B O N U S

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter
Hujan.
BONUS BGM : BAEKHYUN - BEAUTIFUL (MUSIC BOX VERSION)

◄◄

Berdentum-dentum guruh dan hujan berirama pada lewat malam itu. Tersedar dek bunyi kuat itu, Haera cuba untuk lelapkan mata kembali dengan menyelimuti badan hingga ke paras leher tapi tak berhasil. Kilat pula sesekali kedengaran menyambar. Sisi katil yang kosong dipandang. Dengan longlai, Haera bangun keluar untuk mencari kelibat si suami.

Kelihatan Kyungsoo sedang duduk melunjur di atas sofa ruang tamu sambil membaca sebuah buku. Hati Haera terdetik lega sambil dia melajukan langkah. Usai menghampiri, dia terus duduk dan termengguk di atas paha Kyungsoo; menyambung lelap.

Kyungsoo mengalihkan pandangan dari buku ke Haera dengan riak terpinga. “Kenapa ni, Haera?” soalnya, bimbang.

“Hujan kilat.. Saya tak boleh nak tidur sorang. Tapi takpe, awak sambunglah baca buku tu.” jawab Haera; membelakangi wajah Kyungsoo yang menggeleng kecil.

Keluhan kecil Haera terhembus. Mengantuknya sudah hilang dan sekarang dia tak dapat pejamkan mata. Telefon bimbit yang sempat diambil bersama tadi dihidupkan.

Kyungsoo mengintai dari sebalik buku bila dia mendengar Haera ketawa kecil. Keningnya mengerut hairan. Mulanya, Kyungsoo hanya ingin endahkan namun ketawa pendek Haera itu meletus lagi. Dia tengah chat dengan siapa? “Yah, kepala awak beratlah. Pergi tidur sana. Bising je.”

Haera yang ingin mengusik, mencerunkan mata pada Kyungsoo. “Kenapa? Jealous lah tu.” Dia tertawa kecil.

Kyungsoo membuat muka tak berperasaan dan kembali pada buku.

“Aiy, come on. Awak tak nak tahu kerr?”

Buku itu diturunkan daripada menghalangi muka Kyungsoo.

“Ni.” Haera menyuakan skrin telefon pintarnya ke Kyungsoo yang memaparkan beberapa gambar Kyungsoo semasa kecil. Membundar mata lelaki berkenaan. “Alolo, comelnya~ Kan?”

“Dari mana awak dapat gambar semua ni?!” Suara Kyungsoo seperti kalut dan ia menyebabkan Haera tersengih. Dia cuba merampas telefon itu tapi Haera sempat mengelak. Nampak Kyungsoo sudah bangun dari posisi melunjur, Haera segera melarikan diri diiringi ketawa sambil dikejar Kyungsoo.

“Haera!”

Si pemilik nama terus melompat ke atas katil dan menyorokkan diri di dalam selimut tebal dengan sengihan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe