Jessica

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Satu: Jessica Jung Soo Yeon

 

Jessica hanya mampu melihat ke sekelilingnya. Kelab malam tu kelihatan sungguh sunyi pada malam itu. Terutamanya apabila tiada kelibat orang lain yang kelihatan di situ. Mikki, rakan seperjuangannya tiada malam ini. Hmm.. Mungkin lebih selesa berada dirumahnya sendiri.

"Untunglah ada rumah sendiri.. Haih.."

Kata Jessica lagi, memandang gelas yang berada di hadapannya kini. Masuk yang ni dah gelas ke-7 vodka itu diteguk masuk ke dalam sistem badannya. Yup. Jessica dah tak mampu nak menahan kesedihannya lagi. Biarlah apa pun yang nak jadi. Dia dah tak peduli lagi. Pergi mampus dengan semuanya.

Kenapa??

Korang mesti pelik kan kenapa orang yang secantik dan se hot Jessica ni pun nak stress sebegini rupa? Dengan ketinggian 5 kaki 4 inci dan juga rupa paras yang bisa menggegarkan iman jejaka, ececeh.. Macam melampau jer cara describe Jessica ni kan? Tapi satu perkara memang pasti kan? Jessica memang seorang gadis yang sangat cantik. Yelah, kalau tak takkanlah Taec Yeon from 2PM and Kris Wu si tinggi lampai daripada kumpulan EXO tu pun dikaitkan dengan dia.

Tapi itu semua bukan halnya.

Jessica hampir sahaja memesan segelas lagi vodka dari pelayan bar yang sejak dari tadi memerhatikannya apabila dia terlihat satu susuk tubuh yang cukup dikenali olehnya berdiri disitu.

"Fany-ah.. Suka kan hati Fany tengok Sica macam ni??"

Kata Jessica sekali lagi, memandang bayang yang dilihatnya, memberikan senyuman yang agak arrogant miliknya. Bayang itu hanya mampu memandang Jessica dengan pandangan sedih, sebelum hilang lagi didalam kegelapan malam, meninggalkan Jessica di situ seorang diri lagi.

Jessica sudah penat menunggu kehadiran Tiffany ke No Brain City. Yup. Dia sudah jatuh cinta dengan sahabatnya itu, walaupun mereka berdua merupakan ahli kumpulan yang sama. Jessica tak peduli. Kecomelan Tiffany sememangnya telah memikat hati Jessica sejak dia mula mengenali gadis itu lagi. Hmm..

Mungkin kerana itu juga Jessica hampir meroyan menunggu kehadiran gadis itu ke mari. Dia sangat-sangat memerlukan Tiffany. Hatinya secara jujur sakit melihat rakannya Mikki yang sedang hangat bercinta dengan Sung Jae kesayangan sahabatnya itu. Dia cemburu melihat kemesraan Kris dan juga Lay yang sememangnya sangat romantis sejak kali pertama mereka bertemu. Kenapa dia sahaja yang tidak mempunyai teman lagi??

Jessica hampir sahaja menangis---


"Apa yang kau tengah mengarut lagi ni Mikki??" 

Tanya Jessica tiba-tiba, mengejutkan Mikki pada waktu itu. Segera dipandang ke belakangnya hanya untuk melihat Jessica berdiri disitu, memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan pada waktu itu.

"Haha.. Takde pape la Jess.."

Kata Mikki, menutup komputer ribanya pada waktu itu. Dia hanya tersengih melihat Jessica yang memandangnya dengan pandangan pelik waktu tu. 

"Kau ni pelik la.." 

Kata Jessica lagi, hanya untuk dilanggar oleh Suga yang sedang dikejar oleh Minah kerana menyorokkan yogurt kesayangan gadis itu lagi.

"Hoi, korang ni!! Meh sini!! Suka hati jer langgar aku eh??" 

Marah Jessica, mengejar dua orang tersebut.

At least dia tak tahu apa yang Mikki tulis kan??

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ