Chapter two

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Langsir bilik Eunmi di buka luas Yura. Gadis itu memusingkan kepalanya memandang Jin yang sedang mencekak pinggang memandang Eunmi sedang tidur lena lagi. Boleh pula gadis itu tersengih-sengih dalam mimpi. Jin mengeleng.

“Seokjin, nuna rasa tak baiklah kejutkan dia cara tu,” Yura memegang lengan Jin.

“Ala, nuna. Dia dah terlepas waktu latihan dia sejam yang lalu! Tengok sekarang pukul berapa? Nak masuk pukul 10;30 pagi dah!” Jin menunjukkan jam tangannya.

Yura mengigit kukunya. Bukan sebab dia takut cuma kesian pula melihat gadis ini tidur lena dan harus di kejutkan melalui paksaan. Jin menepuk bahu Yura.

“Nuna, apa kata nuna turun suruh mereka sediakan sarapan, cik muda,”  Kata Jin.

“Ah, okay,” Balas Yura dengan pendek.

Apabila Yura menghilang dari bilik Eunmi tersebut. Jin memandang semula Eunmi. Selimut yang membaluti Eunmi di tariknya dengan kasar. Bergolek-golek gadis itu jatuh dari katilnya. Bunyi dentuman lantai kedengaran. Eunmi baru sahaja mencium lantai. Gadis situ mengaduh kesakitan. Kepalanya yang terasa sakit di usap. Dia membetulkan posisinya kepada duduk. Kemudian, dia menoleh ke arah manusia yang membangunkannya cara kasar.

“Awak ni gila ke! Macam tak ada cara lain nak kejutkan!” Marah Eunmi.

“Eh? Saya gila? Bukan cik muda ke? Dengan air liur basi meleleh, gelak waktu tidur,” Jin memegang rambut Eunmi. “Rambut yang kusut,”

Eunmi dengan pantas mengelap kawasan mulutnya. Dia menjeling Jin.

“L—lantaklah!”

“Cik muda, waktu latihan cik muda sudah lepas lebih kurang sejam lepas,” Jin memeluk tubuh.

“Hah! Maksudnya latihan hari ini dibatalkanlah?” Senyum Eunmi dengan perasaan gembira.

“Siapa cakap dibatalkan? Bangun!” Arah Jin.

“Eh, awak tuan muda ke saya cik muda? Pandai-pandai nak arahkan orang!” Eunmi memuncungkan mulut sambil berpaling.

“Cik muda, pergi bersiap dan sarapan. Waktu latihan akan bermula!” Jin memaksa.

Eunmi memeluk tubuh sambil menyandarkan dirinya di tepi katil. “Tak mahu!”

Jin mengetap bibir. Ish, degil betul! “Jangan buatkan saya guna kekerasan!”

“Kalau berani buatlah!” Eunmi berpaling ke arah kanan pula. “Hmph!”

“Cik muda yang suruh ya! Saya hanya ikut arahan,” Jin membuka tuxedonya. Jam tangannya juga di buka.

Sewaktu, Eunmi mencuri pandangan Jin cuba mengetahui apa yang ingin di lakukan oleh Jin serta-merta dia berdiri. Selimut di kakinya tadi terus di tarik menutupi badan.

“A—Apa yang awak nak buat?!” Eunmi meninggikan suara.

Jin kemudian menyisingkan baju lengannya. Kemudian, dia berjalan kearah Eunmi. Gadis itu terus berlari ke penjuru bilik.

“Argh! Tolong orang gila dalam bilik ni!” Jerit Eunmi.

“Ada ke patut cik muda panggil saya gila? Cik muda tak nak mandikan biar saya campakkan cik muda ke dalam tab mandi. Air pun dah di sediakan Yura tadi,” Jin semakin mendekati Eunmi.

“Jangan dekat!” Jerit Eunmi sambil mencampakkan selimutnya ke Jin. Lelaki itu menangkap selimut tersebut.

“Ya, ya saya pergi bersiap!” Eunmi terus berlari memasuki bilik mandi.

Pintu bilik air di tutup rapat. Jin cuba menahan diri dari ketawa akhirnya melepaskan tawa. Kelakar juga melihat reaksi cik mudanya. Mesti dia salah faham tadi. Padan muka, nak sangatkan! Jin hanya mengelengkan kepala mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Baju Eunmi yang telah di sediakan Yura tadi Jin letakkan di atas katil Eunmi dengan kemas. Dia menunggu Eunmi di luar bilik gadis itu.

10 minit berlalu, 20 minit berlalu, selepas itu 30 minit juga sudah berlalu.

"Apasal perempuan ni lambat sangat!?" Jin mengenggam tangannya. Dia melekapkan telinganya pada pintu bilik Eunmi. Cuba memastikan apa yang gadis itu lakukan.

Sunyi. Itu sahaja yang dapat Jin dengari. Lelaki terus memulas pintu bilik Eunmi tidak dapat tahan lagi kerana gadis itu telah lari dari jadual sebenar. 

"Cik—," Jin terhenti.

Pemilik bilik tersebut tiada lagi di dalam bilik. Baju di atas katil pun sudah tiada. Jin terus memeriksa di dalam tandas. Tiada juga. Aduh, mana pula cik mudanya hilang. Jin mula buntu apabila mencari Eunmi di seluruh bilik itu. Kemudian, matanya tertangkap pada memo yang berada di meja bercermin Eunmi. Jin terus mengambil memo tersebut.

'Hah, siapa yang menang sekarang? Terima kasih sebab 'kosongkan' jadual saya pagi ini! So long, Kim Seokjin!— Eunmi'

Yura memasuki bilik Eunmi. Dia memandang Jin dengan tanda hairan.

"Seokjin? Mana cik muda? Sarapan dia dah sejuk," Yura mula mengemaskan katil Eunmi.

"Nuna, Eunmi pernah larikan diri dari jadual dia tak?" Tanya Jin.

Yura berfikir sejenak. Kemudian, dia memetik jarinya. "Ah, dulu waktu dia sekolah menengah dia tak nak belajar taekwondo yang sepatutnya di ajar saya. Dia senyap-senyap keluar dari rumah berjumpa dengan kawan-kawan dia,"

Jin mengrenyukkan kertas memo di tangannya. "Cik muda!"

 

 

"Aku ingatkan kau tak nak sertai kitaorang untuk blind date kali ini," Yooa menghirup minumannya.

Mimi mengagguk setuju. Eunmi hanya mengeluh berat. Straw minumannya di tolak-tolak mengunakan jari.

"Aku tak mahulah, nanti aku kena belajar dengan butler aku," Eunmi menongkat dagunya. 

"Maksud kau dengan Encik Woo tu? Aku ingatkan kau suka main piano," Mimi menghirup frappe coklatnya.

"Bukanlah, kau tahukan butler baru aku tu," Eunmi memandang Mimi dan Yooa di hadapannya.

"Ah, butler baru kau tu? Kenapa?" Tanya Yooa

"Dia tu suka memaksalah. Aku tak suka! Dahlah semalam dia cari gaduh dengan aku," Eunmi mengembungkan pipinya. 

"Kau larilah ni?" Teka Mimi.

"Ha'ah, dia tu leka sangat tadi aku pun senyap-senyaplah cari peluang," 

"Kau ni, dari dulu lagi tak habis-habis suka cabut waktu nak buat atau belajar sesuatu yang kau tak suka," Mimi mengeleng.

"Argh," Eunmi memegang kepalanya mengunakan kedua-dua tangannya sambil mengeleng dengan laju "Lantaklah, tak perlu cakap pasal mamat tu,"

"Apapun, apa benda yang kau tak nak belajar sangat tu?" Tanya Yooa sambil memeriksa telefon pintarnya yang berwarna merah jambu.

Eunmi menyengetkan mulutnya. Tak akanlah nak cakap yang Jin akan mengajar dia menjadi mafia? Tak pasal-pasal dia hilang kawan sebab takut dengannya. Tak mahulah! Eunmi cuba mencari idea untuk menipu. 

"Belajar menanam sayur?" Sengih Eunmi. Sejujurnya, wajah Pak Cik Gyu tukang kebun keluargnya terus terpancul di mindanya hingga membuatkan dia terfikir belajar menanam sayur.

"What? Ewww, cik muda macam kau nak menanam sayur? Tolonglah, butler kau tu dah kenapa?" Mimi membuat muka geli.

"Tulahkan! Ada ke patut anak kepada pemilik Brightest Diamond nak lakukan kerja orang bawahan," Eunmi dengan bangganya menolak rambutnya kebelakang.

"Nasib baik kau bagitau semalam, kalau tak aku cekik-cekik kau kalau bagitahu last-last minit," Yooa menjeling Eunmi. "Tak pasal-pasal kau seorang sahaja tak ada pasangan,"

Eunmi mengaru pipinya. Dia memang dah rancang hendak lari dari pembelajaran tersebut dari semalam bermulalah dari buat-buat bangun lambat. Kemudian, Mimi seperti cuba membisik pada mereka. 

"Weh, korang tengok sana tu," Mimi  memuncungkan mulut ke arah barista yang dari tadi asyik memandang mereka. Kejap buat kerja sekejap pandang mereka.

Eunmi dan Yooa terus memandang lelaki tersebut. Paras rupanya amat kacak. Patutlah ramai perempuan datang ke sini semata-mata hendak mencuci mata melihat mereka. Mimi memegang kedua-dua tangannya. 

"Ah, aku tahu nama dia 'Kim Myungsoo' tak silap aku," Sengih Yooa. "Comelkan?"

Mimi memandang Yooa dengan wajah yang hairan. "Dari mana kau tahu nama dia? 

"Tadi, waktu nak ambil minuman korang aku sempat curi tengok tag nama dia. Waktu dia senyum tu, boleh buat aku cair," Ujar Yooa.

Eunmi mengerutkan dahi. "Kenapa dia pandang sini?"

"Dia minat salah seorang dari kita agaknya," Teka Yooa dengan senyuman lebar.

"Hah, perasan betul kau ni," Eunmi menunjal dahi Yooa. "Bila diorang nak datang ni? Berani betul biar perempuan menunggu," Rungut Eunmi sambil mengigit strawnya.

Yooa memegang dahinya sambil memuncungkan mulut. Telefon pintarnya berdering kemudian dia mengakatnya.

"Hello? Dah sampai? Kami dekat hujung ni," Ujar Yooa di dalam talian. Kemudian, gadis itu mengakat tangan. "Saya yang angkat tangan ini! Okay, saya dah jumpa awak," kemudian dia melambai-lambaikan tangan.

"Dah sampai ke?" Tanya Mimi.

"Dah," Balas Yooa. 

Eunmi terus bangkit dari tempat duduknya dan mengubah duduk bersebel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.