E N A M

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 


Hujan.
BAB ENAM

Chanyeol mengetap bibir dan kembali memandang Kyungsoo setelah Haera bertindak untuk keluar seorang diri. Kaki panjangnya menapak menghampiri. “Macam mana ni, Kyungsoo?”

“Kyungsoo..” Bomi mengeratkan pegangannya pada lengan lelaki berkenaan. Sekadar ingin mengingatkan kehadirannya di sini. “Siapa nak hantar saya balik nanti?”

Mata Chanyeol beralih pada wanita yang tak dikenalinya itu sebelum kembali kepada Kyungsoo yang masih kelihatan pucat. Lelaki tersebut belum lagi menyatakan sebarang keputusan.

“Emm, kalau saya yang hantar cik balik? Maksud saya, Kyungsoo boleh bawak kereta saya dan..”

“What?” Bomi memberi pandangan menilai. Siapa lelaki ini untuk memandai-mandai? Kalau bukan dia yang membawa Kyungsoo ke klinik, pasti lelaki itu masih terlantar sakit di pejabat. Sekarang, sewenangnya pula menyuruh Kyungsoo tinggalkan dia dengan pendatang asing ini.

Chanyeol diam apabila menyedari reaksi Bomi. Mungkin ideanya itu teruk.. Mungkin dia patut beredar saja-

“Bomi.. Awak balik dengan Chanyeol okay? Saya nak bawak balik Haera..” Pautan Bomi dijatuhkan dan Kyungsoo membuka langkah kecil keluar daripada bilik rawatan. Chanyeol sempat menyerahkan kunci kenderaan.

“So.. Bomi kan? Awak tinggal kat mana..?” Chanyeol mempamerkan senyuman kelat, cuba meringankan suasana.

Bibir wanita tersebut mencebik jengkel. Dengan hati bengkak, dia mengambil beg tangan dan menepis badan Chanyeol yang menghalang laluannya.

 ►►

Kyungsoo tersenyum tawar merasakan bahu Haera terinjut-injut kecil diiringi esakan. Dia tahu mungkin Haera tertekan dengan beban kerja ditambah pula dengan masalah yang berlaku antara mereka. Kyungsoolah yang selalu menjadi tempat Haera mencurahkan isi hati yang tak dapat diucapkan.

Hari sudahpun menjangkau tengah malam sejak mereka pulang, namun Haera masih tak dapat menahan sebak.

Sebentar tadi, balutan kaki Haera dibuka dan diurut Kyungsoo perlahan. Biru lebam sudah memudar walaupun masih terasa sakit. Kasihan melihat wajah lesu Kyungsoo, Haera meminta perbuatan itu dihentikan. Beriringan mereka membaringkan badan.

Sekarang, dalam keadaan mengiring di atas katil, Kyungsoo cuba memujuk Haera. Belakang Haera dalam rangkulan diusap. “Kenapa awak sedih sangat ni, hmm?” Wajah sugul Haera ditatap dengan lembut.

“Kenapa awak suka buat saya macam ni..? Suka buatkan saya nampak kejam.” Suara Haera kedengaran tersekat-sekat sebelum kembali merintih seperti anak kecil.

“Mana ada..”

“Ada lah.”

“Nak saya nyanyi untuk awak? Sebagai lullaby.”

“Hmm…”

Kyungsoo hanya membalas dengan senyuman. Kepala Haera dibenam ke dada sambil badannya Haera peluk kemas. Mata gadis itu sudah tertutup separa, menikmati dengungan suara Kyungsoo terbuai umpama lagu yang menenangkan.

“Andwaeyo.. It’s my turn to cry, naega halgeyo.. Geudaeui nunmul moa..” Kyungsoo menunduk, melihat Haera. Dahinya dikucup selepas menyedari Haera sudahpun terlena lalu kucupan itu turun ke kelopak mata. “It’s my turn to cry..” Bisikan terluah sebelum Kyungsoo turut lelapkan mata.

 

Waktu juga menyebelahi mereka seakan menjadi dalang. Pagi hujung minggu itu dimula dengan Haera memeriksa suhu badan Kyungsoo dengan meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi si suami. Mata Kyungsoo beransur celik usai tangan Haera dialih.

“Demam awak dah kebah?” tanya Haera sambil duduk di birai katil.

Kyungsoo mengiakan dengan muka tenang. “Saya dah okay. Kaki awak macam mana?”

Haera menunduk melihat kaki dan diangkatnya rendah. “Nampak dah baik sikit dari semalam. Sakit pun dah kurang bila saya berjalan tadi.”

Kyungsoo menolak tepi selimut dan turut menyertai Haera; duduk di birai katil. Bibirnya menguntum senyuman kecil, “Kalau awak tak boleh jalan pun, saya boleh je nak angkat awak.”

Haera mengerutkan hidung, reaksi pada ayat Kyungsoo yang kedengaran angkuh. “No thanks.” Kemudian dia ketawa kecil. Tangan Kyungsoo ditarik meninggalkan katil dan bilik menuju dapur. “Jom masak untuk sarapan!”

“Nak masak apa?”

“Hmm, nasi goreng tteopokki?”

Kening Kyungsoo menaik, “No more Western breakfast? Are you sure?” usiknya sambil membuka peti sejuk.

“Betullah. Mengidam nak makan nasi goreng pulak.” Epal di tangan Haera gigit sebagai alas perut. Sempat lagi dia suakan epal itu ke mulut Kyungsoo yang turut memakan sebahagian. Haera kemudiannya, mengisi kerusi kosong di meja makan.

“Mengidam? Are you pregnant?” Usikan Kyungsoo berlanjutan. Bunyi air di sinki bergema di dapur kondominium sunyi berkenaan. Sengihan Kyungsoo tak kelihatan, tersorok di sebalik badan.

“Ah, bouya Do Kyungsoo.” Haera menggeleng-geleng, tak terkesan dengan usikan itu. Dia bangun untuk ke ruang tamu. “How do I get pregnant if we never do it.” gumam Haera dengan nada selamba.

Sengihan Kyungsoo mengendur dan riak wajah kembali tenang. Mulutnya h

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe