Dont leave me...

Our Love. (malay)

OUR TOMORROW // LUHAN

SEHUN'S POV

Sehun tersentak dari tidur lenanya. Peluh di dahinya mula merintik-rintik jatuh. Nafasnya tidak teratur. Dadanya turun naik. Sehun memandang ke arah sekelilingnya. Hanya ada perabot yang tersusun cantik di bilik tidurnya.

Huh mimpi rupanya. Tapi, mimpi tu benar-benar aneh dan pelik. Sebab dalam mimpi tu Hana bersama dengan Luhan. Mereka berdua ingin meninggalkan bumi Korea ini. Perlahan-lahan Sehun meraup wajah tampannya. Apa punya mimpi lah ni... Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Haih tulah kau Sehun, tidur time tengahari gini kenapa? Dia menggelengkan kepalanya sekali lagi. Dia berharap mimpi tadi tu hanyalah mainan tidurnya.

Sehun bangun dari katilnya, lalu segera dia ke tandas untuk membersihkan diri. Usai mandi, Sehun menggosok rambutnya yang baru di-blonde berwarna coklat gelap dua hari lepas menggunakan towel berwarna putih kegemarannya. 

Tiba-tiba Samsung S5nya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Dia melihat skrin di telefonnya mahu melihat siapakah gerangan manusia yang menghubunginya di pagi buta ini. Oh, dari mama Hana! Segera dia menjawab panggilan itu tanpa rasa ragu-ragu. 

Setelah berberapa minit, Sehun mematikan panggilan. Dia jatuh terjelepok di atas lantai. Apa yang baru diberi tahu oleh Puan Kim sebentar tadi betul-betul membuatkannya terkedu dan terkesima.

Tanpa berlengah, terus Sehun mencapai kunci di atas meja belajarnya lalu memandu keretanya menuju ke rumah Kim. Setibanya di rumah Hana, Encik Kim menghulurkan sehelai kertas yang ada tulisan cantik tertera di atasnya.

"Surat apa ni ommonim? Abeoji??" soal Sehun dengan wajah yang agak gusar.

"Kami jumpa surat ni kat dalam bilik dia. Semua baju-baju Hana dah takde dalam almari. Barang-barang mekap dia pun sama," ujar Encik Kim. Wajahnya kelihatan kusut.

Tanpa berlengah terus Sehun membaca isi surat tersebut...

 

Annyeonghaseyo omma, appa...

Waktu omma dengan appa baca surat ni, Hana dah pergi tinggalkan bumi Korea bersama Luhan oppa. Maafkan Hana sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk omma dengan appa. Jeongmal mianhae. Hana tahu Hana bukan anak yang baik, yang perfect, yang selalu menyusahkan omma dengan appa sepanjang omma dengan appa jaga Hana. Mianhaeyo omma, appa sebab membelakangkan omma dengan appa. Jeongmal mianhae.. and take care. Saranghae omma, appa.

 

Sehun melipat kembali surat tersebut. Tiba-tiba fikiran Sehun melayang mengingati apa yang berlaku pada minggu lepas. Hari dimana dia mendengar Luhan bercakap dalam talian dengan seseorang...

 


Flashback...

Sehun keluar dari biliknya apabila tekaknya terasa haus setelah 3 jam menghadap laptop menyiapkan assignment. Baru berapa langkah, dia berhenti. Dia memandang sekeliling. Mummy dan daddynya tiada. Mungkin ada di ruang tamu menonton televisyen.

Sehun mengangkat bahunya dia ingin meneruskan langkahnya tapi, langkahnya mati apabila tiba di hadapan pintu bilik Luhan. Pintu abangnya itu tidak tutup sepenuhnya, jadi Sehun mengambil kesempatan untuk mengintai apa yang abang dia sedang lakukan semenjak dah getback dengan Hana semula. Dia menolak sedikit lagi pintu bilik abangnya itu.

Dapat Sehun lihat Luhan sedang duduk di sofa. Di atas mejanya ada sebuah laptop Apple hadiahnya untuk Luhan sewaktu hari jadi Luhan 4 tahun lepas. Manakala di tangan Luhan ada sebuah Note III yang melekap di telinga jejaka itu. Wajah Luhan kelihatan agak serius.

"Ah ne.. saya nak booking tiket flight ke China pada hari Isnin minggu depan lah, masih ada lagi tak?" wajah Luhan masih serius ketika itu.

Sehun mengerutkan dahinya. Booking tiket untuk ke China? Minggu depan? Kenapa? Atuk dia sakit ke kat China tu? Banyak soalan melintas di fikiran Sehun.

"Oh ada lagi? Okay saya nak booking dua tiket flight ke sana. Saya akan bank in duit dalam pukul, 3 petang nanti?" 
Biar betul Luhan ni?

"Luhan, 19 tahun. Okay, terima kasih..." ujar Luhan sebelum mematikan talian. Luhan menutup laptopnya sambil tersenyum. Dia bangun lalu meregangkan ototnya yang rasa sengal-sengal akibat lama menghadap laptop sebentar tadi.

Sehun yang melihat Luhan sedang bangun itu, terus melarikan diri menuju ke dapur untuk memenuhi keinginan tekak kesayangannya. Tapi, dalam fikirannya ligat berfikir. Luhan nak balik China? Kenapa mummy dengan daddy tak bagitahu aku?

Dan.... kenapa dia perlu booking dua tiket flight untuk ke sana?

Lagi satu tiket tu... untuk siapa?
End of flashback...

 


Sehun jatuh terduduk. Persoalannya sejak minggu lepas terjawab. Dia menggenggam erat surat yang dipegangnya sebentar tadi. Nafasnya bagaikan rasa tersekat-sekat. Sungguh, dia tidak mampu untuk bernafas dengan baik buat masa sekarang ni.

"Sehun ah! Gwenchana?" jerit Puan Kim. Encik Kim berlari mendapatkan Sehun lalu dia menggosok perlahan badan anak muda itu.

Mimpi dia tadi tu... mimpi tu benar-benar jadi kenyataan. Luhan dengan Hana, akan tinggalkan bumi Korea ini. Berkemungkinan juga, mereka berdua akan berkahwin dan akan terus menetap di sana. Sehun berfikir sejenak. Patut ke aku kejar dorang?

Tiba-tiba Sehun teringat pesan Niena 'Sehun ingatlah eh ni peluang Sehun tau.. Sehun kejarlah peluang ni. Peluang kedua belum tentu ada tau,' 'Sehun, kejar peluang tu. Kejar sampai dapat, sebab noona yakin Hana pun ada hati dekat Sehun' 

"Ommonim, abeoji, Sehun... Sehun mintak diri dulu. Sehun kena dapatkan Hana!" kata Sehun. Puan Kim dan Encik Kim hanya mendiamkan diri. Setelah meminta diri, terus Sehun memecut BMWnya menuju ke Incheon International Airport.

Selesai memarkirkan kereta, Sehun terus berlari bagaikan tidak cukup tanah menuju ke lobi airport. Peluh yang merintik-rintik jatuh langsung tidak dihiraukan. Yang penting sekarang ni, hanyalah Hana seorang.

Sehun melihat papan tanda yang kapal terbang ke China akan terbang lagi 30 minit, segera Sehun meneruskan pencariannya. Hana tolong jangan tinggalkan saya! Jebal!!

END OF SEHUN'S POV

 

AUTHOR'S POV

Hana me111111111111111111merhatikan keadaan sekelilingnya. Seperti biasa keadaan di airport biasanya memang hingar- bingar. Kemudian, dia memandang ke arah jam di pergelangan tangannya. Jam pemberian Sehun sewaktu hari jadinya pada tahun lepas.

Mulutnya mengukir senyuman. Sehun kata, jam ni dia beli couple. So, Hana ada satu dan Sehun pun ada satu. Senyuman di bibirnya mati. Keluhan di bibirnya perlahan-lahan dilepaskan. Mianhaeyo Sehun ah...

Ding dong!!

"Perhatian kepada semua penumpang. Flight ke China akan diterbangkan sebentar lagi. Sila bersiap sedia dan bergerak memasuki kapal terbang, terima kasih" Hana terkedu mendengar operator berkata sebegitu. Nak marah operator tu pun tak guna sebab dah memang tugas dia. 

Aku.. aku akan tinggalkan bumi Korea sebentar lagi. Ni juga bermakna, aku akan tinggalkan segala kenangan manis, pahit, sedih dan gembira di sini. Dan ini juga bermakna aku akan ucapkan selamat tinggal kepada mama, papa, kawan-kawan dan... Oh Sehun.

"Jagiya... jom?" ujar Luhan. 

Hana memandang lama wajah Luhan kemudian dia menunduk. Tapi dia masih bangun dan mengikuti langkah Luhan. Rasa bersalah kian mencengkam dalam hati. Sungguh jiwanya tidak sanggup untuk meninggalkan bumi Korea ini.

Rasa sayang terhadap Sehun terpaksa yang terpaksa dilupakan.

Tiba di lorong international, Hana berhenti melangkah. Luhan turut berhenti lalu dia memandang ke arah Hana sambil mengerutkan kening. Hana memandang lorong itu dengan agak lama. Ramai penumpang yang lain sudah melepasi mereka.

"Hana jom... nanti kita tertinggal flight pulak.." ujar Luhan. Dia menggoncangkan lengan Hana. Hana segera kembali ke dunia nyata.

"Hah? Ah ne," Hana memandang sekelilingnya buat kali terakhir. Tiada apa-apa. Dia menarik nafasnya dan dengan berat dia melangkah kakinya.

"Hana!!!!!" jeritan yang agak kuat dan nyaring menyebabkan langkah mereka berdua terhenti.

Hana memandang ke arah empunya suara yang menyebabkan suasana hingar bingar tersebut menjadi sunyi. Mulut Hana terbuka sedikit apabila melihat seorang lelaki yang memakai sweat shirt hitam, berseluar jeans hitam. Walaupun jarak mereka 50 meter, dan orang yang lalu lintas di hadapannya tapi Hana dapat melihat dengan jelas peluh jatuh menitis di bahagian muka tampannya yang bagaikan tidak bermaya itu. Rambutnya juga kusut seperti tidak disikat. Nafas lelaki tersebut turun naik dengan laju. Hana menahan air matanya yang bergenang supaya tidak tumpah.

Luhan turut sama menoleh. Namun, dia tidak nampak sesiapa. Sekali lagi dia menoleh dan pandangan matanya jatuh pada lelaki yang amat dikenalinya itu. Dia melihat Hana di sebelahnya dan sekali lagi dia memandang ke arah lelaki tersebut. Serta merta wajahnya pucat bagaikan tiada darah yang mengalir tika itu.

What should I do? Come on Luhan! Think!

 

 

To be continue....

(A/N) Annyeonghaseyo how are you guys? Long time no see eh? Sorry tak sempat nak update sebab abang bawak balik laptop gi asrama dia :(

Saya selalu on acc tapi guna phone je so tak dapat nak update sebab nanti tak syok ler hm mianhae.

Oh selamat berpuasa walaupun hari jumaat minggu depan nak raya oh ya nanti saya update lagi okay? Sorry kalau ada typo eh

OH MY GOD APA AKAN JADI LAGI LEPASNI DEKAT TRIANGLE LOVE NI? WAIT AND SEE!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!