"Hello guys!" ujar Xiumin. Di sebelahnya ada Kris.

"Hello. Lay mana?" soal Niena.

"Lay dengan Suho ada kat lab lagi. Biasalah bakal doktor kan," ujar Kris. Muka Niena berubah menjadi keruh.

"Ahah.. errr kitorang nak buat trip pergi bercamping kat Jeju Island. Korang yang junior ni nak join tak?" soal Xiumin.

"Camp?" Sehun terus memandang wajah Hana dan Eunji bersilih ganti.

"Emmm oppa.. bila eh camp tu?" soal Eunji.

"Two weeks lagi, so nak join tak? Korang ajaklah lagi geng-geng korang yang lain tu. Lagi ramai lagi bagus." terang Kris.

"Hm kitorang fikirkan dulu. Besok atau lusa kitorang informkan dekat korang okay?" kata Hana setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Okay. Hm kitorang gerak dululah, nak informkan dekat pelajar lain pulak. Bye!" 

"Bye! Guys, unnie nak pergi lab lah. Nak jumpa Lay," ujar Niena sebaik kelibat Xiumin dan Kris hilang dari pandangan mata.

"Ahh unnie! Eunji nak ikut! Tak nak kacau dorang ni date hihi okay bye korang," Eunji dan Niena kemudian bangun lalu meninggalkan Hana dan Sehun.

Hana tersenyum. Kemudian dia mengambil gelasnya lalu menghirup air orennya. Slurrppp... slurrrppp... eh mana airnya ni? Dia melihat gelasnya. 

"Sehun ah! Eeee dah habis air saya awak minum? Eeeee awak ni memang nak kenalah," jerit Hana. Dia memukul lengan Sehun. Sehun bangun dari tempat duduknya.

"Mianhae Hana.. saya haus sangatlah. By the way, thanks for our indirect kiss baby hahahaha" bisik Sehun perlahan di telinga Hana. Dia kemudian terus lari menyelamatkan diri sambil terbahak-bahak ketawa.

"Yah Oh Sehun!!!!!" 

 

 

LUHAN'S POV

"Luhan, jom pergi cafe? I hauslah," ujar Gyuri. Luhan hanya menganggukkan kepalanya. Dibiarkan sahaja lengannya di pegang erat oleh Gyuri.

Selesai order, mereka memilih tempat duduk. Luhan memandang ruang cafe dan pandangannya jatuh pada Hana. Gadis yang amat dirinduinya. 

"Duduk sini jelah," kata-kata Gyuri mematikan lamunan Luhan. 

"Okay," Luhan terus duduk berhadapan dengan Gyuri. Luhan hanya memerhatikan gelagat Gyuri yang sedang leka bermain iPhone sampai ketawa sensorang macam orang gila terlepas dari hospital sakit jiwa.

Dia kemudian memandang ke arah Hana. Dulu sewaktu bersama dengan Hana, takdenya Hana sibuk bermain handphone. Hana selalu layan Luhan bagaikan Luhan itu putera raja. Hana pandai buat lawak. Kelakuan gadis itu yang innocent betul-betul mencuit hatinya.

Tapi, semua itu dah lama berakhir. Tindakan bodohnya yang membuatkan gadis itu pergi meninggalkannya. Kalaulah dia mempunyai kuasa seperti Tao iaitu masa, dia akan putarkan balik masa. Masa sewaktu dia dan Hana bersama dulu. Tapi semuanya sudah terlambat.

Bahagianya Hana sekarang. Hana.. kalau Hana dapat baca hati oppa ni kan bagus? Oppa masih cintakan Hana. Oppa masih sayangkan Hana tapi.... oppa pun sayangkan Gyuri. Monolog Luhan dalam hati. Perlahan-lahan wajahnya menunduk. Keluhan berat dilepaskan di bibirnya.

"Luhan?" soal Gyuri.

Luhan mengangkat wajahnya, "mwo?"

"You nak ke pergi camp tu?"

Luhan mengangkat bahunya, "entah. Tengoklah dulu. Kalau I ada mode, I pergi. Kalau takde, tak pergilah kot. Wae? You wanna go there?"

"I don't know yet, I rasa malas. Lagipun I tak biasalah camping-camping ni. Nanti habislah kulit I!" Gyuri membebel. Mulutnya dimuncungkan ke depan.

Luhan tertawa. Dia mencubit bibir Gyuri, "betul you tak nak pergi?"

Gyuri hanya menggelengkan kepalanya. Mulutnya yang dicubit oleh Luhan hanya dibiarkan sahaja.

"Okay, kalau macam tu I pergi sorang jelah.." suara Luhan agak sedih. Dia memasamkan wajahnya.

"Aigoo nengok Lulu ni dah buat mukalah! I tak nak pergilah, lagipun I busy nak packing barang-barang yang orang order. Business online I kan makin maju sekarang, tolonglah faham jagiya" Gyuri mencapai tangan Luhan dan dikucupnya. 

"Yelah takpelah I faham yang you kan busy mengalahkan prime minister kan? Hahahahaha" Luhan tergelak.

"Ha ha ha. It's funny baby, hmm I nak pergi ladies kejaplah you tunggu kejap eh," Luhan menghantar dengan pandangan mata. Setelah kelibat gadis itu hilang, dia kemudian memandang ke arah Hana.

"Sehun ah! Eeee dah habis air saya awak minum? Eeeee awak ni memang nak kenalah," 

Luhan hanya tersenyum apabila mendengar Hana memarahi adik tirinya itu. Dapat dia lihat Hana memukul lengan Sehun. Rindu kenangan bersama gadis tersebut tak dapat diungkapkan.

"Yah Oh Sehun!!!!!" Luhan memerhatikan gelagat adik tirinya yang sedang melarikan diri dari Hana. 

Sehun berlari ke arahnya. Cepat-cepat Luhan menundukkan wajahnya. Dia memandang sekilas ke arah Sehun sewaktu lelaki itu berlari di sebelahnya. Kemudian dia memandang ke arah Hana dengan wajahnya yang menunduk.

Dang!! Luhan terus mengangkat wajahnya. Waktu macam tengah berjalan secara perlahan, cepat-cepat Luhan memegang lengan Hana dari hampir terjatuh akibat tersadung dari kaki kerusi. 

"Gwenchana Hana ah?" soal Luhan.

Hana membuka matanya. Apabila wajah Luhan berada betul-betul di depan matanya, cepat-cepat dia melepaskan genggaman lengannya di tangan Luhan, "kamsahamnida," Hana terus berdiri dan mula mengatur langkah. 

Luhan mencapai tangan Hana, "mianhae Kim Hana," 

Hana memandang tangannya yang berada dalam pegangan Luhan, dia menelan air liurnya yang terasa berpasir itu. Kemudian dia mengeluh perlahan, "Luhan-ssi tolong lepaskan tangan saya,"

"Hana please..." Luhan merapatkan tubuhnya.

"Kan saya cakap lepaskan tangan saya! Awak ada sound trouble ke?!" jerit Hana.

END OF LUHAN'S POV

 

 


"Luhan!!" jerit Gyuri. "You buat apa ni?" Gyuri terus merapati mereka berdua. "Hei perempuan! Kau ni takde jantan lain ke? Boyfriend orang jugak kau nak!!" Gyuri terus meleraikan tangan pegangan Luhan dan Hana.

"Soalan tu untuk diri kau sendiri kan Gyuri? Sikit pun aku tak ingin dekat boyfriend orang, aku ni tak macam kau. Dasar perampas boyfriend orang, muka tembok heh..." Hana dengan beraninya bertentang mata dengan Gyuri. Mendongak jugak kepalanya memandang Gyuri yang tinggi seperti model tu.

Splashhhh! Simbahan air oren dari gelas Luhan mengena di wajah Hana. Gyuri ketawa terbahak-bahak apabila melihat keadaan Hana yang dah basah tu.

"Hana!!" dapat Hana mendengar suara Luhan dan Sehun bergabung.

"Gwenchana Hana?" soal Sehun. Dia kemudian menarik lengan Hana agar berdiri di belakangnya.

"Gyuri.. you ni kenapa? Salah I lah! Bukan salah Hana!" marah Luhan. 

"Yang you nak backup minah ni kenapa Luhan?! I ni girlfriend you tau tak?!" Gyuri terus memandang ke arah Luhan.

"Gyuri please jangan buat hal kat sini. Jangan malukan I boleh tak?" kata Luhan perlahan. Dia menarik lengan Gyuri supaya mengikutnya keluar dari cafe.

"Lepaslah Luhan... tangan I sakitlah! Luhan!!!" jerit Gyuri. 

Hana hanya memerhatikan pasangan itu bergaduh dan keluar dari cafe. Setelah kelibat mereka hilang, keluhan berat dilepaskan di bibirnya.

"Are you okay?" soal Sehun. Dia kemudian membuka jacket hitamnya lalu meletakkannya di bahu Hana.

"I hate you Gyuri. I hate her," kata Hana perlahan. Tapi telinga Sehun dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Hana.

"Heipp saya tak ajar awak untuk benci membenci ni. Mianhae sebab takde waktu awak perlukan saya tadi," wajah Sehun penuh dengan rasa bersalah.

"Gwenchana Sehun ah.. saya tak kisah pun dengan couple tu. Saya boleh hadap dorang tu sensorang," 

"Hm sedap tak air oren tu? Kira tu air awak yang saya minum tadi tulah," sempat gak Sehun ni melawak. Buatnya dia pun kena simbah air camne?

Hana hanya tersenyum segaris. Tak tahu lawak ke tak lawak yang Sehun buat tadi tu.

"Nak balik tak?" soal Sehun lembut. Rasa macam nak je dia peluk si Hana. 

Hana hanya mengangguk perlahan, "I wanna go home. Now."

"Okay let's go," 

 

 

 

To be continue...

 

(A/N) Hai! Yay saya dah update! Apa khabar? Saya di sini baik sahaja. Err kenapa ayat skema sangat macam dewan dan pustaka je hahahahaha

Terima kasih kepada subscribers baru. Jasa awak semua amat saya kenangkan! *bentang red carpet* *tabur bunga ros*

Hehehehe okay saya akan update lagi byeeeeee annyeonggggg~ pyong

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!