L I M A

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 


Hujan.
BAB LIMA

Sudah masuk kali ke-15 Haera menelefon Kyungsoo dan ia masih tak berjawab. Kening Haera mula mengerut dalam bimbang. Dia menjenguk kembali lalu lintas tak jauh di hadapan, takut-takut ternampak kelibat kereta hitam milik Kyungsoo. Hanya kenderaan asing yang lalu lalang di jalan yang bersimpang siur. Akhirnya, Haera mengambil keputusan untuk mencari Kyungsoo di pejabatnya. Bagaimana jika sesuatu telah berlaku pada suaminya?

Dengan tergesa, Haera membuka langkah ke bahu jalan untuk menahan teksi. Tumit tirus kasutnya berdetak-detak di atas laluan kaki lima. Malangnya, fikiran Haera terlalu sibuk memikirkan Kyungsoo hingga lubang cetek yang ada di hadapan, tak diperasan. Tumit kasutnya tiba-tiba patah dek terjerlus ke dalam lubang berkenaan menyebabkan Haera jatuh terduduk. Dia mengaduh pedih dengan perlahan sambil tangannya menjalar ke pergelangan kaki yang mungkin terseliuh.

Haera terdengar bunyi tapak kaki bergegas menuju kepadanya. Dia mengharapkan bahawa itu adalah Kyungsoo yang sentiasa akan ada untuk menjadi sang penyelamat.

“Cik, awak okay tak?”

Haera mengangkat wajah, mengecam suara dalam lelaki berkenaan.

“Haera?” Mata bundar Chanyeol makin membulat. “Kenapa awak tak balik lagi ni?” Dia terus merendahkan badan, membantu Haera untuk berdiri. “Kaki awak macam mana?”

“Kaki saya sakit sikit. Tapi saya rasa saya boleh berjalan lagi.” Haera dengan berhati-hati, cuba menjejakkan kaki kanan ke atas permukaan kaki lima. Pedih yang menusuk, ditahan sebaik mungkin. “Awak pulak buat apa kat sini?”

“Saya tertinggal barang kat pejabat tadi.” Chanyeol dengan teragak-agak memapah Haera yang terhinjut untuk melangkah. “Awak kena pergi klinik ni, Haera. Biar saya tolong hantarkan.” Segala beg milik gadis berkenaan Chanyeol sandangkan ke bahunya. Dengan perlahan-lahan, dia membantu Haera berjalan ke keretanya yang tak jauh dari situ.

 

Bomi mengerling skrin telefon Kyungsoo yang asyik menyala dari tadi. Dia tahu siapa si pemanggil dan ia membuatkan Bomi enggan melayan panggilan tersebut dan mengubahkan mood telefon milik Kyungsoo kepada mood senyap awal-awal lagi. Biarkan saja si pemanggil itu terpinga-pinga. Biar dia rasa bagaimana rasa diendahkan dan tak dipedulikan. Bomi mendengus perlahan.

Pandangannya kembali pada jasad Kyungsoo yang masih terbaring di atas katil bercadar putih. Tangannya perlahan-lahan menyentuh rambut lembap Kyungsoo dan mengusapnya lembut.  

“Haera…” Suara serak Kyungsoo merintih nama si isteri tanpa sedar. Mukanya mengerut perit. Dia perlukan kehadiran Haera di sisinya.

Nama berkenaan membatukan tangan Bomi. Buku limanya terkepal sejenak sebelum dilarikan. Matanya melirik ke arah lain dengan riak yang sukar ditafsirkan.

 

“Haera.. Kenapa awak tak balik lagi tadi..? Awak tunggu siapa?” tanya Chanyeol sambil fokusnya bersilih ganti antara jalan raya dengan gadis berkenaan.

Haera mengambil masa untuk menjawab pertanyaan terbabit. Bukan sifat Haera untuk sewenangnya bercerita kecuali manusia yang bertanya itu benar-benar rapat dengan dirinya.

“Chanyeol..”

Kenderaan tersebut berhenti pada lampu isyarat merah. Chanyeol mengambil peluang berkenaan untuk menatap wajah Haera. “Kenapa?”

“Hantar saya pergi bangunan Syarikat L, boleh?”

“Syarikat L?” Kening Chanyeol mengerut, cuba mencari lokasi bangunan tersebut dalam memori. “Ah, saya tahu. Tapi kenapa-”

Lampu isyarat yang kembali hijau membantutkan pertanyaan Chanyeol. Kembali kenderaan terbabit meluncur laju seiring yang lain. Haera pula hanya merenung ke luar tingkap kereta setelah memeriksa telefon bimbit. Kyungsoo masih tidak menelefon atau sebarang pesanan sekaligus menambah gundah hatinya.

Bangunan megah terbina tersergam di hadapan mereka. Chanyeol turut turun daripada kereta apabila melihat Haera keluar dengan langkah tempang. Kasut sneaker-nya juga dipakaikan pada Haera dek kasut tumit tinggi milik gadis berkenaan sudah rosak. Kasut yang sentiasa ada sebagai simpanan di dalam kereta. Sekurangnya, Haera tak perlu berkaki ayam walaupun saiz kasut tersebut agak besar untuk kaki Haera.

“Nak saya temankan awak tak?”

Haera menggeleng dan dia gagahkan diri untuk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe