RAHSIA TERBONGKAR

Our Love. (malay)

Hampir setiap hari jugak Hana mengulang alik ke hospital untuk mengetahui tentang perkembangan kansernya itu. Tetapi doktor tetap menyuruhnya mencuba beberapa terapi sebelum membuat pembedahan.

Oleh sebab hari ni dia tiada appointment dengan Doktor Jae lalu dia menghabiskan masa di biliknya. Setiap hari yang dilaluinya dapat ditempuhi dengan kuat dan tabah. Kerana mama, papa, Doktor Jae dan Sehun sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu untuknya meneruskan hidup.

Hanya mereka berempat sahaja yang tahu tentang penyakitnya. Luhan? Hana masih belum bersedia untuk memberitahunya tetapi apabila difikirkan balik, apa yang dia buat ni sebenarnya salah. Luhan berhak tahu. Sebab Luhan ialah kekasih hatinya dan bakal suaminya.

Hana mencapai Samsung S5nya di meja belajar. Dia membuka pad kekunci telefonnya. Segera dia mendail nombor Luhan. Ya, memang sekarang Luhan jarang berhubung dengannya. Sikapnya semakin berubah, layanannya juga sama. Bagaikan tiada chemistry lagi antara mereka.

Tut tutt... Tut tutt... 

"Harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sekian terima kasih...."

"Haih mana Luhan ni? Aku ada benda nak cakap ni," Hana mengeluh hampa. Ditekannya sekali lagi nombor Luhan.
Tut tutt... Tut tutt...

"Harap maaf nombor yang anda dail..." segera Hana memutuskan talian. Malas mahu mendengar makcik operator itu membebel.

"Luhan! Mana awak?! Saya tengah sedih ni, mana awak pergi?" jerit Hana dalam biliknya. Air matanya bergelinangan. 
Didailnya pula nombor Sehun.

Tut tutt... Tut tutt....

"Yeobuseyo... yes princess Hana, what do you want?" suara Sehun kedengaran di hujung talian.

"Hun, aku call abang kau dia tak angkatlah, aku nak jumpa dia pastu nak bagitahu dia pasal hmm pasal tu... tapi mana dia?"

"Luhan? Err, a..aku tak tahulah. Kau bosan tak? Jom keluar!" balas Sehun seolah-olah mengubah topik.

"Hmm okay, boleh je.. kau datang rumah aku tau!"

"Yelah.. aku datang, kejap lagi aku sampai tau! Bye." Sehun memutuskan talian.

Dia bangun dan menuju ke tandas untuk membasuh mukanya. Setelah itu dia menunggu Sehun di hadapan rumahnya.

"Annyeong...."

Hana segera memandang ke arah tuan empunya suara. "Annyeonghaseyo.. kita nak pergi mana ni weh?"

"Jalan-jalanlah.. kau kan bosan, tapi sebelum tu kita pergi beli bubble tea dulu! Kau belanja tau.." ujar Sehun.

"Eh asal aku pulak? Kau lah belanja, kau tu kan lelaki" kata Hana sambil memukul lengan Sehun.

"Haish yelah yelah... jomlah gerak." Sehun mencapai tangan Hana. Ya itulah perkara biasa yang mereka lakukan, biarpun tiada apa-apa hubungan, tapi dorang ni macam couple! Luhan pun tak kisah.

 

 

 

 

Tiba di hadapan kedai bubble tea...

"Yay! Sampai pun..." kata Hana dengan ceria.

Sehun hanya tersenyum melihat keriangan Hana. Inilah yang dia mahukan. Tak sanggup rasanya melihat Hana asyik murung dan sedih je. Dirinya juga boleh terkena tempias kesedihan Hana tu.

"Jom masuk.." kata Sehun. Dia membuka pintu utama kedai bubble tea itu dan secara tidak sengaja Sehun terpandang sebuah meja dan terlihat seorang lelaki yang amat dikenalinya bermesra dengan seorang gadis. Sehun menelan air liurnya.

"Woi! Kau tak reti nak masuk ke?" marah Hana. Dia menolak-nolak badan Sehun.

Sehun segera menutup pintu di kedai bubble tea itu dan memandang tepat ke wajah Hana. "Err Hana... hmm ki..kita pergi tempat lain jom? A..aku tak rasa macam nak minum bubble tea lah.. jom pergi" balas Sehun tergagap-gagap.

Hana memandang pelik wajah pucat lesi Sehun. "Kau tak nak minum? Okay dah sana... aku nak minum bubble tea sekarang ni so tepi, datin nak masuk ni..."

"Hana.. tak payahlah.. kita pergi tempat lain je"

"Kau ni kenapa? Aku nak masuklah Sehun! Tepilah!" marah Hana. Sehun menyerah kalah lalu dia pun bergerak ke tepi. Sehun meraup wajah tampannya.

"Good boy!" kata Hana. Dia menolak pintu bubble tea dan dia juga sendiri terkejut dengan apa yang dilihatnya. 

Sehun hanya memandang wajah Hana yang sudah keruh itu.

Hana menelan air liurnya. Betul ke apa yang aku lihat ni? Luhan oppa dengan Gyuri unnie? Bermesra macam pasangan kekasih? Segera dia menutup kembali pintu bubble tea itu dan berdiri di sebelah Sehun. 

"Hana... sebab tu aku ajak kau pergi tempat lain, aku tak nak nengok kau sedih.."

Hana mengelap air matanya. "Kenapa dia buat aku camni Hun? Aku sayang dia, aku cintakan dia... kenapa dia tergamak buat aku camni!"

Hana mengeluarkan Samsung S5 dari handbagnya. Dia menaip sesuatu dan terus dihantar kepada Luhan.

 

 

 

LUHAN'S POV

 

Luhan bangun dan menuju ke tandas. Dia membasuh tangannya dan dia mengeluarkan Samsung Note III dari poket seluarnya.

Dia menekan punat untuk menghidupkan telefonnya itu. Time tengah dating handphone mana boleh on.. nanti tak syok ler.. kata Luhan dalam hati.

Setelah telefonnya hidup, terdapat 2 missed called dari Hana. Luhan menelan air liurnya. Adui! Susah pulak kalau pasang dua ni.. bukannya dia tak nak lepaskan Hana, tetapi Hana seorang perempuan yang sukar untuk didekati. Luhan juga bersusah payah untuk dapatkan Hana, takkan senang-senang je nak lepaskan? Lagipun Hana cinta pertamanya, sebab itu begitu sukar untuk Luhan lepaskan dia.
Tiba-tiba muncul pula mesej dari Hana.

 

 

From: Hana baby <3

Thank you Luhan sebab buat saya camni. Awak mesralah dengan Gyuri lagi supaya hati saya makin sakit. Ni yang awak nak kan? Pergilah Luhan.. hubungan kita memang tak dapat diteruskan. Saya percaya dekat awak, saya sayang awak, saya cintakan awak selama ni... tapi awak musnahkan semuanya! Maafkan saya kalau ayat saya agak kasar, awak jagalah diri awak elok-elok. Mungkin lepasni kita takkan dapat berjumpa kembali. Selamat tinggal...

 


Luhan memandang wajahnya di cermin. Tak Hana tak... Saya masih cintakan awak! Segera dia mendail nombor Hana. Mesti Hana ada kat kedai ni tadi...

"Come on Hana... pick up your phone! I'm calling you now!" marah Luhan. Sudah hampir sepuluh kali dia mendail nombor Hana tapi Hana masih tak angkat.

"Mianhae Hana... jeongmal mianhae" ujar Luhan seorang diri dalam toilet. Air matanya mula mengalir, nasib baiklah toilet ni kosong. 

Segera dia keluar dari toilet dan menuju ke mejanya. Luhan cuba melihat sekelilingnya. Mana tahu kelibat Hana masih ada di kedai tersebut.

"Jagiya..." kata Gyuri apabila ternampak Luhan.

"Awak cakap tadi awak nak balikkan?" soal Luhan.

Gyuri hanya menganggukkan kepalanya. "Saya balik dulu tau, saranghae.. bye bye!" 

Luhan hanya tersenyum paksa. Setelah kelibat Gyuri hilang dari pandangan mata, Luhan terus berlari keluar dari kedai dan mencari Hana. Dia amat yakin Hana tidak berada jauh darinya.

Hana... maafkan oppa...

 

END OF LUHAN'S POV

 

 

 

Setelah selesai menghantar mesej kepada Luhan, dia meneruskan langkahnya. Tidak tahu mahu menuju ke mana. Sehun hanya mengikut langkah Hana dari belakang.

Samsung S5 yang berdering dipandangnya sekilas. Hana tahu pasti Luhan yang menelefonnya. Sungguh hatinya begitu hancur apabila Luhan curang terhadapnya, dia segera mengelap air matanya sudah tumpah itu.

"Hana..." kata Sehun.

Hana memandang Sehun di belakangnya. "Ne.."

"Kita duduk kat sini jelah.. maybe kau dapat tenangkan fikiran." kata Sehun. Mereka berada di Sungai Han.

Hana hanya menganggukkan kepala. Mereka berdua pun duduk dibangku. 

"Apa kata kita makan ice cream? Aku belanja! Hmm, kau tunggu kat sini tau!" ujar Sehun dengan nada yang dibuat ceria. Hana hanya tersenyum segaris.

Mungkin Sehun tak tahu tempat inilah tempat yang selalu dia dan Luhan berdating. Hana menarik nafas dalam-dalam dan segera dia bangun. Tak sanggup mahu duduk di sini lama-lama.

Tanpa menoleh kiri dan kanan, Hana mula melintas jalan. Fikirannya melayang memikirkan kejadian yang dilihatnya tadi.

Tanpa disedari, sebuah kereta dipandu laju dari arah kanan. Hana menoleh ke arah kereta tersebut, dengan jarak 3 meter. Hana memejamkan matanya, redha jika sesuatu menimpa ke atasnya.

Tiba-tiba dia terasa ada seseorang menarik lengannya dan mereka berdua sama-sama jatuh di bahu jalan. Kepala Hana terhantuk di bahu jalan.

Orang-orang di sekeliling sudah mula mengerumuni mereka berdua. Hana membuka matanya dan wajah kacak Luhan berada di hadapan matanya. Mungkin hanya khayalan aku. Luhan tak mungkin berada di samping aku pada saat-saat ni.. 

"Hana? Awak okay tak?" soal khayalan Luhan. Dia menepuk-nepuk wajah Hana. Dilihatnya cecair berwarna merah mula keluar di kepala Hana.

Hana terasa bagai di awang-awangan. Tiba-tiba dunianya menjadi kelam.

 

 

 

 

To be continue...

 

(A/N) Annyeonghaseyo... Hello everybody!

Saya harap chapter kali ni betul-betul buat korang sedih. Hahahahahahaha

Hana dah tahu pasal Luhan dengan Gyuri! Apa akan jadi lepasni? 

And thank you kepada subcribers baru *bow* 

Ok bye annyeongggg~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!