CONFESSION

Our Love. (malay)

Nami Island...

"Okay memandangkan malam ni malam last kita kat Nami Island ni, so korang nak buat aktiviti apa-apa pun suka hati koranglah. Nak berdating ke, nak mandi laut ke, nak main flying fox ke suka hati okay? Tapi ingat, sunbae taknak nampak sorang pun masih berada kat luar khemah pada waktu tengah malam nanti. Arasso?" kata Xiumin selaku fasilitator yang bertugas pada malam ke-3 di Nami Island.

"Yahoo!! Jagiya jom pergi sana, let's take some selca, sebab fans saya tengah tungu kat Instagram tu," kata Tao. Dia menarik lengan Eunji agar mengikut langkahnya. Hana hanya tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Kemudian dia memandang ke arah Luhan dan Gyuri yang sedang berpegangan tangan. 

"Hana jom lepak kat sana!" kata Sehun. 

"Hah? Ah err ne.." Hana memandang ke arah Luhan dan Gyuri sekilas sebelum mengikut langkah Sehun. "Kita nak pergi mana ni?"

"Just follow me," kata Sehun. Langkah mereka diteruskan sehinggalah....

Hana terdiam melihat suasana di persekitarannya. Semuanya mengingatkannya dengan kenangan dahulu. Kenangan manis, tapi kini sudah menjadi pahit sepahit hempedu. Hana memandang wajah Sehun yang tiba-tiba berubah riak seperti sedang menahan sakit.

"Sehun ah waeyo?" soal Hana. Dia memegang lengan Sehun.

Sehun memegang perutnya tiba-tiba keluar bunyi pruttttt. "Ops mianhae. Saya terkentut, awak tunggu sini jap saya nak pergi tandas saya sakit perut ni," belum sempat Hana ingin menjawab, Sehun sudah berlari bagaikan tidak cukup tanah menuju ke tandas.

Mulut Hana masih ternganga kemudian dia menggelengkan kepalanya. Haih Sehun ni... memang betul-betul mangkuk. Selekeh, serabai. Kemudian Hana memandang sekali lagi ke arah sekelilingnya. Kemudian kepalanya mendongak memandang langit. Wah cantiknya bulan pada malam ni. Tiba-tiba kedengaran suara seperti seseorang sedang ketawa. Hana mengintai sedikit. Luhan dan Gyuri.

Hana memandang ke arah mereka yang sedang ketawa dengan riangnya di bawah sepohon pokok yang menghijau di Nami Island itu. Hatinya berasa sakit lalu Hana memandang ke arah lain. Dia memegang hatinya.

Hati, engkau tabahlah. Bukan sahaja untuk hari ini tapi untuk selamanya. Bukannya Hana tak ingat, bukannya dia jenis yang pelupa perihal pokok yang mereka berdua itu berteduh. Ya, itulah pokok yang menjadi saksi di mana dia dan Luhan dulu pernah menyambut anniversary ke-3 tahun buat pertama kalinya di situ pada tahun lepas.

"Hana?" tegur seseorang. Hana memandang ke arah tuan empunya suara lalu senyuman pahit dihadiahkan.

"Hun, dah lega dah?" soal Hana.

Sehun tertawa kecil apabila Hana berkata begitu, "dah.. lega gila dah ni"

Suasana menjadi sunyi antara mereka berdua. Hanya kedengaran gelak tawa sepasang kekasih di hujung pokok sana. Sehun sengaja mengintai sedikit, kemudian dia memandang wajah Hana.

"Luhan hyung dengan minah tu ke?" soal Sehun biarpun dia sendiri tahu jawapannya. 

"Hah? Err entah. Manalah saya tahu pasal dua orang tu. Saya tak reti nak jaga tepi kain orang okay. Eh jomlah lepak kat sebelah sana. Ada bangku kan? Suasana malam ni elok" Hana terus meraih tangan Sehun. Sehun memandang gelagat Hana sebelum mengikuti langkah rakannya itu.

Tiba di bangku, mereka berdua duduk bersebelahan. Masing-masing menyepikan diri. Sehun memerhatikan wajah Hana yang sedang menala kepala ke arah langit sambil memejamkan matanya dengan agak lama.

Tiba-tiba pesanan Niena menerjah masuk ke dalam minda Sehun. "Sehun ingatlah jangan sia-siakan peluang Sehun. Hana kan tengah single sekarang ni, so apa kata Sehun rebut peluang keemasan ni? Takkan Sehun nak pendam perasaan Sehun kat dia yang dah berapa belas tahun Sehun simpan tu? Rasanya macam dah naik berkulat dah hati tu. Oh come on, Sehun kan lelaki. Lelaki kena berani. Kalau dia accept, baguslah. Kalau dia reject, Sehun try banyak kali, jangan cepat patah hati, mungkin hati dia masih sakit sebab perbuatan Luhan dulu. Lagipun noona nengok, sebenarnya dia tu pun sukakan Sehun cuma dia confuse dengan hati dia,"

Sehun memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan agak dalam. Kemudian dia membuka matanya. Aku kena berterus terang dengan Hana! Dia berdehem untuk menghilangkan rasa ketakutan yang menular dalam dirinya tika ini.

"Hana?" ujar Sehun. Digoncangnya perlahan bahu Hana. Hana membuka matanya lalu dia berbalas pandangan dengan Sehun.

"Saya sebenarnya... hm saya sebenarnya err"

"Awak makan apa tadi sampai boleh jadi gagap gini? Bagitahu jelah apa awak nak bagitahu kat saya,"

"Hm saya sebenarnya..."

"Saya apa?!!?" sedikit tinggi suara Hana.

"SAYA SEBENARNYA DAH LAMA SUKAKAN AWAK. DARI FIRST DAY KITA KENAL LAGI. BETUL SAYA TAK TIPU! SUMPAH HANA, SAYA CINTAKAN AWAK, SAYA SAYANGKAN AWAK!" Sehun menekup mulutnya apabila dia terlepas cakap. Manakala, Hana di sebelahnya tergamam. Terdiam. Terkaku kerana pengakuan yang dibuat oleh rakan baiknya itu.

Suasana sunyi kembali.

"Awak jangan main-main. It's not funny at all"

"Hana, saya tak main-main. I'm serious okay. Terpulang dekat awak sama ada nak percaya ataupun tak. Tapi... jujur saya cakap, saya betul-betul cintakan awak. Dah lama saya pendam perasaan saya sebab saya tak tahu nak luahkan kat awak macam mana," kata Sehun. Suaranya sedikit bergetar. Wajahnya menunduk.

"Tapi, saya cuma anggap awak sebagai kawan saya je Hun... tak lebih dari tu," suara Hana juga sedikit bergetar tatkala mengungkap perkataan 'anggap awak macam kawan saya'. Entah kenapa, dia rasa bila dia menyebut perkataan tu bagaikan tidak ikhlas untuk Sehun. 

Sehun tersenyum pahit "sebab tu saya pendamkan perasaan saya sebab saya dah tahu jawapan awak. Takpelah saya tak kisah pun. Tapi saya nak awak tahu, mengenali awak adalah perkara paling indah dalam hidup saya. Awak ubah persepsi saya terhadap perempuan Hana. Terima kasih. Pasal perasaan saya tu, abaikan jelah. Yang penting kita kawan, dan yang paling penting sekali, saya sentiasa sayangkan awak"

Hana merenung jauh ke dalam anak mata Sehun. Dia tidak tahu sama ada mahu rasa terharu atau gembira atau sedih apabila Sehun berkata sebegitu. Air jernih mula menitis membasahi pipi Hana.

Tanpa berlengah, Sehun terus mengelap air mata Hana menggunakan hujung jarinya. Dibawanya kepala Hana lalu mendarat di bahunya. Saya takkan pernah berhenti cintakan awak, Kim Hana. Bisik hati Sehun.

"Eh cuba nengok bintang tu cantik sangatlah!" jerit Sehun dengan sengaja untuk menceriakan suasana.

Terus kepala Hana memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Sehun. Namun... cupp! Bibir mereka berdua bertembung. Segera Sehun dan Hana menjarakkan wajah masing-masing.

"Yah! Mianhae.. jeongmal mianhaeyo, saya betul-betul tak sengaja!" ujar Sehun dengan laju. Dia menutup bibirnya. Sebelah tangannya pula diangkat bagaikan menyerah kalah dengan polis.

Hana memandang lama wajah Sehun yang agak pucat itu. Mungkin betul mamat mangkuk ni tak sengaja nak cium aku.

"Gwenchana..." wajah Hana menunduk. Kemudian dia memandang ke arah sekeliling. Dia terlihat sesusuk tubuh di belakang pokok.

Hana menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dia merangkul leher Sehun lalu diciumnya sekali lagi bibir Sehun. Mata Sehun membuntang tatkala Hana berbuat demikian tapi akhirnya Sehun membalas ciuman Hana lalu dia memeluk pinggang Hana. *omg apa yang saya tulis ni.. yah i'm not byuntae..

 

 

LUHAN'S POV

Luhan cuba sedaya upaya untuk menutup kesedihan di wajahnya apabila Gyuri mengajaknya untuk duduk di bawah sepohon pokok yang sampai bila-bila akan menjadi kenangan manis dalam hidupnya.

Oleh disebabkan permintaan Gyuri, Luhan terpaksa ikutkan. Hampir 1 jam juga dia meluangkan masa bersama Gyuri di situ.

"Gyuri, I nak ke toilet kejap. You tunggu eh kat sini" kata Luhan. Dia bangun lalu terus mencari tandas.

Setelah membuang hajatnya,dia meneruskan perjalanannya ke tempat dia dan Gyuri bersama sebentar tadi. Matanya memandang keindahan Nami Island pada waktu malam.

Tapi matanya terpandangkan dua susuk tubuh yang sedang duduk di sebuah bangku berhadapan dengan tumbuhan flora yang berwarna warni. Segera Luhan menyembunyikan diri di balik pokok dengan gaya ala-ala Detective Conan. Biarpun cahaya lampu je yang menerangi kegelapan pada malam itu, tapi matanya masih jelas untuk menangkap segala apa yang dilakukan oleh dua individu itu.

Luhan mengecilkan sedikit matanya untuk memastikan siapakah gerangan dua individu tersebut. Eh? Itu bukan Hana ke? Dan lelaki tu... bukan adik aku ke? Sehun? Ya, memang mereka!

Dapat Luhan lihat mereka berdua berkucupan untuk seketika. Hatinya berasa sakit melihat kelakuan bekas kekasihnya bersama adik tirinya itu.

Kemudian, Hana dan Sehun berkucupan sekali lagi. Terus Luhan memejamkan matanya. Dipegangnya hati yang teramat sakit bagaikan dihempap sebiji batu seberat 500kg. Dia menyandarkan tubuhnya yang bagaikan sudah tidak bermaya itu di pokok.

Kenapa hati aku sakit sangat ni? Dia bukan milik kau lagi Luhan... tapi kenapa sampai sekarang aku tak boleh lupakan Hana? Aku masih.. cintakan dia ke?

Aku.. aku kena dapatkan Hana balik walau dengan cara apa sekalipun! Azam Luhan dalam hati. Dia mengelap air matanya yang menitis itu dengan kasar. Lalu dia menarik nafas dengan dalam sebelum meninggalkan tempat itu.

END OF LUHAN'S POV

 

 

Next day...

 

"So macam mana camp kali ni? Best tak?" soal Kris kepada pelajar-pelajar SM University Seoul sebelum menaiki bas menuju ke bandar Seoul.

"Best!" ujar mereka serentak.

"Sunbae harap korang enjoy dengan camping trip ni," ujar Xiumin pula.

"Xiumin sunbae,lepasni bolehlah sunbae buat trip gini lagi kan?" ujar salah seorang pelajar dari department Culinary.

"Boleh je!" balas Xiumin dengan girang.

"Bagus-bagus. Camping ni sebenarnya bagus. Tapikan sebelum pergi tuhari, aku macam ada dengar orang tu kata tak nak pergi tapi akhirnya... dialah orang paling gembira time aktiviti flying fox tu," perli Baekhyun.

"Shut your mouth Byun Baekhyun before I slap your ugly face with your stupid eyeliner" ujar Gyuri dengan angkuh. Dia memandang wajah Baekhyun dengan pandangan yang meluat. *errr maaf Baekhyun's fans sebab saya tulis gitu. Bukan saya tak suka Baekhyun, saya suka cuma you know this is fanfic*

Baekhyun hanya mampu ketawa mendengar perempuan yang dianggapnya gedik ni membebel. Dia kata muka aku ugly? Eee please lah muka kau tu lah yang ugly. Eyeliner aku kau panggil stupid? Cis, confirm kau tak pernah join kelas tutorial memakai eyeliner aku!

Kemudian suasana menjadi hingar bingar kembali.

"Korang berdua ni apahal sunyi sepi je hah?" soal Eunji kepada Hana dan Sehun.

"Errr manade." Jawab Sehun dan Hana serentak. Mereka berbalas pandangan lalu memandang ke arah lain semula.

"Eleh merah siot muka korang berdua!" usik Chen. Chanyeol sudah ketawa.

"Aniya..."

"Eh bas dah sampailah!" jerit Tao. "Jagiya jom.." Tao menarik lengan Eunji.

Hana pantas menarik lengan Eunji. "We need to talk" Eunji memberi bahasa isyarat kepada Tao lalu Eunji memandang Hana, "hah mende?"

"Duduk dengan aku boleh tak nanti kat dalam bas?"

"Duduk dengan kau? Eh kau gila? Taknaklah. Aku ada benda nak kena buat dengan Tao kat dalam iPad ni, nak kena ajar dia main keyboard lagu Miracle In December. Kau duduklah dengan Sehun." bantah Eunji. Dia lalu meninggalkan Hana keseorangan.

"Hana waeyo?" soal Niena. Dia menyentuh perlahan bahu Hana.

"Ah unnie.. unnie duduk dengan Hana boleh tak? Biar Lay sunbae duduk dengan Sehun,"

"Eh mana boleh!" Lay tah dari ceruk mana tiba-tiba muncul sambil tersengih. "Hehe gurau jelah, yelah Hana duduk jelah dengan Niena ni. Sunbae duduk dengan Sehun je nanti,"

"Jinjja? Ahh gomawo Lay oppa! Opss... public errr sunbae" Hana tersenyum lalu menarik lengan Niena memasuki ke dalam bas.

Bas mula bergerak menuju ke Seoul. Biarpun sedih untuk meninggalkan bumi Nami Island, tapi tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar perlu diteruskan.

"Hana ngantuklah unnie.. Hana nak tidur," Niena cuma menganggukkan kepalanya sambil tersenyum segaris. 

Hana memandang ke arah luar tingkap. Perkara pada malam semalam berlegar di fikirannya. Perkara di mana dia nampak Luhan bersama dengan Gyuri, pokok kenangan, Sehun luahkan perasaannya, Luhan berada di belakang pokok memerhatikannya dan... disebabkan itulah dia mengucup bibir rakannya itu. Kenapa aku boleh buat macam tu? Sengaja atau nak sakitkan hati Luhan? Atau ciuman aku tu betul-betul ikhlas?

Terus Hana memejamkan matanya. Mahu buang segala apa yang bermain di matanya dan mindanya. Lama kelamaan Hana berada di alam mimpi.

 

 

 

To be continue...

 

Annyeonghaseyo yeahhh I'm back! Sorry for the late update! Saya betul-betul busy dengan kerja kerja f5! Lagi dengan netbook tak boleh charge eee mangkuk betul. Nasib ada laptop abang saya huhu saya pinjam jap ni.. hm kepada yang unsubcribe cerita ni takpelah saya faham. JANGAN RISAU, SAYA MASIH AKAN TERUSKAN CERITA NI. Kepada yang tak unsubcribe tu saya berterima kasih banyak banyakkkkkkkkk dekat awak. Gomawo saranghae <3 okaylah kalau ada masa nanti saya akan update. Lagipun cerita ni dah nak habis yahoooo!

Sekarang Hana dah tahu perasaan Sehun! Dan apa kena pulak si Luhan nakkan Hana balik ni? 

Hah tunggu dan sabar okay? Annyeongggg

Oh ya... sorry kalau ada typo! Saya tak double check :3

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!