P R O L O G

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 

 


Hujan.
PROLOG - DEAR CRUSH EDITED VERSION

“Kyungsoo~ Lepas sekolah ni, kau teman aku pergi beli coklat nak tak?” Sengih lebar Haera sambil menyiku-nyiku lengan Kyungsoo. Koridor diredah mereka diisi beberapa pelajar yang rancak berbual.  

Kyungsoo hanya mengangguk. “Boleh je.”

“Yeah!” Bahu Kyungsoo terus dipeluk dari sisi dengan erat membuatkan badan lelaki itu hampir menyenget ke arah Haera. Tak lama kemudian, mereka berpisah arah. Haera kembali ke kelas manakala Kyungsoo menuju ke perpustakaan.

Tiba-tiba langkah kakinya kejung. Matanya membulat untuk seketika sebelum dengan hati debar menundukkan muka. Kyungsoo ingin segera melepasi dua pelajar perempuan yang berjalan tak jauh daripadanya.

“Hai Kyungsoo!”

Kyungsoo terkejut dengan sapaan berkenaan. Ingin saja dia menyorokkan diri.

“H-hai Seoyun.” Teragak-agak dia untuk kembali memandang wajah gadis berkenaan. Kyungsoo hanya menunjukkan senyuman berbentuk hati miliknya. Jari-jemari Kyungsoo mula mengepal-ngepal resah. Udara kekok antara mereka makin tebal.

“Awak nak pergi mana?”

“Perpustakaan.” jawab Kyungsoo hampir spontan. Segera dia mengetap bibir membuatkan Seoyun bertukar pandangan dengan rakannya.

“Oo.. okay. Saya kena pergi dulu. Bye, Kyungsoo.”

“B-bye..”

Kyungsoo menghembus nafas lega. Sesak dadanya tadi!

“Kenapa dengan budak tu? Nervous semacam je aku tengok.” bisik rakan Seoyun, masih mencuri lihat belakang Kyungsoo yang menjauh.

“Dia memang macam tu. Cute kan dia?”

Rakannya hanya mengangkat bahu dengan acuh tak acuh.

 

Akibat pertembungan dengan Seoyun tadi, Kyungsoo membatalkan niat untuk ke perpustakaan dan kembali ke kelas. Longlai kakinya melangkah masuk ke dalam kelas bising berkenaan.

Sekarang, Kyungsoo berada di tempatnya semula. Nafas tenang diambil dan dihembus sampailah seseorang memeluk erat dari belakang.

“Kau pergi mana tadi?! Sampai hati tinggalkan aku dengan makhluk creepy ni!” Dalam jenaka, Haera merintih sambil dijeling maut Luhan. Dahi Haera Luhan cuba jentik namun ditepis. Berbalas tolakan mereka berdua sambil lengan masing-masing ditampar.

“Janganlah bergaduh lagi.”

“Kami tak gaduh pun. Kita cuma bergurau je kan, Luhan?” Senyuman plastik Haera membuatkan Luhan mengerutkan hidung dan terus beredar apabila dihalau Haera dengan sepakan angin. Sempat lagi dia meniru mimik muka Luhan.

“Eh, kenapa dengan kau?” tanya Haera sebaik duduk di sebelah Kyungsoo. Pipinya ditongkat sambil memandang rakan baiknya.

“Aku okay je.” Bibir Kyungsoo tersenyum separuh.

“Ye ke~” Haera mula mengusik untuk dapatkan jawapan. Belakang leher Kyungsoo digeletek selepas Haera tidak mendapat respon.  Kyungsoo terpaksa memendekkan lehernya dan cuba menahan serangan geli itu.

“Okay, aku akan cakap sekali dengan nama dia!”

Haera tersengih bangga dan menghentikan perbuatan kejamnya.

“Aku suka kat Han Seoyun.” Dengan satu helaan nafas, Kyungsoo meluahkan isi hati. “Tapi aku tak tahu dia suka aku tak.” Segera dia melarikan muka, enggan melihat pandangan yang diberi Haera.

Ketawa kecil Haera mendengar pengakuan Kyungsoo. “Aku dah agak dah.”

 

 ►►

Hari yang ditunggu Haera sudah tiba. Bungkusan coklat bar sudah sedia dimasukkan ke dalam beg. Bibirnya tak lekang daripada sengihan bak kerang busuk. Rambut pendek paras bahu disikatnya dengan riang. “Hari ni, aku nak bagi coklat kat Jae!”

Sejak perkenalan mereka di auditorium tempoh hari, Haera sudah mula rapat dengan Jae. Maka, hari ini dipilih sebagai hari untuk meluahkan perasaannya. Tapi melihat layanan Jae terhadapnya, mungkin peluang cerah!

Sambil Haera berjalan, dia memegang beg Kyungsoo dari belakang. Dengan kebudakan, dia menarik-narik beg rakannya yang tak bersalah itu.

“Aaa, janganlah tarik beg aku! Aku nak jalan ni!”

Haera hanya ketawakan cemuhan Kyungsoo. “Kenapa kau nampak comel hari ni?” Rambut kemas tersikat Kyungsoo, dikacau. Sekali lagi Kyungsoo mencemuh geram.  “Ay, ay kalau dapat coklat tu jangan lupa kongsi dengan aku.” Ketawa Haera masih berbaki.

“Ye, ye. Aku akan bagilah. Kalau ada.” gumam Kyungsoo sambil kembali betulkan rambutnya.

“Eleh, si Seoyun tu kan ada.” Haera dalam gurauan, merempuh badan Kyungsoo dari sisi.

Bibir Kyungsoo mengukir ke atas. “Aku tak menaruh harapan.”

“Huh, yelah tu.” Gaya diva pula Haera gayakan. Mata ke atas. Tangan ke bahu.

.

Waktu pulang telah tiba. Masa untuk para pelajar lepaskan lelah belajar. Sejurus cikgu beredar, Haera terus bergegas keluar dengan membawa bungkusan coklat di tangan. Kyungsoo tanpa kata hanya memerhati. Mungkin dia patut menunggu lagi Soyoung lagi. Kyungsoo membatalkan niat untuk mengemaskan begnya.

Hati Haera makin berdebar. Dah hampir berpuluh minit dia meredah koridor sekolah yang berseliratan untuk mencari Jae. Lepas belok, jumpa koridor lain, mana nak habis macam ni. Akhirnya, Haera menemui Jae yang sedang berjalan berseorangan.

“Jae! Tunggu!” Haera bergegas.

“Oh, Haera!” Lelaki itu m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe