GET... BACK...?

Our Love. (malay)

AUTHOR'S POV

Hana memerhati sekelilingnya sebelum dia keluar dari teksi. Mahu melihat jika ada kehadiran seseorang yang dinantikannya di tempat parking ini. Namun tiada sesiapa. Setelah membayar wang teksi, dia keluar dari teksi lalu dia meneruskan perjalanannya. Dipeluk tubuhnya agar kesejukkan yang dialaminya berkurangan. Cuaca sejuk namun demi Luhan... entah kenapa dia sanggup untuk melangkah keluar dari rumah biarpun Sehun sudah berkali-kali mengingatkannya agar tidak jejakkan kaki di luar rumah jika tiada apa-apa yang penting mahu dibuat.

Hanya lampu jalan mencerahkan malam yang pekat ini. Biarpun ada rasa takut, namun dia tetap teruskan perjalanannya. Dia tahu, jika Luhan ke Sungai Han pasti Luhan berada di situ. Akhirnya... Hana sampai ke destinasinya. Ya, tempat dimana tempat sejarah antaranya dan Luhan. Dia melihat Luhan sedang duduk di bangku sambil memejamkan mata dan kepalanya didonggakkan ke langit. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Hati.. tabahlah. Hana mendekati Luhan lalu duduk di sebelahnya.

Luhan yang sedar akan kehadiran seseorang terus membuka matanya. Lama mereka bertentangan mata. 

"Dah lama ke awak sampai?" soal Hana. Matanya masih menatap wajah kusut Luhan.

Luhan tersenyum segaris, "taklah.. baru je"

"Oh okay..." ujar Hana. Suasana menjadi sepi.

"Hana..." Luhan memulakan bicara.

Hana memandang kakinya, "ne.. wae?"

"Saya masih cintakan awak. Saya masih sayangkan awak. Kasih sayang saya dekat awak tak pernah berubah Hana..." ujar Luhan dengan berani.

Hana memandang wajah Luhan. Sungguh dia tidak tahu sama ada dia patut rasa suka atau marah. Ya, memang hatinya sudah hancur dan punah. Semuanya sebab Luhan. Namun, dia tidak boleh tipu hatinya. Perasaan dia. Perasaan yang dia masih sayangkan Luhan dan cintakan Luhan. Tetapi entah mengapa, ego tiba-tiba mula menguasai dirinya. "Mianhae... saya nak balik," Hana terus bangun lalu mula melangkah pergi.

Namun, Luhan pantas mencapai tangannya. "Luhan lepaskan tangan sayalah!" Luhan buat tidak endah dan terus dia mencium bibir Hana. Setelah 10 saat, Luhan menjarakkan wajahnya. 

Hana terus menolak tubuh Luhan agar jauh dari tubuhnya, "apa yang awak dah buat ni Luhan?! Awak dah gila ke?!"

"Saya cintakan awak Hana! Tolonglah Hana... terimalah saya balik,"

Hana menarik nafasnya dengan agak dalam, "awak dah tipu saya hidup-hidup selama 6 bulan lebih Luhan! Dan sekarang bila Gyuri dah didapati bersalah... baru awak nak getback dengan saya balik? Sampah!"

"Mianhaeyo Hana.. jeongmal mianhae. Saya tak pernah berhenti cintakan awak. Percayalah cakap saya Hana." Luhan mengesat air matanya yang sudah tumpah. 

Hana terus memusingkan badannya lalu sekali lagi melangkah pergi namun dia terasa ada sesuatu memeluk kakinya. Apa benda pulak ni? Hantu ke? Soal Hana dalam hati. Dia beranikan diri lalu memandang ke arah kakinya. Lah... hantu punya Luhan!

"Awak ingat kaki saya ni bantal peluk awak ke? Sesuka hati awak je nak peluk kaki saya?" soal Hana bersama wajah dinginnya. Luhan memandang wajah Hana. Mukanya sudah basah dengan air mata. Tiba-tiba hati Hana menjadi sayu. Ego yang tinggi melangit kini mula serendah tanah di bumi. 

Perlahan-lahan Hana duduk bersila di sebelah Luhan. Lalu dia memandang lama ke arah Sungai Han di depan matanya. "Wae Luhan? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya Gyuri unnie? Saya tau saya tak sempurna, tak secantik dan tak seseksi dia tapi kenapa...." kata-kata Hana terhenti sebaik bibir Luhan hinggap di bibir Hana sekali lagi.

Setelah 20 saat, Luhan menjarakkan wajahnya. Dia mengusap perlahan pipi gebu Hana. Hatinya masih mencintai gadis ini. Tiada gadis lain yang dapat menggantikan Hana. Gyuri tidaklah secantik Hana, namun disebabkan terlalu ikutkan nafsu dan telah terpedaya dengan godaan Gyuri, hatinya jadi terpaut pada Gyuri. Dia terpaut pada Gyuri bukanlah sebab cinta namun sebab sayang. Dia langsung tidak cintakan Gyuri.

"Kenapa awak diam Luhan? Say something..." air mata Hana mula mengalir.

"Jagiya mian.. I'm so so soooo sorry. Saya betul-betul tak boleh lupakan awak Hana sebab saya masih cintakan awak. Sayang saya dekat Gyuri tak sama level macam sayang dan cinta saya terhadap awak Kim Hana. Awak betul-betul istimewa sebab saya betul-betul cintakan awak. Awak cinta pertama saya," ujar Luhan dengan agak sayu. Kalaulah masa boleh diulang... takkan sesekali dia ulangi perkara bodoh yang pernah melukakan hati gadis di hadapannya ini.

Hana memandang jauh ke dalam anak mata Luhan yang cantik itu, "you're liar!" 

Hana mula memukul dada Luhan. Biarpun sakit, tapi Luhan tahan dan cuba memeluk Hana, "tolonglah Hana.. ingat balik kenangan kita. Kenangan dimana kita mula-mula kenal. Kenangan dimana kita dapat sambut anniversary kita buat pertama kalinya dekat Nami Island, kenangan kita bergurau senda..." Akhirnya tumbukan di dadanya berhenti. Hana kini berada dalam dakapannya. Esakan kecil Hana kedengaran. Dia dapat rasakan Hana cuba membalas pelukannya. Mungkin sudah beralah.

"I miss you oppa,"

Empat perkataan itu benar-benar membuatkan Luhan menghembuskan nafas lega.

END OF AUTHOR'S POV

 

 

 

 

Next day....


SEHUN'S POV

Sehun menunggu Hana di bubble tea store. Mereka dah berjanji untuk berjumpa antara satu sama lain. Sementara menunggu Hana, Sehun bermain game di Samsung S5nya untuk menghilangkan bosan dan haus ditekaknya.

"Annyeonghaseyo.." ujar Hana bersama senyuman yang paling manis sekali. Senyuman yang paling ikhlas. Senyuman yang paling Sehun rindu.
Sehun mengangkat keningnya. Pelik dengan perangai Hana. Biarpun senyuman itu perkara biasa namun entah kenapa hatinya tiba-tiba dapat rasakan sesuatu. Dia betul-betul curiga dengan Hana. Adakah dia dah...? 

"Hi pretty!" ujar Sehun dengan suara selambanya sambil menolak rambutnya yang terjuntai di dahi, "awak nak minum apa?"

"Uish sengaja ke tolak rambut baru diwarnakan tu? Hehe whatever I can drink all bubble tea's flavors," ujar Hana lalu Sehun tertawa. Kemudian Sehun ke kaunter dan selesai order dia kembali ke meja bersama 2 cawan bubble tea chocolate. Suasana menjadi sepi antara mereka berdua/

Sehun hanya melihat Hana sedang leka bermain dengan Samsung S5nya sambil tersengih-sengih. Kenapa dengan dia ni? Sudah lama dia tidak nampak perangai Hana seperti ini. Dulu ada tapi waktu tu Hana masih couple dengan Luhan, "Hana..." Hana hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan Samsung S5nya itu. "Yah Kim Hana!"

"Ah Sehun ah.. mian.. wae?" Hana kembali memandang skrin handphonenya.

"Kenapa awak suka sangat eh bila tengok skrin handphone tu? Awak buat apa?" soal Sehun sambil menghirup bubble teanya.

Hana tersengih, "Saya tengah WhatsApp dengan Luha.." Hana terdiam. Kata-katanya seakan-akan tergantung.

Serta-merta riak wajah Sehun berubah. Luha? Luha... Luhan??? Luhan?! Sehun berdehem, "awak WhatsApp dengan Luhan hyung ke?" sengaja Sehun menyerkap jarang. Nak kata serkap jarang tu tak sangatlah sebab dia dah tahu itulah kebenarannya. Hana getback dengan Luhan.

Hana membetulkan kedudukkannya. Peluh mula keluar biarpun sekarang musim sejuk. "Ani... aniyo," wajahnya menunduk lalu dia menghirup bubble teanya.

"Habistu? Awak WhatsApp dengan siapa?"

"Saya WhatsApp dengan... hmm Niena unnie lah!" 

"Yeke? Tapi saya dengar awak sebut Luha tadi.."

"Luha? Siapa Luha tu? I don't know him. Seumur hidup saya, takde kawan bernama Luha. Saya sebut Niena unnie lah tadi Hun.. awak ni muda-muda lagi dah pekak ke?" kata Hana sambil tertawa kecil. Kemudian dia menghadap skrin handphonenya kembali.

Manakala Sehun masih memandang Hana dengan agak tajam. Him? Bang! Serkap jarangnya mengena. Kan betul Luha tu sebenarnya Luhan. Entah kenapa, hatinya terasa sakit yang amat. Namun dia masih cuba untuk kekalkan senyumannya. "Awak WhatsApp dengan Niena sambil tersengih-sengih?"

"Hah? Ah hak ah. Niena unnie buat lawaklah Hun... tu yang saya asyik sengih je ni.." kata Hana sambil tersenyum. Kemudian dia kembali menghadap skrin phonenya.

Great. Sehun terus menaip sesuatu lalu di hantar kepada Niena..

 

*Noona. Mianhae kalau Sehun kacau. Hana tengah WhatsApp dengan noona ke?
*Aniyo. Kitorang tak WhatsApp pun. Kenapa?
*Noona.. pukul 3 petang nanti kita jumpa sekejap boleh tak? I need to tell something to you noona...
*Okay bro. Btw tadi noona ada kelas lepastu... Luhan nampak macam happy semacam je hari ni. Kenapa eh?
*Nilah apa yang Sehun yang cerita dekat noona. Kul 3 kat Line Shop okay noona?
*Okay set!

 

Suasana menjadi sunyi antara mereka. Hana tidak pernah berperangai sebegini. Dan sekarang memang jelaslah yang Hana sudah kembali bersama Luhan. Sehun menghembuskan perlahan nafasnya. Kenapa kau muncul balik Luhan? Kenapa saat-saat aku hampir dapatkan Hana? Adakah aku akan terlepas juga kali ini? Sehun mengeluh perlahan sambil memandang lama wajah Hana yang masih tersengih memandang skrin handphone.

SEHUN'S POV END

 

 

 

 

TO BE CONTINUE.....

 

(A/N) Annyeonghaseyoo! Yay an update... maybe next week tak dapat update lagi sebab dah nak mid year exam :( pray for me.

Oh ya HANA DENGAN LUHAN DAH GETBACK! SO MACAM MANA DENGAN SEHUN? OMG

Kalau ada typo.. maafkan saya. Okay nantikan next chapter seterusnya okay? Maybe 3 weeks from now. Annyeong~ babaiiiii~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!