CAMPING D-1

Our Love. (malay)

"Oh sorry sorry guys. Camping ke Jeju Island dibatalkan lah! Hehehe," ujar Baekhyun di cafe S.M University Seoul. Rakan-rakannya yang lain ada yang mengeluh tidak puas hati tapi ada juga yang hanya tersengih.

"Kau ni sengal lah Baek! Kitorang kan dah bayar! Lagipun, cuti sem ni bukannya ada buat apa-apa pun.. teruskan jelah camp tu weh. Kan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dengan students baru. Korang kan suka benda-benda macam tu," Niena mencelah. Lay di sebelah hanya menganggukkan kepalanya.

"Haih korang ni rilekslah.. Baek belum habis cakap lagi korang dah motong dulu tu pehal? Tak sabar betul jadi manusia," ujar Kris. Dia hanya menggelengkan kepala sambil tersengih. Xiumin hanya memandang sekilas ke arah Luhan dan Gyuri yang berada di hujung meja.

"Tah kau ni Niena.. tak sabar betul eh. Nanti kahwin dengan Lay, malam pertama tu macam manalah kan," kata Suho. Ketawa terus meledak.

"Peh fikiran kau Suho... memang perlu ke arah tu ke? Aku tumbuk jugak kang," bebel Niena lagi.

"Dah dah.... ni aku nak cakap ni, camping ke Jeju Island tak batal pun. Saja nak gurau-gurau apa salahnya kan? Ni aku nak habaq sat... hm kita tukar location lah. Kita tak pergi Jeju, tapi kita pergi..... Nami Island!" Baekhyun dah melompat-lompat sambil bertepuk tangan seriang kanak-kanak di Lotte World.

"Nami Island?" Luhan mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Wajahnya mula pucat.

"Ne... wae Luhan?" ujar Kris. Luhan hanya menggelengkan kepala, wajahnya menunduk.

"Errr guys.. I tak pergi okay camp tu," kata Gyuri pula.

"Baguslah kau tak ikut. Tak payahlah menyemak telinga aku nak dengar mulut kau bebel bebel dan bebel pasal keadaan sekeliling. Buat cair tahi telinga aku je nanti," Niena mencebikkan bibirnya. Lay memukul lengan Niena, Niena memuncungkan bibirnya tanda tak puas hati.

"Haih Niena ni.. it's okay Gyuri.. kitorang faham, kitorang tak paksa pun kau untuk ikut. Hm, Kris check kan list name student baru yang akan ikut pergi nanti," ujar Xiumin pula sengaja nak alihkan tumpuan. Malas nak mendengar perempuan bergaduh.

"Junior lelaki yang pergi nanti ialah, Chanyeol happyvirus, Chen raja troll, D.O burung hantu, Tao panda, Kai ert hahaha dengan Sehun bubble tea. Oh dengan Taemin sekali! Perempuan pulak, Eunji, Naeun, Chorong, Hayoung, Namjoo, Bomi and..." 

"Hana! My lovely dongsaeng!" jerit Niena. Sengaja nak nengok wajah Luhan dengan Gyuri. Dapat dilihat wajah Gyuri yang berubah menjadi pucat.

"Kalau.. kalau I nak ikut boleh tak? I tiba-tiba rasa nak pergilah. Ada tempat kosong lagikan?" ujar Gyuri tersekat-sekat.

Xiumin memandang wajah rakan-rakannya yang lain sebelum membalas kata-kata Niena, "ada je.."

Niena hanya tersenyum sinis. Dah agak apa yang akan minah tu cakap bila Hana join camping ni. Risau Hana rampas boyfriend dia yang dia rampas dari Hana lahtu hahahaha lifeless betul dia ni.

 

 

BUTTERFLY // JESSICA FT. KRYSTAL (OST TO THE BEAUTIFUL YOU)

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Hana sudah menyiapkan pakaian yang ingin digunakan sewaktu bercamping di Nami Island tu. Sekarang hanya tinggal Oh Sehun je. Hana melihat jam di pergelangan tangannya. Dah nak pukul 11 pagi. Mana mamat sengal tu? Tak sampai-sampai lagi... bas gerak pukul 12 nanti.

Tin tin!!!

Bunyi hon kedengaran dari luar rumah. Hana tersengih lalu dia menarik luggagenya dan memasukkannya ke dalam kereta Sehun. Kemudian, kereta yang dipandu oleh Sehun terus menuju ke S.M University Seoul.

Sehun memarkirkan kereta di tempat kereta. Setelah itu, mereka berdua mula bergerak ke tempat yang dijanjikan. Ramai yang dah tiba di situ. Hana melambaikan tangannya sebaik melihat wajah Niena yang berdiri di sebelah Lay.

"Annyeonghaseyo unnie, oppa. Mianhae kitorang lambat," ujar Hana sopan.

"Gwenchana.. bukannya lambat mana pun. Bas pun belum sampai lagi," celah Xiumin.

Niena memukul lengan Xiumin, "kau ni menyibuk jelah. Tak payahlah menyampuk cakap perempuan. Aku tumbuk kang,"

"Awek aku ni memang terkenal dengan trademark 'aku tumbuk kang' kan Xiumin kan?" kata Lay pula. Niena menumbuk perlahan lengan Lay, "aduh jagiya.. sakitlah. Tak baik tahu tak tumbuk menumbuk bakal husband awak..." Lay memuncungkan bibirnya.

"Poyonya Lay hyung..." kata Sehun. Tangan dibahu, mata ke atas.

"Gotcha! Sempat amik gambar kau posing gitu beb," celah Chen sambil menepuk-nepuk bahu Sehun.

"Weh delete ah gambar tu! Hodoh sia muka aku.. delete ah!" 

"Fikir dapat?" kata Kai disisi Chen.

Baru je Sehun nak buka mulut Hana dah mencelah, "eh bas dah sampailah! By the way, Chen ah.. nanti send kat whatsapp gambar hodoh Sehun tu okay? Aku nak buat wallpaper laptop aku, takpun handphone aku"

"Yah!!"

 

Dalam bas...

Hana duduk disebelah tingkap. Dan disebelahnya ada Sehun. Sehun tersengih memandang Hana apabila Lay dan Niena berada di hadapan tempat duduknya. Bas terus bergerak menuju ke Nami Island. 

"Awak ni dah kenapa sengih macam orang sakit jiwa terlepas dari hospital gila ni?" kata Hana. Dia menggarukan kepalanya yang langsung tidak gatal itu.

Sehun mendekatkan wajahnya dengan Hana lalu dia berbisik, "senanglahh saya nak buli Lay hyung dengan noona. Kengkawan kita yang lain jauh sangatlah dari kita.."

"Yah..."

Sehun meletakkan jarinya di bibir Hana, "jagiya please... jangan banyak bunyi okay? Kalau awak bebel bebel lagi saya kiss awak for the real tau.."

"Yah Seh...."

Sehun mencium Hana. Setelah 3 saat terus dia menjarakkan wajahnya, dia tersengih "kan saya dah cakap tadi, saya suruh awak senyap tapi awak tak nak kan? Hah amik tu.. denda tau!"

Mata Hana membuntang memandang Sehun. Dia terus menundukkan wajahnya yang dah merah itu. Tak tahu nak pandang muka Sehun macam mana bila rakan baik kiss rakan baik sendiri. Hana rasa macam nak tendang tingkap bas tu lepastu terjun ke jalan raya. Perlahan-lahan dia memegang jantungnya yang berdegup kencang itu. Dia mengeluh perlahan.

"Yah Sehun!" marah Lay.

Hana memandang Sehun hanya tengah ketawa seperti orang semput tu. Sehun menggoncangkan tempat duduk Lay yang betul-betul berada di depannya.

Lay terus memandang wajah Sehun. Sehun terdiam. Selepas Lay pandang ke depan je terus Sehun menggoncangkan kerusi Lay.

"Yah Sehun ah!" jerit Niena. Dia dan Lay terus bangun lalu memandang ke arah Sehun. Lay di sebelahnya terus mengambil kipas angin di tangan Niena lalu mengetuk kepala Sehun menggunakan kipas tangan tersebut.

Sehun mengaduh, "ahh kejamnya hyung!"

"Sapa suruh kau kacau kitorang," kata Niena lalu menjelirkan bibirnya. Kemudian dia memandang ke arah depan kembali.

Sehun yang tak puas hati tu terus menarik telinga Lay sebaik Lay pandang ke depan. Kepala Lay terus sengit, "Sehun!!!" jerit Lay. Lay mengambil tangan Sehun lalu dia menggigit tangan Sehun.

"Argh hyung sakitlah!" jerit Sehun. Ketawa Hana dan Niena terus meletus tatkala melihat Sehun menggosokkan tangannya yang sakit akibat gigitan Lay. 

"Korang ni cuba senyap sikit.. memekak je dari tadi," ujar Gyuri yang berada di sebelah tempat duduk Lay dan Niena.

"Kalau nak senyap, pergi duduk library sanalah cik kak! Orang pergi kem ni nak suka ria, memekak sana sini.." celah Baekhyun tah dari mana dia duduk.

Satu bas mula mengejek Niena. Luhan bangun lalu memandang kesemua penghuni bas, "mianhae guys" terus dia duduk kembali.

"Hish awak ni Sehun.. cuba dalam sehari tu tak buat orang marah tak boleh ke?" kata Hana sebaik kedaan menjadi sunyi.

"Eleh suka hati sayalah.. jom tidur sama-sama.. saya mengantuklah" kata Sehun lalu terus menarik kepala Hana ke bahunya.

Hana hana mendiamkan diri lalu dia memejamkan matanya bersama dengan degupan jantung yang kian laju. Kenapa ni? Asal aku rasa macam ni? Kenapa aku rasa macam aku suka bila dia buat macam ni? Hish, Sehun tu kawan baik kau lah Hana! Mustahil dia ada hati dekat kau. Hana membuang segala apa yang berada di mindanya dan hatinya. 

 

Nami Island...

"Wah daebak! Cantiknya!" jerit Eunji. Dia terus menarik lengan Tao.

"Jagiya! Look! Wahhhhhh" jerit Niena pula. Lay di sebelah masih terpinga-pinga sebab baru bangun tidur.

Hana memandang sekilas ke arah Luhan yang sedang memandangnya. Bukannya dia tak ingat, disinilah tempat anniversary pertama yang dorang sambut bersama dulu setelah 3 tahun bersama.

"Sehun... jom pergi sana! Saya sukalah tengok tempat ni. Baru first time saya sampai kat sini," bohong Hana. Sehun hanya buat muka toya lalu terus mengikut Hana. 

"Selca dulu..." kata Sehun.

Hana yang masih perasan pandangan mata Sehun tu terus memeluk tubuh Sehun lalu bergambar dengan mesra. Sengaja nak jeleskan ex sendiri. Nak tunjuk yang kita pun boleh move on macam dia. Tak salahkan?

 

SEHUN'S POV

Sehun memandang lemah ke arah dapur. Tugasnya hari ini ialah memasak. Kenapalah Baekhyun, Kris dengan Xiumin hyung kejam sangat bagi aku tugas macam ni? Dahlah memasak dengan si Tao, Eunji dan Niena noona pulak tu. Hish memang masaklah aku nanti.

Sehun memberi isyarat ke arah Chorong dan Naeun supaya menjaga Hana tatkala dia busy memasak di dapur. Takut-takut kalau Gyuri cari pasal. Hana tu bukannya boleh dicontrol. Mau kena sembelih 99 kalau control apa yang dia buat.

"Woi! Dok tercongok kat situ buatpe? Meh tolong aku masak meh," kata Eunji.

"Kacau jelah sia kau ni,"

Mereka berempat memulakan tugas mereka. Couple Eunji dan Tao memotong bahan-bahan yang ingin dimasak manakala Sehun dan Niena menjaga api. Menu hari ini ialah bbq.

"Sehun ah.."

"Ne noona.." Sehun membalikkan ayam yang dipanggangnya itu. Dia memandang ke arah Hana sebelum memandang ke arah Niena.

"Noona tengok Sehun dengan Hana tu rapat. Sehun tak suka dia ke? Kan dia tengah single ni cepatlah ambil peluang tu," kata Niena.

Sehun tergelak, "noona senyap tau. Jangan bagitahu orang lain. Sehun memang dah lama sukakan Hana. Sejak dari kecil lagi. Tapi Sehun tak tahu nak bagitahu perasaan Sehun kat Hana macam mana"

"Alah mangkuk ayun betul lah kau ni Sehun! Sehun ingatlah eh ni adalah peluang Sehun tau. Dapatkan peluang ni! Sebelum orang lain rembat baik Sehun rembat dulu. Peluang kedua belum tentu ada tau.." nasihat Niena.

Sehun terdiam. Senyumannya mati. Perlahan-lahan matanya memandang ke arah Hana yang sedang bergelak tawa bersama rakan-rakannya yang lain. Kemudian Hana memandang ke arahnya. Pandangan mata mereka bertembung.

"Sehun ah! Masak sedap sikit okay?" jerit Hana. Kemudian gadis tersebut menghadiahkan senyuman yang manis kepadanya. Sehun terus memandang wajah Niena.

"Patut ke Sehun terus terang kat dia noona?" soal Sehun. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Niena hanya menganggukkan kepalanya.

"You must.. terus terang jelah. Bukannya salah pun. Noona tengok dia okay je tu. Mood dia elok lagipun tempat ni memang nice pun kan so memang bagus kalau Sehun terus terang kat sini je.."

Wajah Sehun menunduk. Lama dia memerhatikan arang yang sedang diselimuti oleh api. Kalau dia tolak cinta aku... hati aku mesti pedih. Mesti sakit. Mesti panas, ya sepanas arang ni. 

Perlahan-lahan Sehun mengeluh dengan perlahan.

END OF SEHUN'S POV

 

 

TO BE CONTINUE...

 

(A/N) Annyeonghaseyo! Happy new year! Salam Maulidurrasul kepada semua muslim!

Apa khabar semua? Hehehe.. okay jangan risau pasal Sehun tu. Memang dia kena confesskan perasaan cinta dia kat Hana pun kan.

Btw dah masuk tahun 2015 ni.. hm bila EXO nak comeback ni... tak sabarnya!

THE NEW AGE OF EXO.

Okaylah nak membebel banyak-banyak pun tak guna jugak. Saya akan update lagi. Okay bye! Annyeong~ pyonggg

Oh ya saya tak double check tau. Kalau ada typo maafkan saya hokeh. Bye bye

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!