Secret Admire?

Our Love. (malay)

Luhan mengerling jam di tangannya. Sudah pukul 4.30 petang. 

"Okay students! Kelas tamat.. Jangan lupa assignment awak tu! Saya tahu masih banyak masa tapi kalau boleh siapkan awal, jangan siapkan last minute.." ujar Prof. Tae.

Luhan mengemaskan alatan tulis dan bukunya lalu memasukkan ke dalam beg sandangnya.

"Xiumin.. kau ada plan tak nak pergi mana-mana lepas ni? Aku bosanlah..." ujar Luhan kepada rakannya.

Xiumin memandang wajah Luhan. "Hmm takde pulak.. pehal? Kau nak lepak ke?"

"Yelah... kalau aku tak nak lepak, takde nya aku tanya kau mangkuk..."

"Haih sudip ni! Hm tak tahu ah..." Xiumin menggaru kepala yang tidak gatal. "Woi bro woi!"

Kris yang sedang mengemaskan barang tergendala sebentar. "Woi woi.. aku ada namalah lah mangkuk.. Hah amenda?"

Xiumin tertawa. "Jom lepak.."

"Kat mana?"

"Ala dia pun tak tahu nak lepak kat mana ah..."

Luhan melepaskan nafas yang berat. Bosannya!

Mereka bertiga mula meninggalkan dewan belajar dan menuju ke lokar. Kebetulan mereka terserempak dengan Suho, Lay dan Baekhyun. Mereka berenam terus menuju ke lokar.

"Kau ada kelas tak lepas ni?" tanya Kris kepada Suho, Lay dan Baekhyun. Mereka bertiga menggelengkan kepala. 

"Luhan ajak lepak.." Xiumin pula menambah.

"Lepak kat mana?" soal Lay.

Xiumin menggangkat bahunya tanda tidak tahu.

Tiba di lokar... 

Mereka berenam sedang ketawa terbahak-bahak kerana melihat suatu kejadian yang agak lucu.

Luhan menggelengkan kepalanya lalu membuka lokarnya. Tiba-tiba ada surat dan sebatang bunga mawar jatuh ke kakinya. Siapa pulak yang bagi ni?

Xiumin yang baru sahaja nak buka lokar terus tak jadi. Lalu dia terus memandang surat yang dipegang oleh Luhan. Suho, Lay, Baekhyun dan Kris turut mengelilingi Luhan.

"Siapa bagi ni weh?" soal Xiumin. Luhan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Luhan terus membuka surat itu.

 

Saranghaeyo Luhannie.... _PGRSECRETADMiRE_ 

 

Aduh siapa pulak ni? PGRSECRETADMiRE? Budak tahun berapa ni? Luhan menyandarkan tubuhnya di lokarnya. Fikirannya ligat memikirkan gerangan manusia yang bernama PGRSECRETADMIRE tersebut.

"Siapa ni punya kerja ni?" soal Suho.

"Bro.. kau ni pun! Manalah kite orang tahu kerja siapa..." kata Lay.

"Omo! Luhan! Kau ada secret admire lah.." kata Baekhyun. Luhan hanya menelan air liurnya.

Baekhyun menyambung lagi "Luhan dapat surat, mana tahu dalam lokar aku pun ada... jap aku nak nengok..." Baekhyun terlebih perasan itu terus membuka lokarnya namun tiada apa-apa yang menarik.

Suho, Lay dan Kris tertawa melihat keadaan Baekhyun yang sedang kecewa sambil memegang hatinya.

Manakala Luhan masih berfikir dengan rajinnya. Siapa yang bagi? Sebelum ni takde siapa pun yang bagi love letter camni dekat aku... Luhan memandang wajah Xiumin.

Xiumin menelan air liurnya. Lalu dia mengangkat bahu dan terus membuka lokarnya. Takut Luhan perasan riak wajahnya yang berubah.....

 

 

 

 

Luhan dan Xiumin meneliti setiap helaian kertas yang sudah dicetak. Manakala Gyuri pula sedang mencari isi-isi yang dapat ditambah di dalam assignment berkumpulan mereka di dalam laptop Apple nya itu.

"Luhan... cuba nengok ni, boleh tak kite amik ni sebagai penambahan isi dalam assignment kite ni?" soal Gyuri. Dia memandang wajah Luhan sekilas lalu memandang skrin laptopnya kembali.

"Mana?" tanya Luhan. 

"Ni hah..." balas Gyuri ringkas. 

Luhan bangun dan membongkokkan badannya di sebelah Gyuri. Lalu dia menarik laptop Apple di tangannya Gyuri, tetapi malangnya tangan mereka bersentuhan. Luhan terus menarik tangannya kembali lalu memandang wajah Gyuri yang sedang tekun memandangnya. Lama mereka dalam keadaan macam tu sehinggalah Xiumin berdehem. Luhan tersentak lalu memandang Xiumin.

Luhan terus duduk di sebelah Xiumin dan terus memerhatikan isi dalam latop tersebut. Xiumin memandang Gyuri lalu dia mereka tersenyum sesama sendiri.

"Sweet je aku nengok korang berdua ni.. korang ni memang sesuai jadik pasangan couple lah.." kata Xiumin. Dia menyambung lagi "couple jelah dengan Gyuri ni, Hana tu aku nengok bukannya cantik macam Gyuri pun.. korang berdua ni kalau coupe peh satu U ni kecoh tau!"

Luhan menghadiahkan jelingan setajam pedang samurai kepada Xiumin. Mangkuk punya Xiumin! Dia kata girlfriend aku tak lawa? Bagi aku Hana adalah gadis yang paling cantik di mata aku. Bukan wajah je cantik, hati dia pun cantik jugak.. kata Luhan dalam hati. Tak mampu nak luahkan...

Gyuri pula sudah tersenyum-senyum malu. "Apa ni Xiumin... Luhan kan dah ada girlfriend?" kata Gyuri pula.

"Ala Hana tu bukannya cantik macam you..." kata Xiumin. Biarpun di mulut dia berkata begitu, tetapi dalam hati dia menidakkan. Hana terlalu cantik dan lagi cantik dari Gyuri. Hatinya juga secantik wajahnya yang manis itu.

Luhan mengetap bibirnya tanda menahan marah. "Sorry to say bro, aku setia pada yang satu.." kata Luhan sambil menunjuk nombor satu di jarinya. Dia kemudian terus berlalu pergi meninggalkan Xiumin dan Gyuri.

Gyuri tersenyum puas apabila melihat Luhan dalam keadaan marah itu. Dipandangnya pula wajah Xiumin yang sudah masam mencuka itu.

"Xiumin.. I gembira gila ni tau," kata Gyuri. Lalu dia ketawa.

Xiumin menggelengkan kepalanya. "Kau ingat Gyuri.. aku buat semua ni bukan sebab suka-suka. Aku pun tak ingin nak puji diri kau.. aku buat semua ni bersebab, dan kau sendiri tau sebab apa kan?" kata Xiumin. Suaranya agak dingin. Yelah, mana taknya dah sakitkan hati rakan baiknya sendiri.

Gyuri mencebikkan mulutnya. "Ala Xiumin, you ni rileks lah. Sikit je tu, bukannya banyak mana I suruh you buat, by the way thank you sebab tolong I.. besok I bagi ganjaran yang I dah janji dengan you tu okay?"

Xiumin hanya mengetap bibirnya. "Kau jangan lupa apa yang kau dah janjikan tu Gyuri! Kalau aku dapat tahu kau tipu aku, aku akan bocorkan rancangan kau ni!" ujar Xiumin seakan memberi amaran. Dan dia terus berlalu pergi meninggalkan Gyuri keseorangan.

Gyuri hanya tersenyum. "Xiumin... jom nengok siapa lagi bijak dan siapa lagi bodoh..." sekali lagi Gyuri tersenyum dan lama kelamaan dia tertawa.

 

 

Rancangan seterusnya akan dilancarkan Luhan.....

 

Dan Hana, aku akan pastikan Luhan akan bersama dengan aku.....

 

 

 

To be continue.....

 

 

 

(A/N) Omaigat apa Gyuri nak buat lagi lepasni? O.O *mata D.O*

Tunggu dan saksikan jelah ye...

Dan thankyou kepada youngminbfminwoo sebab sudi comment ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
fna_shn
Maaf kalau ff saya ade persamaan antara korang punya ff. Mungkin kite mempunyai buah fikiran yang sama. Err hehe, ok bai!

Comments

You must be logged in to comment
youngminbfminwoo
#1
Chapter 24: I ❤your storyyyy
Dragneel09 #2
Hai awak.... blh x tag kan malay sahaja...Supaya nanti ramai yg perasn cerita ni...^^
_fs_abby
#3
Chapter 23: kalau aku jdi c hana nii, mmg aku x balik2 kat luhan nii. aku cuma dh serik kene mkn hti selalu, dhlaa die prnh curng. mak aaaih
_fs_abby
#4
Chapter 21: saya jumpa hrinii, dh abis semua chapter saya dh bace, hahaha, update lgi yee! saya suka sangat!
youngminbfminwoo
#5
Chapter 17: cantiklah poster! I love it! Boleh tolong ajarkan cara nak buatnya??? hehehe.... Saya suka sangat dengan cerita awak!
parkyura98
#6
Chapter 17: baiknya...sehun....rasa cam jatuh cinta pulak ngan dia
XD
farahayusofea #7
Chapter 13: Ni je ker cerita ye??? Mane penamat nye? Ending??
youngminbfminwoo
#8
Chapter 9: fighting! buat banyak chapter lagi, saya tunggu!
layna_ #9
Chapter 9: Eonni!! Wahhhh well done..
youngminbfminwoo
#10
Chapter 8: update soon! daebak1!