L A P A N

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hujan.
BAB LAPAN BGM : KEN (VIXX) - WHEN I SEE YOU

Bulan berganti bulan. Keadaan mereka masih dingin tanpa bicara seperti orang asing yang tidak mengenali sesama sendiri. Hanya kerana seperkara yang diungkit. Tiada siapa pun yang pernah menyangka hari ini akan tiba jua. Tiba merubah hidup mereka. Sabar itu, ada batasnya.

Beg bagasi berisi pakaian Haera letakkan di muka pintu. Nafas dalam diambil dan dihela sambil dia mengatur langkah kembali ke dalam kondominium yang dikongsi bersama Kyungsoo. Lelaki berkenaan berdiri di sisi kaunter dapur, membelakanginya.

“Kyung..soo.” Haera menelan air liur perit apabila Kyungsoo memusingkan badan dan bertatapan dengannya.

Melihat raut Kyungsoo yang tenang, Haera terfikir kebarangkalian perasaan cinta terhadap dirinya mungkin sudah luput. Jika tidak, mengapa apabila dia hendak berangkat pergi, Kyungsoo hanya memaku dirinya dan tidak cuba menghalang? Tapi mengapa dia seakan berharapkan untuk Kyungsoo menghalangnya sedangkan dia yang mengambil keputusan ini?

“Soo..”

“Perlu ke kita buat macam ni..?” Perlahan suara Kyungsoo berbaur kecewa, melontarkan pertanyaan. Soalan yang menambah debar hati Haera.

“Soo.. kadang kala kita perlukan masa untuk bersendirian, kan? Untuk fikirkan semula tentang kita. Tengoklah keadaan kita sekarang. Kita dah macam orang asing. Saya tahu saya adalah punca kita jadi macam ni.. Dan sebab itu saya perlukan masa untuk bersendirian-”

Tanpa menunggu, Kyungsoo memeluk Haera erat. Matanya terpejam seakan cuba memberitahu isi hati yang dibaluti kesedihan. Perlahan-lahan Haera melingkari belakang leher Kyungsoo dan turut merangkul badan lelaki itu dengan kemas. Mereka tahu apa yang mereka rasakan sekarang tetapi ia terlalu perit dan sukar untuk diluahkan.

Sebaik pelukan terlerai, Haera segera menundukkan wajah dan menyeka air mata yang mengugut untuk membanjiri kolam mata.

“Awak akan tinggal dengan siapa nanti..?”

Suara berkenaan mengangkat wajah Haera kembali bersama senyuman tenang. “Dengan kawan saya.”

Pasangan muda itu tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang bersarang di dalam hati kepada orang tua mereka. Fikir mereka, sudah cukuplah mereka menyusahkan orang tua mereka dengan perkara remeh. Mereka sudahpun bergelar dewasa dan masalah ini perlu diselesaikan dengan cara mereka sendiri. Sudah menjadi lumrah, setiap perkara pasti ada akibatnya.

Tangan hangat Kyungsoo digenggam tatkala mereka beriringan ke muka pintu. “Jaga diri awak, Do Kyungsoo. Selamat tinggal.”

“Awak pun, Yoo Haera.”

Gadis terbabit mula menarik beg bagasinya keluar dan beransur meninggalkan Kyungsoo yang berdiri kaku di pintu kondiminium mereka. Haera enggan menoleh lagi. Dia tahu hatinya juga tidak kuat untuk memandang wajah polos itu.

Sesungguhnya, cinta yang tidak kesampaian akan pudar mengikut peredaran masa. Mungkin sesudah itu, mereka akan bertemu kebahagiaan yang sebenar.

 

“Haera?”

Terkejut kecil Haera bila wajah Chanyeol muncul sebaik pintu lif terbuka. Chanyeol segera menggesa Haera untuk masuk. “Awak nak pergi mana dengan beg bagasi besar ni?” Seperti kebiasaan, dengan cerianya dia bertanya.

“Rumah kawan saya.” jawab Haera dengan tenang beserta senyuman lemah. Wajah si tinggi lampai dipandang silih berganti dengan pintu lif yang tertutup.

Chanyeol terangguk-angguk, “Oh, nanti jangan lupa call or message saya tau.” Jenaka sentiasa bermain di bibir Chanyeol yang sedikit sebanyak melegakan emosi Haera.

“Kat office pun kita jumpa jugak kan?”

“Tapi ia tak sama.” Chanyeol tersenyum senget sekilas dan hilang apabila lif terbuka, memunculkan lobi kondominium. Serentak mereka keluar sambil beg bagasi Haera Chanyeol tolong bawakan walaupun si gadis menolak. “Hujan ni. Awak ada bawa payung tak?”

Haera memandang langit malam pekat di sebalik dinding kaca. Jika Kyungsoo diibaratkan air hujan, maka mungkin Chanyeol adalah si pemayung. Si gadis hanya mendiamkan dir

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe