A new life.

Our Love. (malay)

Sehun memandang Puan Kim bersama Encik Kim sedang duduk di kerusi menunggu di hadapan dewan bedah.

Manakala dia pula menyandarkan tubuhnya di dinding. Luhan sudah hilang entah ke mana malas Sehun mahu ambil tahu. Mummy dan daddynya telah meminta diri dahulu kerana ada masalah di pejabat.

Tiba-tiba pintu dewan bedah dibuka. Pantas Sehun bersama Encik Kim dan Puan Kim meluru ke arah Doktor Jae. 

"Ma.. macam mana keadaan anak aku? Macam mana dengan Hana? Dia selamatkan?" bertubi-tubi soalan Encik Kim kepada Doktor Jae.

Doktor Jae membuka mask di mulutnya. Wajahnya menunduk. 

"Doktor.. apa jadi dengan Hana? Jawablah!" marah Sehun.

Doktor Jae mengangkat wajahnya. Lama-kelamaan senyuman di bibirnya terukir. "Hana selamat.. aku mintak maaf Kim sebab ada waktu aku tak dapat nak handle. Nyawa dia time tu bagaikan berada di hujung tanduk. Tapi ada satu semangat dalam diri dia menyebabkan dia mampu survive untuk teruskan hidup,"

Puan Kim menangis apabila Doktor Jae berkata sebegitu. "Boleh kami jumpa anak kami sekarang?"

"Sekejap lagi dia akan dihantar ke bilik rawatan dia. Tapi dia masih dibawah pengaruh ubat. Jadi dia masih tak sedarkan diri. Tapi buat masa sekarang ni... biarkan dia berehat, jangan ganggu dia.." pesan Doktor Jae. Kemudian dia meninggalkan mereka bertiga.

 

 

1 bulan kemudian...

"Hana..." 

Hana memandang empunya suara. Dia tersenyum malu. "Yah Oh Sehun!"

Sehun datang bersama dengan Tao dan Eunji. Di tangan Sehun ada ice cream Cornetto Red Velvet kegemarannya. Hana mengerutkan keningnya. Pelik. Kenapa ice cream? Kenapa tak bubble tea? Bukan ke Sehun ni tak boleh hidup tanpa bubble tea dia tu? Hish fenomena yang jarang dapat dilihat.

Eunji terus memeluk Hana. "Wah Hana makin cantik!"

Hana membuat muka toyanya, "aduh kau ni. Baru tau ke aku ni cantik? By the way, lawa tak rambut baru aku?"

 

 

 

 

 

 

 

 

(A/N) Hello Hyeri unnie.. I love your hairstyle! Hehe sorry pinjam jap okay unnie? Btw, you're soo pretty and cute! Korang anggap jelah Hana punya rambut jadi macam ni okay? Hehe okbai~

 

Eunji mencebik. "Lawalah.. eh cepat rambut kau tumbuh eh? Baru sebulan kot pembedahan tu berlalu"

"Kau ni.. takyah tanya soalan bangang macam tulah. Aku pi buat rawatan rambutlah. Takkan nak biar kepala takde rambut a.k.a botak? Lagipun aku ni perempuan.." bebel Hana. Lama tak jumpa Eunji. Sewaktu Hana membuat pembedahan, Eunji berada di Amerika. Tapi, Eunji sentiasa menghubunginya. Bertanyakan keadaan dirinya.

"Kau cantik bila rambut pendek macam nilah Hana.." puji Tao. Dia mengambil tempat di sebelah Eunji yang duduk di hadapan Hana.

Sehun pula dah tentulah duduk sebelah crush dia, Hana. Dia menghulur Cornetto Red Velvet tadi kepada Hana, "hak ah.. nampak macam matang dan hm y maybe?"

"Yah! Byuntae!" Hana menolak lengan Sehun. Dia tertawa.

"Menjadi jugak kau dengan Eunji eh bro?" kata Sehun. Dia mula menjilat Cornetto Chocolate miliknya. 

Hana tertawa, "tulah.. tak sangka betul! Peh fuyohh guna couple ring tu!" Eunji dan Tao mula blushing.

"Semoga berpanjangan ye bro! Aku harap lepasni bukan kau pulalah yang pregnant eh.. yelah biasa kau je ngidam kan?

Eunji pulak yang tak ngidam. Hm fenomena pelik. Patut waktu belajar Bio keluar pasal kau mengidam ni Tao. Eunji.. prepare yourself for mengidam in 5 years from now.." Tawa mereka bertiga sekali lagi meletus apabila Sehun berkata sebegitu.

"So.. kau dengan Luhan macam mana Hana?" soalan Eunji mematikan ketawa Hana. 

Hana memandang wajah Eunji, Tao dan Sehun. "Aku dengan dia dah break.. lagipun Xiumin oppa ada bagitahu aku yang Luhan oppa masih belum break dengan Gyuri unnie tu so biarkanlah.."

"Kau sayang dia lagi?" soalan Tao membuatkan Hana melepaskan keluhan berat.

"Tipulah aku cakap aku tak sayang dia lagi.. cinta pertama aku.. cinta pertama aku berakhir dengan kekecewaan, kesakitan. Kalau dia mintak putus je takpe.. aku takdelah rasa sedih sangat. Tapi ni dia curang weh, dekat 6 bulan! Aku rasa macam orang bodoh," air mata Hana mula mengalir. 

Nasiblah tak ramai pengunjung kat taman rekreasi ni. Kalau ramai mesti dorang ingat ni drama reunion budak yang terpisah semenjak 10 tahun lepas takpun drama jejak kasih.

Eunji memegang tangan Hana, "dah dah.. jangan nangis lagi okay? One day perkara macam tu akan terkena kat batang hidung dorang balik," Hana hanya tersenyum. Sehun pula mengeluarkan tisu dan terus mengelap air mata Hana yang membanjiri pipi gadis itu tadi.

Tao dan Eunji saling berpandangan. "Kenapa tak try keluar dating dengan Sehun?"

Perbuatan Sehun terhenti. Dia memandang wajah Tao dan Eunji dengan menghantar pandangan korang-ni-pehal-awal-awal-dah-tempah-maut-dengan-aku. Gila ke apa tanya soalan luar syllabus camtu? Syllabus addmath pun tak cemtu ah. Tao pula tersengih seperti kerang busuk. Ya, memang dari dulu lagi hanya Tao dan Eunji faham perasaan Sehun. Mereka tahu yang Sehun menyukai Hana.

"Dating dengan Sehun? Wae?" soal Hana.

Sehun menelan air liurnya. "Ani.. aniyo.. dorang ni.."

"Sebab aku nengok korang ni sweet. Sesuai jadik pasangan kekasih," kata Eunji selamba memotong percakapan Sehun.

Hana terdiam. Dia memandang wajah Sehun yang dah merah macam warna buah tomato itu. "Sehun ah.. should we dating?"

Soalan Hana membuatkan Sehun bagaikan tidak jejak pada bumi yang nyata. Terasa bagaikan di awang-awangan. Well, you know.. kalau crush korang cakap macam tu pun korang gembira bukan kepalang kan?

Sehun cover wajah gembiranya, "hahaha takyah layan kepala dorang ni.. semua masuk air!"

"Yah! Kau dah ada yeoja chingu ke?" soal Tao bila Sehun jual mahal. Sehun pula hanya menggelengkan kepalanya.

Suasana menjadi sepi untuk seketika.

"Weh.. jom main ni," Eunji mengeluarkan duit syiling. "Sehun dengan Hana.. korang amik kepala ok? Aku dengan Tao amik belakang. Okay aku akan baling duit syiling ni kalau jatuh tang kepala korang berdua kena sahut challenge aku okay? Kalau jatuh tang belakang kitorang pulak kena sahut challenge korang.. okay tak?"

Semua menganggukkan kepala. Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Eunji. Zapp! Duit syiling dibaling ke langit. Tapi takdelah sampai ke langit sampai hilang lepastu keluar cahaya ting gitu. Danggg! Duit syiling jatuh di atas meja. Mereka berempat berebut melihat duit syiling itu. Dan.....

"Yey! Sehun dengan Hana kalah hoho.." kata Eunji. Dia berhigh five dengan Tao.

"Yah! Mana aci.." cebik Hana.

"Aci aci.. aci dekat India lah woi!" ujar Tao.

"So challenge nya apa?" ringkas soalan Sehun.

"Aku nak korang berdua takyah guna 'aku' 'kau' lagi..."

"Habistu? Nak ber'oppa' dengan ber'jagiya' bagai? Oh no i kennottttttttt..." kata Hana. Dia menggelengkan kepalanya. Sehun disebelahnya menahan ketawa. 

"Korang guna 'saya' 'awak'.."

"Eunji gila!" kata Hana.

"Eh kalau aku gila dah lama aku stay hospital gila okay? Ahhh no excuse.. korang pun dah setujukan dengan apa yang aku cakap tadi?"

"Aku okay je," kata Sehun dengan wajah selamba. Hana menghadiahkan pandangan setajam pedang samurai kepada Sehun. Tapi dengan dengan selamba badak dia buat tak tahu je. Membuatkan Hana mengalah. Lama-kelamaan dia menganggukkan kepalanya.

Eunji mula tertawa bersama Tao. Sehun pula tersenyum. Hana hanya mendiamkan diri.

"Sehun kau.. kau ni serius ke?" kata Hana. Dahinya berkerut.

"Heipp apa 'kau' 'kau'? Awak ingat ni iklan kopi kaw kaw ke? Mulai sekarang.. awak kena biasakan panggilan tu. Kalau awak guna panggilan lama tu..." Sehun menarik hidung Hana, "saya akan buat macam ni okay?"

Mata Hana membuntang. "Yah Oh Sehun!"

"Ye saya Cik Kim Hana.. kenapa? Awak tak suka saya tarik hidung awak eh? Ke awak nak saya..." Sehun mendekatkan wajahnya dengan wajah Hana. Hana mengundur ke belakang, kerusi yang didudukinya tidak dapat diimbangkan tetapi Sehun terus menyambar tangan Hana. "Hamboi awak ni.. nervous sangat eh bila saya buat camtu? Alah kiss je pun. Nasib saya sempat selamatkan awak kalau tak free jelah dapat ketawa dari kitorang ni"

Hana membetulkan duduknya. Warna wajahnya tiada beza dengan warna cili. Dah memang merah habis. Malu, marah, geram dan hm suka?

Eunji tersenyum melihat kelakuan sahabatnya itu. Gembira. Silap haribulan... menjadi Sehun dengan Hana ni.

Suasana menjadi sepi. Masing-masing melayan perasaan.

Tao berdehem, "weh next week keluar result kan?"

Sehun memandang wajah Tao. "Hak ah.. next week. Hari rabu result keluar,"

"Hana.. kau plan nak sambung belajar kat mana?" ujar Eunji.

Hana mengangkat bahunya, "entah.. aku taktahulah. Tapi kalau result aku okay ke tak okay ke aku rasa parents aku akan masukkan aku kat SM University Seoul tu kot, ingat nak amik engineering"

"Bukan ke tu U tempat si Luhan belajar? Luhan dengan Gyuri kan?" kata Tao. Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"So?" soal Hana.

"Tak takut ke kalau dorang jeleskan kau ke whatever ke?" 

Hana tertawa, "jeleskan aku kenapa pulak Eunji? Alah biarlah dorang.. asalkan Luhan bahagia, aku pun bahagia. Nanti lama-lama perasaan kat dalam hati aku ni hilanglah bila aku jumpa pengganti Luhan,"

Sehun mencapai tangan Hana, "awak jangan risau.. saya pun akan belajar kat situ jugak. So kalau dorang jeleskan awak.. kita jeleskan dorang balik. Apa susah?" Hana tertawa.

"Korang pulak? Plan nak sambung belajar kat mana?" soal Sehun.

"Hm samalah dengan kau.. aku rasa geng-geng kita semua kat situ jugak. Takkan putuslah tali persahabatan kita ni wei," balas Tao.

Mereka berempat tertawa. 

 

 

SEHUN'S POV

From: Kim Hana <3

Saya dah siap dah. Cepat amik saya kat rumah!

 

Sehun tersengih membaca mesej daripada Hana itu. Tak sangka Hana pun boleh terima nak guna 'saya' 'awak' ni. Memang agak gila bunyinya bila dah hampir 15 tahun menggunakan 'aku' 'kau' tapi tiba-tiba bertukar gelaran. 

Tuk tuk tuk!! Sehun memandang pintu biliknya. Wajah Luhan terjegil di muka pintu. Sehun terus memandang ke arah lain.

"Nak hyung teman tak daftar ni?" soal Luhan.

Sehun bangun. Dia berdiri di hadapan Luhan. "Takpelah.. aku ada Hana. Dia boleh teman aku,"

"Hana? Hana belajar kat situ jugak ke?" 

Sehun hanya menganggukkan kepalanya dan terus meninggalkan Luhan. Dia terus memandu BMWnya menuju ke rumah Hana. Sehun tersenyum tatkala Hana masuk ke dalam perut keretanya.

"Hamboi cantiknya awak harini..." kata Sehun. Dia meneruskan pemanduannya ke SM University Seoul.

"Cantik? Hishh takyah nak merepeklah cakap saya ni cantik untuk harini. Saya memang selalu cantik pun kan?" ujar Hana sambil membelek Samsung S5nya. "Hah.. geng-geng kita semua dah ada kat sana. Dorang tengah tunggu kita je sekarang ni,"

"Awalnya dorang sampai? Excited sangat ke apa nak study kat situ?" bebel Sehun.

"Yang awak dok bebel dekat saya ni buat apa?" marah Hana. Dia memuncungkan bibirnya.

"Eleh suka hati sayalah nak bebel dekat awak ke dekat sapa ke, tu mulut tu takyah nak muncung sangatlah.. dah macam mulut itik dah saya nengok." balas Sehun selamba.

"Yah!"

END OF SEHUN'S POV

 

 

SM Seoul University...

Setelah memarkirkan kereta Sehun dan Hana berjalan bersama menuju ke cafe yang dijanjikan. 

"Woi new couple dah datanglah!" ujar Kai.

"Dah takpayah nak merepek sangatlah eh.." kata Hana. 

"Dah jomlah daftar. Dok tercegat kat sini buat apa pulak," kata Sehun. 

Mereka berempat belas mula bergerak dan menuju ke kaunter untuk daftarkan diri. Usai mendaftar, mereka menjalani orientasi. Setelah tiga jam, tamatlah orientasi untuk hari pertama. 

"Aku... lapar..." kata D.O.

"Aku pun," ujar Chanyeol.

"Jomlah pi cafe. Makan jom. Penuhi balik tangki perut korang," kata Namjoo.

Mereka berempat belas menuju ke cafe. Dah macam geng nak bergaduh je gayanya. Yelah ramai kot empat belas orang lepastu berkumpul macam tu dekat meja cafe tu. Macam tengah tunggu nak buli pemangsa je.

"Air aku lupa nak beli pulak hish hm korang makan jelah. Kesian aku nengok Chanyeol dengan D.O macam dah tak bertenaga je," kata Hana dan terus meninggalkan rakan-rakannya. Sehun hanya menghantar Hana dengan pandangan mata.

 

 

HANA'S POV

Hana berdiri di depan kaunter sementara menunggu ordernya tiba. Mana taknya... dia order ice shave. Memang makan masa jugaklah nak menunggu. Dahlah ramai pulak tu yang order. Aduh Hana.. kenapalah kau order ice shave? Perutnya mula berbunyi mintak diisi. Aduh wahai perut tercinta... sabarlah ye.

Dia mengeluh perlahan dan mengambil tempat duduk meja yang kosong. Kemudian dia memandang ke arah sekelilingnya. Dan apabila terpandang ke arah sebuah meja di tepi tingkap... hatinya menjadi panas.

Dia dapat melihat couple tu bahagia sangat. Makan ice shave sambil suap-suap? Eh ice shave? Eeee apa bangang sangat boleh sama dengan aku ni?

Jejaka tersebut bangun dan meninggalkan cafe. Tiba-tiba gadis tersebut memandang ke arahnya. Hana terkedu. Berubah terus riak wajahnya. Terus dia mengalih pandangannya.

"Oii.." terasa tepukan di bahu kirinya. Daripada suara tu, rasanya aku dah tahu dah siapa pemiliknya. Hana terus memalingkan badannya menghadap orang yang mencuitnya.

"Dah takde adab ke nak tepuk bahu orang macam tu?" dingin suara Hana.

Gadis tersebut tertawa, "apa bangang sangat nengok aku dengan Luhan macam tu tadi? Jealous ke?"

"Saya.. saya ada mata. Salah ke nak nengok Gyuri unnie dengan Luhan oppa? Jealous? Oppss sorrylah. Takde masa saya nak jealous dengan perampas boyfriend orang" soal Hana kembali. Berani.

"Tak payah nak panggil aku unnie lah. Aku geli," ujar Gyuri sombong. "Oh ya lagi satu tak payah nak ber'oppa' sangatlah dengan boyfriend a.k.a bakal husband aku..."

Hana tersenyum sinis, "then.. okay.. sorrylah eh. Parents aku ajar cara beradab, so tak salah nak panggil oppa. Tak macam kau, parents kau tak ajarkan cara nak beradab?"

"Engkau ni..." Gyuri mengangkat tangannya untuk menampar wajah Hana. Tapi tiba-tiba ada tangan yang menghalang perbuatan Gyuri itu. Gyuri melepaskan tangannya dari genggaman jejaka tersebut.

Hana memandang ke arah wajah dingin Xiumin. 

"Kau buat apa ni Gyuri?" soal Xiumin. Takde langsung riak wajah ingin ketawa. Garang benor...

"You ni tak payah nak menyibuk hal I lah Xiumin! You patut sokong I!" jerit Gyuri. Seluruh penghuni cafe memandang ke arahnya.

Ding ding ding!!

Hana memandang ke arah kaunter. Ice shave yang dipesannya sudah siap. Segera dia bangun dan membayar minumannya itu.

"Mianhae.." kata Hana dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua.

Tubuh Sehun berada di hadapannya. Terasa macam nak menangis bila dia melihat muka rakan baiknya itu. Mahu diceritakan apa yang berlaku terhadapnya sebentar tadi. Rasa macam nak lari dan terus memeluk tubuh Sehun.

Tiba-tiba bahunya dirempuh dan Hana jatuh. Habis tumpah ice shave di bajunya. Sikunya juga terasa perit.

"Hana!" jerit Sehun dan Xiumin. Mereka berdua terus mendapatkan Hana.

"Gwenchana??" soal Xiumin.

"It's okay Xiumin oppa.. I'm fine.. just fine," ujar Hana. Nada suaranya tergetar-getar.

"Hadiah dari aku untuk kau Kim Hana.." kata Gyuri dan terus berlalu pergi.

Sehun menghadiahkan jelingan setajam pedang samurai ke arah Gyuri. Setelah bayangan Gyuri hilang dari mata, terus Sehun membantu Hana bangun. "Eh siku awak lukalah,"

"Hah?" Hana melihat darah di sikunya. Tiba-tiba kepalanya pening. Tekaknya terasa mual apabila melihat darah di sikunya itu.  

"Yah Hana berhenti! Jangan nengok darah tu!" jerit Sehun.

Terlambat! Kepalanya terasa ringan dan badannya terus rebah.

END OF HANA'S POV

 

 

Sehun menolak ke belakang rambutnya. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dah pukul 2 petang.. lamanya Hana pengsan. Dia memandang ke arah katil dimana Hana baring.

Dia bangun dan terus mendekati katil itu. Dicapainya tangan Hana dan perlahan-lahan dikucupnya. Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Muncul Suho dan Lay.

"Annyeonghaseyo Suho hyung, Lay hyung.." ujar Sehun.

"Belum sedar lagi ke?" soal Suho. Sehun hanya menggeleng.

"Lamanya.. hm Sehun ah, lepasni make sure dia tak nengok darah lagi okay? Dia ni ada simptom fobia dengan darah.." ujar Lay.

"Ne.. dia memang dari kecil macam ni, mianhae hyung kalau menyusahkan hyung je.." kata Sehun. 

"Sehun?"

Sehun terus memandang Hana, "awak dah sedar? Lamanya awak pengsan.. ke awak dah sedar lepas tu sambung tidur je?"

Mata Hana terus membuntang, dia terus memukul lengan Sehun. "Aigoo takyah merepek!"

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Weh Suho aku kan ada...." kata lelaki itu tergantung tatkala melihat Hana dan Sehun.

"Oi Luhan! Hah ada apa? Ni hah girlfriend kau pengsan tadi..." ujar Suho. Sehun menundukkan wajahnya. Nampaknya rakan-rakan Luhan belum tahu lagi status Luhan dengan Hana.

Sehun memandang ke arah Hana yang dah turun dari katil dan berdiri di hadapan Suho, Lay dan Luhan.

Hana menundukkan badannya. "Annyeonghaseyo," dia tersenyum, "Lay oppa, Suho oppa.." Hana memandang wajah keruh Luhan, "saya.. saya dengan Luhan dah takde pape. Kitorang dah break dekat sebulan yang lepas. So tak payah nak kaitkan saya dengan dia lagi. Lepasni kaitkan dia dengan Gyuri unnie pulak okay?" terus Hana melangkah. "Oh ya sebelum saya pergi.. Luhan-ssi tolong ajar Gyuri cara-cara nak beradap okay?" Hana tersenyum sini dan terus melangkah meninggalkan bilik kesihatan. Tidak diendahkan langsung wajah terpinga-pinga Lay dan Suho.

Sehun mencapai beg sandangnya dan terus mengejar Hana. "Hana! Tunggu saya!"

 

 

To be continue...

 

(A/N) Annyeonghaseyo... sorry for the late update! Hehe ^^

Korang nengok tak MAMA 2014? Wah memang jjang kan? Awal-awal awards tu start je dah dimulai dengan y dance daripada Girl's Day hahaha yah Hyeri unnieeeeee memang jjang!

Dan my EXO! CONGRATULATIONS FOR WINING:

-BEST ASIAN STYLE

-BEST MALE GROUP

-ARTIST OF THE YEAR

-ALBUM OF THE YEAR

Wah EXO memang layak dapat awards macam tu! Tahun 2014 betul-betul tahun yang susah untuk EXO. Macam-macam case berlaku kat dorang. Ofc Luhan dengan Kris pun happy dengan EXO kan? :') Performance dorang pun memang daebak! Thank you Chanyeol sebab sembunyikan kesakitan yang awak alami time tu demi EXO-L :') Sedih nengok video pasal awak time tu kat youtube. Hish kalau cerita pasal EXO memang sampai bila-bila takkan habis hagaknya hehe mianhae. Saya akan update lagi okay. Bye, Annyeonggggg~

 

THE NEW AGE OF EXO: COMING SOON, 2015.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!