B O N U S I I

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter
Hujan.
BONUS II - THE END,  BGM : BAEKHYUN, XIUMIN & CHEN - FOR YOU 

Ada sesetengah perkara, patut menjadi rahsia... Betul kan?

 

Tatkala aku mendengar orang tuaku meluahkan hasrat mereka yang ingin menimang cucu, ia buatkan aku resah dan terpempam. Galau itu aku cuba tutup dengan ketawa kecil yang dibuat. Sambil itu aku memandang Kyungsoo. Tapi dia beriak kecewa. Seakan kecewa dengan reaksi aku. Suaraku terus mati.

“Ibu, kalau kita bincang benda ni lain kali, boleh..?”

Itulah yang Kyungsoo ucapkan setelah beralih pandangan. Nada suaranya telah berubah. Ia seakan duri yang mencucuk hati aku yang makin resah. Adakah aku telah silap?

Keadaan malam itu berubah menjadi sedingin bayu malam. Aku cuba memujuk Kyungsoo namun ia hanya sia-sia. Rajuk dan kecewanya terlalu pedih untuk dibiarkan. Perasaan yang berlegar cuba aku terangkan tapi-

“Ia cuma awak tak cintakan saya kan? Saya sedar, Haera.”

Aku dan Kyungsoo tak seperti kebiasaan. Pada malam tersebut, aku duduk bersendirian di sofa ditemani bunyi televisyen. Aku memeluk lutut apabila fikiran aku mula melayang. Memori indah aku dan Kyungsoo terimbas kembali. Waktu itu sungguh menenangkan sehinggakan aku tidak mahu ia hilang. Ada masa aku terfikir tentang keputusan aku itu.

Kolam mata aku yang terpejam mula berair dan titisan air jernih menitis keluar. Aku sayangkan Kyungsoo. Dialah orang yang terpenting selepas orang tuaku. Teman sepermainan, teman berbual, teman bercerita dan seorang sahabat yang selalu ada untuk aku. Aku tidak sedar adakah perasaan aku terhadapnya sudah berubah.

Tiba-tiba, aku terasa pipiku dielus lembut. Sisa air mataku disapu kering. Ingin saja aku bukakan mata, namun tenaga aku seakan lumpuh dek kedinginan malam. Aku tahu itu Kyungsoo. Bunyi helaan nafasnya saja sudah aku boleh kenal.

Badan aku terasa dicempung. Tak lama kemudian, aku dibaringkan ke atas katil dan diselimutkan. Sebak kembali menerpa hati perempuanku. Kyungsoo tak pernah jemu untuk menjaga walaupun diriku sentiasa melukakan hatinya.

.

.

“Kau pasti tentang benda ni, Haera?” Soalan itu diiringi dengan kerutan bimbang di dahi Luhan.

“Nanti aku ceritakan pada kau. Jom pergi sebelum hujan makin lebat.” ucapku sebelum berpaling ke belakang kepada Chanyeol. "Jumpa esok kat pejabat.”

 Wajah Luhan dari sisi aku pandang. Sahabat baik yang aku kenal sejak remaja lagi. Seorang yang aku anggap seperti keluarga aku sendiri.

"Luhan, hantarkan aku ke hospital kejap, boleh?"

Keningnya mengerut sejenak, namun tiada soalan yang dilontarkan. Aku kembali tersandar pada kerusi kereta sambil melihat keluar tingkap.

Waktu aku keliru dengan perasaan sendiri, Luhan memberi jalan. membuka mata dan hatiku. Berbicara tentang Park Chanyeol. Lelaki yang bagiku sangat peramah. Aura yang dibawanya kadang-kala boleh menceriakan orang lain. Sungguh menawan. Hampir aku terperdaya bahawa aku sudah jatuh cinta dengannya.

.

.

"Sebelum kita pergi berjumpa Kyungsoo, ada perkara aku ingin beritahu kau, Luhan." luah aku tatkala kereta Luhan pandu selamat terparkir di kawasan parkir bawah tanah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe