Kota Bintang
Description
K O T A B I N T A N G
[ Choi Youngjae x Byul ]
Masa terlalu singkat, terlalu singkat untuk segalanya.
Walaupun ada perasaan yang tidak dizahirkan, ia juga dinamakan sebagai cinta.
✶
Si gadis dan Choi Youngjae bertemu dibawa takdir.
Si perawan sukakan bintang. Si pemuda teringin menyanyikan sebuah lagu yang boleh membahagiakan sewaktu menghayatinya. Tika itu, sedang si gadis termenung di jendela kereta api; melihat langit malam dan bernyanyi kecil sebuah lagu. Tanpa sedar, nyanyiannya disambut oleh suara merdu seorang lelaki.
Kerana bintang, usia remaja mereka yang singkat terisi dengan memori indah.
Comments