T I G A

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 


Hujan.
BAB TIGA

“Betul ke awak okay ni?” tanya Kyungsoo dalam keadaan mengiring, memerhati wajah lesu Haera. Dia masih enggan berganjak dan bersiap untuk ke tempat kerja walaupun Haera sudah menggesa.

“Betul.. Lagipun cuti kecemasan saya dah approved. So, don’t worry about me.”  Haera senyum lemah pada Kyungsoo yang tak lekang memandangnya dengan sepasang mata bulat itu. Dengan rambut dibiar serabai, menyerlahkan lagi wajah kebudakan Kyungsoo. Haera seolah-olah menatap Kyungsoo yang berusia belasan tahun – yang Haera rindui.

Kyungsoo menyatakan rasa bimbangnya dengan pelukan erat dan membenamkan muka ke bahu Haera. Hanya bunyi helaan nafas menemani mereka berdua menikmati waktu.

Haera perlahan-lahan mengusap rambut Kyungsoo. Rambut yang selalu dia kusutkan jika ia disikat kemas semasa mereka masih bergelar pelajar sekolah menengah. Ingatan itu membuatkan Haera senyum kecil.

“Bangun cepat.. Nanti lewat pulak..”

Kepala Kyungsoo menggeleng malas.

“Bangun.”

Kyungsoo menolak lagi.

“Kalau tak nak bangun..”

Tangan Haera terus merayap ke belakang leher Kyungsoo dan menggeletek. Aksi yang Haera suka lakukan pada lelaki berkenaan sejak dari dulu lagi. Seperti kebiasaan, Kyungsoo cuba menahan kegelian itu dengan memendekkan lehernya sambil merintih perlahan dalam ketawa. Dia benci bila Haera menggeletek belakang lehernya yang sensitif sebab Kyungsoo tahu dia terpaksa mengalah.

 

“Saya pergi dulu.”

Dengan mata masih tertutup, Haera mengangguk. Terasa dahinya dikucup dan suara Kyungsoo tak kedengaran lagi seiring bunyi tapak kaki yang memudar.

Dua jam kemudian barulah Haera terasa tenaganya sudah makin pulih. Dia sudah dapat bangun dan duduk seperti kebiasaan. Kejang perutnya juga sudah berkurangan. Haera melihat telefon bimbit yang dimood senyap.

3 missed calls from P.Chanyeol.

1 missed call from Kyungsoo.

1 message from Kyungsoo.

Hati Haera menguntum gembira sambil membuka mesej yang dihantar. Dia bertuah kerana mendapat lelaki penyayang seperti Kyungsoo sebagai suami. Walaupun Kyungsoo ada kekurangannya yang tersendiri tapi setiap manusia tak sempurna. Itu lumrah.

‘Tidur lagi? Bangunnn! xP
Bangun dah? Jangan lupa makan ubat dan makanan yang saya masak untuk awak tu. Kesian dia kalau awak tak makan.. ;’( ‘

Menggeleng kecil Haera dalam senyuman. Tanpa dibalas, Haera kembali meletakkan gajet itu ke atas katil dan berlalu ke bilik air untuk segarkan badan.

Televisyen ditonton dengan bosan setelah menghabiskan makanan hasil air tangan Kyungsoo yang sempat disedia. Tak lama kemudian, perutnya berkeroncong lagi; meminta untuk diisi. Lalu, Haera menuju ke dapur dan membuka peti sejuk. Semua makanan yang ada dipandang kosong.

“Nak makan apa ni..” Haera sendiri hilang selera makan. Hendak memasak, malaslah pula. Pintu peti sejuk ditutup semula dengan tangan kosong. “Ramyun pun dah habis.. Ais krim pun dah habis.. Coklat pun.” Keluhan kecil terusir. Dengan langkah berat, Haera ke bilik tidur untuk menukar pakaian. Hoodie terus disarung ke badan.

 

Bunyi ‘beep’ berbunyi bertalu-talu di kaunter pembayaran. Banyak juga barang yang dibeli Haera untuk dibuat stok makanan. Sambil itu, Haera melihat ke luar pintu kaca kedai serbaneka; melihat langit petang makin muram. Dedaun pokok galak terbuai dilanggar angin.

Langkah Haera beransur dilajukan sebaik dia beredar daripada kedai berkenaan. Bunyi guruh sayup-sayup berdentum memberi amaran bahawa hujan bakal mencurah bila-bila masa saja.

“Alamak! Dahlah lupa nak bawak payung!” rintih Haera dalam berlari mencari tempat berteduh apabila air hujan mula menimpa dirinya. Tempat menunggu bas yang berbumbung segera dihampiri. Haera berpeluk tubuh, menghangatkan badan.

“Haera?”

Dia berpaling dan Chanyeol yang berpakaian kasual menjelma. Sekaki payung sedang dipegangnya bersama beg plastik terbimbit. Chanyeol tak menjangka dia akan terserempak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe