T U J U H

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 


Hujan.
BAB TUJUH BGM : LADIES' CODE - I'LL SMILE EVEN IT HURTS

Pasangan muda itu bangun untuk menyapa orang tua mereka yang kebetulan tiba serentak. Masing-masing mengambil tempat dan pesanan mula dicatat oleh si pelayan. Sebaik mereka mula bersantap, maka bermulalah sesi bercerita si pasangan tua.

Si pasangan muda pula saling mencuri cebisan makanan di dalam pinggan sesama sendiri dengan gurauan bisu. Jika orang tua mereka memandang, mereka berlagak normal.

Kyungsoo hanya menjadi pendengar dan kadang kala tersenyum. Haera dihadapan sentiasa dikerling dan Haera membalas dengan isyarat mata. Melihat bibir Kyungsoo yang terukir ke atas, Haera turut sengih kecil; tahu apa yang sedang bermain di minda mereka berdua. Orang tua mereka tak pernah berubah.

 “Tak sedarlah kan, dah hampir dua tahun lebih kita jadi besan. Cepat masa berlalu. Saya rasa makin tua.” Puan Yoo bercanda sambil memegang pipinya. Besannya hanya menggeleng diiringi senyuman.

“Awak tetap cantik je.” Usikan Encik Yoo ternyata mengena. Tamparan lembut singgah di lengannya.

“Nampaknya, Kyungsoo dan Haera kenalah cepat-cepat bagi cucu, kan?” sampuk Puan Do pula, mendapat sokongan daripada besannya.

Wajah ibu mertuanya, ayah mertuanya dan kemudian orang tuanya, Haera tatap. Mereka semua mempunyai senyuman di bibir.

Dia berhenti sedetik daripada menjamah makanan. ‘Aku pregnant-kan anak Kyungsoo?’ Haera yang menyangka ibu mertuanya itu bergurau, hanya ketawa ringan tanpa menyedari riak Kyungsoo. Senyuman lelaki itu juga mengendur dan dipaksa pada orang tuanya; seakan tahu Haera akan bereaksi sebegitu.

Tika itu, Haera memandang si suami yang kembali mengunci bicara. Kyungsoo membalas renungan itu namun air mukanya susah untuk ditafsirkan. Haera sedar bahawa kesilapan mungkin telah dilirik. Ironisnya, mereka menyayangi satu sama lain tapi jauh di sudut hati, terdapat jurang yang memisahkan perasaan cinta romantis yang Haera wujudkan.

Muka Kyungsoo beralih pada Puan Do. “Ibu, kalau kita bincang benda ni lain kali, boleh? Lagipun-”

 “Ibu masa baya kamu pun dah lahirkan Kyungsoo. Umur kamu dah sesuai Haera. Ibu tak bergurau.” Dengan tenang wanita itu melanjutkan bicara.

“Betul tu Haera. Takkan nak tunggu omma tua baru nak bagi cucu pada omma?”

Selera makan Haera hilang sebaik dia menyedari keseriusan ibu bapa mereka tentang hal ini.

Haera diam tak menyatakan sebarang keputusan. Tak sanggup dia meruntunkan hati orang tuanya yang beriak berharap. Pasangan muda itu tidak menuturkan sebarang petah selepas perkara terbabit diungkit.

 ►►

Keadaan malam itu berubah sekelip mata. Udara dingin berlegar memenuhi suasana kereta. Mata Kyungsoo hanya berpusat pada jalan raya. Haera pula diam bersilang tangan, tenggelam dalam penafian. Tak pernah terlintas di fikirannya tentang permintaan ibu bapa mereka untuk mempunyai cahaya mata dengan Kyungsoo. Mengapa? Kerana dia masih menganggap Kyungsoo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe